Friday, December 19, 2008

Alhamdulillah

Salam 165,

Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah S.W.T kerana masih lagi dipanjangkan usiaku. masih ada kesempatan buatku untuk menjadi insan yang bertaubat dan soleh. Mudah2an Allah permudahkan segala apa yang aku lakukan. Amin

Syukur alhamdulillah baru habis submit KPI untuk Q4 pada bos aku. Pagi2 lagi bos dah tepon minta suruh submit KPI report, almaklumlah ptg ni bos2 nak meeting. Bagai nak pecah kepala dok tengok data untuk 3 bulan terakhir ini. Nampaknya performance x berapa baguih selari dengan masalah ekonomi global sekarang ini. Apapun syukran, masih lagi terus bekerja disini dan tahun depan akan lebih cemerlang. Insyaallah

Untuk makluman, hari ini juga sedang berlangsung training ESQ di Submit Subang selama 3 hari bermula 19 - 21/12, Insyaallah tiada aral balik kerja terus pegi sana. La nie dok terbayang mereka yg hadir training tu tengah menikmati "Outer Journey" iaitu menjelajahi ke alam semesta bukan dengan pesawat tapi dengan jiwa yg penuh tawaduk pada Allah untuk menikmati dan mengkaji asal usul kejadian alam semesta raya ini. Mudah2an peserta semua diberikan hidayah oleh Allah S.W.T Al Fatihah untuk semuanya.

Kepada yg tinggal di area Lembah Kelang yang masih belum merasai training ini dijemput hadir pada hari sabtu 20/12 jam 0830 mlm bertempat di Submit Subang untuk menikmati Preview ESQ secara percuma untuk mengenali apa itu "Emotional Spiritual Quotient", dan rasailah sendiri pengalamannya.

Kepada muslimin semua "selamat menunaikan solat jumaat" ayuh bangunlah "QumFaAnzir"

"Hai orang yang berselimut. Bangunlah, lalu berilah peringatan! dan Tuhanmu agungkanlah"


QS 74 Al-Muddatstsir ayat 1 - 3

"Perkasakanlah Islam, Tinggikan Iman dan Zahirkan Ehsan"

No comments: