Wednesday, December 31, 2008

Tazkirah - Apakah 165?

Salam Ihsan, Iman dan Islam

Pada satu ketika baginda Rasulullah S.A.W sedang bersama para sahabat datang seorang lelaki menghampiri baginda Rasulullah S.A.W dan terus duduk berhadapan sehinggakan lutut lelaki itu bersentuhan dengan lutut Rasulullah S.A.W dan terus bertanyakan Rasulullah apakah yang dimaksudkan dengan Iman?

Rasulullah S.A.W menjawab:

"Iman adalah engkau percaya akan Allah, percaya kepada Malaikat, percaya kepada Nabi dan RasulNya, percaya kepada KitabNya, percaya kepada Hari Pembalasan dan engkau percaya kepada Qada dan QadarNya".

Lelaki itu berkata: Ya engkau betul Ya Rasulullah
Lelaki itu terus bertanya lagi, apakah yang dimaksudkan dengan islam?

Rasulullah S.A.W menjawab:

"Islam itu adalah engkau mengucap dua kalimah syahadat, engkau solat, engkau berpuasa, engkau mengeluarkan zakat dan engkau mengerjakan haji jika engkau mampu".

Lelaki itu berkata: Ya engkau betul Ya Rasulullah dan terus bertanya lagi, Apakah itu Ihsan?

Rasulullah S.A.W menjawab:

" Beribadahlah kepada Allah seakan-akan engkau melihatNya dan seandainya engkau tidak dapat melihatNya, engkau yakinlah bahawa Allah melihatmu". HR Bukhari & Muslim

Lelaki itu berkata: Ya engkau betul Ya Rasulullah dan terus bertanya, bilakah Hari Kiamat itu?

Maka Rasulullah S.A.W menjawab: Yang bertanya dan yang ditanya masing-masing tidak tahu bilakah Hari Kiamat itu. Hanya Allah sahajalah Yang Maha Mengetahui

Lelaki itu terus pergi dari situ, dan para sahabat bertanyakan pada Rasulullah S.A.W, siapakah lelaki itu Ya Rasulullah.

Rasulullah S.A.W menjawab:

Itulah Malaikat Jibrail yang datang mengajarkan kamu langsung tentang apa itu rukun Iman, rukun Islam dan Ihsan.

1 IHSAN - Tauhid iaitu mengESAkan Allah

6 IMAN
  1. Percaya kepada Allah
  2. Percata kepada Malaikat
  3. Percaya kepada Rasul
  4. Percaya kepada Kitab
  5. Percaya kepada Hari Pembalasan
  6. Percaya kepada Qada dan Qadar
5 ISLAM
  1. Syahadat
  2. Solat
  3. Puasa
  4. Zakat
  5. Haji
Inilah dia 165 yang disampaikan oleh Nabi Muhammad S.A.W kepada umatnya, sesungguhnya bukan untuk satu golongan saja tapi untuk seluruh umat manusia sebagai jalan hidup untuk mencari keredhaan di dunia dalam menuju akhirat yang kekal abadi, sebagai bekalan yang akan dibawa untuk pertemuan kita dengan Allah S.W.T.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

" Pada hari ini telah Ku sempurnakan untuk kamu agamamu, dan telah Ku cukupkan kepadamu nikmatKu, dan telah Ku redai islam itu menjadi agama bagimu "

QS 3 Al Maaidah ayat 3

EMOTIONAL SPIRITUAL QUOTIENT (ESQ)

1 VALUES


bersumberkan Al Asma Ul Husna

6 PRINCIPLES
  1. Star Principle
  2. Angel Principle
  3. Leadership Principle
  4. Learning Principle
  5. Vision Principle
  6. Well Organized Principle
5 ACTION
  1. Mission Statement
  2. Character Building
  3. Self Controlling
  4. Strategic Collaboration
  5. Total Action

The ESQ Model

Inilah The ESQ Way 165 yang diperkenalkan oleh Dr Ary Ginanjar Agustian berdasarkan 1 Ihsan, 6 Rukun Iman dan 5 Rukun Islam yang menjadi method bagi pembinaan modal insan untuk sesebuah organisasi dan merupakan satu fenomena kebangkitan umat islam di Nusantara masakini. Semoga setiap jengkal tanah dan jiwa ada 165.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

" Apabila telah datang pertolongan Allah dan kemenangan. Dan kamu lihat manusia masuk agama Allah dengan berbondong-bondong. Maka bertasbihlah dengan memuji Tuhanmu dan mohonlah ampun kepadaNya. Sesungguhnya Dialah Yang Maha Penerima Taubat ".

QS 110 An-Nashr ayat 1 - 3

ALLAHU AKBAR

No comments: