Thursday, April 30, 2009

Aku Bosan....Aku Bosan...Untuk Apa Aku Hidup Di Dunia Ini!!!!!!!


"Aku bosan.....aku bosan....untuk apa aku hidup di dunia ini, aku terseksa, aku derita...aku inginkan harta hartaku, isteri-isteriku, anak-anakku dimanakah kalian semua pergi meninggalkanku....oh tidak, dunia ini kejam.....jeritan yang mengejutkan sesiapa saja yang mendengarnya".

Pasti semua tertanya-tanya apa la yang merasuk aku sampaikan aku merintis sedemikian rupa. Actually tiada apa yang mengganggu aku, cuma ingin menyampaikan apa yang aku rasa pada sesiapa yang pernah mempunyai perasaan begini.

Lihat dari dialog di atas, itulah penyakit stress yang akan terjadi pada seseorang sekiranya visi dan misi tertinggi manusia adalah dunia. Apabila ditimpa musibah mereka ini tidak tahu kemanakah akan dituju dan apakah penyelesaian yang terbaik yang harus dilakukan. Apa yang ingin dipaparkan disini tidak lain hanyalah sekadar iktibar buat diriku semoga apa yang dilakukan jangan sesekali lupakan kepada Yang Maha Pencipta. Pertanyaannya untuk apa kita diciptakan? Bacalah dengan nama Tuhanmu yang menciptakan.

Kenapa Allah SWT datangkan ujian kepada hambaNya? Sesungguhnya setiap musibah yang berlaku adalah peringatan dari Allah SWT. Sesungguhnya ujian yang datang dari Allah SWT akan mendekatkan lagi manusia kepada Allah SWT. Hati yang beginilah yang akan lebih lunak dan mudah untuk dekat denganNya.

Jangan kita bersalah sangka dengan Allah SWT, masakan Allah SWT sengaja mentakdirkan segalanya untuk sesuatu yang sia-sia. Setiap apa yang Allah SWT lakukan pasti ada kebaikan di dalamnya. Manusia saja yang tidak mengetahuinya.

Cintailah apa pun, sayangilah apapun samada keluarga, harta ataupun pangkat dan jawatan tetapi janganlah sampai melebihi cinta kita pada Allah SWT. Jadilah cinta yang tertinggi dalam hidup kita adalah kecintaan kita kepada Allah SWT. Sungguhnya semua didunia akan hilang, isteri, suami, anak, harta kekayaan, wang semuanya akan hilang tetapi yang kekal adalah Allah SWT dan Zat2Nya.

Oleh itu, jika dalam diri kita tiada rasa cinta pada Allah SWT dan Nabi Muhammad SAW maka mohonlah cinta itu pada Allah SWT. Sesungguhnya semua cinta itu milik Allah. Mudah2an jika berlaku sebarang musibah kita semua akan lebih cekal dalam menghadapi segalanya. Berserahlah segalanya pada Allah sesungguhnya Allah Maha Pengampun dan Maha Penerima Taubat.

Sekian sahajalah nukilan rasa dari hamba yang hina ini, agar ianya dapat menjadi renungan bersama. Semoga yang baik diambil dan yang tidak baik dijadikan sempadan agar kita menjadi manusia yang sentiasa ingat dan cinta kepada Allah SWT. Jadilah cinta dunia untuk mendapat keredhaan di akhirat, sesungguhnya kebahagiaan di akhirat itulah yang abadi.


Wallahua'alam

Friday, April 24, 2009

Mutiara Hadis

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang



Hadis riwayat Abu Hurairah R.A, ia berkata:

"Rasulullah SAW bersabda: Allah Taala berfirman (kepada malaikat pencatat amal): Bila hambaKu berniat melakukan perbuatan buruk, maka janganlah engkau catat amalnya. Jika ia telah mengerjakannya, maka catatlah sebagai satu keburukan. Dan jika hamba Ku berniat melakukan perbuatan baik, lalu tidak jadi melaksanakannya, maka catatkanlah sebagai satu kebaikan. Jika ia mengamalkannya, maka catatlah kebaikan itu sepuluh kali ganda.

Hadis Riwayat Muslim

Thursday, April 23, 2009

Testimonial ESQ 165 Training -(17th - 19th April 2009)

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasihani.

Demi Matahari dan sinarnya di pagi hari
Demi Bulan apabila mengiringi
Demi Siang hari apabila menampakkan dirinya
Demi Malam apabila ia menutupi
Demi Langit dan serta seluruh binaannya
Demi Bumi serta yang ada di penghamparannya
Demi Jiwa dan seluruh penyempurnaannya

Allah mengilhamkan

Sukma Kefasikan dan Ketakwaan
Beruntunglah bagi yang mensucikannya
Merugilah bagi yang mengotorinya.

Ash Syams - Surah 91(Ayat 1-6)

Sesungguhnya Kalimah diataas adalah Sumpah Allah. MasyaAllah, itulah kebesaran Allah yang Maha Agung.

Sesungguhnya saya amat bersyukur dengan kehendak dan ketentuan Allah, diri saya telah terpilih untuk menghadiri training ESQ 165 di Flamingo Hotel -Kuala Lumpur. Satu peluang yang tidak di sangka-sangka telah Allah berikan kepada saya dimana orang lain berlumba-lumba dan berebut-berebut untuk pergi, Allah telah memudahkan kepada saya. Terima Kasih Allah dan terima kasih kepada Majikan tempat saya mencari rezeki - CTRM Aero Composites Sdn. Bhd.

In the first place,I have no idea what ESQ is all about, tetapi rakan saya mengatakan ianya amat hebat dan ada satu kelainan.
Saya mengakui, diri ini memang sentiasa bermotivasi tinggi mungkin disebabkan saya merupakan seorang pekerja dan pada masa yang sama saya juga seorang usahawan.

Perkongsian saya disini bukanlah bertujuan menonjolkan diri -Nauzubillah. Tetapi sekadar ingin berkongsi apa yang saya perolehi daripada ESQ 165.

Ternyata ESQ 165 adalah satu training motivasi diri dan pembanggunan ‘Human Resources’ yang paling berkesan pada pendapat saya. Penerapan Spiritual Quotient yang paling berkesan menyebabkan saya berfikir semula… Untuk APA SAYA HIDUP DIDUNIA INI? UNTUK APA?

untuk WANG? Untuk mencapai cita-cita? untuk mencintai seseorang? untuk memandu kereta mewah? untuk duduk di banglo besar?? untuk dihormati dan hidup penuh ‘legacy’?

Adakah itu semua kekal?? Adakah semua itu boleh saya bawa bersama andai kata ALLAH takdirkan saya kembali kepadanya esok?? Sudah tentu tidak. Yang kekal hanyalah ALLAH. -AL BAAQI

Sebelum ini saya telah mempunyai ‘Goal Setting’ saya sendiri..jangka panjang, jangka pertengahan & jangka pendek. Ternyata itu semua adalah kejahilan diri saya sendiri.- ternyata semuanya hnyalah materialistic semata-mata. Sekarang barulah saya jelas ‘Goal Setting’ Saya yang sebenarnya. InsyaAllah, akan saya kongsikan ‘Goal Setting’ saya yang sebenar-benarnya setelah saya memahami apa itu ISLAM, AL-Quran dan HADIS Nabi Muhammad Rasulullah S.A.W pada post yang akan datang.

Saya menyeru semua rakan-rakan diluar sana - pekerja,pesara,surirumah, usahawan MLM, usahawan INTERNET, Usahawan Insuran, Usahawan Mutual Fund, siswazah dan remaja agar mengikuti program ESQ 165 ini. SAtu yang luarbiasa PASTI akan berlaku pada diri anda-InsyaAllah. Untuk Maklumat lanjut sila layari http://www.esq.com.my

Saya sudah merasainya kini tiba lah masa untuk anda di luar sana!

‘Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu melainkan Kaum itu sendiri berusaha mengubahnya.’

Ikhlas

WanZaki Bin Wan Taib

Angkatan 30 - ESQ165

Testimoni dipetik dari blog Dare2 Dot Com (dengan izin)

Monday, April 20, 2009

Kenapa Biarkan Hati Mati


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Segala puji bagi Allah SWT Tuhan semesta alam, selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad SAW dan seluruh keluarga serta sahabat baginda Rasulullah SAW.

Berbicara soal hati. hati adalah organ paling utama dalam tubuh manusia dan ianya nikmat paling agung diberikan oleh Allah SWT kepada hambaNya. Hati menjadi tempat Allah SWT membuat penilaian terhadap hambaNya. Pada hatilah letaknya niat seseorang.

Justeru, hati menjadi amanah yang wajib dijaga sebagaimana kita diamanahkan menjaga mata, telinga, mulut, kaki, tangan dan sebagainya daripada berbuat dosa dan maksiat.

Hati yang hitam ialah hati yang menjadi gelap kerana bergelumang dengan dosa. Setiap dosa yang dilakukan tanpa bertaubat akan menyebabkan satu titik hitam pada hati. Itu baru satu dosa. Bayangkan bagaimana kalau 10 dosa? 100 dosa? 1,000 dosa? Alangkah hitam dan kotornya hati ketika itu.

Perkara ini jelas digambarkan melalui hadis Rasulullah yang bermaksud:

"Sesiapa yang melakukan satu dosa, maka akan tumbuh pada hatinya setitik hitam, sekiranya dia bertaubat akan terkikislah titik hitam itu daripada hatinya. Jika dia tidak bertaubat maka titik hitam itu akan terus merebak hingga seluruh hatinya menjadi hitam."

(Hadis riwayat Ibn Majah)

Hadis ini selari dengan firman Allah bermaksud:

"Sebenarnya ayat-ayat Kami tidak ada cacatnya, bahkan mata hati mereka sudah diselaputi kotoran dosa dengan sebab perbuatan kufur dan maksiat yang mereka kerjakan."

(Surah al-Muthaffifiin, ayat 14)

Hati yang kotor dan hitam akan menjadi keras. Apabila hati keras, kemanisan dan kelazatan beribadat tidak dapat dirasakan. Ia akan menjadi penghalang kepada masuknya nur iman dan ilmu. Belajar sebanyak mana pun ilmu yang bermanfaat atau ilmu yang boleh memandu kita, namun ilmu itu tidak masuk ke dalam hati, kalau pun kita faham, tidak ada daya dan kekuatan untuk mengamalkannya.

Dalam hal ini Allah berfirman yang bermaksud:

"Kemudian selepas itu, hati kamu menjadi keras seperti batu, bahkan lebih keras lagi. Pada hal antara batu-batu itu ada yang terpancar dan mengalir sungai daripadanya dan ada pula antaranya yang pecah-pecah terbelah lalu keluar mata air daripadanya. Dan ada juga antaranya yang jatuh ke bawah kerana takut kepada Allah sedang Allah tidak sekali-kali lalai daripada apa yang kamu kerjakan."

(Surah al-Baqarah ayat 74)

Begitulah Allah mendatangkan contoh dan menerangkan batu yang keras itu pun ada kalanya boleh mengalirkan air dan boleh terpecah kerana amat takutkan Allah. Oleh itu, apakah hati manusia lebih keras daripada batu hingga tidak boleh menerima petunjuk dan hidayah daripada Allah.

Perkara paling membimbangkan ialah apabila hati mati akan berlaku kemusnahan amat besar terhadap manusia. Matinya hati adalah bencana dan malapetaka besar yang bakal menghitamkan seluruh kehidupan. Inilah akibatnya apabila kita lalai dan cuai mengubati dan membersihkan hati. Kegagalan kita menghidupkan hati akan dipertanggungjawabkan Allah pada hari akhirat kelak.

Kenapa hati mati? Hati mati disebabkan perkara berikut:

* Hati mati kerana tidak berfungsi mengikut perintah Allah iaitu tidak mengambil iktibar dan pengajaran daripada didikan dan ujian Allah.

Allah berfirman bermaksud:

"Maka kecelakaan besarlah bagi orang yang keras membatu hatinya daripada menerima peringatan yang diberi oleh Allah. Mereka yang demikian keadaannya adalah dalam kesesatan yang nyata."

(Surah al-Zumar ayat 22)

* Hati juga mati jika tidak diberikan makanan dan santapan rohani dengan sewajarnya. Kalau tubuh badan boleh mati kerana tuannya tidak makan dan tidak minum, begitu juga hati.

Apabila ia tidak diberikan santapan dan tidak diubati, ia bukan saja akan sakit dan buta, malah akan mati akhirnya. Santapan rohani yang dimaksudkan itu ialah zikrullah dan muhasabah diri.

Oleh itu, jaga dan peliharalah hati dengan sebaik-baiknya supaya tidak menjadi kotor, hitam, keras, sakit, buta dan mati. Gilap dan bersihkannya dengan cara banyak mengingati Allah (berzikir).

Firman Allah bermaksud:

"Iaitu orang yang beriman dan tenteram hati mereka dengan mengingati Allah. Ketahuilah! Dengan mengingati Allah itu tenang tenteramlah hati manusia."

(Surah al-Ra'd ayat 28)

Firman-Nya lagi bermaksud:

"Hari yang padanya harta benda dan anak-anak tidak dapat memberikan sebarang pertolongan, kecuali harta benda dan anak-anak orang yang datang menghadap Allah dengan hati yang selamat sejahtera daripada syirik dan munafik."

(Surah al-Syura ayat 88-89)

Tanda-tanda hati mati

Menurut Syeikh Ibrahim Adham, antara sebab atau tanda-tanda hati mati ialah:

1. Mengaku kenal Allah SWT, tetapi tidak menunaikan hak-hak-Nya.

2. Mengaku cinta kepada Rasulullah s.a.w., tetapi mengabaikan sunnah baginda.

3. Membaca al-Quran, tetapi tidak beramal dengan hukum-hukum di dalamnya.

4. Memakan nikmat-nikmat Allah SWT, tetapi tidak mensyukuri atas pemberian-Nya.

5. Mengaku syaitan itu musuh, tetapi tidak berjuang menentangnya.

6. Mengaku adanya nikmat syurga, tetapi tidak beramal untuk mendapatkannya.

7. Mengaku adanya seksa neraka, tetapi tidak berusaha untuk menjauhinya.

8. Mengaku kematian pasti tiba bagi setiap jiwa, tetapi masih tidak bersedia untuknya.

9. Menyibukkan diri membuka keaiban orang lain, tetapi lupa akan keaiban diri sendiri.

10. Menghantar dan menguburkan jenazah/mayat saudara se-Islam, tetapi tidak mengambil pengajaran daripadanya. Semoga dengan panduan yang di sampaikan itu akan dapat kita sama-sama mengambil iktibar semoga segala apa yang kita kerjakan akan diredai Allah SWT.

Menurut Sheikh Ibni Athoillah Iskandari dalam kalam hikmahnya yang berikutnya;

Sebahagian daripada tanda mati hati itu ialah jika tidak merasa dukacita kerana tertinggal sesuatu amal perbuatan kebajikan juga tidak menyesal jika terjadi berbuat sesuatu pelanggaran dosa.

Mati hati itu adalah kerana tiga perkara iaitu;

* Hubbul dunia (kasihkan dunia)

* Lalai daripada zikirullah (mengingati Allah)

* Membanyakkan makan dan menjatuhkan anggota badan kepada maksiat kepada Allah.

Hidup hati itu kerana tiga perkara iaitu;

* Zuhud dengan dunia

* Zikrullah

* Bergaul atau berkawan dengan aulia Allah.

Oleh Ustaz Zainudin Hashim diambil dari HarakahDaily


Friday, April 17, 2009

Tazkirah Untuk Dikongsi


Salam,

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Segala puji hanya bagi Allah SWT Tuhan semesta alam, selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad SAW dan keluarga serta para sahabat.

Sekadar ingin berkongsi khutbah jumaat yang disampaikan oleh khatib pada solat jumaat tadi. Khatib menyentuh tentang segala urusan di dunia ini semuanya di dalam ketentuan Allah SWT.
Kekayaan yang kita miliki, kesihatan kita, rumahtangga kita bahkan yang lebih besar kerajaan yang mendukung sesebuah negara semuanya adalah ketentuan daripada Allah SWT. Sambil memetik firman Allah:

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

"Katakanlah: Wahai Tuhan yang mempunyai kerajaan, Engkau berikan kerajaan kepada orang yang Engkau kehendaki dan Engkau cabut kerajaan daripada orang yang Engkau kehendaki. Engkau muliakan orang yang Engkau kehendaki dan Engkau hinakan orang yang Engkau kehendaki. Ditangan Engkaulah segala kebajikan. Sesungguhnya Engkau Maha berkuasa ke atas sesuatu"

QS Ali' Imran 3:26

Janganlah kita bongkak dan sombong sangat dengan Allah SWT, dalam sekelip mata Allah SWT boleh tarik segala nikmat yang diberikan olehNya. Hari ini kita sihat, malam ini, esok atau lusa belum tentu kita sihat. Jadi sentiasalah ingat kepada Allah SWT.

Setapak kita melangkah kehadapan belum tahu lagi apa akan berlaku dihadapan kita. Begitulah sedikit sebanyak yang disampaikan oleh khatib tadi. walaupun tak dapat nak kupas detail tapi cukuplah serba ringkas agar menjadi panduan buat diriku dan anda semua.

Hidup ini hanyalah sementara, yang pasti maut pasti akan menjemput. Semua hartabenda akan pergi meninggalkan kita tapi yang tinggal hanyalah ilmu yang bermanfaat, sedekah jariah dan doa dari anak yang soleh.

Jadilah insan yang beriman dan bertaqwa kepada Allah SWT. Visi kita yang tertinggi adalah pertemuan kita dengan Allah SWT. Misi kita adalah bekerja sekuatnya kerana Allah SWT dengan mengikut panduan Rasulullah SAW dan nilai kita adalah berdasarkan Al Asma Ul Husna. Insyaallah kita akan jadi insan yang cemerlang di sisi Allah SWT.

Wallahua'alam

Friday, April 10, 2009

Tazkirah Jumaat

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Segala pujian hanya milik Allah, Selawat dan salam untuk Nabi Muhammad SAW dan keluarga serta para sahabat seluruhnya.


Dalam meniti kehidupan seharian, kita senantiasa berhadapan dengan pelbagai persoalan. Sehinggakan wujud perasaan kecewa, malas, marah benci dan putus asa dengan masalah yang dihadapi. Tanpa disedari, Islam melalui Al Quran membantu dan menunjuk ajarkan kepada kita (orang-orang yang beriman) dalam menyelesaikan setiap masalah kita.Inilah bukti kehebatan mukjizat yang diturunkan oleh Allah SWT kepada rasul-Nya. Namun manusia tetap juga tidak mahu beriman dengan kitab Allah.
Renungkan jawapan setiap persoalan yang mungkin ianya kerap bermain dibenak kepala kita...kenapa? Mari kita melihat beberapa maksud dari ayat-ayat Allah SWT yang dititipkan khas untuk panduan kita.

Kenapa kita diuji?


"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman", sedangkan mereka tidak diuji lagi? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta"


QS Al Ankabut 29:2 - 3


"Adakah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu? Mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan harta benda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan oleh ancaman bahaya musuh, sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya: Bilakah datangnya pertolongan Allah?" Ingatlah sesungguhnya pertolongan Allah itu amat dekat".


QS Al Baqarah 2:214


Kenapa aku tidak dapat apa yang aku idamkan?


"Diwajibkan ke atas kamu berperang, padahal berperang itu adalah sesuatu yang kamu benci. Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ai amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui".


QS Al Baqarah 2:216


Kenapa ujian seberat ini?


"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala dari kebajikan yang diusahakannya dan ia mendapat siksa dari kejahatan yang dikerjakannya. (Mereka berdoa), Ya Tuhan kami, janganlah engkau hukum kami jika kami lupa atau tersalah. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kami beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang sebelum kami. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tak sanggup kami pikulkan. Maafkanlah kami, ampunilah kami dan rahmatilah kami. Engkaulah penolong kami, maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir".


QS Al Baqarah 2:286

Rasa kecewa?


"Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman".


QS Al Imran 3:139

Bagaimana harus aku menghadapinya?


"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara kebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh (di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan) dan bertaqwalah kamu kepada Allah agar kamu beroleh kemenangan".
QS Al Imran 2:200 "Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan solat; dan sesungguhnya solat itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang kusyuk".

QS Al Baqarah 2:45

Apa yang aku dapat daripada semua ini?


"Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mukmin, diri, harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka....."


QS At Taubah 9:111


Kepada siapa harus aku berharap?


"Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain Dia. Hanya kepadaNya aku bertawakkal. Dan Dia adalah Tuhan yang memiliki Arasy yang agung".


QS At Taubah 9:129


Aku tak dapat bertahan lagi!!!!


"....dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada terputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yang kafir".


QS Yusuf 12:87

Jadikanlah aku insan yang bersyukur.


"Dan (ingatlah), tatkala Tuhanmu memaklumkan: "Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambahkan (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmatKu), maka sesungguhnya azab-Ku amat pedih".


QS Ibrahim 14:7


Terus berusaha


"Sesungguhnya Allah tidak merubah sesutu kaum sehingga mereka merubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki keburukan terhadap sesuatu kaum, maka tak ada yang dapat menolaknya; dan sekali-kali tidak ada pelindung bagi mereka selain Dia".

QS Ar Ra'd 13:11


Berdoalah kepada Allah


"Dan Tuhanmu berfirman: "Berdoalah kepada-Ku, nescaya akan Kuperkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah-Ku akan masuk neraka Jahanam dalam keadaan hina dina".

QS Al Mu'min 40:60


Dan bersabarlah...


".....Dan Allah bersama orang-orang yang sabar".


QS Al Baqarah 2:249


".....Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu amat dekat".


QS Al Baqarah 2:214


Yakinkan diri


"Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan. Sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan".


QS Alam Nasyrah 94:5 - 6


"Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal-amal yang soleh bagi mereka syurga yang mengalir dibawahnya sungai-sungai; itulah keberuntungan yang besar".


QS Al Buruuj 85:11


Tawakal Ilallah


Barangsiapa bertakwa kepada Allah, nescaya baginya jalan keluar. Dan memberi rezeki kepadanya tanpa di sangka-sangka. Dan barangsiapa yang bertawakal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkannya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan yang dikehendakiNya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu.

Apakah kita tidak memperhatikan nikmat kurniaan Allah yang terlalu banyak kepada kita, sebagaimana firman Allah:


"Maka nikmat tuhan manakah yang kamu dustakan".


QS Ar Rahmaan 55:13


Andaikata kita hendak menulis nikmat Allah ke atas diri kita, walau seluruh lautan menjadi dakwatnya nescaya kita tidak akan dapat menulis semuanya. Begitulah perumpamaan betapa banyaknya nikmat Allah ke atas hamba-Nya. Sebesar-besar nikmat kurniaan-Nya kepada kita adalah nikmat Iman dan Islam. Justeru itu, semaikan rasa syukur atas nikmat kurniaan Allah dan senyumlah selalu sebagai tanda redha dengan ujian. Semoga ianya akan melahirkan insan yang dikatakan sebagai Abdan Syakuraa disamping memupuk sifat Qanaah (cukup dengan apa yang ada)


Bila ditimpa musibah ucapkanlah


"Tiada daya upaya kecuali dengan pertolongan Allah Yang Maha Tinggi Lagi Maha Agung"

Dan berimanlah dengan sepenuh hati.

Dengan kalimah

"Lailahaillallah Muhammadurrasulullah"
Melangkahlah dengan penuh keyakinan, insyaallah kemenangan pasti akan terhidang di depan anda. Jadikanlah diri umpama berlian, lagi ditekan lagi bertambah kuat dan berharga.
"Have a clear the mission and build the strong character"

Article dicedok dari Alumni ESQ Group yang dikirimkan oleh
Ahyana Solehah
Management & Science Uni
Shah Alam

Disunting dan diberikan nafas baru oleh Satria165

Yang baik adalah dari Allah, yang tidak baik atas kelemahan dari hamba yang hina ini.

Wallahua'alam

Menyingkap gambar-gambar lama


Photographs captured by Mohd Nazri Ahmad. Dari kiri, Farhana, Aina, Aniq.
Captured by Mohd Nazri jugak. Afiq masa umur setahun lebih.


















JUST FOR SHARING

Salam,

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Segala puji hanya bagi Allah SWT, selawat dan salam untuk baginda Rasulullah SAW, keluarga dan seluruh sahabat Rasulullah SAW.

Hari ini ingin berkongsi dengan pembaca sekalian kemeriahan di Training Lanjutan ESQ MCB KL4 yang diadakan pada 28 dan 29 March 2009 yang lalu di MATRADE, Jln Duta, yang dipandu oleh Pengasas ESQ Dr Ary Ginajar Agustian dan dibantu oleh Pak Legisan Sugimin, Pak Aminul Rahman, Pak Arief Rahman serta Pak Rizki.

Alhamdulillah dengan izin Allah SWT, aku dan isteri sempat meluangkan masa menjadi ATS (Advance Training Series) pada 2 hari tersebut. Banyak perkara suka dan duka semasa training berjalan yang mana bagi aku ini semua menjadi pengalaman berharga buatku dan isteri. Semoga yang baik dijadikan teladan dan yang tidak baik dijadikan sempadan buat kami muhasabah diri.

Alhamdulillah, training berjalan dengan lancar sekali. Peserta lebih kurang 300 orang, diantaranya peserta VIP termasuklah Datuk Zabir dari KOSAS, Che Din (Setiausaha KDN), artis sensasi Azizah Mahzan dan beberapa lagi yang aku tak ingat nama mereka.

Berikut adalah gambar2 yang diambil oleh Koordinator ATS pada training tersebut Sdr Rasyidan yang begitu komited sekali dengan tugasnya. Tahniah Bro, semoga dapat bekerjasama lagi di lain program.


Bersama rakan ATS sebelum sesi petang bermula
Sedang bersiap sedia untuk games kapal YunusPergghh!!! Segak dan tegapnya berjalan lagak Satria165Bergambar bersama Pak Rizki (Asistant Trainer) di tengah2Sempat lagi posing sementara menunggu peserta masuk ke dalam dewanSukanya para ATS sebelum menanti games yang akan menentukan berjaya atau tidak training ini

Aku dan Hamzah (rakan blok aku) sedang persiapkan peralatan untuk game Kapal Yunus

Pak Rizki sedang beri taklimat terakhir sebelum sesi petang bermula

Syidan (baju putih) juga merangkap koordinator bersama rakan ATS lain - baguihnya posing

Semoga Allah memberi kelapangan masa dan kesihatan yang baik buatku dan isteri agar kami dapat bersama2 lagi dalam membantu perjuangan menegakkan Ihsan, Iman dan Islam di seluruh pelusuk Malaysia. Semoga setiap jengkal tanah akan ada cahaya islam didalamnya. Ameen.

Monday, April 6, 2009

Friday, April 3, 2009

Mengenang Akhlak Nabi Muhammad SAW

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Setelah Nabi Muhammad SAW wafat, ketika itu pula kota Madinah bising dengan tangisan umat Islam; antara percaya - tidak percaya, Rasul Yang Mulia telah meninggalkan para sahabat. Beberapa waktu kemudian, seorang arab badui menemui Umar dan dia meminta, "Ceritakan padaku akhlak Muhammad!". Umar menangis mendengar permintaan itu. Ia tak sanggup berkata apa-apa. Ia menyuruh Arab badui tersebut menemui Bilal. Setelah ditemui dan diajukan permintaan yg sama, Bilal pun menangis, ia tak sanggup menceritakan apapun. Bilal hanya dapat menyuruh orang tersebut menjumpai Ali bin Abi Thalib.

Orang Badui ini mulai heran. Bukankah Umar merupakan seorang sahabat Nabi, begitu pula Bilal, bukankah ia merupakan sahabat setia Nabi. Mengapa mereka tak sanggup menceritakan akhlak Muhammad. Dengan cemas, Badui ini menemui Ali. Ali dengan linangan air mata berkata, "Ceritakan padaku keindahan dunia ini!." Badui ini menjawab, "Bagaimana mungkin aku dapat menceritakan segala keindahan dunia ini...." Ali menjawab, "Engkau tak sanggup menceritakan keindahan dunia padahal Allah telah berfirman bahwa sungguh dunia ini kecil dan hanyalah senda gurau belaka, lalu bagaimana aku dapat melukiskan akhlak Muhammad, sedangkan Allah telah berfirman bahwa sungguh Muhammad memiliki budi pekerti yang agung! (QS. Al-Qalam[68] : 4)"

Badui ini lalu menemui Siti Aisyah r.a. Isteri Nabi yang sering disapa "Khumairah" oleh Nabi ini hanya menjawab, khuluquhu al-Qur'an (Akhlaknya Muhammad itu Al-Qur'an). Seakan-akan Aisyah ingin mengatakan bahwa Nabi SAW itu bagaikan Al-Qur'an berjalan. Badui ini tidak puas, bagaimana bisa ia segera menangkap akhlak Nabi SAW kalau ia harus melihat ke seluruh kandungan Qur'an. Aisyah akhirnya menyarankan Badui ini untuk membaca dan menyimak QS Al-Mu'minun[ 23]: 1-11.

Bagi para sahabat, masing-masing memiliki kesan tersendiri dari pergaulannya dengan Nabi SAW. Kalau mereka diminta menjelaskan seluruh akhlak Nabi, linangan air matalah jawabnya, kerana mereka terkenang akan junjungan mereka. Paling-paling mereka hanya mampu menceritakan satu perkara yang paling indah dan berkesan dalam interaksi mereka dengan Nabi terakhir ini.

Mari kita kembali ke Aisyah. Ketika ditanya, bagaimana perilaku Nabi SAW, Aisyah hanya menjawab, "ah semua perilakunya indah." Ketika didesak lagi, Aisyah baru bercerita saat terindah baginya, sebagai seorang isteri. "Ketika aku sudah berada di tempat tidur dan kami sudah masuk dalam selimut, dan kulit kami sudah bersentuhan, suamiku berkata, 'Ya Aisyah, izinkan aku untuk menghadap Tuhanku terlebih dahulu.'" Apalagi yang dapat lebih membahagiakan seorang isteri, karena dalam sejemput episod tersebut terkumpul kasih sayang, kebersamaan, perhatian dan rasa hormat dari seorang suami, yang juga seorang utusan Allah.

Nabi Muhammad SAW jugalah yang membuat rasa khuatir hati Aisyah ketika menjelang subuh Aisyah tidak mendapati suaminya disampingnya. Aisyah keluar membuka pintu rumah. terkejut ia bukan kepalang, melihat suaminya tidur di depan pintu. Aisyah berkata, "Mengapa engkau tidur di sini?" Nabi Muhammmad SAW menjawab, "Aku pulang sudah larut malam, aku khuatir mengganggu tidurmu sehingga aku tidak mengetuk pintu. itulah sebabnya aku tidur di depan pintu." Mari cerminkan diri kita masing-masing. Bagaimana perilaku kita terhadap isteri kita? Nabi SAW mengingatkan, "berhati-hatilah kamu terhadap isterimu, karena sungguh kamu akan ditanya di hari akhir tentangnya." Para sahabat pada masa Nabi SAW memperlakukan isteri mereka dengan hormat, mereka takut kalau wahyu turun dan mengecam mereka.

Buat sahabat yang lain, perkara yang paling indah ketika sahabat tersebut terlambat datang ke Majlis Nabi SAW. Tempat sudah penuh sesak. Ia minta izin untuk mendapat tempat, namun sahabat yang lain tak ada yang mahu memberinya tempat. Di tengah kebingungannya, Rasulullah SAW memanggilnya. Rasullullah SAW memintanya duduk di dekatnya. Tidak cukup dengan itu, Rasullullah SAW pun melipat serbannya lalu diberikan pada sahabat tersebut untuk dijadikan alas tempat duduk. Sahabat tersebut dengan berlinangan air mata, menerima serban tersebut namun tidak menjadikannya alas duduk akan tetapi mencium serban Nabi SAW.

Senangkah kita kalau orang yang kita hormati, pemimpin yang kita junjung tiba-tiba melayani kita bahkan memberikan serbannya untuk tempat alas duduk kita. Bukankah kalau mendapat kartu lebaran dari seorang pejabat saja kita sangat bersuka cita. Begitulah akhlak Nabi SAW, sebagai pemimpin ia ingin menyenangkan dan melayani bawahannya. Dan tengoklah diri kita. Kita adalah pemimpin, bahkan untuk lingkup paling kecil sekalipun, sudahkah kita meniru akhlak Rasul Yang Mulia.

Nabi Muhammad SAW juga terkenal suka memuji sahabatnya. Kalau kita baca kitab-kitab hadis, kita akan kebingungan menentukan siapa sahabat yang paling utama. Terhadap Abu Bakar, Rasullullah selalu memujinya. Abu Bakar-lah yang menemani Rasullullah ketika hijrah. Abu Bakarlah yang diminta menjadi Imam ketika Rasul sakit. Tentang Umar, Rasullullah pernah berkata, "Syaitan saja takut dengan Umar, bila Umar lalui jalan yang ini, maka Syaitan lalui jalan yang lain." Dalam riwayat lain disebutkan, "Nabi SAW bermimpi meminum susu. Belum habis satu gelas, Nabi SAW memberikannya pada Umar yang meminumnya sampai habis. Para sahabat bertanya, Ya Rasullullah apa maksud (ta'wil) mimpimu itu? Rasullullah menjawab ilmu pengetahuan. "

Tentang Uthman, Rasullullah sangat menghargai Uthman kerana itu Uthman menikahi dua puteri nabi, hingga Uthman dijuluki dzu an-Nurain (pemilik dua cahaya). Mengenai Ali, Rasullullah bukan saja menjadikannya ia menantu, tetapi banyak sekali riwayat yang menyebutkan keutamaan Ali. "Aku ini kota ilmu, dan Ali adalah pintunya." "Barang siapa membenci Ali, maka ia merupakan orang munafik."

Lihatlah diri kita sekarang. Bukankah jika ada seorang rakan yang punya sembilan kelebihan dan satu kekurangan, maka kita jauh lebih tertarik berjam-jam untuk membicarakan yang satu itu dan melupakan yang sembilan. Ah...ternyata kita belum suka memuji; kita masih suka mencela. Ternyata kita belum mengikuti sunnah Nabi SAW.

Saya pernah mendengar ada seorang ulama yang mengatakan bahwa Allah pun sangat menghormati Nabi Muhammad SAW. Buktinya, dalam Al-Qur'an Allah SWT memanggil para Nabi dengan sebutan nama: Musa, Ayyub, Zakaria, dll. tetapi ketika memanggil Nabi Muhammad SAW, Allah menyapanya dengan "Wahai Nabi". Ternyata Allah saja sangat menghormati beliau.

Para sahabat pun ditegur oleh Allah ketika mereka berlaku tak sopan pada Nabi SAW. Alkisah, rombongan Bani Tamim menghadap rasullullah. Mereka ingin Rasullullah menunjuk pemimpin buat mereka. Sebelum Nabi SAW memutuskan siapa, Abu Bakar berkata: "Angkat Al-Qa'qa bin Ma'bad sebagai pemimpin." Kata Umar, "Tidak, angkatlah Al-Aqra' bin Habis." Abu Bakar berkata ke Umar, "Kamu hanya ingin membantah aku saja," Umar menjawab, "Aku tidak bermaksud membantahmu. " Keduanya berbantahan sehingga suara mereka terdengar makin keras. Waktu itu turunlah ayat: "Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mendahului Allah dan Rasul-Nya. Takutlah kamu kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar dan Maha Mengetahui. Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu menaikkan suaramu di atas suara Nabi SAW. janganlah kamu mengeraskan suara kamu dalam percakapan dengan dia seperti mengeraskan suara kamu ketika bercakap sesama kamu. Nanti hapus amal-amal kamu dan kamu tidak menyedarinya (al-hujurat 1-2)

Setelah mendengar teguran itu Abu Bakar berkata, "Ya Rasul Allah, demi Allah, sejak sekarang aku tidak akan berbicara denganmu kecuali seperti seorang saudara yang membisikkan rahasia." Umar juga berbicara kepada Nabi SAW dengan suara yang lembut. Bahkan konon khabarnya setelah peristiwa itu Umar banyak sekali bersedekah, kerana takut amal yang lalu telah terhapus. Para sahabat Nabi SAW takut akan terhapus amal mereka kerana melanggar ketika berhadapan dengan Nabi SAW.

Dalam satu kesempatan lain, ketika di Mekkah, Nabi SAW didatangi utusan pembesar Quraisy, Utbah bin Rabi'ah. Ia berkata pada Nabi, "Wahai Saudaraku, kau datang membawa agama baru, apa yang sebetulnya kau kehendaki. Jika kau kehendaki harta, akan kami kumpulkan kekayaan kami, Jika Kau inginkan kemuliaan akan kami muliakan engkau. Jika ada sesuatu penyakit yang dideritamu, akan kami carikan ubat. Jika kau inginkan kekuasaan, biar kami jadikan engkau penguasa kami"

Nabi mendengar dengan sabar uraian tokoh musyrik ini. Tidak sekalipun beliau membantah atau memotong pembicaraannya. Ketika Utbah berhenti, Nabi SAW bertanya, "Sudah selesaikah, Ya Abal Walid?" "Sudah." kata Utbah. Nabi SAW membalas ucapan utbah dengan membaca surat Fushilat. Ketika sampai pada ayat sajdah, Nabi bersujud. Sementara itu Utbah duduk mendengarkan Nabi SAW sampai menyelesaikan bacaannya.

Peristiwa ini sudah lewat ratusan tahun lalu. Kita tidak hairan bagaimana Nabi dengan sabar mendengarkan pendapat dan usul Utbah, tokoh musyrik. Kita mengenal akhlak nabi SAW dalam menghormati pendapat orang lain. Inilah akhlak Nabi dalam majlis ilmu. Yang menakjubkan adalah perilaku kita sekarang. Bahkan oleh si Utbbah, si musyrik, kita kalah. Utbah mau mendengarkan Nabi SAW dan menyuruh kaumnya membiarkan Nabi SAW berbicara. Jangankan mendengarkan pendapat orang kafir, kita bahkan tidak mahu mendengarkan pendapat saudara kita sesama muslim. Dalam pengajian, suara pembicara kadang-kadang tertutup suara nyaring kita. Masya Allah!

Ketika Nabi SAW tiba di Madinah dalam peristiwa hijrah, ada utusan kafir Mekkah yang meminta janji Nabi SAW bahwa Nabi SAW akan mengembalikan siapapun yang pergi ke Madinah setelah perginya Nabi SAW. Selang beberapa waktu kemudian. Seorang sahabat rupanya tertinggal di belakang Nabi. Sahabat ini meninggalkan isterinya, anaknya dan hartanya. Dengan termengah-mengah menembus padang pasir, akhirnya ia sampai di Madinah. Dengan perasaan haru ia segera menemui Nabi SAW dan melaporkan kedatangannya. Apa jawab Nabi SAW? "Kembalilah engkau ke Mekkah. Sungguh aku telah terikat perjanjian. Semoga Allah melindungimu. " Sahabat ini menangis keras. Bagi Nabi SAW janji adalah suatu yang sangat agung. Meskipun Nabi SAW merasakan bagaimana besarnya pengorbanan sahabat ini untuk berhijrah, bagi Nabi SAW janji adalah janji; bahkan meskipun janji itu diucapkan kepada orang kafir. Bagaimana kita memandang harga suatu janji, merupakan salah satu bentuk jawaban bagaimana perilaku Nabi SAW telah menyerap di sanubari kita atau tidak.

Dalam suatu kesempatan menjelang akhir hayatnya, Nabi SAW berkata pada para sahabat, "Mungkin sebentar lagi Allah SWT akan memanggilku, aku tak ingin di padang mahsyar nanti ada diantara kalian yang ingin menuntut balas kerana perbuatanku pada kalian. Bila ada yang keberatan dengan perbuatanku pada kalian, ucapkanlah!" Sahabat yang lain terdiam, namun ada seorang sahabat yang tiba-tiba bangkit dan berkata, "Dahulu ketika engkau memeriksa barisan di saat ingin pergi perang, kau meluruskan posisi aku dengan tongkatmu. Aku tak tahu apakah engkau sengaja atau tidak, tapi aku ingin menuntut qishash hari ini." Para sahabat lain terpana, tidak menyangka ada yang berani berkata seperti itu. Kabarnya Umar langsung berdiri dan siap "membereskan" orang itu. Nabi SAW melarangnya. Nabi pun menyuruh Bilal mengambil tongkat ke rumah Nabi. Siti Aisyah yang berada di rumah Nabi kehairanan ketika Nabi meminta tongkat. Setelah Bilal menjelaskan peristiwa yang terjadi, Aisyah pun semakin hairan, mengapa ada sahabat yang berani berbuat senekad itu setelah semua yang Rasullullah berikan pada mereka.

Rasullullah memberikan tongkat tersebut pada sahabat itu seraya menyingkapkan bajunya, sehingga terlihatlah perut Nabi SAW. Nabi SAW berkata, "lakukanlah! " Detik-detik berikutnya menjadi sangat menegangkan. Tetapi terjadi suatu keanehan. Sahabat tersebut malah menciumi perut dan memeluk Nabi SAW seraya menangis, "Sungguh maksud tujuanku hanyalah untuk memelukmu dan merasakan kulitku bersentuhan dengan tubuhmu!. Aku ikhlas atas semua perilakumu wahai Rasulullah." Seketika itu juga terdengar ucapan, "Allahu Akbar" berkali-kali. sahabat tersebut tahu, bahwa permintaan Nabi SAW itu tidak mungkin diucapkan kalau Nabi SAW tidak merasa bahawa ajalnya semakin dekat. Sahabat itu tahu bahawa saat perpisahan semakin dekat, ia ingin memeluk Nabi SAW sebelum Allah SWT memanggil Nabi SAW.

Suatu pelajaran lagi buat kita. Menyakiti orang lain baik hati mahupun badannya merupakan perbuatan yang amat tercela. Allah SWT tidak akan memaafkan sebelum yang kita sakiti memaafkan kita. Rasullullah pun sangat hati-hati kerana khuatir ada orang yang beliau sakiti. Khuatirkah kita bila ada orang yang kita sakiti menuntut balas nanti di Padang Mahsyar di depan Hakim Yang Maha Agung ditengah jutaan umat manusia. Jangan-jangan kita menjadi orang yang muflis. Na'udzu billah.....

Nabi Muhammad SAW ketika saat haji Wada', di padang Arafah yang terik, dalam keadaan sakit, masih menyempatkan diri berpidato. Di akhir pidatonya itu Nabi SAW dengan dibalut serban dan tubuh yang menggigil berkata, "Nanti di hari pembalasan, kalian akan ditanya oleh Allah SWT apa yang telah aku, sebagai Nabi, perbuat pada kalian. Jika kalian ditanya nanti, apa jawapan kalian?" Para sahabat terdiam dan mulai banyak yang meneteskan air mata. Nabi SAW melanjutkan, "Bukankah telah kujalani hari-hari bersama kalian dengan lapar, bukankah telah kutaruh beberapa batu diperutku karena menahan lapar bersama kalian, bukankah aku telah bersabar menghadapi kejahilan kalian, bukankah telah ku sampaikan pada kalian wahyu dari Allah SWT.....?" Untuk semua pertanyaan itu, para sahabat menjawab, "benar ya Rasullullah!"

Rasullullah pun mendongakkan kepalanya ke atas, dan berkata, "Ya Allah saksikanlah. ..Ya Allah saksikanlah. ..Ya Allah saksikanlah! ". Nabi SAW meminta kesaksian Allah SWT bahwa Nabi SAW telah menjalankan tugasnya. Di pengajian ini saya pun meminta Allah menyaksikan bahwa kita mencintai Rasulullah." Ya Allah saksikanlah betapa kami mencintai Rasul-Mu, betapa kami sangat ingin bertemu dengan kekasih-Mu, betapa kami sangat ingin meniru semua perilakunya yang indah; semua budi pekertinya yang agung, betapa kami sangat ingin dibangkitkan nanti di padang Mahsyar bersama Nabiyullah Muhammad, betapa kami sangat ingin ditempatkan di dalam surga yang sama dengan surganya Nabi kami. Ya Allah saksikanlah. ..Ya Allah saksikanlah Ya Allah saksikanlah"

**Mati Hanya Sekali, Jadikannya Di Jalan Allah**

G-Force

Salam,

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Segala puji hanya untuk Allah, Tuhan semesta alam.

Ya Tuhan kami, Selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad SAW dan kepada seluruh keluarganya.

Apakah itu G Force?

Pasti kalian tertanya-tanya apakah yang dimaksudkan dengan G Force?
Sebenarnya G Force adalah suatu bentuk tekanan graviti yang dirasakan oleh kita ketika kita jauh atau dekat dari pusat graviti bumi.

Cthnya:


ketika kita menaiki roller coaster apakah yang dirasakan oleh kita?

Ada dua perkara yang dirasakan oleh kita iaitu berat atau ringan, maksudnya ketika kita berada jauh dari pusat graviti iaitu ketika roller coaster melayang ke atas, kita akan merasai betapa beratnya kedudukan kita (bak kata orang macam nak terkeluar segala isi perut dalam badan) dan jika roller coaster bergerak kembali ke bawah iaitu ketika mendekat dengan pusat graviti kita akan rasa ringan dan selesa. Sebab itu kita akan merasa mual atas tindak balas dari G Force itu.

