Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
"Bacalah dengan nama Tuhanmu yang menciptakan. Dia telah menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah, dan Tuhanmulah Yang Maha Pemurah, yang mengajar manusia dengan perantaraan kalam. Dia mengajar manusia apa yang tidak diketahuinya"
QS 96 Al 'Alaq ayat 1 - 5
Gambar di atas menunjukkan kitaran jangka hayat matahari
Selalu orang bertanya adakah matahari merupakan bintang yang paling panas di angkasa ini?
Tidak, matahari bukan paling panas, banyak lagi bintang yang jauh lagi panas.
matahari juga sebenarnya adalah sejenis bintang cuma dalam sistem solar, kita namakannya sebagai matahari.
matahari pada masa sekarang adalah dalam satu fasa (lupa plak apa nama), matahari akan berkembang dan akan menjadi bintang raksasa 100x ganda lebih besar daripada saiznya sekarang.
kemudian matahari akan meletup dan letupan itu dipanggil sebagai letupan supernova.
sainstis barat menjangkakan perkara ini akan berlaku dalam masa 1 bilion tahun dan paling awal 100,000 tahun.
namun ALLAH YANG MAHA MENGETAHUI.
Gambar di bawah menunjukkan hasil daripada letupan matahari yang akhirnya membentuk seperti bunga mawar yang dikenali sebagai supernova, seperti apa yang diterangkan dalam Al Quran 1400 tahun yang lalu oleh seorang manusia ummi iaitu Nabi Muhammad S.A.W.
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
"Maka apabila langit terbelah dan menjadi merah mawar seperti kilapan minyak. Maka nikmat tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan"
QS 55 Ar Rahman ayat 37 - 38
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
"Hai jemaah jin dan manusia, jika kamu sanggup menembusi (melintasi) penjuru langit dan bumi, maka lintasilah, kamu tidak dapat menembusinya melainkan dengan kekuatan"
QA 55 Ar Rahman ayat 33
Luas sungguh alam semesta raya ini sehingga tidak terjangkau oleh akal fikiran manusia. Maha Suci Allah Yang Maha Berkuasa atas segalanya.
Memang keluasan alam semesta adalah infiniti untuk kiraan manusia.
cuba kita kaji angka2 di bawah ni:
jarak bumi ke bulan = 380,000 km.
jarak bumi ke matahari = 148.8 juta km.
kita semua dah tahu system suria kita (matahari, bumi dan planet2 lain) terletak dlm galaksi Bima Sakti (Milky Way). jadi kita lihat jarak ni pula:
jarak matahari ke pusat galaksi Milky Way = 30,000 tahun cahaya.
1 tahun cahaya = 9,460,800,000,000 km
30,000 tahun cahaya x 9,460,800,000,000 = 284,000,000,000,000,000 km
galaksi kita Milky Way berbentuk cakera atau gasing pipih yg amat mega besar. Jadi saintis membuat anggaran:
rentang lebar/ garispusat galaksi Milky Way = 100,000 tahun cahaya
100,000 tahun cahaya x 9,460,800,000,000 km = ???
kosmologi menganggarkan bilangan galaksi yg terdapat di alam semesta ni berjumlah berpuluh-puluh billion. pastu lokasi/jarak antara galaksi2 ni pula adalah jauh. Contohnya, galaksi yg paling dekat dengan Milky Way ialah galaksi Andromeda. Jarak antara kedua2 galaksi ni ialah 2,700,000 tahun cahaya. bayangkan bila digabungkan jumlah jarak garispusat galaksi dgn jarak antara galaksi dan jumlah galaksi yg berbilion itu, mungkin itukah keluasan sebenar alam semesta??? Wallahualam Allah Yang Maha Mengetahui
kedudukan sistem suria (solar system) kita = 30,000 tahun cahaya dari pusat galaksi Milky Way.
garispusat (diameter) galaksi Milky Way pula = 100,000 tahun cahaya.
Sumber: TranungKite
No comments:
Post a Comment