Salam,
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Segala puji hanya untuk Allah, Tuhan semesta alam.
Ya Tuhan kami, Selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad SAW dan kepada seluruh keluarganya.
Apakah itu G Force?
Pasti kalian tertanya-tanya apakah yang dimaksudkan dengan G Force?
Sebenarnya G Force adalah suatu bentuk tekanan graviti yang dirasakan oleh kita ketika kita jauh atau dekat dari pusat graviti bumi.
Cthnya:
ketika kita menaiki roller coaster apakah yang dirasakan oleh kita?
Ada dua perkara yang dirasakan oleh kita iaitu berat atau ringan, maksudnya ketika kita berada jauh dari pusat graviti iaitu ketika roller coaster melayang ke atas, kita akan merasai betapa beratnya kedudukan kita (bak kata orang macam nak terkeluar segala isi perut dalam badan) dan jika roller coaster bergerak kembali ke bawah iaitu ketika mendekat dengan pusat graviti kita akan rasa ringan dan selesa. Sebab itu kita akan merasa mual atas tindak balas dari G Force itu.
Begitulah juga jika dihubungkan dengan kehidupan kita seharian. Adakalanya kita akan terasa berat dan adakalanya ringan. Apakah maksudnya itu? Maksudnya ketika kita melanggar segala perintah Allah SWT iaitu melakukan perkara yang dilarang olehNya seperti tidak berlaku jujur, tidak berlaku adil, rasuah dan sebagainya. Maka kita akan menjauh dari landasan atau orbit kita sebagai manusia dan jika ini berlaku bermakna hati kita akan terasa berat sekali, hati akan terasa sakit. Hati akan berkata jangan lakukan. Tapi akal akan memberi pelbagai alasan untuk membenarkan segala kemungkaran itu.
Dan sebaliknya jika kita sentiasa patuh pada perintah Allah SWT, yakni berlaku adil, jujur, bertanggungjawab terhadap sesama manusia, tidak rasuah dan sebagainya. Pasti hati ini akan terasa ringan sekali dan selesa dengan keadaan tersebut.
Kita akan sakit hati bila melihat kemungkaran berlaku di depan mata yang dilakukan oleh manusia dewasa ini. Kenapa kita merasakan begitu? Ini kerana bila setiap kemungkaran yang dilakukan oleh manusia bermakna ia akan semakin jauh dari landasan atau pusat graviti (seperti dalam permainan Roller coaster) dan dalam erti kata lain semakin menjauh dari pusat orbit manusia iaitu nilai2 Al Asma Ul Husna. Hati akan terasa berat sangat, malah jika diterjemahkan ke dalam bentuk perbuatan pasti akan terjadi sesuatu yang kita sendiri tidak inginkan contohnya pergaduhan dan sebagainya.
Dan begitulah pula hati merasa cukup ringan sekali yakni selesa, gembira, bahagia dan sbgnya jika perkara baik berlaku disekeliling kita, ini kerana hati sentiasa bergerak melalui garis orbitnya.
Bayangkan matahari, bumi, bulan dan planet semuanya bergerak mengikut garis orbitnya, jika sedikit sahaja terkeluar dari garis orbitnya apa akan terjadi. Pasti berlaku kemusnahan yang besar, yang kita sendiri tak inginkan. Sama jugalah dengan manusia jika terkeluar dari garis orbitnya pasti manusia itu akan hancur musnah. Cuma bezanya disini manusia dari segi zahirnya tidak nampak sangat kemusnahannya tapi batinnya hancur, hatinya tidak lagi berfungsi sebagai pusat orbit kerana hatinya ditutupi belenggu2. Nilai2 Al Asma Ul Husna tidak lagi menjadi prinsip hidupnya. Maka tunggulah balasan dari Allah SWT. Nauzibillah
Kesimpulannya, jika kita terlalu jauh meninggal landasan pusat graviti (garis orbit) kembalilah ke landasannya yang sebenar agar kita senantiasa dapat muhasabah diri dan mentarbiyahkan diri kita supaya sentiasa ingat kepada Yang Maha Pencipta.
Yang baik datangnya dari Allah SWT dan yang tidak baik adalah atas kelemahan diri hamba yang hina ini.
Wallahua'alam
2 comments:
your blog is good good good......
siapakah gerangannya ini? Thanks to visit my blog
Post a Comment