Monday, November 10, 2008

Sharing ESQ Mission Statement Character Building (MCB)

Salam 165,

Tanggal 8 - 9 Nov 08 berlangsungnya training Mission Statement and Character Building Angkatan ke 2 (MCB 2) bertempat di Putrajaya. Hari pertama training Mission Statement (MS) dan hari ke 2 Charactor Building. Saya telah mengikuti training pada July yang lalu juga di tempat yg sama (MCB 1). Alhamdulillah dapat pi recharge untuk pertama kalinya untuk ESQ MCB. Selalunya pi recharge untuk ESQ Basic sahaja. Sambutan dari peserta juga amat memberangsangkan.

Ramai alumni yang bertanya, apa bagusnya ke ESQ MCB ini? Apakah tidak cukup dengan ESQ leadership training (Basic), kita masih perlu mengikuti training lanjutan lain? Tidak cukupkah lagi dengan kita recharge di ESQ training? Jawapan memang tidak cukup, sesungguhnya ilmu Allah cukup luas untuk kita pelajari.

Di training MS, kita diajar untuk menulis misi syarikat, keluarga serta peribadi. Bukan tak biasa menulisnya sebelum ini namun di MS, kita menulisnya dengan airmata. Seluruh kekuatan terfokus untuk menulisnya. Kita menulis dengan mata hati. Bukan seperti sebelum ini, kita menulis misi syarikat hanya sekadar satu tanggungjawab kerja semata2, malah hanya untuk dibaca dan ditampal di dinding ofis. Tapi di training ini mengajar untuk kita menulis lebih dari itu yang semuanya berpaksikan kepada Sang Pencipta. Hinggakan pada satu ketika kita sendiri tidak lagi mampu menulis apakah visi dan misi kita sebenarnya.

Surah Al Qalam 68:1 Allah berfirman: "Nun, demi kalam dan apa yang kamu tuliskan"

Training ini juga membawa kita menyerapi semangat juang pejuang-pejuang seperti Sultan Muhammad Al Fateh yang menjatuhkan kerajaan Constantinople yang sekarang ini dipanggil Istanbul. yang berusia beratus tahun. Ia membawa kita menghayati kekuatan sebuah visi dan misi. Rasullullah S.A.W "melihat" nya ketika Perang Khandak, 800 tahun sebelum jatuhnya Constantinople. Muhammad Al Fateh sejak kecil lagi telah ditanamkan dengan kekuatan sebuah visi dan misi.

Mengenal, memahami dan meyerapi visi dan misi para pejuang ini seperti ada kuasa yang menyerap di setiap darah yang mengalir dalam diri. Semangat juang ini adalah penting untuk kita yang sentiasa cepat lemah, iman naik turun dan hati yang selalu berbolak balik, pendirian yang tidak pernah tetap. Sedangkan kita perlu satu keteguhan untuk mentadbir diri sebagai individu, ibu, bapa, pekerja dalam membantu kita untuk berperanan dalam kehidupan dunia dan akhirat.

Alamilah perjalanan 3D G-Force dalam training ini dan rasailah dengan sendiri bagaimana kita untuk merasakan kehidupan yang lebih ringan dan ada sesuatu yang luar biasa berlaku selepas itu. Tidak ada lagi perasaan atau sifat yang boleh meruntuhkan keluarga dan masyarakat. Sentiasa memaafkan orang lain dengan mengambil contoh akhlak Rasullullah S.A.W.

Kesimpulannya yang dapat digarapkan di sini:

Visi - Pertemuan dengan Allah di syurga di hari akhirat (apa yang kita lakukan semuanya berpaksikan dan bermatlamat hanya kerana Allah kerana akhirnya kita akan dikembalikan kepadaNya)

Misi - Pengabdian diri kepada Allah berlandaskan panduan dan jalan Rasulullah S.A.W (berusaha sekuat mungkin membangunkan tamadun dan peradaban manusia)

Nilai - Asma ul Husna (keluarkan semua fitrah kebaikan yang ada dalam diri manusia berdasarkan kepada Asma ul husna)

"Aku bersaksi bahawa tiada tuhan melainkan Allah, dan aku bersaksi Nabi Muhammad S.A.W adalah utusan Allah"

Inilah Mission Statement kita di dunia ini dalam kita menuju akhirat yang kekal abadi.

Akashah - Satria ESQ165 Angkatan 17/MCB Angkatan 1

No comments: