Nur Kasih

Salam,

Dengar dari tajuk diatas pasti anda semua dapat membayangkan apakah itu "Nur Kasih". Itulah lagu yang dipopularkan oleh Yasin yang juga menjadi tajuk kepada drama yang begitu mendapat sambutan menggalakkan sekali daripada peminat drama melayu masa kini. Entah apa yang menarik tentang drama ini aku pun tak pasti tetapi aku antara yang tidak mis untuk menontonnya....Hahaha. Layan beb jangan tak layan. Ntah apa yang telah merasuk aku pun tak tau la sehinggakan aku jadi minat plak nonton drama2 melayu ni, bukan drama melayu je, drama cina ke, indonesia ke, omputih ke semua aku layan kalau kena jalan ceritanya.

Dulu aku tak berapa layan pun drama ni, tengok sekali lalu je...tak berapa nak ambil tau pun pasal jalan ceritanya. Entah macamana bila aku balik kampung, dok tengok anak-anak buah begitu taksub dan khusyuk sekali dok melayan drama ni. Jangan haraplah nak kalih pi channel lain. Aku pun dok sekali la ngan depa2 tu layan drama ni, Pertama kali tengok, aku pun tanya la kat anak buah aku, apa yang bestnya citer ni? Jawapannya Besttttt. Aku pun layan la sampai habis drama ni. At last aku pun tanpa sedar terus tangkap syahdu beb nengok drama ni. Huh..best jugak drama ni...ada la unsur keagamaan skit. Masa tu kalau tak silap dah 5 - 6 episod dah drama ni dimainkan. Aku pun tak tau hujung pangkal...jenuh la anak buah aku dok flashback balik dari episod pertama. So, bila dah faham duduk jalan cerita ni, baru la sedap skit melayan drama ni. Tak payah la aku nak cerita balik perihal drama ni, hangpa layan sendiri la...ataupun search la mana2 website yang menceritakan pasal drama ni. Banyak juga peminat drama ni sampai ada yang sanggup buat blog khusus untuk drama tu je. Rating untuk drama ni jer rasanya dah mencecah jutaan penonton setiap kali ditayangkan. Huh.. buat filem boleh box office ni.

Pejam celik dah masuk episod ke 25 dah untuk tayangan malam ini. Dah nak habis dah citer ni. Tengok pada sinopsis cerita dah nak masuk ke satu ending yang mendebarkan. Ramai juga yang tertanya2, Adam (pelakon utama drama) tu masih hidup ke? Ni yang buat suspen ni. Kepada yang belum menontonnya, pastikan anda menonton episod mendebarkan malam ini. Pasti ramai yang akan tertunggu detik mendebarkan malam ini untuk memastikan sama ada Adam masih hidup ataupun tidak. Termasuklah aku ni yang dalam dilema, ikut plan nak bertolak balik kampung petang ni selepas kerja sebab esok ada majlis kenduri kahwin sepupu, tapi disebabkan nak tengok drama ni, aku terpaksa decide balik selepas drama ni la jawabnya. Semoga Allah mengizinkan segala apa yang telah dirancangkan ini. Insyaallah Ameen

Minggu depan adalah final episod yang akan merungkaikan segala kekusutan kepada penonton. Dengarnya, Nur dan Adam bersatu kembali semasa Nur dalam perjalanan, ketika itu Nur dalam perjalanan menaiki keretapi, ketika itu jugalah Adam menyapa Nur yang sedang mengenangkan nasib dirinya. Nur dalam perjalanan kemana? Anda saksikanlah sendiri endingnya pada episod ke 26 nanti. Tak pastilah pulak minggu depan ada ke tak drama ni, sebab minggu depan kan raya haji yang jatuh pada hari jumaat. Apapun kita tunggu dan lihat je la.


Selamat Menonton

Takbir berkumandang

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Segala puji-pujian hanya untuk Allah, Tuhan seluruh alam.

Selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad SAW, keluarga serta seluruh para sahabat baginda SAW.

Alhamdulillah, minggu depan bersamaan 27 November 2009, umat islam akan menyambut Aidil Adha dan insyaallah para jemaah haji yang sekarang telah berada di tanah suci Mekah akan Wukuf pada hari khamis 26 November 2009 bersamaan 9 Zulhijjah 1430.

Allahuakbar Allahuakbar Allahuakbar Lailahaillallah Huallahuakbar
Allahuakbar Walillahilham.

Takbir berkumandang, 5000 tahun yang lalu Nabi Ibrahim A.S meletakkan Allah SWT tinggi dihatinya, menyembelih anaknya Nabi Ismail A.S dan meninggikan Kaabah sebagai lambang cintanya kepada Allah SWT. Bukan hanya kerana daging sembelihan dan darahnya, tapi cinta kepada Allah SWT yang ditinggikan didalam dada. Cintailah apapun tetapi janganlah sampai melebihi cinta kita kepada Allah Taala.

Sembelihlah korban bukan hanya kerana dagingnya, daging dan darah binatang korban itu tidak sekali-kali akan sampai kepada Allah, tetapi yang sampai kepada Allah adalah amal yang ikhlas berdasarkan ketaqwaan kita kepada Allah SWT. Sembelihlah cinta dunia. Sembelihlah cinta kepada wang ringgit, sembelihlah cinta kepada apapun didunia, jangan sampai cinta dunia kita melebihi cinta kita kepada Allah S.W.T. Allah tidak melarang hambanya menyintai dunia, tetapi biarlah cinta dunia itu membawa kita kepada pertemuan dengan Allah SWT di dalam SyurgaNya di Akhirat nanti. InsyaaAllah. Janganlah sampai cinta dunia ini membawa kita menjadi kufur kepada Allah SWT yang akhirnya menyebabkan diri kita ini dihumban ke dalam Neraka Jahannam. Nauzubillah himinzalik.

Sesungguhnya, korban dan perjuangan tidak dapat dipisahkan. Perkasakanlah Islam, tinggikanlah Iman dan zahirkan Ihsan. Ayuh bangun semua para kesatria, "Ya Aiyuhal Muddathir. Qum Faanzir" "Bangunlah serta berilah peringatan, dan TuhanMu Agungkanlah. Cucikanlah Pakaianmu yang sobek". Teruskan perjuangan, semoga Rasulullah SAW tersenyum melihat umatnya yang berjuang untuk ke jalan Allah SWT.

Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Adha. Semoga segala pengorbanan kita mendapat keredhaan daripada Allah SWT. InsyaaAllah

Wallahuaalam


Kemuncak Ibadat

Salam,

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Segala puji dan puja hanya untuk Allah s.w.t, Tuhan semesta alam.

Selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad SAW dan seluruh keluarga dan para sahabat baginda SAW.

Sedar atau tidak, syawal telah pergi meninggalkan kita, Entah bertemu atau tidak lagi pada tahun hadapan, hanya Allah Maha Mengetahui. Insyaallah sekarang kita di dalam musim haji iaitu bulan zulkaedah dan zulhijjah dimana haji adalah "kemuncak ibadat" diantara semua ibadat.

Alhamdulillah ada antara ahli keluarga aku yang akan berangkat ke Tanah Suci Mekah. Mudah2an mereka dianugerahi haji yang mabrur oleh Allah s.w.t dan bukannya haji yang mardud. Insyaallah

Sedikit ringkasan berkaitan dengan ibadat haji semoga menjadi pembelajaran dan peringatan buat diriku dan anda semua yang membaca.

Islam adalah agama yang lengkap, terdapat 3 rukun agama iaitu Islam, Iman dan Ihsan. Rukun Islam adalah pecahan dari rukun agama dan haji adalah salah satu rukun Islam yang lima.

