Sunday, November 30, 2008

ESQ Training Approach

Ini gambaran ESQ training yang diadakan di Indonesia
Suasana ESQ training untuk Teen 1 Penang yang diadakan di Dewan Millenium pada bulan Oktober yang lalu.

Begitu lah suasana training ESQ yang diadakan dan rasailah pengalamannya, dengan high impact multimedia, powerful sound technology and giant screen presentation.

Untuk lihat gambar yang lain sila layari Website
bintang biru165

Kena Kerja Malam

Salam,

Hari ini Ahad 30/11/08, aku terpaksa bertugas shift malam ganti staff2 aku, ada yang cuti kawin, ada yang MC. So mau x mau aku kena berkorban la demi tanggungjawab aku pada company.

Reja malam nie ada pro and kontranya, yang pro nya aku boleh updated blog, yang kontranya tak larat nak sengkang mata, almaklum la dah lama x reja malam, lebih kurang 2 tahun yang lalu. Lagipun umuq dah meningkat ni, mana nak larat dah reja malam ni.

Di bawah adalah gambaq untuk menggambarkan sausana di tempat reja aku. Pasti anda rimaskan kalau reja mcm ni, nak bernafas pun leceh


Pekerja sedang sibuk ke hulu ke hilir apa depa buat pun x tau la

Konon2nya buat reja la tu

Ni lagi satu berlakon, kononya buat reja.

Friday, November 28, 2008

ATS SATRIA ESQ165 - ESQ In house MAIPP


Ni la ATS puteri yg bertungkus lumus dari pagi sampai ke malam dalam menjayakan training ESQ in house MAIPP, syabas dan tahniah semuanya. Yg ditengah yg diapit oleh semua all black tu bakal menjadi ATS lepaih bersalin nanti, insyaallah.

Ni lagi sorang bakal ATS putera, yg puteri dah ATS dah, mudah2an Allah permudahkan hajat hambamu ini yang teringin nak jadi ATS

Pasangan ATS yg ideal

Ni lah Satria165 dari keluarga Hj Talib, Mudah2an Allah memberi keizinan lagi kepada kami agar dapat menyumbang lagi tenaga dalam menyebarkan 165 Allah ke setiap jengkal tanah di bumi ini. Insyaallah

Lagi Satria165 (ATS) dari kaum hawa. Semangatnya depa...teruskan semangat anda semua demi Ihsan Iman dan Islam itulah 165.

Ni yang dok ditengah tu lah org kuat AJV yg begitu berpengalaman dalam menjadi ATS, terima kasih amran atas tunjuk ajarmu, selalu bersamanya ketika recharge selalu terima auranya yang begitu hebat sekali. Kepada Abg Wan yang tinggi sekali tu kekadang salam semut nak kena ginjat, terima kasih kerana memberi peluang kepada ahli keluarga yang lain untuk menghadiri training ini.

Nota:
Kepada yang tidak mengetahui ATS adalah singkatan nama bagi Alumni Training Support. ATS terdiri dari alumni yang telah pun menghadiri training ESQ. Mereka ini menjadi ATS sebagai sukarelawan/sukarelawati dalam membantu melicinkan perjalanan training ESQ.

Buat Renungan Semua Di Petang Jumaat

Sesungguhnya tidak ada sehelai pun daun yang jatuh ke bumi ini melainkan itu semua berada dalam pengetahuan ALLAH jua.

Bukankah dia Al Qawiy?

Katakanlah: "Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah,ikutilah aku (Nabi Muhammad) niscaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu."Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.

Mari kita sama2 tgk pesan ALLAH dalam Surah Al Hujurat :-

Wahai orang-orang yang beriman!

Janganlah sesuatu puak (dari kaum lelaki) mencemuh dan merendah-rendahkan puak lelaki yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka dan janganlah pula sesuatu puak dari kaum perempuan mencemuh dan merendah-rendahkan puak perempuan yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka dan janganlah setengah kamu menyatakan keaiban setengahnya yang lain dan janganlah pula kamu panggil-memanggil antara satu dengan yang lain dengan gelaran yang buruk.

(Larangan-larangan yang tersebut menyebabkan orang yang melakukannya menjadi fasik, maka) amatlah buruknya sebutan nama fasik (kepada seseorang) sesudah dia beriman dan (ingatlah), sesiapa yang tidak bertaubat (daripada perbuatan fasiknya) maka merekalah orang-orang yang zalim. (11)

Wahai orang-orang yang beriman!

Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain.

Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya.

(Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertakwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani. (12)

Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain).

Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih takwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu). (13)

Orang-orang "A`raab" berkata: Kami telah beriman. Katakanlah (wahai Muhammad): Kamu belum beriman, (janganlah berkata demikian), tetapi sementara iman belum lagi meresap masuk ke dalam hati kamu berkatalah sahaja:

Kami telah Islam dan (ingatlah), jika kamu taat kepada Allah RasulNya (zahir dan batin), Allah tidak akan mengurangkan sedikitpun dari pahala amal-amal kamu, kerana sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. (14)

Sesungguhnya orang-orang yang sebenar-benarnya beriman hanyalah orang-orang yang percaya kepada Allah dan RasulNya, kemudian mereka (terus percaya dengan) tidak ragu-ragu lagi, serta mereka berjuang dengan harta benda dan jiwa mereka pada jalan Allah; mereka itulah orang-orang yang benar (pengakuan imannya).(15)

Katakanlah (kepada orang-orang "A`raab" itu wahai Muhammad): Patutkah kamu hendak memberitahu kepada Allah tentang agama kamu (dengan berkata: Kami telah beriman)? Padahal Allah mengetahui segala yang ada di langit dan yang ada di bumi dan Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.(16)


Yg baik dari ALLAH.

Yg kurang baik dari ana sendiri, disebabkan kelemahan saya

Wallahu a’lam

(petikan dari group Alumni_ESQ165)

Thursday, November 27, 2008

Mutiara Hati 2

Salam Ihsan, Iman dan Islam,

"Bila kau memandang segalanya adalah dari Tuhanmu yang menciptakan segalanya, yang menimpa ujian, yang menjadikan sakit hatimu, yang membuatkan keinginanmu terhalang dan menyusahkan hidupmu, pasti damailah hatimu kerana masakan Allah sengaja mentakdirkan segalanya untuk sesuatu yang sia-sia, bukan Allah tidak tahu deritanya hidupmu, retaknya hatimu, tapi itulah yang DIA mahu kerana DIA tahu hati yang sebeginilah yang selalunya lebih lunak dan mudah untuk dekat dan akrab denganNya".

"Cintailah Allah melebihi segalanya dalam hidupmu", SUBHANALLAH

Wednesday, November 26, 2008

Mari Mengenal Alam Semesta






“Dan tidaklah kamu diberi ilmu pengetahuan kecuali sedikit.”
(Al-Isra’ :85)

“Katakanlah: “Sekiranya lautan menjadi tinta untuk (menulis) kalimat-kalimat (ilmu) Tuhanku, maka akan habislah lautan ini sebelum habis (ditulis) kalimat-kalimat Tuhanku, meskipun Kami datangkan tambahan sebanyak itu (pula).”
(Al-Kahfi:109 )

“Dan di bumi itu terdapat tanda-tanda (kekuasaan Allah) bagi orang-orang yang yakin, dan (juga) pada dirimu sendiri. Maka apakah kamu tidak memperhatikan?”
(Az-Zariyat:20 -21)

matahari
> jarak matahari daripada bumi ialah 145 597 870 km(93000000 batu). .

berapa lama agaknya kalau pergi naik kapal?

Article dari sumber: Tranung Kite

Keajaiban Nombor Dalam Al Quran

Ajaib tetapi benar! Lihatlah sebahagian daripada hasil kajian seorang cendekiawan Islam terhadap kandungan Al-Quran. Didapati banyak perkara telah disentuh dan telah dibuat kajian oleh manusia seperti nombor, astronomi, angkasalepas, perubatan, geologi, kejuruteraan, minda dan sebagainya.

Bilangan tentang perkara yang disebutkan di dalam Al-Quran:

DUNIA - 115 kali
AKHIRAT - 115 kali

MALAIKAT - 88 kali
SYAITAN - 88 kali

HIDUP - 145 kali
MATI - 145 kali

FAEDAH - 50 kali
KERUGIAN - 50 kali

UMMAH - 50 kali
PENYAMPAI - 50 kali

IBLIS : PENGHULU SYAITAN - 11 kali
MOHON PERLINDUNGAN DARIPADA IBLIS - 11 kali

BALA/MUSIBAH - 75 kali
BERSYUKUR - 75 kali

BERSEDEKAH - 73 kali
BERPUAS HATI - 73 kali

ORANG YANG SESAT - 17 kali
ORANG YANG MENINGGAL DUNIA - 17 kali

MUSLIMIN - 41 kali
JIHAD - 41 kali

EMAS - 8 kali
KEMURAHAN HIDUP - 8 kali

KEAJAIBAN - 60 kali
FITNAH - 60 kali

ZAKAT - 32 kali
BERKAT - 32 kali

MINDA - 49 kali
NUR - 49 kali

LIDAH - 25 kali
SUMPAH - 25 kali

NAFSU - 8 kali
KETAKUTAN - 8 kali

BERCAKAP DI KHALAYAK RAMAI - 18 kali
BERDAKWAH - 18 kali

KESUSAHAN - 114 kali
KESABARAN - 114 kali

MUHAMMAD - 4 kali
SYARIAT - 4 kali

LELAKI - 24 kali
PEREMPUAN - 24 kali

SOLAT (SEMBAHYANG) - 5 kali

BULAN - 12 kali
HARI - 365 kali

LAUTAN - 32 kali
DARATAN - 13 kali

LAUT dan DARAT = 32 + 13 = 45

Justeru itu, peratusan laut = 32/45 x 100 = 71.11111111 peratus
Peratusan daratan = 13/45 x 100 = 28.88888889 peratus
JUMLAH = 100 peratus

Kajian sains oleh manusia telah membuktikan bahawa air meliputi 71.111 peratus daripada bumi dan tanah meliputi 28.889 peratus.

Begitulah kebesaran dan keagungan ciptaan Allah SWT!!!

Nota: Diterjemahkan daripada karya asal yang dipetik daripada "The Series Of The Scientific Miracles In Quraan," oleh Dr. Tariq Al Suwaidan.

Luasnya Neraka

Salam Ihsan, Iman dan Islam

Ya Allah... takutnyer... bacelah sampai habis.. skjap jer..
x smp 5 minit..pun!! !

YA ALLAH YA RAHMAN YA RAHIM, lindunglilah dan peliharakanlah kami, kedua ibubapa kami, isteri kami, anak-anak kami, kaum keluarga kami & semua orang Islam dari azab seksa api nerakaMu YA ALLAH.

Sesungguhnya kami tidak layak untuk menduduki syurgaMu YA ALLAH, namun tidak pula kami sanggup untuk ke nerakaMu YA ALLAH.

Ampunilah dosa-dosa kami, terimalah taubat kami dan terimalah segala ibadah dan amalan kami dengan RAHMATMU YA ALLAH......AMIN. ....


.: Luasnya Neraka :.


Yazid Arraqqasyi dari Anas bin Malik ra. berkata: Jibrail datang kepada Nabi saw pada waktu yg ia tidak biasa datang dalam keadaan berubah mukanya,

maka ditanya oleh nabi s.a.w.: 'Mengapa aku melihat kau berubah muka?'

Jawabnya: 'Ya Muhammad, aku datang kepadamu di saat Allah menyuruh supaya dikobarkan penyalaan api neraka, maka tidak layak bagi orang yg mengetahui bahawa neraka Jahannam itu benar, dan siksa kubur itu benar, dan siksa Allah itu terbesar untuk bersuka-suka sebelum ia merasa aman dari padanya.'

Lalu nabi s.a.w. bersabda: 'Ya Jibrail, jelaskan padaku sifat Jahannam.'

Jawabnya: 'Ya. Ketika Allah menjadikan Jahannam, maka dinyalakan selama seribu tahun, sehingga merah, kemudian dilanjutkan seribu tahun sehingga putih, kemudian seribu tahun sehingga hitam, maka ia hitam gelap, tidak pernah padam nyala dan baranya. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan terbuka sebesar lubang jarum nescaya akan dapat membakar penduduk dunia semuanya kerana panasnya.

Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan satu baju ahli neraka itu digantung di antara langit dan bumi nescaya akan mati penduduk bumi kerana panas dan basinya.

Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan satu pergelangan dari rantai yg disebut dalam Al-Quran itu diletakkan di atas bukit, nescaya akan cair sampai ke bawah bumi yg ke tujuh.

Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan seorang di hujung barat tersiksa, nescaya akan terbakar orang-orang yang di hujung timur kerana sangat panasnya, Jahannam itu sangat dalam dan perhiasannya besi dan minumannya air panas campur nanah dan pakaiannya potongan-potongan api.

Api neraka itu ada tujuh pintu, tiap-tiap pintu ada bahagiannya yang tertentu dari orang laki-laki dan perempuan.'

Nabi s.a.w. bertanya: 'Apakah pintu-pintunya bagaikan pintu-pintu rumah kami?'

Jawabnya: 'Tidak, tetapi selalu terbuka, setengahnya di bawah dari lainnya, dari pintu ke pintu jarak perjalanan 70,000 tahun, tiap pintu lebih panas dari yang lain 70 kali ganda..' (nota kefahaman: iaitu yg lebih bawah lebih panas)

Tanya Rasulullah s.a.w.: 'Siapakah penduduk masing-masing pintu?'
Jawab Jibrail:
'Pintu yg terbawah untuk orang-orang munafik, dan orang-orang yg kafir setelah diturunkan hidangan mukjizat nabi Isa a.s. serta keluarga Fir'aun sedang namanya Al-Hawiyah.

Pintu kedua tempat orang-orang musyrikin bernama Jahim,

Pintu ketiga tempat orang shobi'in bernama Saqar.

Pintu ke empat tempat Iblis dan pengikutnya dari kaum majusi bernama Ladha,

Pintu kelima orang yahudi bernama Huthomah.

Pintu keenam tempat orang nasara bernama Sa'eir.'

Kemudian Jibrail diam segan pada Rasulullah s.a.w. sehingga ditanya: 'Mengapa tidak kau terangkan penduduk pintu ke tujuh?'

Jawabnya: 'Di dalamnya orang-orang yg berdosa besar dari ummatmu yg sampai mati belum sempat bertaubat.'

Maka nabi s.a.w. jatuh pingsan ketika mendengar keterangan itu, sehingga Jibrail meletakkan kepala nabi s.a.w. di pangkuannya sehingga sedar kembali dan
sesudah sadar nabi saw bersabda: 'Ya Jibrail, sungguh besar kerisauanku dan sangat sedihku, apakah ada seorang dari ummat ku yang akan masuk ke dalam neraka?'

Jawabnya: 'Ya, iaitu orang yg berdosa besar dari ummatmu.'

Kemudian nabi s.a.w. menangis, Jibrail juga menangis, kemudian nabi s.a.w. masuk ke dalam rumahnya dan tidak keluar kecuali untuk sembahyang kemudian kembali dan tidak berbicara dengan orang dan bila sembahyang selalu menangis dan minta kepada Allah.(dipetik dari kitab 'Peringatan Bagi Yg Lalai')

Dari Hadith Qudsi: Bagaimana kamu masih boleh melakukan maksiat sedangkan kamu tak dapat bertahan dengan panasnya terik matahari Ku.

Tahukah kamu bahawa neraka jahanamKu itu:

1. Neraka Jahanam itu mempunyai 7 tingkat

2. Setiap tingkat mempunyai 70,000 daerah

3. Setiap daerah mempunyai 70,000 kampung

4. Setiap kampung mempunyai 70,000 rumah

5. Setiap rumah mempunyai 70,000 bilik

6. Setiap bilik mempunyai 70,000 kotak

7. Setiap kotak mempunyai 70,000 batang pokok zarqum

8. Di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 ekor ular

9. Di dalam mulut setiap ular yang panjang 70 hasta mengandungi lautan racun yang hitam pekat.

10. Juga di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 rantai

11. Setiap rantai diseret oleh 70,000 malaikat

Mudah-mudahan ini dapat menimbulkan keinsafan kepada kita semua.....Wallahua' lam.
Al-Quran Surah Al- Baqarah Ayat 159
Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa yang telah Kami turunkan dari keterangan-keterang an dan petunjuk hidayat, sesudah Kami terangkannya kepada manusia di dalam Kitab Suci, mereka itu dilaknat oleh Allah dan dilaknat oleh sekalian makhluk..


Dari Abdullah bin 'Amr R.A,
Rasulullah S.A.W bersabda:' Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat..

SEPULUH ORANG YANG MAYATNYA TIDAK BUSUK DAN TIDAK REPUT DI HARI QIAMAT KELAK!!!


Disebutkan di dalam satu riwayat, bahawasanya apabila para makhluk dibangkitkan dari kubur, mereka semuanya berdiri tegak di kubur masing-masing selama 44 tahun UMUR AKHIRAT dalam keadaan TIDAK MAKAN dan TIDAK MINUM, TIDAK DUDUK dan TIDAKBERCAKAP.

Bertanya orang kepada Rasulullah saw : 'Bagaimana kita dapat mengenali ORANG-ORANG MUKMIN kelak di hari qiamat?'

Maka jawabnya Rasulullah saw 'Umatku dikenali kerana WAJAH mereka putih disebabkan oleh WUDHU'.' Bila qiamat datang maka malaikat datang ke kubur orang mukmin sambil membersihkan debu di badan mereka KECUALI pada tempat sujud. Bekas SUJUD tidak dihilangkan.

Maka memanggillah dari zat yang memanggil. Bukanlah debu 'itu dari debu kubur mereka, akan tetapi debu itu ialah debu KEIMANAN' mereka. Oleh itu tinggallah debu itu sehingga mereka melalui titian' Siratul Mustaqim dan memasuki Alam SYURGA, sehingga setiap orang melihat para mukmin itu mengetahui bahawa mereka adalah pelayan Ku dan hamba-hamba Ku.

Disebutkan oleh hadith Rasulullah saw bahawa sepuluh orang yang mayatnya TIDAK BUSUK dan TIDAK REPUT dan akan bangkit dalam tubuh asal diwaktu mati :-
1. Para Nabi
2 ParaAhli Jihad
3. ParaAlim Ulama
4. ParaSyuhada
5. ParaPenghafal Al Quran
6. Imam atau Pemimpin yang Adil
7. Tukang Azan
8. Wanita yang mati kelahiran/beranak
9. Orang mati dibunuh atau dianiaya
10. Orang yang mati di siang hari atau di malam Jumaat jika mereka itu dari kalangan orang yang beriman.

Didalam satu riwayat yang lain dari Jabir bin Abdullah ra sabda Rasulullah saw: Apabila datang hari QIAMAT dan orang-orang yang berada di dalam kubur dibangkitkan maka Allah swt memberi wahyu kepada Malaikat Ridhwan:
' Wahai Ridhwan, sesungguhnya Aku telah mengeluarkan hamba-hamba Ku berpuasa ( Ahli Puasa ) dari kubur mereka di dalam keadaan letih dan dahaga. Maka ambillah dan berikan mereka segala makanan yang digoreng dan buah-buahan SYURGA. '

Maka Malaikat Ridhwan menyeru, wahai sekelian kawan-kawan dan semua anak-anak yang belum baligh, lalu mereka semua datang dengan membawa dulang dari nur dan berhimpun dekat Malaikat Ridhwan bersama dulang yang penuh dengan buahan dan minuman yang lazat dari syurga dengan sangat banyak melebihi daun-daun kayu di bumi.

Jika Malaikat Ridhwan berjumpa mukmin maka dia memberi makanan itu kepada mereka sambil mengucap sebagaimana yang difirman oleh Allah swt di dalam Surah Al-Haqqah bermaksud :
'Makan dan minumlah dengan sedap disebabkan AMAL yang telah kamu kerjakan pada HARI yang telah LALU itu.'

* Tolong sebarkan kisah ini kepada saudara Islam yang lain.

Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang mengajarnya meskipun dia sudah mati. ' Dan ( ingatlah ) Allah sentiasa mengetahui dengan mendalam akan apa jua yang kamu lakukan.' Surah Al-Baqarah : 237

Untuk renungan dan amalan bersama ..

DOA NABI YUNUS A.S KETIKA DIDALAM PERUT IKAN NUN
============
'LAA ILAHA ILLA ANTA SUBHANAKA INNI KUNTU MINALZHAALIMIIN'

Tuesday, November 25, 2008

My Family


Anak aku sorang nie kalau bab mandi kolam mmg reja dia la

Sukanya dia

Ni gambar ibuku dan cucu2nya masa raya tahun lepaih

Ni gambaq ibu, abg, kakak dan adik aku masa raya tahun lepaih

ni gambaq ambil masa aidilfitri yg lalu bersama ibu tersayang

Inilah famili besar aku, gambar diambil masa percutian keluarga di Port Dickson pada bulan Feb 2008

Kenangan Yang Terindah

Salam165,

Alhamdulillah, pada 22/11 - 23/11 telah berlangsungnya ESQ training in house MAIPP dengan peserta lebih kurang 650 orang. Paling ramai sekali rasanya untuk tahun ini. Aku yang kebetulan berada di kampung alhamdulillah dapat menyumbangkan sedikit tenaga bagi menjayakan training tesebut.

Lebih bersejarah lagi aku dapat bersama-sama dengan bini aku, biras aku Amran dan Wan serta kakak dan adik iparku Kak Ani, Kak Liza dan Naemah dalam melaksanakan Total Action iaitu menjadi Alumni Training Support (ATS). Sesungguhnya Allah Maha berkuasa, selalu dok pi training ni kat KL tapi jadi ATS kat Penang. Dan paling membanggakan, adik-beradik sepupu sepapat aku yang lain pun dapat menjadi peserta kali ini. Terima Kasih pada Abg Wan dan Kak Liza atas usaha mereka. Semoga Allah membalas segala usaha dan penat lelah mereka selama ini. Amin.

Subhanallah, sesungguhnya pengalaman menjadi ATS amat bermakna sekali dalam diriku. Tidak dapat untuk aku gambarkan disini. Memang betul la apa yg rakan ATS di KL selalu cakap. Nak merasai nikmat dalam ESQ ni jadi la ATS.

Kepada adik beradik lain yang dah alumni cubalah merasai pengalaman ini. Pasti anda menemui sesuatu yang bermakna dan indah dalam diri anda. Insyaallah.
Kepada adik beradik, rakan dan taulan yang masih belum berkesempatan pergi dan merasai training ini, rebutlah peluang ini. Sesungguhnya training ini dapat memberikan sinar baru dalam kehidupan anda. Insyaallah.

Salam165 buat seluruh alumni ESQ, marilah kita semua berjuang untuk menegak 165 dibumi Allah ini. Pastikan setiap jengkal tanah dan jiwa ada 165.

p/s - NAE bila nak upload gambaq geng ATS ni.

Selamat Bertugas Kembali

Hari ini 25/11/08 aku kembali bertugas, setelah 5 hari berada dikampung, nak balik mai sini almaklumlah punya la baloq (org utara kata) ingat mcm nak cuti lagi tapi cuti dah xdak, raya haji nak balik plak. Tapi aku kuat semangat sebab minggu depan aku kena organized satu training. So, kenalah usaha lebih skit.. mananya nak arrange makan, nak arrange tempat dan mcm2 lagi.

Aku pasrah dan berserah semuanyanya pada Allah, sesungguhnya Dialah Yang Maha Berkuasa atas segala-galanya. Kita hanya merancang Allah yang menentukan. Sesungguhnya Perancangan Allah lah yang terbaik.

"Ya Allah, Sesungguh aku berlindung dengan Mu daripada duka dan kesedihan, dan aku berlindung dengan Mu daripada lemah dan malas, aku berlindung dengan Mu daripada pengecut dan bakhil, dan aku berlindung dengan Mu daripada dirundung hutang dan paksaan orang" Amin.

Thursday, November 20, 2008

Balik Penang

Hari ini khamis 20/11 aku menulis buat pertama kalinya kat kampung di Penang. Selalu berblog di opis, ntah mcmana ada emergency kena balik Penang hari ini. Punya la slow internet kat sini pinjam anak buah punya. Selalu pakai kat opis laju giler zap zap zap. guna personal punya la slow giler... tension betul.

Asalnya nak balik hari jumaat lepaih reja tapi masa kat opis dalam pukui 0900 dpt SMS dari kak aku, Pak menakan (Pak Njang Mat) yang dok di Tanah Liat telah pergi mengadap Ilahi "Innalillahiwaiinnailaihirojiun" akibat penyakit kencing manis setelah dimasukkan ke ICU selama 2 hari.

Mula x mau balik, tapi lepaih dapat call dari kak aku yg dok di Sg Buluh ajak balik, aku pun apa lagi cargas la.

Dlm pukul 1230 bertolak dari Sg Buluh sampai kat Tanah Liat dlm pukul 0400 lebih kurang 3 jam setengah, kira laju jugak la aku bawa average dlm 14okm/j. Nasib baik tak kena tahan road block kat Tapah. Pecut punya pecut dgn harapan sempat untuk beri perhormatan terakhir pada Pak Menakan aku, tapi ditakdirkan kami sampai kat rumah arwah, jenazah telah pun dibawa ke tanah perkuburan untuk dikebumikan lepaih solat asar. Tak sempat la, apa pun Al Fatihah untuk arwah Pak Njang.

Al Fatihah

Tuesday, November 18, 2008

Mencari Asal Usul Big Bang


dalam dok kalut nak balik sempat lagi satu post

TEORI Big Bang (Letupan Besar) adalah satu usaha untuk menjelaskan apa yang berlaku semasa permulaan terbentuknya alam semesta ini.

Penemuan dalam kajian astronomi dan fizik menunjukkan tanpa sebarang keraguan bahawa asal-usul alam semesta sama seperti objek-objek lain.

Teori Letupan besar adalah salah satu usaha untuk menerangkan apa yang terjadi semasa dan selepasnya.

Berdasarkan teori biasa, alam semesta mula muncul sebagai persamaan sekitar 13.7 bilion tahun lalu.

Alam semesta dikatakan bermula sebagai persamaan kecil, tiada batas panas, tiada batas tumpat - sesuatu persamaan.

Daripada mana ia muncul? Tiada siapa yang tahu. Dan bagaimana ia terjadi, juga tiada siapa yang tahu.

Selepas kemunculannya, ia mengembang dan membesar (Big Bang) dan menyejuk sebelum beralih daripada teramat kecil dan teramat panas kepada saiz dan suhu alam semesta yang ada pada masa ini.

Ia akan terus membesar dan menyejuk sehingga kini dengan manusia di dalamnya yang tinggal di planet, mengelilingi bintang-bintang, berkumpul bersama-sama dengan beratus-ratus bilion bintang lain dalam galaksi.

Semuanya berada dalam alam semesta yang membesar dan bermula sebagai sesuatu yang unik dan muncul entah dari mana.

Terdapat beberapa tanggapan salah yang menyelubungi teori tersebut.

Sebagai contoh, biasanya ia membayangkan letupan yang amat besar.

Bagaimanapun terdapat juga pendapat pakar yang menyatakan bahawa sebenarnya tidak berlaku letupan tetapi hanya proses pembesaran yang berterusan.

Selain membayangkan belon meletup dan membebaskan kandungannya, bayangkan belon yang berkembang daripada saiz yang kecil kepada saiz alam semesta sekarang.

Lagi satu tanggapan silap adalah membayangkan persamaan sebagai bola api yang kecil dan muncul di angkasa.

Berdasarkan kepada pakar, angkasa tidak wujud sebelum berlakunya Letupan Besar.

Mengimbas kembali pada akhir tahun 60-an dan awal 70-an apabila manusia mula menjejaki bulan, tiga ahli astrofizik Britain, Stephen Hawking, George Ellis dan Roger Penrose mengalih pandangan kepada Teori Relativiti dan implikasinya terhadap tanggapan awal ketika itu.

Pada 1968 dan 1970, mereka menerbitkan hasil kajian di mana mereka membincangkan mengenai Teori Relativiti Am Einstein bagi menambahkan ukuran ruang dan masa.

Berdasarkan kepada pengiraan mereka, masa dan ruang mempunyai permulaan yang terbatas bermula yang sepadan dengan asal bahan dan tenaga.

Keunikannya tidak muncul dalam ruang tetapi ruang bermula dalam keunikan berkenaan.

Sebelum keunikan berkenaan, tiada apa yang wujud, tiada ruang, masa, jisim atau tenaga - tiada apa.

Bukti teori Big Bang

Apakah bukti utama yang menyokong teori Big Bang?

1. Apa yang pasti, semua orang percaya setiap sesuatu pasti ada permulaan.

2. Galaksi kelihatan seperti bergerak jauh daripada kita pada kelajuan mengikut jarak. Ini dinamakan Hukum Hubble yang dinamakan selepas Edwin Hubble (1889-1953) yang menemui fenomena berkenaan pada 1929.

Pemerhatian berkenaan menyokong pembesaran alam semesta dan mencadangkan bahawa satu masa dulu alam semesta adalah padat.

3. Jika alam semesta terlalu panas seperti cadangan Big Bang, tentu terdapat sisa-sisa haba berkenaan.

Pada 1965, Radioastronomers Arno Penzias dan Robert Wilson menemui -270.425 darjah Celcius (C) radiasi Cosmic Microwave Background (CMB) yang merebak kepada alam semesta.

Ini mungkin sisa yang dicari-cari oleh saintis. Akhirnya timbunan elemen cahaya hidrogen dan helium ditemui dalam alam semesta yang diperhatikan dan didakwa dapat menyokong asal usul model Big Bang.

Teori Big Bang - teori yang munasabah

Adakah teori Big Bang yang standard adalah model konsisten dengan bukti berkenaan?

Tidak, ia hanyalah teori yang popular.

Ahli astrofizik terkenal George F. R. Ellis menerangkan, manusia perlu sedar terdapat beberapa model yang boleh menerangkan mengenai pemerhatian berkenaan.

Dalam pada itu, beberapa tokoh turut tidak ketinggalan dalam mengkaji teori ini termasuk pemenang anugerah Hadiah Nobel Dr. Hannes Alfvén, Profesor Geoffrey Burbidge, Dr. Halton Arp dan juga angkasawan British, Sir Fred Hoyle.

Georges Lemaître pula mencadangkan teori yang menceritakan asal usul semesta itu sebagai Teori Big Bang.

Bagaimanapun, ia masih tetap berpegang kepada Teori Relativiti Einstein tersebut.

Namun Hoyle dinyatakan sebagai orang yang mencipta istilah Big Bang pada 1949.

Diambil dari Group Alumni_ESQ165

Muhasabah Diri

MEMISKINKAN DIRI

Dunia ini Allah punya. Segala-gala yang ada di dalam dunia ini pun Allah punya. Bahkan, kita manusia ini pun Allah yang punya. Justeru itu pada hakikatnya, kita manusia tidak memiliki apa-apa. Sebaliknya kita dimiliki.

Kalaupun kita ada mempunyai harta kekayaan dan wang ringgit yang menimbun-nimbun, kekayaan itu bukan kita punya. Itu milik Tuhan. Kekayaan itu termasuk diri kita sendiri, adalah milik Tuhan.

Kita sebagai manusia, dalam keaadan apa sekalipun adalah miskin. Kita bila-bila pun miskin. Kita tetap miskin. Kalau kita kaya dan mempunyai banyak harta, kita hanya tukang jaga kekayaan Tuhan. Kita hanya tukang tadbir kekayaan Tuhan. Kita boleh ambil dan guna sekadar yang kita perlu dari kekayaan kita itu tetapi yang selebihnya mesti digunakan untuk manusia lain yang memerlukan dan untuk kemaslahatan masyarakat.

Allah SWT jadikan harta dan kekayaan itu untuk manusia seluruhnya, untuk keperluan semua hamba-hamba- Nya. Segala rezeki dan kekayaan yang Allah SWT kurniakan itu cukup untuk semua hamba-hamba- Nya di muka bumi ini. Hanya rezeki, harta dan kekayaan itu tidak diberi sama banyak dan sama rata. Ada golongan yang dapat lebih. Ada yang dapat kurang. Supaya ada manusia yang kaya dan ada manusia yang miskin.

Allah jadikan miskin dan kaya bukan secara kebetulan. Kalau dalam masyarakat manusia semuanya miskin, maka tidak akan ada penggerak ekonomi, tidak akan ada pencetus industri, perniagaan dan perdagangan. Tidak akan ada pembela bagi orang yang fakir dan miskin. Ekonomi masyarakat tidak akan wujud dan tidak akan berkembang.

Manusia hanya akan sibuk mencari makanan sehari-hari untuk diri dan keluarga masing-masing. Semua manusia akan hidup kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Tidak akan berlaku interaksi, usahasama, kerjasama, khidmat dan saling perlu memerlukan di antara satu sama lain. Tidak akan ada kemajuan dan pembangunan. Tidak akan terbangun masyarakat, tamadun dan peradaban. Semua manusia akan hidup macam orang asli atau kaum aborigin yang semuanya sama-sama miskin.

Sebaliknya kalau dalam masyarakat manusia itu semuanya kaya-kaya belaka, maka kekayaan itu tidak ada apa-apa makna. Orang kaya akan menjadi susah juga. Siapa yang akan menanam padi. Siapa yang akan ke laut menangkap ikan. Siapa yang akan menternak lembu, kambing dan ayam. Siapa yang akan menanam sayur dan pokok buah-buahan. Bukankah ini semua kerja orang miskin. Apa yang orang kaya hendak makan. Takkan hendak makan duit, emas, perak, intan dan berlian. Siapa yang akan bina rumah, buat jalan, angkut sampah, potong rumput, menjadi pekerja bekalan air dan elektrik dan beribu-ribu macam khidmat lagi.

