Friday, December 5, 2008

Salam Eidul Adha



Di kesempatan ini saya dan keluarga mengambil kesempatan untuk mengucapkan "Selamat Hari Raya Aidil Adha" buat semua kaum muslimin dan muslimat di mana jua anda berada. mudah-mudahan hari raya korban pada tahun lebih bererti buat kita semua umat Nabi Muhammad S.A.W.

"Maaf Zahir dan Batin" jika ada terkasar bahasa dan terlanjur perbuatan, itu semua atas kelemahan diriku sendiri sebagai seorang hamba Allah. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana

Ambil teladan dari kisah bapa para nabi iaitu Nabi Ibrahim A.S atas pengorbanannya kepada Allah. Sesungguhnya janganlah engkau mencintai dunia melebihi dari cintakan kepada Allah. Sembelihlah, korbanlah cinta dunia kita semua demi cinta kita kepada Allah. Cinta dunia kita tidak kekal, tapi cinta kita kepada Allah pasti kekal abadi untuk selama-lamanya.

Ikhlas dari:

Ahmad Akashah
Hafiza Ahmad
Ahmad Danish
Ahmad Aniq
Ahmad Afiq

2 comments:

j_mir said...

hang tak balik penaga ka?

Kash said...

awat plak x balik, mana aku penah ghaya kat KL ni