Wednesday, December 31, 2008

Luasnya Alam Semesta

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

"Bacalah dengan nama Tuhanmu yang menciptakan. Dia telah menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah, dan Tuhanmulah Yang Maha Pemurah, yang mengajar manusia dengan perantaraan kalam. Dia mengajar manusia apa yang tidak diketahuinya"


QS 96 Al 'Alaq ayat 1 - 5




Gambar di atas menunjukkan kitaran jangka hayat matahari

Selalu orang bertanya adakah matahari merupakan bintang yang paling panas di angkasa ini?

Tidak, matahari bukan paling panas, banyak lagi bintang yang jauh lagi panas.

matahari juga sebenarnya adalah sejenis bintang cuma dalam sistem solar, kita namakannya sebagai matahari.

matahari pada masa sekarang adalah dalam satu fasa (lupa plak apa nama), matahari akan berkembang dan akan menjadi bintang raksasa 100x ganda lebih besar daripada saiznya sekarang.

kemudian matahari akan meletup dan letupan itu dipanggil sebagai letupan supernova.

sainstis barat menjangkakan perkara ini akan berlaku dalam masa 1 bilion tahun dan paling awal 100,000 tahun.

namun ALLAH YANG MAHA MENGETAHUI.

Gambar di bawah menunjukkan hasil daripada letupan matahari yang akhirnya membentuk seperti bunga mawar yang dikenali sebagai supernova, seperti apa yang diterangkan dalam Al Quran 1400 tahun yang lalu oleh seorang manusia ummi iaitu Nabi Muhammad S.A.W.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

"Maka apabila langit terbelah dan menjadi merah mawar seperti kilapan minyak. Maka nikmat tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan"

QS 55 Ar Rahman ayat 37 - 38



Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

"Hai jemaah jin dan manusia, jika kamu sanggup menembusi (melintasi) penjuru langit dan bumi, maka lintasilah, kamu tidak dapat menembusinya melainkan dengan kekuatan"

QA 55 Ar Rahman ayat 33

Luas sungguh alam semesta raya ini sehingga tidak terjangkau oleh akal fikiran manusia. Maha Suci Allah Yang Maha Berkuasa atas segalanya.

Memang keluasan alam semesta adalah infiniti untuk kiraan manusia.

cuba kita kaji angka2 di bawah ni:

jarak bumi ke bulan = 380,000 km.
jarak bumi ke matahari = 148.8 juta km.

kita semua dah tahu system suria kita (matahari, bumi dan planet2 lain) terletak dlm galaksi Bima Sakti (Milky Way). jadi kita lihat jarak ni pula:

jarak matahari ke pusat galaksi Milky Way = 30,000 tahun cahaya.
1 tahun cahaya = 9,460,800,000,000 km
30,000 tahun cahaya x 9,460,800,000,000 = 284,000,000,000,000,000 km

galaksi kita Milky Way berbentuk cakera atau gasing pipih yg amat mega besar. Jadi saintis membuat anggaran:

rentang lebar/ garispusat galaksi Milky Way = 100,000 tahun cahaya
100,000 tahun cahaya x 9,460,800,000,000 km = ???

kosmologi menganggarkan bilangan galaksi yg terdapat di alam semesta ni berjumlah berpuluh-puluh billion. pastu lokasi/jarak antara galaksi2 ni pula adalah jauh. Contohnya, galaksi yg paling dekat dengan Milky Way ialah galaksi Andromeda. Jarak antara kedua2 galaksi ni ialah 2,700,000 tahun cahaya. bayangkan bila digabungkan jumlah jarak garispusat galaksi dgn jarak antara galaksi dan jumlah galaksi yg berbilion itu, mungkin itukah keluasan sebenar alam semesta??? Wallahualam
Allah Yang Maha Mengetahui


kedudukan sistem suria (solar system) kita = 30,000 tahun cahaya dari pusat galaksi Milky Way.
garispusat (diameter) galaksi Milky Way pula = 100,000 tahun cahaya.


Sumber: TranungKite

Tazkirah - Apakah 165?

Salam Ihsan, Iman dan Islam

Pada satu ketika baginda Rasulullah S.A.W sedang bersama para sahabat datang seorang lelaki menghampiri baginda Rasulullah S.A.W dan terus duduk berhadapan sehinggakan lutut lelaki itu bersentuhan dengan lutut Rasulullah S.A.W dan terus bertanyakan Rasulullah apakah yang dimaksudkan dengan Iman?

Rasulullah S.A.W menjawab:

"Iman adalah engkau percaya akan Allah, percaya kepada Malaikat, percaya kepada Nabi dan RasulNya, percaya kepada KitabNya, percaya kepada Hari Pembalasan dan engkau percaya kepada Qada dan QadarNya".

Lelaki itu berkata: Ya engkau betul Ya Rasulullah
Lelaki itu terus bertanya lagi, apakah yang dimaksudkan dengan islam?

Rasulullah S.A.W menjawab:

"Islam itu adalah engkau mengucap dua kalimah syahadat, engkau solat, engkau berpuasa, engkau mengeluarkan zakat dan engkau mengerjakan haji jika engkau mampu".

Lelaki itu berkata: Ya engkau betul Ya Rasulullah dan terus bertanya lagi, Apakah itu Ihsan?

Rasulullah S.A.W menjawab:

" Beribadahlah kepada Allah seakan-akan engkau melihatNya dan seandainya engkau tidak dapat melihatNya, engkau yakinlah bahawa Allah melihatmu". HR Bukhari & Muslim

Lelaki itu berkata: Ya engkau betul Ya Rasulullah dan terus bertanya, bilakah Hari Kiamat itu?

Maka Rasulullah S.A.W menjawab: Yang bertanya dan yang ditanya masing-masing tidak tahu bilakah Hari Kiamat itu. Hanya Allah sahajalah Yang Maha Mengetahui

Lelaki itu terus pergi dari situ, dan para sahabat bertanyakan pada Rasulullah S.A.W, siapakah lelaki itu Ya Rasulullah.

Rasulullah S.A.W menjawab:

Itulah Malaikat Jibrail yang datang mengajarkan kamu langsung tentang apa itu rukun Iman, rukun Islam dan Ihsan.

1 IHSAN - Tauhid iaitu mengESAkan Allah

6 IMAN
  1. Percaya kepada Allah
  2. Percata kepada Malaikat
  3. Percaya kepada Rasul
  4. Percaya kepada Kitab
  5. Percaya kepada Hari Pembalasan
  6. Percaya kepada Qada dan Qadar
5 ISLAM
  1. Syahadat
  2. Solat
  3. Puasa
  4. Zakat
  5. Haji
Inilah dia 165 yang disampaikan oleh Nabi Muhammad S.A.W kepada umatnya, sesungguhnya bukan untuk satu golongan saja tapi untuk seluruh umat manusia sebagai jalan hidup untuk mencari keredhaan di dunia dalam menuju akhirat yang kekal abadi, sebagai bekalan yang akan dibawa untuk pertemuan kita dengan Allah S.W.T.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

" Pada hari ini telah Ku sempurnakan untuk kamu agamamu, dan telah Ku cukupkan kepadamu nikmatKu, dan telah Ku redai islam itu menjadi agama bagimu "

QS 3 Al Maaidah ayat 3

EMOTIONAL SPIRITUAL QUOTIENT (ESQ)

1 VALUES


bersumberkan Al Asma Ul Husna

6 PRINCIPLES
  1. Star Principle
  2. Angel Principle
  3. Leadership Principle
  4. Learning Principle
  5. Vision Principle
  6. Well Organized Principle
5 ACTION
  1. Mission Statement
  2. Character Building
  3. Self Controlling
  4. Strategic Collaboration
  5. Total Action

The ESQ Model

Inilah The ESQ Way 165 yang diperkenalkan oleh Dr Ary Ginanjar Agustian berdasarkan 1 Ihsan, 6 Rukun Iman dan 5 Rukun Islam yang menjadi method bagi pembinaan modal insan untuk sesebuah organisasi dan merupakan satu fenomena kebangkitan umat islam di Nusantara masakini. Semoga setiap jengkal tanah dan jiwa ada 165.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

" Apabila telah datang pertolongan Allah dan kemenangan. Dan kamu lihat manusia masuk agama Allah dengan berbondong-bondong. Maka bertasbihlah dengan memuji Tuhanmu dan mohonlah ampun kepadaNya. Sesungguhnya Dialah Yang Maha Penerima Taubat ".

QS 110 An-Nashr ayat 1 - 3

ALLAHU AKBAR

Tuesday, December 30, 2008

Selamat Tahun Baru Hijrah 1430

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Salam Maal Hijrah dan salam Ihsan, Iman dan Islam.

Berikut adalah petikan SMS dari Pak Ary Ginanjar Agustian pengasas ESQ165 dan aku abadikan di dalam blog ini untuk tatapan anda semua.

"Hijrah jiwa adalah bentangan alam tak bertepi. Biarlah hamparan Padang Arafah yang membatasi. Kini tujukan jiwamu ke Masjidil Haram agar tiada lagi sisa cinta kecuali LAILAHAILLALLAH.

Haji adalah lintasan Sa'i meskipun tak tahu di mana Zam Zam mu mengalir kaki terus berlari melintasi batu-batu. Perjuangan ini tidak akan terhenti hingga berjumpa Kekasih Hati".

Wednesday, December 24, 2008

Berdoa dengan Al Asma Ul Husna

1. Yaa Allaahu anta robbunaa laa ilaaha illaa anta

Ya Allah, Engkau Tuhan kami, tiada Tuhan yang berhak disembah kecuali Engkau

2. Yaa Rahmaanu narjuu rohmatak
Ya Tuhan Yang Maha Pengasih, kami mengharap kasih sayang-Mu.

3. Yaa Rahiimu irhamnaa
Ya Tuhan yang Maha Penyayang, kasih dan sayangilah kami.

4. Yaa Maaliku A'thinaa min mulkika
Ya Tuhan yang Maha Raja (mempunyai kekuasaan), berikanlah kepada kami dari kekuasaan-Mu.

5. Yaa Qudduusu Qaddis Fithratanaa
Ya Tuhan yang Maha Suci, sucikanlah fitrah kejadian kami

6. Yaa salaamu sallima min aafaatid dunyaa wa'adzaabil aakhirah
Ya Tuhan Pemberi selamat, selamatkanlah kami dari fitnah bencana dunia dan siksa di akherat.

7. Yaa mukminu aaminaa wa-aamin ahlanaa wabaladanaa
Ya Tuhan yang memberi keamanan, berikanlah kami keamanan, keluarga kami dan negeri kami.

8. Ya Muhaiminu haimin auraatinaa wa-ajsaadanaa
Ya Tuhan Yang Maha Melindungi, lindungilah cacat dan jasad kami.

9. Yaa Aziizu Azziznaa bil'ilmi walkaroomah
Ya Tuhan Yang Maha Mulia, muliakanlah kami dengan ilmu pengetahuan dan kemuliaan.

10. Yaa Jabbaaru hab lanaa min jabaruutika
Ya Tuhan Yang Maha Perkasa, berikanlah kepada kami dari keperkasaan- Mu.

11. Yaa Mutakabbiru bifadhlika ij'alnaa kubaraa
Ya Tuhan Yang Maha Megah, dengan anugerah-Mu jadikanlah kami orang yang megah.

12. Yaa Khooliqu hassin kholqonaa wahassin khuluqonaa
Ya Tuhan Yang Maha Menciptakan/ Menjadikan, baguskanlah kejadian kami dan baguskanlah akhlak kami.

13. Yaa Baari'u abri'naa minasy syirki walmaradhi walfitnati
Ya Tuhan yang Maha Membebaskan, bebaskan kami dari syirik, penyakit, dan fitnah.

14. Yaa Mushawwiruu shawirnaa ilaa ahsanil kholqi walhaali
Ya Tuhan yang Maha Membentuk, bentuklah kami menjadi sebaik-baiknya makhluk dan sebaik-baik keadaan.

15. Ya Ghoffaaru ighfir lanaa dzunuubanaa
Ya Tuhan Yang Maha Pengampun , ampunilah dosa-dosa kami.

16. Yaa Qohhaaru iqhar aduwwanaa ilal istislami
Ya Tuhan Yang Maha Memaksa, paksalah musuh kami untuk tunduk/menyerah

17. Ya Wahhaabu Hab lanaa dzurriyatan thayyibah
Ya Tuhan Yang Maha Memberi, berikanlah kepada kami anak keturunan yang baik

18. Ya Rozzaaqu urzuqnaa halaalan thoyyiban waasi'aa
Ya Tuhan Yang Maha Memberi rezeki, berikanlah rezki yang halal, bergizi dan banyak

19. Yaa Fattaahu iftah lanaa abwaabal khoiri
Ya Tuhan yang Maha Membuka, bukakanlah buat kami semua pintu kebaikan.

20. Yaa aliimu a'limnaa maa laa na'lam
Ya Tuhan Yang Maha Mengetahui, beritahukanlah kepada kami apa yang kami tidak mengetahuinya.

21. Yaa Qoobidhu idzaa jaa'a ajalunaa faqbidh ruuhanaa fii husnil khotimah
Ya Tuhan Yang Maha Mencabut, jika telah sampai ajal kami, cabutlah ruh kami dalam keadaan khusnul khotimah.

22. Yaa baasithu ubsuth yadaaka alainaa bil athiyyah
Ya Tuhan Yang Maha Meluaskan, luaskan kekuasaan-Mu kepada kami dengan penuh pemberian.

23. Ya khoofidhu ihkfidh man zholamanaa
Ya Tuhan Yang Maha Menjatuhkan, jatuhkanlah orang yang menzalimi kami.

24. Ya roofi'u irfa darojaatinaa.
Ya Tuhan Yang Maha Mengangkat, angkatlah derajat kami.

25. Ya Mu'izzu aatinaa izzataka.
Ya Tuhan Yang Maha Memberi kemuliaan, limpahkanlah kemulaiaan-Mu kepada kami.

26. Yaa mudzillu dzallilman adzallanaa
Ya Tuhan Yang Maha Menghinakan, hinakanlah orang yang menghina kami.

27. Yaa samii'u isma syakwatanaa
Ya Tuhan Yang Maha Mendengar. dengarkanlah pengaduan kami.

28. Yaa bashiiru abshir hasanaatinaa
Ya Tuhan Yang Maha Melihat, lihatlah semua amal kebaikan kami.

29. Yaa hakamu uhkum manhasada alainaa wa ghosysyanaa
Ya Tuhan Yang Maha Menetapkan hukum, hukumlah orang-orang yang dengki dan curang kepada kami.

30. Yaa adlu i'dil man rahimanaa
Ya Tuhan Yang Maha Menetapkan keadilan, berikan keadilan kepada orang yang sayang kepada kami.

31. Yaa khobiiru ihyinaa hayaatal khubaroo
Ya Tuhan Yang Maha Waspada, jadikanlah hidup kami seperti kehidupan orang-orang yang selalu waspada (ahli peneliti).

32. Yaa haliimu bilhilmi zayyinnaa
Ya Tuhan Yang Maha Penyantun, hiasilah hidup kami dengan sikap penyantun.

33. Yaa lathiifu ulthuf binaa
Ya Tuhan Yang Maha Halus, bersikaplah halus kepada kami.

34. Yaa azhiimu ahyinaa hayaatal uzhomaa
Ya Tuhan Yang Maha Agung, hidupkanlah kami sebagaimana kehidupan orang-orang yang agung.

35. Yaa ghofuuru ighfir lanaa waisrofanaa
Ya Tuhan Yang Maha Pengampun, ampunilah dosa kami dan keteledoran kami.

36. Ya syakuruu a'innaa 'alaa syukrika
Ya Tuhan Yang Maha Menerima syukur, berikanlah kami kemampuan untuk selalu bersyukur kepada-Mu.

37. Ya aliyyu uluwwaka nastaghiitsu
Ya Tuhan Yang Maha Tinggi, kami mengharap ketinggian dari-Mu

38. Yaa kabiiru ij'alnaa kubarooa
Ya Tuhan Yang Maha Besar, jadikanlah kami orang yang besar.

39. Yaa hafiizhuu ihfazhnaa min fitnatid dunya wasuuihaa
Ya Allah Yang Maha memelihara, peliharalah kami dari fitnah dunia dan kejahatannya

40. Yaa muqiitu a'thinaa quwwataka laa haula walaa quwaata illabika
Ya Allah Tuhan Yang Maha Memberi kekuatan, berikanlah kami kekuatan, tidak ada daya dan kekuatan kecuali dari Engkau

41. Yaa Hasiibu haasibnaa hisaaban yasiiroo
Ya Tuhan Yang Maha Menghisab, hisablah kami nanti dengan hisaban yang ringan.

42. Yaa jaliilu ahyinaa hayaatal ajillaal.
Ya Tuhan Yang Maha Luhur, hidupkanlah kami seperti orang-orang yang mempunyai keluhuran

43. Ya kariimu akrimnaa bittaqwaa
Ya Tuhan Yang Maha Mulia, muliakanlah kami dengan ketaqwaan

44. Ya roqiibu ahyinna tahta riqoobatik
Ya Tuhan Yang Maha Mengamati geark-gerik, hidupkanlah kami selalu dalam pengamatan-Mu

45. Ya mujiibu ajib da'watanaa waqdhi hawaaijanaa
Ya Tuhan Yang Maha Mengabulkan, kabulkanlah do'a dan ajakan kami, luluskanlah semua keperluan kami

46. Yaa waasi'u urzuqnaa rizqon waasi'aa wawassi shuduuronaa
Ya Tuhan Yang Maha Meluaskan, berikanlah kami rizki yang luas dan luaskanlah dada kami.

