Salam 165
ESQ Teens berlangsung di Dewan Millenium Kepala Batas S.Perai P.Pinang, disertai seramai 560 peserta. Teens ni berumur antara 13 - 17 tahun.
Kami berkesempatan jadi ATS (Alumni Training Support). Kali ni lebih kepada peranan sebagai Ayah dan Umi.
Alhamdulillah, sekian lama hidup hanya berkisarkan famili dan kerjaya sendiri, kini turun padang untuk satu program remaja. Membawa mereka ke satu matlamat hidup yang lebih jelas dan abadi.
Perasaan sungguh luar biasa: gembira, sedih, terharu, berbaur2. Melihatkan remaja yang datang dari pelbagai latar belakang dapat duduk bersama2 di dalam dewan. Antara pengalamannya, bersama2 melalui perjalanan ke angkasa lepas, ke dalam jiwa, menyelami kisah pencarian Nabi Musa a.s, mengimbas sejarah hidup Nabi Ibrahim a.s dan Nabi Muhammad SAW.
Hari pertama, kami melalui perjalanan yang panjang. Bermula 8.45 pagi hingga 9.30 malam. Bunyinya macam meletihkan, but we really had fun there.
Masuk hari ke dua....perjalanan menjadi lebih menarik dan menyeronokkan. Wajah masing2 makin bertambah ceria dan penuh semangat. Belenggu yang pada mulanya melingkari hati, kini dah berjaya dipecahkan. Kini mereka bersedia untuk melangkah keluar dari dewan beserta dengan kekuatan hati dan jiwa.
Ya Allah, pelihara lah mereka, dekatkan mereka dengan petunjukMu, lembutkan hati ibu bapa mereka untuk terus menyokong anak-anak amanahMu Ya Allah.
Semoga anak-anak remaja ini akan berjaya di dalam training yang sebenar di luar sana.
Hafiza
1 comment:
ada talent rupanya jadi penulis blog
Post a Comment