Thursday, December 31, 2009

Berlabuhnya tirai masihi 2009

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Segala puji hanya milik Allah S.W.T, Tuhan bagi sekelian alam.
Selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad SAW, keluarga serta seluruh para sahabat baginda SAW.

"Dia-lah yang menjadikan matahari bersinar dan bulan bercahaya dan ditetapkan-Nya manzilah-manzilah (tempat-tempat) bagi perjalanan bulan itu, supaya kamu mengetahui bilangan tahun dan perhitungan (waktu). Allah tidak menciptakan yang demikian itu melainkan dengan hak. Dia menjelaskan tanda-tanda (kebesaran-Nya) kepada orang-orang yang mengetahui." QS Yunus 10:5

Alhamdulillah, bakal tiba dan berlalunya detik 12 malam pada hari ini yang menandakan berlabuhnya tirai tahun 2009, dan selamat datang 2010. Banyak episod suka dan duka, sedih dan gumbira yang akan menjadi lipatan sejarah buat semua insan yang mensyukuri akan nikmat dan rahmat dariNYA. Coretan terakhir untuk tahun ini bagi penggemar blog (ada ke?) yang tidak jemu-jemu mengunjunginya. Jutaan ampun dan maaf jika ada kesilapan dari tutur kata melalui penulisan ini. Sungguh hamba ini hanyalah makhluk Allah yang lemah. Tiada terlepas dari melakukan kesilapan dan kesalahan. Ambillah mana yang baik, buanglah yang buruk dan ciptakan suatu yang baru. "Semoga esok yang datang akan jauh lebih baik daripada hari ini, semalam adalah sejarah, esok adalah masa depan" (Dr Fauziah)

"Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami tersalah. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kepada kami beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang yang sebelum kami. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tak sanggup kami memikulnya. Beri maaflah kami; ampunilah kami; dan rahmatilah kami. Engkaulah Penolong kami, maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir". QS Al Baqarah 2:286

Perjalanan hidup kita akan diteruskan lagi untuk tahun 2010, tidak pasti sama ada perjalanan yang penuh berkah atau penuh berliku, masih panjangkah umur ini? untuk terus mengabdikan diri kepada Mu Ya Allah. Sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Mengetahui. Semoga Allah sentiasa memelihara dan memudahkan langkahan kita dan sentiasa menjaga hati ini dari perkara yang boleh merosakkan iman dan taqwa. Mudah-mudahan kita semua tergolong dari golongan yang sentiasa mendapat keampunan dan rahmat dari Ilahi. Teruskan langkahan agar cahaya ihsan, iman dan islam akan terus menyinari seluruh pelusuk bumi Allah ini. Insyaallah

Tidak banyak yang boleh diceritakan di sini berkenaan kenangan2 di tahun 2009 ini, tetapi tiada apa yang dapat diceritakan disini pun, tidak banyak kenangan yang manis pun serta tidak juga kenangan yang pahit. Tiada yang luarbiasa melainkan biasa-biasa sahaja. hanya kehidupan yang biasa sepertimana orang lain. Yang pahit itu biarlah menjadi teladan buat diriku agar hidup di masa akan datang akan lebih bermakna. Yang manis biarlah berlalu menjadi kenangan terindah, semoga aku akan menjadi insan yang sentiasa mensyukuri akan nikmatNYA.

Termenung sejenak memikirkan, "Tatkala kutatap tubuhku. Apakah tubuh ini kelak yang akan penuh cahaya … bersinar , bersukacita , bercengkerama di syurga ? Atau tubuh ini yang akan tercarik hancur , mendidih , di dalam lahar membara jahannam , terpasung tanpa ampun , derita yang tak pernah berakhir?!" (Syed)

Walaupun banyak sekali ujian yang menimpa diri tetapi biarlah ujian ini yang akan menebalkan lagi keimanan dan akan mendekatkan diri kita kepada Yang Maha Pencipta.

“Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan, “Kami telah beriman,” dan mereka belum lagi diuji?“ QS Al Ankabut 29:2

“Ataukah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum datang kepadamu (ujian) seperti (yang dialami) orang-orang yang terdahulu sebelum kamu. Mereka ditimpa kemelaratan, penderitaan dan digoncang (dengan berbagai cubaan), sehingga Rasul dan orang-orang yang beriman bersamanya berkata, “Bilakah akan atang pertolongan Allah?”.Ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat”
QS Al Baqarah 2:214

"Tuhan yang telah menciptakan aku,maka Dialah yang menunjukkan hidayah kepadaku,dan Tuhanku yang Dia memberi makanan dan minum kepadaku dan apabila aku sakit Dialah yang menyembuhkan aku ,dan yang akan mematikan aku kemudian akan menghidupkan aku (kembali),dan yang amat ku inginkan akan mengampuni kesalahanku pada hari kiamat"
QS Asy Syu'araa 26:78 - 82

Katakanlah: "Hai hamba-hamba- Ku yang malampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya Dia-lah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." QS Az Zumar 39:53

Waallahua'alam

Monday, December 21, 2009

Percutian yang memenatkan tapi amat menyeronokkan

Salam to all,

Alhamdulillah selamat sampai dirumah pada pukul 1130pm malam tadi, pagi ni bangun nak pi keje, letih sangat terus sms opis "saya EL halfday morning" terus tido balik, tghari masuk keje, terus takde mood, masih dalam mode "cuti-cuti malaysia"....hahaha. Nak update blog pun malaih ni, tapi aku gagahi jugak la...walaupun actually xde apa yg nak di update sangat pun. Sementara aku dok update blog ni, satu keje apapun aku tak tengok lagi ni....punya la malaih. Ish ish ish...cian company aku yg punya pekerja yang sungguh berdedikasi ni.

Itulah penangan "cuti-cuti malaysia" sempena cuti Maal Hijrah last week. Sampai sekarang tak habis lagi letihnya. Pada khamis 17/12 yang lepas, aku bersama my family termasuklah mak dan adik beradik serta anak2 menakan berangkat ke Johor, sempena walimatul urus anak menakan pada 19/12 yang dilangsungkan di Ulu Tiram Johor, bak kata pepatah "sambil menyelam minum air", sementara menunggu tarikh walimah tu, kami adik beradik berpakat buat gathering di Desaru, Johor. Tanggal 17/12 kami pun gerak la ke Desaru, Johor. Perjalanan yang mengambil masa >6jam. Checkpoint pertama R n R Seremban. Perjalanan agak delay sedikit disebabkan rombongan dari Sg Buluh mengalami sedikit masalah lebihan muatan. Lebih kurang pukul 10am baru bertolak dari R n R Seremban. Selepas itu perjalanan lancar sekali walaupun beberapa kali singgah di hentian sebelah untuk tunaikan hajat masing2. Biasalah konvoi 8 biji kereta...sedikit sebanyak adalah masalah yang berbangkit...kena pulak yang bawa anak2 kecik ni.

Kami singgah untuk lunch sekitar jam 3.00pm di Bandar/Pekan Air Tawar (kalau x silap aku la). Bayangkan masing2 kelaparan, walaupun masing2 kereta semuanya membawa bekal masing tapi nasi juga yang diidamkan. Singgah di satu restoran, disebabkan nak cepat, jadi kami order yang goreng2 la, lagipun dah pukul 3 petang mana nak ada dah nasi campuq ni. Apalagi dengan pantas la ketua rombong merangkap leader untuk konvoi kami ni iaitu Pak Uda, terus order nasi goreng ikan masin dan telur dadar untuk 40 orang makan + Air jus oren/epal 7 jug. Bini aku kata "nasi goreng ni ke sedap atau kita yang lapaq" sebab masing2 begitu selera sekali makannya tak toleh kiri kanan dah. Apapun masakannya memang best la.

Sebelum sampai ke Desaru kami sempat la masuk Bandar Penawar untuk melihat persekitaran Bandar di situ. Tiada apa yang menarik cuma persekitaran bandar ini memang bersih la. Penduduk pun tak ramai, hanya mereka yang bekerja disitu sahaja yang menghuni di Bandar Penawar ni. Terus gerak menuju ke Desaru yang hanya beberapa kilometer sahaja dari Bandar Penawar.

Akhirnya kami semua sampai di Desaru sekitar jam 0430pm. Lepas check in terus cari chalet yang dikhaskan untuk kami. Chaletnya Ya Allah memang "unik" sekali (tak payah cerita la macamana uniknya chalet ni), sehingga tidak dapat diucapkan dengan kata-kata....hanya ketawa hahahahah.

Sementara menunggu senja berlabuh, aku dan anak menakan yang "baru" sempat la menyediakan tempat untuk BBQ, nasib baik angin kuat so, tak payah la nak bersusah payah mengipas api bara tu. Cuma masalahnya api pulak yang membara sampaikan nak control pun susah dek angin yang kuat tu. Apapun memang enjoy la malam tu sambil kami didendangkan dengan muzik disco percuma dari rakan2 deejay yang turut berpesta pada malam tu. Suasana memang happening disulami dengan deruan ombak yang menggila sakan pada malam tu. Nak tau bestnya laut disana boleh juga baca disini.

Selesainya family gathering di Desaru, kami pun berangkat la ke program utama kami iaitu kenduri Walimatul Urus anak menakan. Alhamdulillah perjalanan lancar sepertimana yang dijadualkan. Kami disambut baik oleh keluarga pihak lelaki. Sepatutnya seusai sahaja majlis kenduri ini, kami semua akan terus berangkat balik ke KL, tapi tak semena-mena ada plak agenda yang tersembunyi antara abang2 aku ni. Depa dok pakat2 nak over night semalam lagi tapi bukan Desaru tapi nun di Mersing nu....maka perjalanan yang jauh pulak terpaksa ditempuh membelah tenggara Johor menuju ke selatan Pahang...huh pusing Malaysia ni nampaknya dari pantai barat Semenanjung terus ke tenggara Johor terus ke selatan Pahang dan terus balik melalui Kuantan ikut lebuhraya Pantai Timur. Agaknya kalau ada cuti panjang ni rasanya maunya kami semua terus ke Kelantan/Trengganu ni. Malangnya masing2 punya komitmen, so percutian terhenti di checkpoint terakhir di Ayam Penyet, Kota Damansara & Sg Buluh.

Alhamdulillah semuanya selamat kembali dan pulang ke destinasi masing2. Semoga Allah SWT memberikan kelapangan masa, kesihatan, kewangan dan umur yang panjang pada kami semua agar the next trip Cherating/Langkawi dapat berjalan sepertimana yang dirancangkan. Semoga percutian ini akan lebih mengeratkan lagi silaturrahim antara kami sekeluarga. Amin.

Walluahua'alam

*Maaf gambar2 masih dalam proses editing*

Wednesday, December 9, 2009

Hikayat yang hanya tinggal sejarah

Salam,

Tanggal 4 Disember 09, berlangsungnya majlis makan malam company aku di Sime Darby Convention Centre. Walaupun dinner yang bertemakan hikayat 1001 malam sudah pun berlalu dan dah basi dah pun, tapi aku nak update juga kat sini. Bukannya apa sekadar luahan rasa ketidakpuasan hati yang membelenggu dalam diri ini.

Dengar dari tema memang gah, suasana ketika dinner memang la glamor dan meriah bangat dengan pelbagai fesyen ala2 arab ni, dah tema pun hikayat 1001 malam. Tapi malangnya pengurusan semasa event berlangsung amatlah mengeciwakan, bukan setakat aku malah ramai yang komplen. Baik dari sudut audio dan sound sistem yang sungguh mengeciwakan malah makanan yang disajikan pun tidak memenuhi selera tekak sesetengah hadirin yang hadir. Aku tak pastilah macamana perasaan yang lain. Bagi aku dari 1 ke 10 bintang aku rasa negatif kot, malah mereka ini tidak layak untuk menikmati bintang pun. Amat ketara sekali permasalahan yang berlaku pada malam tersebut adalah dari segi mutu kawalan audio, seolah2 mereka yang bertugas seperti budak yang baru nak belajar (mamat DJ kat kompleks PKNS Bangi aku rasa lebih bagus dari budak2 ni). Buat malu company je, company yang namanya begitu gah keseluruh pelusuk dunia bahkan dikatakan antara company world class tapi event ini telah merosakkan sedikit sebanyak nama yang telah sedia harum ni (ye ke).

Dah la, sound sistem asyik padam je ketika penyanyi sedang perform, pastu buleh silap muzik plak. Kesian penyanyi cilik Farhana, sepatutnya mengalunkan 3 lagu, audio system punya hal, satu lagu jer, nasib baik ada Musly Ramly yang suka tiru P.Ramlee ni, terubat juga keboringan para hadirin pada malam tu dengan senda guraunya. Ingat problem pada awal event tu je, tapi rupanya berlarutan sehingga ke akhir rancangan, Buat malu Yasin je, bila tengah baik punya perform tetiba muzik plak off, mic padam la plak. Nanyi la Yasin sensorang atas pentas tu....hehe
Nasib baik masa Yasin mengalunkan lagu Nur Kasih tiada sebarang gangguan, kalau tak maunya kerusi berterbangan, bukannya atas stage tapi dibelakang tabir....hahahha.

