Thursday, September 23, 2010

Sekolah Harapan???

http://niqobgirl.blogspot.com/2010/09/sekolah-harapan-di-melaka.html

Salam,

Membaca artikel diatas membuatkan aku terpanggil untuk mengulas. Walaupun kesibukan aku mengatasi segalanya, tetapi dalam hal ini tergerak hati ingin melontarkan sedikit pandangan.

Alhamdulillah, Ramadhan baru saja berlalu dan walaupun syawal sudah masuk minggu kedua tapi mood raya masih lagi terasa buat setengah orang yang benar2 menjiwainya. Dalam bulan Ramadhan yang lepas banyak tazkirah yang telah diadakan, malah boleh dikatakan setiap masjid atau surau mengadakan tazkirah2 ringkas ini. Dan didalam banyak tazkirah adalah terselit satu dua pandangan dari ustaz dan cerdik pandai ugama dalam isu "sekolah harapan" ini. Boleh dikatakan semuanya memberi pandangan yang sama iaitu "tidak setuju" diadakan "sekolah harapan" ini. Atas alasan menggalakkan lagi perlakuan zina di luar sana kerana kaedah untuk menutupi pelaku zina ini sudah tersedia.

Banyak orang punya pandangan yang berbeza2, malah bila membaca cadangan kepada pembinaan sekolah ini adalah untuk membantu pelaku zina dan anak yang tidak berdosa ini kembali ke jalan yang lurus patutlah dibanggakan. Malah memberi satu kaedah penyelesaian buat ibubapa yang malu atas pelakuan anak mereka dengan menghantar ke sekolah tersebut. Bunyi macam menarik dan indah sekali langkah penyelesaian yang diambil. Tapi pernah tak kita berfikir akan berlaku lagi perkara2 ini berulang-ulang kali. Dan akhirnya kaedah yang digunakan ini hanyalah bersifat sementara semata-mata. Kalau ikut kaedah sistem pengurusan kualiti (QMS), hanyalah tindakan segera sahaja berbanding pencegahan. Malah dalam QMS, tindakan yang diambil boleh diabaikan sahaja kerana tidak efektif kerana berlaku pengulangan kepada permasalahan itu, dan perlu kepada tindakan pencegahan yang baru.

Berbalik kepada isu di atas, dimanakah silapnya sistem di Malaysia ini? Kalau tengok kepada masalah kemalangan jalanraya ketika musim perayaan, statistik kematian akibat kemalangan tidak pernah berubah malah semakin meningkat dari sehari ke sehari. Buatlah ops sikap 1000 kali pun, tapi jika sistem itu sendiri bermasalah sampai kiamat pun tak akan selesai. Sama jugalah kesnya dengan "sekolah harapan" ini.

Tindakan yang diambil oleh kerajaan Melaka ini kalau difikir dengan lojik akal nampak bagus sekali tetapi kaedah penyelesaian hanya bersifat sementara. Lalu apakah kaedah yang terbaik? Tepuk dada tanyalah iman. Jika kita rasa diri kita seorang muslim yang beriman, tak payah dok pening kepala, balik saja kepada islam yang dibawa oleh Rasullullah SAW. Allah SWT menciptakan manusia dan DIA Maha Mengetahui apa yang DIA kehendaki. Dikurniakan kepada Nabi Muhammad SAW Al Quran yang merupakan mukjizat yang tidak perlu disanggah lagi. Untuk apa? Itulah didalamnya terkandung sistem yang perlu kita umat manusia ikuti disamping Hadis Rasulullah yang mengajarkan tentang kehidupan dalam islam itu sendiri.

Lalu kenapa kita dok pening2 kepala nak memikirkan kaedah yang terbaik untuk mengatasi masalah yang diatas tu. Allah SWT telah membuat satu sistem yang terbaik untuk hambaNya, Hairan kenapa manusia masih tak mahu mengambilnya sebagai jalan hidup manusia itu sendiri.

Tanya balik diri kita, Siapa diri kita? Untuk apa kita diciptakan? Dan mahu ke mana kita akhirnya? Kenapalah manusia begitu sombong sangat dengan Allah.

Berbalik kepada sistem, jika sistem saja baik tapi masih ada yang tidak memahaminya dan tidak diamalkan, sistem hanya tinggal sistem yang hanya menjadi hiasan semata2. Lalu apakah yang perlu dilakukan untuk memastikan sistem dapat berjalan. Inilah persoalannya? Banyak kaedah penyampaian yang digunakan untuk menyampaikan perkara yang baik ini. Cuma persoalannya, adakah sampai ataupun tidak kepada golongan sasaran? Inilah peri pentingnya dakwah dalam masyarakat, jika berkesan insyaallah ramailah yang akan ikut jalan yang lurus, dan sebaliknya jika tak berkesan jadilah orang yang mendengar hanya masuk telinga kanan keluar telinga kiri.
Dan akhirnya permasalahan ini hanya menjadi beban kepada pendakwah untuk menyedarkan manusia.

Kesimpulannya, pendapat aku sebagai hamba yang hina ini, yang banyak kekurangan dalam ilmu Allah ini. Jika air laut digunakan sebagai tinta untuk menulis ilmu Allah ternyata tidak cukup untuk menulisnya. kefahaman terhadap islam itu amat penting. Kita boleh ajak orang kepada kebaikan tetapi jika orang itu sendiri tidak memahami untuk apa kebaikan itu, sia2lah ajakan kita. Tapi jika ia faham kebaikan akan membawa kita ke mana, Insyaallah kebaikan itu akan berbalik kepada diri orang itu sendiri.

Yang baik datangnya dari Allah, yang tidak baik adalah atas kelemahan hamba yang hina ini.

Wallahua'alam

2 comments:

James said...

If you are searching for interior fit out companies in Dubai then stop searching and contact us now for the best fit out solutions in Dubai
https://fit-out.company

James said...

If you are searching for interior fit out companies in Dubai for your office fit out, shop fit out, gym fit out, contact us for all the services in Dubai, UAE
Interior Fit Out Companies in Dubai