Rukun Islam

1. Syahadah - Perjanjian untuk taat kepada perintah Allah dan mengikuti segala syariat Rasulullah SAW
2. Solat - gambaran hubungan baik kita manusia dengan Allah yang membawa jasad dan hati
3. Puasa - gambaran kita menguasai nafsu supaya baik hubungan kita dengan Allah dan sesama manusia serta bukan manusia
4. Zakat - gambaran hubungan baik kita dengan manusia dengan harta
5. Haji - kita kena bawa semua ibadat di atas sama ada harta, jasad dan hati

Jika dilihat, setiap rukun Islam saling lengkap melengkapi dan berkait antara satu dengan yang lain. Bermula dengan dua kalimah syahadah yang mana syahadah bermaksud satu perisytiharan dan perjanjian untuk taat kepada Allah dan mengikut syariat Rasulullah SAW, kemudian ketaatan itu dibuktikan dengan menunaikan solat, berpuasa, zakat dan haji.

Untuk bacaan lanjut sila klik disini

Wallahua'alam

Rintihan Hati Seorang Hamba Yang inginkan RedhaMu

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Aku mencintaimu kerana Allah

Ini bukan sekadar kata-kata agar kamu jatuh hati padaku, namun ini adalah kejujuranku. Mengapa aku berkata seperti ini? Kerana aku menyukai orang-orang yang mencintai-Nya…, yang mencintai rasul-Nya. Dan denganmu … ku harap keteguhanmu bisa mengajakku serta untuk semakin mencintai-Nya.

Aku merindukanmu kerana Allah

Ini bukan untaian rahsia dalam hatiku untuk memikatmu. Mengapa aku berkata seperti ini? Kerana aku tahu… mengucapkan ikrar suci itu menyempurnakan sebahagian Ad Deen. Pernikahan adalah sunnah Rasulullah dan Rasulullah adalah kekasih Allah. Cinta adalah anugerah-Nya yang ditumbuhkan dihati orang-orang yang dikehendakiNya. Bagaimana aku tidak merindukan kehadiranmu my soulmate… to come in my life and marry me?

Aku menunggumu kerana Allah

Ini bukan rejutan perasaan untuk sebuah penantian. Mengapa aku berkata seperti ini? Kerana aku tahu, diriku terlalu banyak kekurangan… dan kerananya… aku inginkan seseorang yang lebih halus untuk menaklukkan hatiku yang keras dan yang lebih tangguh untuk menguatkan hatiku yang lemah dengan izinNya.

Aku tahu… terlalu banyak yang harus aku perbaiki… Kerananya…, aku menunggumu untuk menjadi pendamping hidupku. Aku menunggumu untuk lebih membimbingku dengan tulusmu. Untuk lebih mengajariku dengan sabar hingga kenikmatan imanku terhadapNya semakin dalam dengan izinNya. Di setiap harinya, untuk selama-lamanya. Ameen

Aku tahu, dalam hatiku… aku tak ingin hidup sendiri, kerananya, aku berharap … Allah dapat menganugerahkan padaku seorang imam untuk berbagi banyak hal dan menerima apa adanya diriku. Dan dari dirimu lah kutemukan semua itu…
Matahariku, bila engkau benar-benar ada dalam hidupku… Semoga Allah memantapkan hati kita dan mendekatkan kita dijalan yang lebih diredhaiNya. Ameen.
Ya Rabb, berikanlah rinduku dijalan yang terbaik menurut Engkau untuk dunia dan akhiratku. Ameen.

Aku mencintaimu kerana Allah

Aku merindukanmu kerana Allah

Aku menunggumu kerana Allah

Di raga manakah jiwamu bersemayam?

Ya Allah, jika aku jatuh hati, cintakan lah aku pada sesesorang yang melabuhkan cintanya padaMu, agar bertambah kekuatanku untuk mencintaiMu.

Ya Muhaimin, jika aku jatuh cinta, jagalah cintaku padanya agar tidak melebihi cintaku padaMu.

Ya Allah, jika aku jatuh hati, izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut padaMu, agar tidak terjatuh aku ke dalam jurang cinta dunia.

Ya Rabbana, jika aku jatuh hati, jagalah hatiku padanya agar tidak berpaling pada hatiMu.

Ya Rabbul Izzati, jika aku rindu, rindukanlah aku pada seseorang yang merindui syahid di jalanMu.

Ya Allah, jika aku rindu, jagalah rinduku padanya agar tidak lalai aku merindukan syurgaMu.

Ya Allah, jika aku menikmati cinta kekasihMu, janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan indahnya bermunajat di sepertiga malam terakhirMu.

Ya Allah, jika aku jatuh hati pada kekasihMu, jangan biarkan aku tertatih dan terjatuh dalam perjalanan panjang menyeru manusia kepadaMu.

Ya Allah, jika kau halalkan aku merindui kekasihMu, jangan biarkan aku melampai batas sehingga melupakan aku pada cinta hakiki dan rindu abadi hanya kepadaMu.

Ya Allah, Engkau mengetahui bahwa hati-hati ini telah berhimpun dalam cinta padaMu, telah bersatu dalam dakwahMu, telah berpadu dalam membela syariatMu.

Kukuhkan Ya Allah ikatannya, kekalkanlah cintanya. Tunjukilah jalan-jalannya penuhilah hati-hati ini dengan nurMu yang tiada pernah pudar. Lapangkanlah dada-dada kami dengan kelimpahan keimanan dan keindahan bertawaqal di jalanMu.

Ya Allah aku mencintainya!

Ya Allah, aku tahu Kau pasti mendengar degup jantungku tiap ku bertemu dengannya.
Ya Allah, aku tahu Kau pasti mengetahui isi hati ku tiap ku bertatap dengannya.
Ya Allah, aku tahu Kau pasti mengetahu betapa wajah dan senyumannya begitu menggetarkan hati ini.

Ya Allah, jika benar aku mencintainya maka buatlah aku layak baginya dan jadikan aku hambaMu yang solehah dan selalu taat padaMu hingga ketika Kau mendengar dan mengetahui isi hati ini maka mantapkan hatiku dan teguhkan cintaku sehingga jika benar aku mencintainya maka aku mencintainya keranaMu

Ya Allah

Aku tidak meminta seseorang yang sempurna namun aku meminta seseorang yang tidak sempurna, sehingga aku bisa membuatnya sempurna dimataMu.
Seorang pria yang memberikan dukungannya sebagai peneguhku.
Seorang pria yang memberikan doanya untuk kehidupanku.
Seseorang yang memberikan senyumannya untuk mengatasi kesedihanku.
Seseorang yang memberikan dirinya untuk membuat hidupku menjadi sempurna.

Ya Allah

Aku juga meminta, buatlah aku menjadi seorang yang dapat membuatnya bangga.
Berikan aku hati yang sungguh mencintaiMu sehingga aku dapat mencintainya dengan sekadar cintaku.
Berikan sifat yang lembut sehingga kecantikanku datang dariMu.
Berikan aku tangan sehingga aku selalu mampu berdoa untuknya.
Berikan aku penglihatan sehingga aku dapat melihat banyak hal baik dan bukan hal buruk dalam dirinya.

Berikanlah aku lisan yang penuh dengan kata-kata bijaksana, mampu memberikan semangat serta mendukungnya setiap saat dan tersenyum untuk dirinya setiap pagi.
Dan bilamana akhirnya kami akan bertemu, aku berharap kami berdua dapat mengatakan, ”Betapa Maha Besarnya Engkau kerana memberikan kepadaku pasangan yang dapat membuat hidupku menjadi sempurna.”

Aku mengetahui bahwa Engkau ingin kami bertemu pada waktu yang tepat dan Engkau akan membuat segala sesuatunya indah pada waktu yang telah Engkau tentukan.