47. Yaa hakiimu ahyinaa hayaatal hukamaai
Ya Tuhan Yang Maha Bijaksana, hidupkanlah kami sebagaimana kehidupan orang-orang yang bijaksana.

48. Yaa waduudu wuddaka ista'tsarnaa wa alhimma mawaddatan warohmah
Ya Tuhan Yang Maha Mencintai, hanya cintamu kami mementingkan, dan ilhamkanlah kepada kami rasa cinta dan kasih sayang.

49. Ya majiidu a'thinaa majdaka
Ya Tuhan Yang Maha Mulia, berikanlah kepada kami kemuliaan-Mu

50. Yaa baa'itsu ib'atsnaa ma'asysyuhadaai washshoolihiin
Ya Tuhan Yang maha Membangkitkan, bangkitkanlah kami bersama orang-orang yang syahid dan orang yang shaleh.

51. Yaa Syaahiidu isyhad bi annaa muslimuun
Ya Tuhan Yang Maha Menyaksikan, saksikanlah bahwa kami adalah orang-orang yang menyerahkan diri kepada-Mu (Muslimin)

52. Yaa Haqqu dullanaa haqqon wa'thi kulla dzii haqqin haqqoo
Ya Allah Tuhan Yang Maha Haq, tunjukilah kami kepada yang haq dan berikanlah hak pada setiap orang yang mempunyai haq

53. Yaa wakiilu alaika tawakkalnaa
Ya Tuhan Yang Maha Memelihara penyerahan, kepada-Mu kami serahkan urusan kami

54. Yaa Qowiyyu biquwwatika fanshurnaa
Ya Tuhan Yang Maha Kuat, dengan kekuatan-Mu tolonglah kami.

55. Yaa matiinu umtun imaananaa watsabbit aqdaamanaa
Ya Tuhan Yang Maha Kokoh, kokohkanlah iman kami dan mantapkan pendirian kami.

56. Yaa Waliyyu ahyinaa hayaatal auliyaa
Ya Tuhan Yang Maha Melindungi, hidupkanlah kami seperti hamba-hamba- Mu yang mendapat perlindungan (para wali)

57. Yaa haniidu urzuqnaa isyatan hamiidah
Ya Tuhan Yang Maha Terpuji, limpahkan kepada kami kehidupan yang terpuji.

58. Yaa muhshii ahshinaamin zumrotil muwahhidiin
Ya Tuhan Yang Maha Menghitung, hitunglah kami termasuk orang-orang yang meng-Esakan Engkau

59. Yaa mubdi'u bismika ibtada'naa
Ya Tuhan Yang Maha Memulai, dengan nama-Mu kami memulai.

60. Yaa mu'iidu a'id maa ghooba annaa
Ya Tuhan Yang Maha Mengembalikan, kembalikanlah semua yang hilang dari kami.

61. Yaa muhyii laka nuhyii fahayyina bissalaam
Ya Tuhan Yang Maha Menghidupkan, karena Engkau kami hidup, hidupkanlah kami dengan penuh keselamatan

62. Yaa mumiitu amitna alaa diinil Islaam
Ya Tuhan Yang Maha Mematikan, matikanlah kami tetap dalam keadaan Islam

63. Yaa Hayyu ahyi wanammi sa'yanaa wasyarikatana waziro'atana. .
Ya Tuhan Yang Maha Hidup , hidupkanlah dan kembangkanlah usaha kami, perusahaan kami dan tanaman kami

64. Ya Qoyyuumu aqimnaa bil istiqoomah
Ya Tuhan Yang Maha Tegak, tegakkanlah kami dengan konsisten

65. Yaa waajidu aujid maadhoo'a annaa
Ya Tuhan Yang Maha Mewujudkan / Menemukan, ketemukanlah semua yang hilang dari kami.

66. Yaa maajidu aatinaa majdaka
Ya Tuhan Yang Maha Mulia, berikanlah kepada kami kemuliaan-Mu

67. Yaa waahidu wahhid tafarruqonaa wajma'syamlanaa
Ya Tuhan Yang Maha Esa/Menyatukan, persatukanlah perpecahan kami dan kumpulkanlah keberantakan kami.