Kalau hendak gerakkan industri dan ekonomi siapa pula yang akan jadi buruh. Siapa yang akan jadi pekerja. Siapa yang akan jadi penyelia. Akhirnya siapa yang akan jadi pembeli atau pengguna bagi produk, barangan dan khidmat yang dikeluarkan.

Adanya miskin dan kaya itu adalah rahmat dari Tuhan supaya manusia boleh mencipta kehidupan, membina masyarakat dan menggerakkan tamadun. Supaya manusia kenalmengenal, bantu-membantu, saling perlu-memerlukan dan berkasih sayang di antara satu sama lain. Tanpa adanya miskin dan kaya di kalangan manusia, maka tidak akan ada interaksi. Tidak akan ada masyarakat.

Namun begitu, rezeki dan kekayaan yang Allah limpahkan ke bumi ini adalah untuk semua manusia walaupun pembahagiannya tidak sama banyak dan tidak sama rata. Justeru itu apabila ada orang atau pihak yang tidak menjaga dan tidak mentadbir harta dan kekayaan yang Allah amanahkan kepada mereka dengan baik, maka akan berlakulah bencana. Apabila orang kaya tidak menyama-ratakan harta kekayaan mereka kepada fakir miskin dan yang memerlukan, maka akan datanglah malapetaka. Apabila orang kaya mula merasakan kekayaan mereka adalah hak mereka sendiri dan bukan hak Allah yang perlu diagih-agihkan, maka akan turunlah laknat dan bala dari Tuhan.

Rezeki, harta dan kekayaan Allah itu adalah untuk semua manusia dan masyarakat, bukan untuk manusia yang tertentu sahaja. Ia mesti disamaratakan. Kalau tidak akan timbul kelas dan kasta kaya miskin dalam masyarakat yang satu sama lain benci-membenci, curiga-mencurigai, hina-menghina dan dengki- mendengki. Masyarakat akan menjadi kucar-kacir, kacaubilau, bergaduh dan berkelahi. Akan berlaku berbagai bentuk jenayah dan penindasan. Hilang ukhwah dan kasih sayang. Manusia tidak kira kaya atau miskin semuanya akan hidup dalam ketakutan dan kebimbangan.

Oleh itu, semua manusia terutama yang kaya, perlu memiskinkan diri. Memiskinkan diri ini bukan bererti kita mesti jatuh miskin. Memiskinkan diri ialah menyedari dan merasakan bahawa kita sebagai manusia, hakikatnya adalah miskin dan tidak punyai apa-apa. Kesemua kekayaan adalah hak Allah semata-mata. Kalau pun kita kaya dan berharta, kita tahu dan kita sedar bahawa kita sebenarnya miskin. Kekayaan yang ada itu adalah amanah dari Allah yang wajib kita jaga dan tadbirkan mengikut kehendak-Nya. Kita boleh ambil setakat mana yang perlu sahaja dan menggunakan yang selebihnya untuk golongan fakir miskin dan masyarakat. Memiskinkan diri ertinya merasakan kekayaan kita bukanlah hak kita tetapi hak Allah untuk diagih-agihkan kepada golongan fakir, miskin dan masyarakat.

Inilah sebenarnya erti zuhud.

Zuhud bukan bermaksud tidak kaya atau tidak berharta. Zuhud ertinya tidak merasakan kekayaan dan harta itu kita punya.

Zuhud ertinya merasakan harta dan kekayaan itu kepunyaan Allah yang perlu diagihkan kepada yang berhak.

Zuhud ertinya mempunyai kekayaan di tangan tapi tidak di hati.

Orang yang zuhud ialah orang yang telah memiskin dirinya hingga mudah baginya menggunakan kekayaannya untuk masyarakat dan golongan yang memerlukan.

Petikan dari Group Alumni_ESQ165

Untuk renungan anda diwaktu dunia sedang gawat ini.

Petikan di ambil dari Group Alumni_ESQ165

Untuk dikongsi bersama dan sama2 mengingati antara satu sama lain....

Yang baik segalanya dari Allah...yang buruk itu dari hamba yang hina....

~Demi Jiwa Dan Seluruh Penyempurnaannya. ..SUBHANALLAH~ Gersang Hati Tanpa Iman, Gersang Jiwa Tanpa Amal

Luangkan masa baca sehingga habis, manfaat nya terlalu banyak....sekadar ingatan utk diriku dan org2 yg tersayang..salam

Belajarlah Untuk Berkata Cukup
"Oleh: Abu Naqibah

Minggu lepas saya sempat tonton sebahagian dari sebuah filem yang disiarkan di channel Vision Four. Tajuknya Interstate 60. Pelakon utamanya saya tak kenal tapi pelakon tambahannya ramai yang top2. Salah satu babak yang saya ingat sangat, ialah di awal cerita yang membabitkan pelakon terkenal, Micheal J.Fox. Dalam babak tu, Micheal kelihatan seperti seorang businessman yang sibuk.

Ketika itu dia sedang bercakap2 dihandphonenya di dalam kereta. Dibelakangnya ada seorang lelaki sedang mengayuh basikal sambil menghisap pipe. Tiba2 Micheal buka pintu keretanya dan akibatnya lelaki tersebut terlanggar pintu tersebut dan te rgolek. Tengah tergocoh2 & sibuk mintak maaf tuh, handphone Micheal terlepas dari tangan. Sampai je ke atas jalan, datang satu trailer lenyek handphone. Apa lagi, menyumpah seranah la dia.

Yela... Sebagai businessman, tentu handphone tu alat penting untuknya. Dalam keadaan marah, terkeluar dari mulut Micheal (lebih kurang la...) "Saya harap ini tak pernah terjadi". Rupa2nya lelaki yang bawa basikal tadi ada kuasa magik. Dia mampu ulang balik masa dan mereka kembali ke satu keadaan di mana Micheal masih dalam kereta dan lelaki tadi masih menunggang basikalnya.

Bila tiba hampir ke kereta Micheal, dia berhenti. Tiba2 Micheal keluar dari kereta. Kali ni lelaki tadi tak melanggar pintunya seperti sebelum ini. Jadi Micheal terus rancak berbual hinggalah tiba2 datang trailer dan melanggar Micheal J. Fox. Lelaki tadi, yang berada di belakang kereta Micheal & memerhatikan segalanya, bekata "Some people just
don't know what to wish for" (Sesetengah orang tak tahu apa yang patut diminta).

Apa kesudahan filem ini saya tak tahu sebab saya tak menontonnya hingga selesai. Tapi saya cukup tertarik dengan perkataan lelaki yang berbasikal tu. Sesetengah orang tak tahu apa yang patut mereka minta. Bukankah hampir kita semua begitu? Dalam filem tadi, Micheal mengharapkan kemalangan tu (basikal langgar pintu keretanya) tak berlaku supaya handphonenya terselamat. Tapi tanpa kemalangan itu, dia pula yang maut. Perasan tak?

Ini satu telefilem fiksyen. Rekaan semata. Tapi perkara ni sebenarnya berlaku dalam kehidupan harian kita. Seringkali kita meminta perkara yang macam2 seolah2 itulah yang terbaik untuk
kita. Persoalannya, tahukah kita apa yang terbaik untuk kita? Kalau kita dilahirkan miskin,
kita sering berdoa untuk menjadi kaya. Hendak mengubah kehidupan, kita kata. Tapi kita pastikah kekayaan itu yang terbaik untuk kita?

Atau kita dilahirkan pendek, atau terlalu tinggi, atau hitam atau berpenyakit. Tentunya kita mengharap2kan keajaiban untuk menjadi manusia yang sempurna atau sekurang2nya 'just nice'. Mungkin juga kita terbabit dalam kemalangan yang mengorbankan orang yang tersayang. Pasti tercalit dalam hati keinginan untuk mengembalikan masa itu supaya kemalangan itu
dapat dielakkan dan nyawa orang kesayangan kita juga selamat. Kan ?

Persoalannya, adakah apa yang kita perolehi sekarang ini bukan yang terbaik? Adakah Allah itu zalim atau pilih kasih dengan memberi sesetengah orang nikmat manakala setengah lagih azab? Bukankah Allah itu Maha Adil? Bukankah Allah itu Maha Mengetahui? Bukankah Allah itu
Maha Bijaksana? Jika begitu, mengapakah ada sesetengah dari kita yang bernasib malang manakala sesetengah yang lain bernasib baik sepanjang hidup mereka?

Sebenarnya, kita adalah apa yang kita minta (we are what we wish for). Kadangkala tatkala kita berdoa, kita sendiri kurang faham dengan apa yang kita minta. Ada orang berdoa minta selamat. Akan tetapi Allah berikan dia dari sihat jatuh sakit. Dari kaya jatuh miskin. Dari jelita
jadi huduh. Bagaimana itu? Itu hanyalah sebagai ujian kesabarannya. Seandainya imannya tetap kuat, insyaAllah dia akan selamat di akhirat kelak.

Selamat juga, bukan? Adakah Allah menolak permintaannya? Tidak! Bahkan Allah meletakkannya ke tempat yang lebih tinggi. Begitu juga dengan keadaan saya baru2 ini. Hidup dikelilingi hutang lapuk. Pening kepala nak bayar. Interest makin meningkat. Ibu mana yang tak kasihan lihat anaknya susah hati? Satu hari tu ibu saya beritahu saya yang dia tiap2 hari berdoa minta saya dapat banyak duit. Dia simpati dengan saya katanya.

Saya katakan kepadanya. Kalau banyak duit, tiap2 bulan saya dapat, Alhamdulillah. Saya katakan padanya kalau mahu berdoa untuk saya, berdoalah semoga hutang lapuk saya selesai. Saya beritahunya ketika sebelum Zuhur. Zuhur tu juga dia telah tukar doanya dan Alhamdulillah, petang itu juga saya nampak jalan penyelesaiannya. Doa ibu itu berkat.
Sekarang, Alhamdulillah ringan rasanya beban di kepala saya. Maha Suci Allah.

Apabila Allah menentukan sesuatu ke atas kita, percayalah itu adalah yang terbaik. Hanya mata kita yang diseliputi dengan nafsu yang tidak dapat melihat kebaikan yang ada pada sesuatu kejadian. Mengapa sukar bagi kita untuk redha kepada kejadian Allah? 'Grass is always greener on the other side'. Kan ? Kita sentiasa melihat apa yang ada pada orang lain
itu lebih baik dari apa yang kita miliki.

Sedang Nabi saw telah menasihatkan agar kita melihat orang yang di bawah. Jangan melihat orang lebih tinggi kerana intu akan membuat kita tidak bersyukur. Dan itulah masalahnya pada diri kita. Kita sentiasa mengejar peluang yang lebih baik. Sentiasa mahukan yang lebih banyak.
Saya sendiri mengalami perkara ini. Dan saya percaya ramai yang turut mengalaminya. Siapa yang taknak gaji besar, kan ?

Masa saya grad, ekonomi negara benar2 sedang menjunam. Saya ke hulu ke hilir mencari kerja. Akhirnya saya bekerja sebagai operator di kilang metal stamping. Gaji RM400 sebulan. Tiada OT. Tolak itu, tolak ini, dapatlah RM350. Hm... Cukup? Dah tentu tidak. Ketika itu saya hanya
memiliki sebuah motor Yamaha 110SS hadiah ayah sempena dia dapat EPF. Isi minyak dengan makan dah habis. Ketika itu saya fikir, dapat gaji RM750 pun jadilah.

Kemudian saya bekerja sebagai Lab Technician. Betul2 saya dapat RM750. Cukup? Tak juga. Masa tu saya mula terfikir. Dapat gaji RM1500 pun dah cukup. Allah tunaikan lagi. Bekerja pula di petrochemical plant. Sebagai trainee, dapat la RM1500 sebulan. Ya Allah... tak cukup juga. Sebab masa tu saya dah beli kereta Iswara. Saya fikir, dapat RM2500 cukup la. Tapi
bila dapat banyak tu, saya tukar kereta pula. Kesimpulannya tak cukup juga!

Memang takkan cukup. Nafsu itu adalah benda yang paling besar! Sekarang, ketika kawan2 saya berlumba masuk syarikat lain yang offer gaji 2 - 3 kali ganda, saya tetap di sini. Kalau ada yang bertanya kenapa saya tak ikut mereka, senang saya katakan. Saya selesa di sini. Kalau solat saya
panjang, bos tak pernah marah. Sedang rakan2 saya di syarikat baru dibenarkan solat hanya dalam masa 5 minit sahaja.

Kini saya dah pandai mengatakan cukup. Cukuplah sebanyak ini yang Allah beri. Sekiranya diberi lebih, Alhamdulillah. Sekiranya semakin kurang, semoga Allah perkuatkan iman saya menghadapi dugaan mendatang. Yang penting bagi saya, apa yang saya perolehi ini halal dan diberkati. Pesan Nabi saw kepada Saiyidina Ali ra supaya jangan mengira2 rezeki untuk
hari esok kerana Allah menurunkan rezeki pada tiap2 hari . Ini benar2 terkesan dalam hati saya.

Tapi bukan bererti kita tak boleh mengejar yang lebih baik. Kejarlah dunia seperti akan hidup 1000 tahun lagi. Tapi dunia itu ibarat bayang2. Makin dikejar makin ia lari. Kejarlah akhirat seperti akan mati esok hari. Kerana akhirat itu umpama matahari. Makin kita kejar akhirat
(matahari), dunia (bayang2) akan mengejar kita. Rezeki itu hak Allah maka bermohonlah kepada Yang Memiliki rezeki itu. Kerana tiada rezeki untuk kita tanpa ada izin dariNya.

Terjadi kepada kenalan saya. Dengan gaji RM1000 sebulan, nak bayar ansuran rumah, nak isi minyak motor yang makin naik, duit lampin anak, duit makan, tinggal pula di JB, memang tak cukup. Sering dia mengeluh. Di tempat kerjanya pula dah lama hadkan OT. Kesian dia. Selalu dia cakap dia nak cari kerja lain. Dah banyak dia apply tapi tak dapat2 sebab tiada kelulusan dan umur pun dah makin lanjut.

Atau setidak2nya dapat banyak OT. Saya katakan padanya, besar periuk besarlah kerak. Sekarang dia pakai motor. Kalau gaji besar lagi, mungkin dia pakai kereta. Besar mana pun tetap tak cukup. Tapi... Masuk telinga kiri keluar telinga kanan. Akhirnya Allah tunaikan permintaannya. Tiba2 dia dapat banyak sangat OT. Hari2 balik rumah sampai tengah malam.
Langsung tak rehat. Main dengan anak pun 2 -3 minit masa pagi sebelum ke tempat kerja.

Bila jumpa, dia cakap dah penat. Tak larat nak OT. Saya ketawakan dia. Bukankah ini yang dia minta? Ya, katanya. Tapi dia dah tak larat. Hari Ahad je dia dapat rehat. Bila nak main2 dengan anak? Kesian anaknya. Ke masjid pun hari Jumaat saja sekarang ni... Saya katakan padanya, kita tak boleh dapat segala2nya. Dia nak duit, Allah bagi duit. Tapi dia hilang kehidupan dan masa dengan anaknya. Itu adalah permintaannya. Bersyukurlah Allah telah menunaikan.. -.

Kalau nak dikongsi, terlalu banyak rasanya apa yang saya lalui. Saya pasti, saudara2 semua juga ada lalui perkara yang sama. Di sini, bukan niat saya nak mengajar. Bukan juga nak menunjuk pandai. Saya hanya mengajak saudara2 sekalian terutamanya diri saya sendiri untuk berfikir.
Apa yang kita buru? Apa yang kita cari? Apa yang kita dapat? Berapa kali pernah kita bersyukur dan berapa kali pernah kita katakan cukup?

Cukup atau tidak apa yang kita ada, bergantung kepada cukup atau tidak kita bersyukur ke hadrat Allah. Juga bergantung cukup atau tidak kita tambat nafsu kita. Yang penting tiap kali selepas solat, berdoalah pohonkan Allah berikan yang terbaik buat kita. Nabi saw
pernah memberitahu, orang yang tidak berdoa selepas solat adalah orang yang sombong. Dalam hadith yang lain, Baginda saw berkata orang yang sombong adalah syirik kerana hanya Allah yang layak untuk bersifat sombong.

Wallahu'alam. -..

Ya Allah! Ampunkanlah kami ya Allah. Selama ini kami leka. Selama ini kami lalai dalam mengejar nikmat dunia hingga kami lupa janji nikmat syurga Mu. Cukupkanlah kami dengan apa yang Kau beri. Dan jadikanlah kami insan yang tahu bersyukur. Amin... Ya Rabbal 'Alamin...

Akhir kata, berlajarlah untuk berkata CUKUP....ALHAMDULIL -LAH ....."

" Tak perlu mencari teman secantik BALQIS, andai diri tak sehebat SULAIMAN.
Mengapa mengharap teman setampan YUSOF, jika kasih tak setulus ZULAIKHA. Tak perlu mencari teman seteguh IBRAHIM, andai diri tak sekuat HAJAR dan mengapa didamba teman hidup sesempurna MUHAMMAD, jika ada keburukan pada dirimu. Bimbinglah kekurangan itu
sebagai keunikan, carilah kebaikan pada dirinya, bersyukurlah kerana dipertemukan dengannya berdoalah dia milik kita "

Jalan-Jalan Cari Makan

Salam,

Tghari tadi punya lapaq tapi xtau nak mkn apa, semua tempat pi dah. Sampai naik jemu. Last last member ajak pi pekena nasi ayam golek kat Sg Besi, perghh best siot.

Lapaq punya pasai order la ayam sekoq.

Ni la rupanya ayam golek yg dah dikerat 14, member aku sempat ambik gambaq lagi, dia suruh aku boh dlm blog. Punya dah xdak idea nak boh dlm blog, ayam golek pun ayam golek la. Kalau hang pa pekena nasi ayam ni mesti nak lagi. Aku siap tambah lagi. Tengok gambaq biasa ja tapi sedap x tau nak habaq mcmana.

Lagi satu tempat ayam golek menarik kat Pantai Dalam.

Saturday, November 15, 2008

My Son Collections























Danish masa kecik2

Danish baru boleh menerap

Friday, November 14, 2008

SULTAN MUHAMMAD AL FATIH


Sabda Rasulullah saw ketika menggali Parit Khandaq;
"..Constantinople (kini Istanbul) akan jatuh ke tangan tentera Islam. Rajanya adalah sebaik-baik raja, tenteranya adalah sebaik-baik tentera……"

Hadis riwayat Imam Ahmad


Umat Islam berlumba-lumba membebaskan Constantinople untuk mendapatkan penghormatan yang dijanjikan oleh Allah swt di dalam Hadis tersebut. Walau bagaimanapun, kesemua kempen yang dilancarkan menemui kegagalan. Di antaranya, 5 kempen di zaman Kerajaan Umayyah, 1 kempen di zaman Kerajaan Abbasiyah dan 2 kempen di zaman
Kerajaan Usmaniyah.

Di dalam salah sebuah kempen semasa zaman Kerajaan Umayyah, seorang sahabat besar Nabi saw iaitu Abu Ayyub Al Ansary ra telah syahid dan dimakamkan di bawah dinding kubu Kota Constantinople di atas wasiatnya sendiri. Apabila ditanya kenapa beliau ingin dimakamkan di situ maka beliau menjawab,

"Kerana aku ingin mendengar derapan tapak kaki kuda sebaik-baik raja yang akan mengetuai sebaik-baik tentera semasa mereka membebaskan Constantinople nanti!".
Begitulah teguhnya iman seorang sahabat besar Nabi saw.

Hadis Nabi saw ini direalisasikan hampir 800 tahun kemudiannya oleh Sultan Muhammad Al Fatih, khalifah ke-7 Kerajaan Usmaniyyah dan 150,000 orang tenteranya.
Siapakah Sultan Muhammad Al Fatih?
Apakah kehebatan Baginda dan tentera-tenteranya sehingga disebut "sebaik-baik raja" dan "sebaik-baik tentera" di dalam Hadis tersebut.


PENGENALAN

Baginda dilahirkan pada 29 Mac 1432 Masihi di Adrianapolis (sempadan Turki - Bulgaria).
Walau bagaimanapun, sejarah hidup Baginda sebenarnya telah bermula hampir 800 tahun sebelum kelahirannya kerana telah disebut sebagai "sebaik-baik raja" di dalam Hadis tadi.
Baginda juga dikenali dengan gelaran Muhammad Al Fatih dan Muhammad The Conqueror kerana kejayaannya membebaskan Constantinople.

Baginda menaiki takhta ketika berusia 19 tahun dan memerintah selama 30 tahun (1451 – 1481). Baginda merupakan seorang negarawan ulung dan panglima tentera agung yang memimpin sendiri 25 kempen peperangan. Baginda mangkat pada 3 Mei 1481 kerana sakit gout. Ada ahli sejarah berpendapat Baginda mangkat diracun.


PENDIDIKAN

Baginda menerima pendidikan secara menyeluruh dan bersepadu. Di dalam bidang keagaman, gurunya adalah Syeikh Shamsuddin Al Wali dikatakan dari keturunan Sayyidina Abu Bakar As-Siddiq ra.

Di dalam ilmu peperangan pula, Baginda diajar tentang tektik peperangan, memanah dan menunggang kuda oleh panglima-panglima tentera.

Di dalam bidang akademik pula, Baginda adalah seorang cendekiawan ulung di zamannya yang fasih bertutur dalam 7 bahasa iaitu Bahasa Arab, Latin, Greek, Serbia, Turki, Parsi dan Hebrew.

Di dalam bidang Ilmu Pemerintahan pula, ayahanda Baginda , Sultan Murad II, dengan tujuan mendidik, semasa pergi bersuluk ke Pulau Magnesia, telah melantik Baginda yang baru berusia 12 tahun memangku jawatan Khalifah. Dalam usia semuda ini Baginda telah matang di dalam menangani tipu helah musuh.


KEPERIBADIAN

Baginda sentiasa bersifat tawadhu' dan rendah diri . Semasa membina Benteng Rumeli Hissari, Baginda membuka baju dan serbannya, mengangkat batu dan pasir hingga ulamak-ulamak dan menteri-menteri terpaksa ikut sama bekerja

Baginda seorang yang sentiasa tenang, pendiam, berani, sabar, tegas dan kuat menyimpan rahsia pemerintahan.
Baginda sangat cintakan ulamak dan selalu berbincang dengan mereka tentang permasalahan negara.


PERSIAPAN AWAL MEMBEBASKAN CONSTANTINOPLE

Selama 2 tahun selepas menaiki takhta, Baginda mengkaji pelan Kota Costantinople setiap malam bagi mengenal pasti titik kelemahannya. Baginda juga mengkaji sebab-sebab kegagalan kempen-kempen terdahulu serta berbincang dengan panglima-panglima perangnya tentang tentang strategi yang sesuai untuk digunakan.

Baginda mengarahkan dibina peralatan perang termoden seperti meriam besar yang boleh menembak bom 300 kg sejauh 1 batu.

Benteng Rumeli Hissari dibina di tebing sebelah Eropah, lebih kurang 5 batu dari Kota Constantinople di mana Selat Bosphorus adalah yang paling sempit. Ia dibina bertentangan dengan Benteng Anadolu Hisar di tebing sebelah Asia yang telah dibina oleh nindanya iaitu Sultan Bayazid Yildirim dahulu. Benteng ini mengawal rapi kapal-kapal yang melintasi Selat Bosphorus.
Perjanjian damai dibuat dengan pihak Wallachia, Serbia dan Hungary untuk memencilkan Constantinople apabila diserang nanti.

Baginda membawa bersama para ulamak dan pakar motivasi ke medan perang bagi membakar semangat jihad tenteranya. Sebaik sahaja menghampiri dinding kubu Kota Constantinople, Baginda mengarahkan dilaungkan Azan dan solat berjemaah. Tentera Byzantine gentar melihat 150,000 tentera Islam bersolat di belakang pemimpin mereka dengan laungan suara takbir memecah kesunyian alam.


MELANCARKAN SERANGAN KE ATAS CONSTANTINOPLE

Setelah segala persiapan lengkap diatur, Baginda menghantar utusan kepada Raja Bizantin meminta beliau menyerah. Keengganan beliau mengakibatkan kota tersebut dikepung. Pada 19 April 1453, serangan dimulakan. Kota tersebut hujani peluru meriam selama 48 hari. Setengah dinding luarnya rosak tetapi dinding tengahnya masih teguh.


Menara Bergerak

Seterusnya Baginda mengarahkan penggunaan menara bergerak yang lebih tinggi dari dinding kubu Byzantine dan memuatkan ratusan tentera. Tentera Byzantin berjaya memusnahkan menara tersebut setelah ianya menembusi dinding tengah kubu mereka.


Bantuan Dari Pope Vatican

Pope di Rome menghantar bantuan 5 buah armada yang dipenuhi dengan senjata dan tentera. Perairan Teluk Golden Horn direntang dengan rantai besi untuk menghalang kemaraan armada Usmaniyah. Ini menaikkan semula semangat tentera Bizantin.


Melancarkan Kapal Perang Dari Puncak Gunung

Kegembiraan mereka tidak lama. Keesokan paginya, mereka dikejutkan dengan kehadiran 72 buah kapal perang Usmaniyah di perairan Teluk Golden Horn. Ini adalah hasil kebijaksanaan Baginda menarik kapal-kapal ke atas gunung dan kemudian diluncurkan semula ke perairan Teluk Golden Horn. Tektik ini diakui sebagai antara tektik peperangan (warfare strategy) yang terbaik di dunia oleh para sejarawan Barat sendiri.

