Salam Ihsan, Iman dan Islam,
Hari ini aku dah start keje, masuk keje lambat la plak dalam kul 0900, sepatutnya kul 0830. Almaklum la semalam bertolak dari Penang dalam kul 0900 mlm sampai di Bangi dekat2 kul 0200 pagi. Angkat barang apa lagi tup tup kul 0230pgi baru tidoq, alamatnya kul 0700 aku bangun subuh Astargfirrullahhalazhim "Ya Allah ampunilah dosa hambumu ini".
Lepas subuh tidoq balik, punya mengantuk, jaga2 dah pukul 0815 apa lagi kelam kabut la. Hari ini mai gheja kepala dok biol lagi, satu mcm punya blur. Pastu rakan sejawat bagitau 3 lot customer scrap pasai equipment problem, lagi letih la aku nak buat report hantaq pi customer. Sebelum buat report nak kena meeting dulu cari root cause and corrective action pastu baru submit aduhai. Kalau ikut rasa mmg baloq abis ni, tapi aku kuatkan semangat demi semua kerana Allah.
Lepaih ni aku nak pi sambung buat gheja yang 4 hari aku tinggai, banyak betul la nak kena updated, apapun aku pasrah.
"Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung dengan Mu daripada duka dan kesedihan, dan aku berlindung dengan Mu daripada lemah dan malas, aku berlindung dengan Mu daripada pengecut dan bakhil, dan aku berlindung dengan Mu daripada dirundung hutang dan paksaan orang"
Amin Ya Rabbal Alamin
No comments:
Post a Comment