68. Yaa shomadu ilaika shomadnaa
Ya Tuhan yang tergantung kepada-Nya segala sesuatu, hanya kepada-Mu kami bergantung.

69. Yaa qodiiru biqudrotika anjib min zhahrina zhurriyyatan thoyyibah
Ya Tuhan Yang Maha Kuasa, dengan kekuasaan-Mu lahirkanlah dari tulnag pungung kami anak keturunan yang baik.

70. Yaa muqtadiru iqtadirlana zaujan wakhoiron kullahu
Ya Tuhan Yang Maha Menentukan, tentukanlah untuk kami istri dan semua kebaikannya.

71. Ya mukoddimu qoddim hawaaijanaa fiddun-ya wal aakhiroh
Ya Tuhan Yang Maha Mendahulukan, dahulukan keperluan kami di dunia dan di akherat.

72. Yaa muakhkhiru akhkhirhayaatana bishusnil khootimah.
Ya Tuhan Yang Maha Mengakhirkan, akhirkanlah hidup kami dengan husnul khotimah.

73. Yaa awwalu adkhilnal jannta ma'al awwalin
Ya Tuhan Yang Maha Pertama, masukkanlah kami ke dalam syurga bersama orang-orang yang pertama masuk syurga

74. Yaa aakhiru ij'al aakhiro 'umrinaa khoirohu.
Ya Tuhan Yang Maha Akhir, jadikanlah kebaikan pada akhir umur kami.

75. Ya zhoohiru azhhiril haqqo 'alainaa warzuqnattibaa' ah
Ya Tuhan Yang Maha Nyata, tampakkanlah kepada kebenaran , berikan kami kesanggupan untuk mengikutinya.

76. Yaa baathinu abthin 'uyuubanaa wastur 'aurootinaa.
Ya Tuhan Yang Maha Menyembunyikan, sembunyikanlah cacat kami dan tutuplah rahasia kami.

77. Yaa waali anta waali amrinaa faasri' nushrotaka lanaa
Ya Tuhan Yang Maha Menguasai, Engkau adalah Penguasa urusan kami, maka segerakanlah pertolongan- Mu kepada kami.

78. Yaa muta'aali a'li kalimataka wakhdzul man khodzalanaa
Ya Tuhan Yang Maha Terpelihara dari semua kekurangan (Maha Luhur), luhurkan/peliharala h kalimat-Mu dan hinakan orang yang merendahkan kami.

79. Yaa barru ashib barroka alainaa waahyinaa ma'al barorotil kiroom.
Ya Tuhan Yang Maha Dermawan, limpahkan kedermawanan- Mu kepada kami dan hidupkanlah kami bersama orang-orang yang dermawan lagi mulia.

80. Yaa tawwaabu taqobbal taubatanaa wataqobbal ma'dzi-rotanaa
Ya Tuhan Yang Maha Menerima taubat, terimalah taubat kami dan uzur kami

81. Yaa afuwwu fa'fu annaa khothooyaanaa
Ya Tuhan Yang Maha Memaafkan , maafkanlah semua kesalahan kami

82. Ya rouufu anzil alainaa ro'fataka
Ya Tuhan Yang Maha Pengasih, turunkanlah kepada kami kasih/kelembutan- Mu

83. Yaa Maalikal mulki aati mulkaka man tasyaa-u minnaa
Ya Tuhan Yang Memiliki Kerajaan/Kekuasaan, berikan kerajaan/kekuasaan- Mu kepada siapa yang Engkau kehendaki dari kami.

84. Yaa Muntaqimu laa tantaqim 'alaina bidzunuubinaa
Ya Tuhan Yang Maha Menyiksa, janganlah kami disiksa lantaran dosa-dosa kami.

85. Yaa dzal jalaali wal ikroom akrimnaa bil ijlaali wattaqwaa
Ya Tuhan Yang Mempunyai Keagungan dan Kemuliaan, muliakanlah kami dengan keagungan dan ketaqwaan.

86. Yaa Muqsithu tsabbit lanaa qisthon wazil 'anna zhulman
Ya Tuhan Yang Maha Mengadili, tetapkanlah kepada kami keadilan dan hilangkan dari kami kezaliman.

87. Yaa Jaami'u ijma'naa ma'ash shoolihiin.
Ya Tuhan Yang Maha Mengumpulkan, kumpulkanlah kami bersama orang-orang yang sholeh.