Kapal-kapal itu kemudiannya membedil dinding pertahanan belakang kota. Kapal-kapal perang tentera Byzantin habis terbakar kerana bedilan meriam Usmaniyah. Pertahanan Byzantin menjadi semakin lemah. Baginda mengambil kesempatan pada malamnya dengan memberikan semangat kepada tenteranya serta mengingatkan mereka kepada Hadis Rasulullah saw dan bersama-sama berdoa kepada Allah swt.


Memanjat dan Melastik Dinding Kota

Keesokan paginya tentera Usmaniyah cuba memanjat dinding dalam kubu dengan tangga dan cuba merobohkannya dengan lastik besar. Tentangan sengit pihak Byzantin menyebabkan ramai yang syahid. Baginda memerintahkan tenteranya berundur dan bedilan meriam diteruskan sehingga tengahari.


Karisma Seorang Pemimpin

Pengepungan selama 53 hari tanpa sebarang tanda-tanda kejayaan telah menimbulkan rasa bosan dan menghilangkan keyakinan tentera Baginda. Pada saat yang genting ini Baginda berucap menaikkan semangat tenteranya,

"Wahai tenteraku, aku bersedia untuk mati di jalan Allah. Sesiapa yang mahu syahid ikutlah aku!".

Mendengarkan itu, Hasan Ulubate, mengetuai sekumpulan kecil 30 tentera membuka dan melompat masuk ke dalam kubu musuh lantas memacak bendera Islam di situ. Mereka kesemuanya gugur syahid setelah dihujani anak panah musuh. Kemudian tentera-tentera Islam menyerbu bertali arus menembusi barisan pertahanan Byzantin sambil melaungkan kalimah Allahu Akbar.


Penawanan Constantinople

Pada 29 Mei 1453, Kota Constantinople jatuh ke tangan Islam. Baginda menukar namanya kepada Islambol (Islam keseluruhan)

Gereja Besar St Sophies ditukar kepada Masjid Aya Sofiya. Baginda dengan tawadhuknya melumurkan tanah ke dahinya lalu melakukan sujud syukur. Semenjak peristiwa inilah Baginda diberi gelaran "Al Fatih" iaitu yang menang.


SEBAIK-BAIK RAJA DAN SEBAIK-BAIK TENTERA

Pada kali pertama solat Jumaat hendak didirikan, timbul pertanyaan siapa yang layak menjadi imam. Baginda memerintahkan kesemua tenteranya termasuk dirinya bangun lantas bertanya, "Siapa di antara kita sejak baligh hingga sekarang pernah meninggalkan solat fardhu walau sekali sila duduk!". Tiada seorang pun yang duduk, kerana tidak seorang pun di antara mereka pernah meninggalkan solat fardhu.

Baginda bertanya lagi, "Siapa di antara kita yang sejak baligh hingga kini pernah meninggalkan solat sunat rawatib sila duduk!". Sebahagian daripada tenteranya duduk.

Kemudian Baginda bertanya lagi, "Siapa di antara kamu sejak baligh hingga ke saat ini pernah meninggalkan solat tahajjud walaupun satu malam, sila duduk!". Kali ini semuanya duduk, kecuali Sultan Muhammad Al-Fatih sendiri. Baginda tidak pernah meninggalkan solat fardhu, Solat Sunat Rawatib dan Solat Tahajjud sejak baligh . Inilah dia anak didikan Syeikh Shamsuddin Al Wali. Bagindalah sebaik-baik raja yang telah diisyaratkan oleh Rasulullah saw di dalam Hadisnya itu.

Sumber: Alumni_ESQ165

Karakter Berlian


Jadilah diri kita umpama berlian, lagi kuat dicengkam, ditekan bertambah kukuh dan kuatnya berlian itu sehingga mampu untuk memotong kaca.

Begitulah diri kita manusia, begitu kuat macamana sekalipun tekanan yang kita hadapi sama ada dalam kehidupan, pekerjaan atau apa saja yang kita laku, jika kita bersabar dengan apa jua tekanan insyaallah kita akan menunjukkan karakter yang sebenarnya dalam diri kita. Isyaallah kita akan jadi seperti umpama berlian yang begitu cantik berkilauan.

Wallahuaalam Allah sahaja yang Maha Mengetahui Al Alim

Wednesday, November 12, 2008

Anakku dan anak menakanku



Nie baru abis melalak, gheja dia gheyau saja, ada saja x kena...tapi xpa dia bakal Satria165...dia cukup suka dengaq lagu demi matahari (Snada)


Inilah bakal Satria165

Dr Mahathir Mohamad: ESQ Sebarkan Nilai Keberhasilan Bangsa


Dr Mahathir Mohamad (kanan) dan Ary Ginanjar di forum diskusi "Nilai Pemuda dan Kepemimpinan Masa Depan"

“Saya meyakini bah­wa hubungan masyara­kat Malaysia dan Indo­nesia akan se­ma­kin erat melalui ESQ,” ka­ta mantan Perdana Menteri Ma­­laysia Dr Mahathir Mohamad dalam forum diskusi bertajuk “Nilai Pemuda dan Kepemimpinan Masa Depan” yang diadakan oleh ESQ Leadership Center Malaysia, Sabtu 8 November 2008 di Yayasan Kepemimpinan Perdana Malaysia.

Menurut Mahathir, hubungan antara Indonesia dan Malaysia tak hanya melibatkan pemerintah kedua negara, namun juga ma­sya­rakat. “Karena pelibatan masya­rakat menjadi lebih penting dari­pada hanya peran pemerintah saja,” katanya.

“Saya baru pertama kali satu forum dengan Dr Ary Ginanjar, namun saya merasa pemikiran saya sama dengan apa yang di­perjuangkan oleh ESQ,” ujar Maha­thir. Ia menyontohkan tentang kebijakan yang diambilnya, yakni Look East Policy, yang banyak meng­acu pada keberhasilan Je­pang. “Itu dijelaskan secara sistematis oleh Dr Ary,” kata mantan orang nomor satu di Malaysia selama kurun waktu 22 tahun itu. “Jika ingin berhasil, kaum muda harus kembali memegang teguh nilai-nilai murni yang menjadi kunci keberhasilan bangsa bangsa di dunia, seperti yang diajarkan ESQ.”

Saat ini, lanjut Mahathir, kaum muda dilanda krisis moralitas sebagai pengaruh televisi asing, internet, pergaulan yang terlalu bebas dan sangat kurangnya nilai-nilai yang membangun. Ia juga menyatakan bahwa krisis di Amerika Serikat terjadi karena begitu mengedepankan materialisme yang ternyata malah menjadi akar kerusakan ekonomi Amerika.

Mahathir memuji peran yang dilakukan oleh ESQ dalam menyebarkan nilai-nilai murni yang disebut tujuh nilai dasar yakni Jujur, Tanggung Jawab, Visioner, Displin, Kerjasama, Adil dan Peduli, melalui training-trainingny a. Ia pun memberikan apresiasinya karena training ESQ juga telah dilaksanakan di mancanegara antara lain Malaysia, Singapura, Brunei Darussalam, Australia, Eropa, AS. “Pak Ary menyebarkan nilai-nilai murni yang jadi dasar keberhasilan bangsa-bangsa di dunia, dengan pendekatan yang sangat berkesan. Tahniah (selamat) untuk Pak Ary,” ujar Mahathir.

Sementara, Dr Ary Ginanjar yang juga menjadi pembicara dalam forum itu, mengajak agar bangsa-bangsa di dunia melaksanakan pembangunan dengan memegang teguh nilai-nilai kejujuran, kehormatan, sopan santun dan loyalitas. Hal ini yang telah dilakukan Jepang dan terbukti berhasil “Saya baru kembali dari Jepang melaksanakan Seminar ESQ di kota Tokyo dan Kyoto. Di sana saya melihat sendiri nilai-nilai murni terutama kejujuran begitu dipegang teguh oleh masyarakatnya,” ujar Ary.

Forum ini dihadiri oleh Syeikh Muzaphar, astronot pertama Malaysia, perwakilan dari perusahaan-perusaha an besar Malaysia yang telah mengikuti training ESQ antara lain Petronas, UEM, Telekom Malaysia, Sime Darby dan perwakilan pimpinan Universitas terkemuka Malaysia. Saat ini, alumni ESQ di Malaysia telah berjumlah 20.000 orang.

Kehadiran Mahathir dalam acara ESQ kian membuktikan semakin diterimanya ESQ sebagai metode pembentukan pembangunan karakter dan SDM, di dunia internasional.