Sekadar Coretan

Salam,

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Segala puji dan puja hanya untuk Allah SWT, Tuhan sekelian alam.

Selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad SAW, keluarga dan seluruh para sahabat baginda.

Alhamdulillah, lama rasanya aku tidak berkarya disini, sama ada ceduk hasil org lain ataupun hasil nukilan dari aku sendiri. Entah, jiwa ini rasa seperti kosong tidak bererti, malah untuk mencoretkan di sini juga aku tiada punya kekuatan lagi. Apa yang membuatkan aku berprasangka begini? Aku sendiri tidak mengerti, hanya Allah sahajalah Yang Maha Mengetahui. Hebat manapun manusia, apa yang berlaku pada diri sendiri pun kita tidak tahu apa yang terjadi. Lalu kenapa kita masih lagi sombong dan engkar pada Al Khaliq, tidak mahu beriman dan bertaqwa kepadaNya.

Agak lama juga aku tidak pergi recharge di training ESQ, Alhamdulillah, tanggal 16 Oktober yang lalu dengan izinNya, kebetulan dapat cuti gantian sempena Deepavali. Aku kembali ke dewan training bukan sebagai peserta mahupun sukarelawan tetapi sebagai alumni ESQ. Terasa lama benar tidak menikmati suasana training disebabkan kesibukan masa dan beberapa keadaan yang tidak mengizinkan sehinggakan 2 kali tawaran sebagai ATS terpaksa aku menolaknya. Agak berkarat juga diri ini dengan ilmu2 Allah SWT. Alhamdulillah dengan izinNya dapat kembali menikmati ayat2 Al Quran yang dikupas dan diulas begitu menarik sekali, malah begitu enak sekali kedengaran kata2 dari para trainer. Training pada kali ini dibawa oleh Bapak Rinaldi dan Mas Aminul Rahman. Terlihatkan kelibat Pak Rinaldi dan Aminul teringat kenangan pada pertama kali menghadiri training ESQ pada April 2008 oleh mereka.

Alhamdulillah dapat bertemu kembali sahabat lama En. Azli (Kosas) dan saudara baru Dr Keegan Abdullah, yang juga telah sekian lama menghilangkan diri dari training ini. Terfikir betapa hikmah paling besar dalam training ini adalah silaturrahim sesama alumni, walaupun telah lama tidak bertemu tetapi kemesraan pasti menyapa ketika bertemu kembali.

Ketika break pagi sebelum sesi outer journey, sempat bersua muka bersama Pak Aminul. Terkejut aku disapa oleh Pak Aminul "Bang, lama menghilang". Terharu aku, ternyata beliau masih mengingati diri ini. Sempat bertanyakan khabar sebelum masuk kembali ke dalam dewan untuk sesi seterusnya.

Lama aku tidak mengikuti sesi outer journey, sedikit perkongsian dan pengkisahan berkenaan outer journey. Ianya mengisahkan tentang penjelajahan kita merentasi alam semesta raya. Kita dibawa terbang dan menjelajahi ruang angkasa sambil menikmati dan merasai ciptaan Allah SWT. Kita terbang bukan dengan pesawat tetapi kita terbang dengan jiwa yang tunduk dan patuh pada Allah SWT. Maha Suci Allah, betapa Allah Maha Kuasa akan segalanya.

Secara ringkasnya, kita dibawa untuk melihat bagaimanakah alam semesta ini wujud dan bagaimana permulaan awalnya alam semesta ini. Melalui kajian para saintis dahulu maka wujudnya teori "Big Bang" yang mengatakan bahawa dahulunya alam ini adalah suatu cantuman yang padu. Apabila berlaku satu letupan yang besar maka semuanya terpisah dan berlakunya pengembangan dan penyejukan yang akhir membentuk galaksi-galaksi dan bintang-bintang dan akhirnya terbentuknya air yang memberi kehidupan kepada manusia sekarang ini. Letupan ini berlaku lama dahulu iaitu 15 billion tahun yang lalu (boleh search mana2 website yg banyak menceritakan tentang teori "Big Bang" ini).