Sempat lagi tuuu...yang si nuril dok angkat jubah tu pehal plak

Siapalah agaknya yang mengurustadbirkan event malam tu, kasihan sungguh aku padanya, rasanya performancenya memang terjejas teruk. Kalau ikut KPI, memang tak achieve langsung.
Antara banyak2 event yang aku hadiri selama ini yang melibatkan penggunaan audio system ni, aku tabik la pada ESQ training (bukannya nak bermegah dengan ESQ ni, nanti ada plak orang kata aku ni taksub plak ngan ESQ ni). Tapi hakikatnya begitulah, sepanjang join ngan ESQ ni hanya sekali sahaja berlaku teknikal error, itupun disebabkan blackout. Hanya mereka yang pernah attend training ni saja la yang tahu betapa tip topnya sistem yang digunakan dan thumbs up buat kru yang bertugas. Tapi itu semua berlaku hanya dengan izinNYA lah. Tanpa izinNYA pasti semua yang dirancang tidak akan berjaya.

Itulah kita hanya merancang, Allah jua merancang, sesungguhnya perancangan Allah lah yang terbaik. Canggih macamana sekalipun sistem yang dipakai tanpa izin dari Allah pasti semua yang dirancang tidak seperti yang diinginkan. Begitu jugalah sebaliknya. Apapun tahniah pada yang terlibat dalam menjayakan dinner pada kali ini. Terima kasih jugalah buat company aku yang mengadakan dinner pada kali ini sebagai penghargaan kepada kakitangannya. Dengan cara inilah akan mengeratkan lagi silaturrahim sesama kakitangan. Semoga Allah memberkatilah segala usaha yang baik dari syarikat untuk kakitangannya.

Meriahnya depa

Semua yang baik dari Allah, yang tidak baik adalah dari kelemahan diri kita juga.

Wallahua'alam


Tuesday, December 1, 2009

Perjalanan Yang Memenatkan

Salam,

Aku mula bertugas hari ini setelah bercuti panjang sempena Raya Haji yang lepaih, semalam EL dek kerana letih bangat disebabkan perjalanan yang sungguh membosankan dari Penang ke KL pada hari ahad yang lepas. Bertolak dari Penang dalam pukul 0830 mlm, sampai di Bangi pukul 0430 am, hangpa bayangkanlah. Aku pun heran mai mana la kereta yang banyak2 ni. Ramai sangatkah warga utara yang bekerja di KL ni? Ataupun ada yang pergi bercuti di Penang. Selalu travel from Penang to KL ambil masa 3 jam setengah je. Kali ni maunya dekat 8 jam, padan muka aku. Punya la mengantuk bangat time tu..masa tu kira nak tido je...power root ke tongkat ali ke dah tak jalan dah...kira nak tido je jawabnya. Ada ke patut speed lebih kurang 20km/j jer...beli kete mahal2 bawa laju tu je. Pastu plak nak masuk R n R pun punyalah payah, kete punya la banyak. So, layan la sampai KL, aku tahan je la ngantuk tu. Tahan kencing jgn cakap la...hahaha. Bayangkanlah jammednye punya panjang start from Taiping sampailah ke Hentian R & R Sg Perak, nak menyesakkan lagi keadaan, ada plak pemandu agaknya dah tak leh tahan sabaq dah kot berenti ikut suka hati depa ja kat tepi2 highway tu sebab tak boleh nak masuk kat hentian tu. Tu yang membuatkan kereta tak boleh nak gerak ngan lancar. Polis ngan petugas PLUS pun dah tak boleh buat apa dah. Sampai je kat Ipoh dah pukul 0130am. Taiping ke Kuala Kangsar pun ambil masa dekat 4 jam, selalunya 30 minit je.

Alhamdulillah lepas hentian Sg Perak hingga ke terowong jalan dah clear, so, aku dengan yakinnya bersama kete2 yang lain mula la menunjukkan aksi Formula One, padahal jalan bengkang bengkok naik bukit turun bukit tu, kira lepas geram la katakan...aku balun speed 160km/j, time tu dlm kepala dok terpikir, ni kalau nak kena speed trap lantak la. Mana leh tahan, kalau bawa 120km/j bila nak sampai..maunya aku sampai time subuh.

Itulah penangan balik raya haji tahun ni, raya posa pun tak teruk mcm ni punya jammed. Memang satu perjalanan yang memenatkan, nasib baik anak2 semua tidur ngan nyenyak, kalau tak.. lagilah memeningkan kepala aku.

Cukuplah entry aku kali ini, saja nak melaporkan keadaan ketika pulang ke KL hari ahad yang lepas. Satu pengalaman yang indah dan memenatkan. Lepas ni kalau balik kampung kena ambil cuti extra la jawabnya. Syukur alhamdulillah aku ngan famili semuanya selamat sampai dirumah dengan izinNYA.

Sehingga jumpa lagi di lain entry.

Wassallam