Begitulah juga jika dihubungkan dengan kehidupan kita seharian. Adakalanya kita akan terasa berat dan adakalanya ringan. Apakah maksudnya itu? Maksudnya ketika kita melanggar segala perintah Allah SWT iaitu melakukan perkara yang dilarang olehNya seperti tidak berlaku jujur, tidak berlaku adil, rasuah dan sebagainya. Maka kita akan menjauh dari landasan atau orbit kita sebagai manusia dan jika ini berlaku bermakna hati kita akan terasa berat sekali, hati akan terasa sakit. Hati akan berkata jangan lakukan. Tapi akal akan memberi pelbagai alasan untuk membenarkan segala kemungkaran itu.

Dan sebaliknya jika kita sentiasa patuh pada perintah Allah SWT, yakni berlaku adil, jujur, bertanggungjawab terhadap sesama manusia, tidak rasuah dan sebagainya. Pasti hati ini akan terasa ringan sekali dan selesa dengan keadaan tersebut.

Kita akan sakit hati bila melihat kemungkaran berlaku di depan mata yang dilakukan oleh manusia dewasa ini. Kenapa kita merasakan begitu? Ini kerana bila setiap kemungkaran yang dilakukan oleh manusia bermakna ia akan semakin jauh dari landasan atau pusat graviti (seperti dalam permainan Roller coaster) dan dalam erti kata lain semakin menjauh dari pusat orbit manusia iaitu nilai2 Al Asma Ul Husna. Hati akan terasa berat sangat, malah jika diterjemahkan ke dalam bentuk perbuatan pasti akan terjadi sesuatu yang kita sendiri tidak inginkan contohnya pergaduhan dan sebagainya.

Dan begitulah pula hati merasa cukup ringan sekali yakni selesa, gembira, bahagia dan sbgnya jika perkara baik berlaku disekeliling kita, ini kerana hati sentiasa bergerak melalui garis orbitnya.

Bayangkan matahari, bumi, bulan dan planet semuanya bergerak mengikut garis orbitnya, jika sedikit sahaja terkeluar dari garis orbitnya apa akan terjadi. Pasti berlaku kemusnahan yang besar, yang kita sendiri tak inginkan. Sama jugalah dengan manusia jika terkeluar dari garis orbitnya pasti manusia itu akan hancur musnah. Cuma bezanya disini manusia dari segi zahirnya tidak nampak sangat kemusnahannya tapi batinnya hancur, hatinya tidak lagi berfungsi sebagai pusat orbit kerana hatinya ditutupi belenggu2. Nilai2 Al Asma Ul Husna tidak lagi menjadi prinsip hidupnya. Maka tunggulah balasan dari Allah SWT. Nauzibillah

Kesimpulannya, jika kita terlalu jauh meninggal landasan pusat graviti (garis orbit) kembalilah ke landasannya yang sebenar agar kita senantiasa dapat muhasabah diri dan mentarbiyahkan diri kita supaya sentiasa ingat kepada Yang Maha Pencipta.

Yang baik datangnya dari Allah SWT dan yang tidak baik adalah atas kelemahan diri hamba yang hina ini.

Wallahua'alam

Wednesday, April 1, 2009

Warkah Buat Adik-adik di Arau

Assalamualaikum

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Kita hidup di muka bumi ini punya visi dan misi. VISI kita adalah untuk bertemu Allah SWT di syurga. MISI adalah untuk hidup mengabdikan diri kepada Allah SWT dan memperoleh redhaNya. Untuk memperoleh redhaNya, hidup haruslah berlandaskan IHSAN, IMAN, ISLAM beserta NILAI yang diambil dari Asma Ul Husna. Melaksanakan apa yang diperintahNya dan meninggalkan apa yang dilarangNya. Adakah cukup untuk mengatakan diri ini beriman selagi belum diuji? Sudah tentu tidak. Setiap kita sebagai hamba Allah akan melalui ujian, tidak kira sama ada dalam bentuk KESUSAHAN atau KESENANGAN. Hanya punya visi dan misi sahaja tidak cukup jika tidak mempunyai karakter yang tangguh/kuat, yang mampu mengharung apa jua cabaran dan dugaan. Kita dilahirkan adalah untuk memberi rahmat kepada seluruh alam. Bagaimana mungkin untuk memberi rahmat sedangkan diri belum cukup kuat. Diri begitu mudah dibolak balik oleh emosi. Diri begitu mudah tumbang dengan pukulan dunia. Yang membuat kita rebah, jatuh tersungkur dan merasa tidak mungkin mampu untuk bangun dan meneruskan hidup ini.

Setiap dugaan harus ditempuhi dengan berlapang dada. Kenapa adik yang ditimpa kemalangan begitu kuat dan tabah mengharung kehidupan dan mampu sembuh dengan cepat sedangkan kita yang di sisinya begitu lemah? Lemah untuk menyambung perjuangan di lapangan yang tersendiri? Belajarlah dari kekuatan adik. Adik pun semestinya tidak mahu orang lain terlalu bersusah untuk dirinya. Allah menurunkan dugaan kepada kita untuk menjadikan kita kuat dan bijak menanganinya. Bukan untuk mengeluh mengenang nasib diri. Semuanya bergantung kepada apa yang ada di hati kita. Kita berfikir baik, baiklah jadinya, berfikir buruk, buruklah jadinya. Allah Maha Adil. Dia memberi selari dengan apa yang kita minta. Bersangka baik lah dengan Allah. Yakinlah pada Allah. Yakinlah dengan kemampuan diri. Dugaan ini adalah salah satu proses pembelajaran kita. Yang bakal menjadikan kita kuat di masa hadapan, menjadikan kita bersinar bak berlian. Belajarlah dari proses pembentukan berlian. Berlian menjadi keras, bersinar dan berharga hasil dari tekanan kuat dan suhu yang tinggi. Pelbagai dugaan dan cabaran telah berjaya diharungi selama ini. Kenapa kali ini tidak mampu? Bangunlah wahai adik-adikku. Teruskan perjuangan. Allah hanya menduga sesuai dengan kemampuan hambaNya. Allah Maha Mengetahui yang kita mampu untuk mengharunginya. Tiada tempat untuk mengadu melainkan Allah. Mohonlah kepada Allah untuk memberi kekuatan dan petunjuk ke jalan yang terbaik.

Dengan kalimah Laailahaillallah dan AllahuAkbar....melangkahlah dengan berani, penuh yakin. InsyaAllah engkau akan berjaya.

Yang baik dari Allah SWT, yang buruk adalah dari kelemahan dan kekurangan si penulis yang masih dalam proses pembelajaran.

"THE CHOICE IS IN YOUR HANDS, CHOOSE TO WIN"

Puan Satria 165