Sedar atau tidak, teori "Big Bang" ini Allah SWT telah sebutkan dalam firmannya di dalam Al Quran. Allah SWT telah menyebutnya dalam Al Quran 1400 tahun yang lalu melalui Rasulullah SAW.

"Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, dan silih bergantinya malam dan siang terdapat tanda-tanda bagi orang-orang yang berakal. Iaitu orang-orang yang mengingati Allah sambil berdiri atau duduk atau dalam keadaan berbaring dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi. Seraya berkata: Ya Tuhan kami, tiadalah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia. Maha Suci Engkau, peliharalah kami dari siksa neraka".

QS Al Imran 3:190 -191

"Apakah orang-orang kafir tidak melihat bahawa sesungguhnya langit dan bumi pada asalnya adalah satu yang padu, kemudian Kami pisahkan antara keduanya. Dan dari air Kami jadikan segala sesuatu yang hidup. Maka mengapakah mereka tidak juga beriman".

QS Al Anbiya' 21:30

Maha Benar Allah dengan firmanNya

Selepas menikmati segala kekuasaan Allah SWT, terasa diri ini begitu kerdil sekali disisi Allah. Selama ini begitu sombong dan angkuh dengan segala apa yang ada. Ternyata semuanya adalah milik Allah SWT semata-mata. Diri ini hanya pinjaman sahaja, kelak semuanya akan dikembalikan kepadaNYA. Kelak semuanya akan hancur, yang kita sayang, rindu dan cinta semuanya akan pergi meninggalkan kita dan akhirnya yang kekal hanyalah Zat2 Allah SWT. Tanpa sedar airmata ini bagaikan sukar dibendung lagi menitis mengakui segalanya dari Allah SWT. Menadah tangan mensyukuri nikmatNya yang telah memilih aku untuk menyaksikan segala kebenaran ini. Dan menadah tangan memohon keampunan dariNYA.

"Ya Allah ampunilah segala dosa2 ku, dosa kedua ibubapaku, isteriku, anak2ku, seluruh anggota keluargaku sama ada yang masih hidup mahupun yang telah mati dan seluruh muslimin dan muslimat, mukminin dan mukminat".

"Ya Allah tidak Engkau jadikan semua ini sia-sia, Maha Suci Engkau, peliharalah aku daripada azab siksa neraka". Al Fatihah Ameen.

Walaupun hanya mengikuti training ini separuh hari, ternyata kesan begitu mendalam sekali. Ingin rasanya berkongsi dan mengajak semua orang yang mengenali diri ini akan kebaikan yang terdapat di dalamnya. Tetapi apakan daya aku, untuk menjadikan ianya satu kenyataan, hanya kata2 indah saja yang mampu diungkapkan kerana masih terdapat belenggu yang perlu dipecahkan yang masih melingkari hati. Semoga diri ini sentiasa diberkati olehNYA dan menjadi Rahmatan lil alamin. Insyaallah

Begitulah sedikit sebanyak coretan yang ntah apa2 ntah, bagi menghidupkan kembali blog yang dah hampir padam ni.

Ini bukan sekadar kata-kata agar kamu menyukainya, namun ini adalah kejujuranku. Mengapa aku berkata seperti ini? Kerana aku menyukai orang-orang yang mencintaiNya, yang mencintai rasulNya. Dan dengan itu, diharap keteguhan ini bisa mengajak aku untuk semakin dekat dan mencintaiNya.

Keindahan dunia dan kemewahannya memang banyak menjebak diri kita ke perangkapnya. Bukan itu saja, malahan syaitan dengan mudah memperalatkannya untuk menarik kita agar sama-sama bergelumang dengan dosa dan noda. Tidak sedikit yang sanggup durhaka kepada Allah SWT hanya kerana kenikmatan dunia yang terlalu sedikit.

Wallahua'alam