88. Yaa Ghoniyyu aghninaa bihalaalika 'an haroomik
Ya Tuhan Yang Maha Kaya, berikanlah kepada kami kekayaan yang halal dan jauh dari keharaman.

89. Yaa Munghnii bini'matika aghninaa
Ya Tuhan Yang Maha Memberi Kekayaan, dengan nikmat-Mu berikanlah kami kekayaan.

90. Yaa Maani'u imna' daairotas suu-i taduuru 'alainaa.
Ya Tuhan Yang Maha Menolak, tolaklah putaran kejahatan yang mengancam kami.

91. Yaa Dhoorru la tushib dhorroka wadhorro man yadhurru 'alainaa
Ya Tuhan Yang Maha Memberi Bahaya, jangan timpakan kepada kami bahaya-Mu dan bahaya orang yang akan membahayakan kami.

92. Yaa Naafi'u infa' lanaa maa 'allamtanaa wamaa rozaqtanaa
Ya Tuhan Yang Maha Membri Manfaat, berikan kemanfaatan atas apa yang telah Engkau ajarkan kepada kami dan kemanfaatan rizki yang Engkau berikan kepada kami.

93. Yaa Nuuru nawwir quluubanaa bihidaayatika
Ya Tuhan Yang Maha Bercahaya, sinarilah kami dengan petunjukmu.

94. Yaa Haadii ihdinash shirothol mustaqim.
Ya Tuhan Yang Maha Memberi Petunjuk, tunjukkanlah kepada kami jalan yang lurus.

95. Yaa Badii'u ibda' lanaa hayatan badii'ah
Ya Tuhan Yang Maha Pencipta Keindahan, ciptakanlah kepada kami kehidupan yang indah.

96. Yaa Baaqii abqi ni'matakal latii an'amta 'alainaa.
Ya Tuhan Yang Maha Kekal, kekalkanlah nikmat yang telah Engkau berikan kepada kami.

97. Yaa Waaritsu ij'alnaa min waratsati jannatin na'iim.
Ya Tuhan Yang Maha Pewaris, jadikanlah kami orang yang akan mewarisi syurga kenikmatan.

98. Yaa Rasyiidu alhimna rusydaka waahyinaa raasyidiin.
Ya Tuhan Yang Maha Cendekiawan, limpahkanlah kecendekiawaan- Mu dan hidupkanlah kami sebagai orang-orang cendekia.

99. Yaa Shabuuru ij'alnaa shaabiriina
Ya Tuhan Yang Maha Penyabar, jadikanlah kami orang-orang yang selalu bersabar.

Tuesday, December 23, 2008

Galaksi Bima Sakti (Milky Way)


Galaksi Bima Sakti adalah tergolong dari golongan spiral galaksi, seperti kelihatan dalam gambar di atas. Sebelum ini para saintis astronomi menekankan bahawa galaksi Bima Sakti mempunyai empat lengan utama yang dipanggil sebagai Norma, Scutum-Centaurus, Sagittarius dan Perseus. Gas dan debu pula lebih tertumpu pada bahagian tengah Bima Sakti.

Sistem suria kita pula sebenarnya terletak pada satu bahagian lengan kecil yang dipanggil sebagai Lengan Orion (Orion Spur) yang terletak diantara Lengan Sagittarius dan Lengan Perseus. Kewujudan lelengan ini dibuat berdasarkan data yang diproses daripada pencerapan isyarat-isyarat radio yang diterima menggunakan teleskop radio sekitar tahun-tahun 1950an.

Walaubagaimanapun, dengan menggunakan kelebihan teknologi pencerapan infra-merah yang digunakan dalam tahun-tahun 1990an, dan kemudian dimajukan pada tahun 2005 menerusi teleskop Spitzer yang merupakan teleskop angkasa lepas Hubble, mendapati bahawa Galaksi Bima Sakti sebenarnya hanya mempunyai 2 lengan utama.

Robert Benjamin dari University Wisconsin dan pasukannya yang menjalankan penyelidikan menggunakan kemudahan Spitzer ini telah menggabungkan 800,000 keping gambar yang merangkumi sebanyak 110 juta bintang di kawasan lengan Scutum-Centaurus dan mendapati jumlah bintang yang amat banyak. Sementara bila dikira jumlah bintang di kawasan Lengan Sagittarius dan Norma didapati bahawa jumlah bintang di kawasan tersebut adalah kurang daripada yang disangkakan.

Galaksi Andromeda dikatakan bergerak selaju 500,000 km/jam menuju ke arah galaksi kita, Milky Way. Dgn izin Allah SWT, apabila sampai saat bertemu, satu perlanggaran yg amat dahsyat akan terjadi. bila waktunya....Wallahualam bissawab!

Petikan diambil dari: Tentang Aku

Monday, December 22, 2008

TIADA TUHAN YANG DISEMBAH MELAINKAN ALLAH


Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Tidakkah engkau melihat (wahai Muhammad) bagaimana Allah mengemukakan satu perbandingan,iaitu:

Kalimah yang baik adalah sebagai sebatang pohon yang baik,

yang pangkalnya (akar tunjangnya) tetap teguh dan cabang pucuknya menjulang ke langit.

Ia mengeluarkan buahnya pada tiap-tiap masa dengan izin Tuhannya dan Allah mengemukakan perbandingan-perbandingan itu untuk manusia, supaya mereka beringat (mendapat pelajaran).

Dan bandingan Kalimah yang jahat dan buruk samalah seperti sebatang pohon yang tidak berguna yang mudah tercabut akar-akarnya dari muka bumi;
tidak ada tapak baginya untuk tetap hidup.


Allah menetapkan (pendirian) orang-orang yang beriman dengan kalimah yang tetap teguh dalam kehidupan dunia dan akhirat dan Allah menyesatkan orang-orang yang berlaku zalim (kepada diri mereka sendiri) dan Allah berkuasa melakukan apa yang dikehendakiNya.
(Surah Ibrahim : 23-27)

Petikan dari: Kembara Hati Insan Mencari Rabbnya

Friday, December 19, 2008

Alhamdulillah

Salam 165,

Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah S.W.T kerana masih lagi dipanjangkan usiaku. masih ada kesempatan buatku untuk menjadi insan yang bertaubat dan soleh. Mudah2an Allah permudahkan segala apa yang aku lakukan. Amin

Syukur alhamdulillah baru habis submit KPI untuk Q4 pada bos aku. Pagi2 lagi bos dah tepon minta suruh submit KPI report, almaklumlah ptg ni bos2 nak meeting. Bagai nak pecah kepala dok tengok data untuk 3 bulan terakhir ini. Nampaknya performance x berapa baguih selari dengan masalah ekonomi global sekarang ini. Apapun syukran, masih lagi terus bekerja disini dan tahun depan akan lebih cemerlang. Insyaallah

Untuk makluman, hari ini juga sedang berlangsung training ESQ di Submit Subang selama 3 hari bermula 19 - 21/12, Insyaallah tiada aral balik kerja terus pegi sana. La nie dok terbayang mereka yg hadir training tu tengah menikmati "Outer Journey" iaitu menjelajahi ke alam semesta bukan dengan pesawat tapi dengan jiwa yg penuh tawaduk pada Allah untuk menikmati dan mengkaji asal usul kejadian alam semesta raya ini. Mudah2an peserta semua diberikan hidayah oleh Allah S.W.T Al Fatihah untuk semuanya.

Kepada yg tinggal di area Lembah Kelang yang masih belum merasai training ini dijemput hadir pada hari sabtu 20/12 jam 0830 mlm bertempat di Submit Subang untuk menikmati Preview ESQ secara percuma untuk mengenali apa itu "Emotional Spiritual Quotient", dan rasailah sendiri pengalamannya.

Kepada muslimin semua "selamat menunaikan solat jumaat" ayuh bangunlah "QumFaAnzir"

"Hai orang yang berselimut. Bangunlah, lalu berilah peringatan! dan Tuhanmu agungkanlah"


QS 74 Al-Muddatstsir ayat 1 - 3

"Perkasakanlah Islam, Tinggikan Iman dan Zahirkan Ehsan"

Thursday, December 18, 2008

Demam Chikungunya

ni la nyamuk penyebab demam chikungunya


Hari ini aku ada masa lapang skit untuk post entry kat blog aku. Selama beberapa hari asyik memendam rasa saja nak updated blog aku sampaikan bini aku pun tak tertahan tengok blog x updated.

Bukan apa jaga dept Quality ni data kena updated selalu. Sementelah cuti selama 3.5 hari byk la benda yg tertinggai. Ni pun ada lagi yg belum updated tapi satgi la sambung releks dulu. Semalam dah la MC sakit kepala, byk sgt pikiaq dan x cukup rehat.

Ni nak cerita skit pasai demam chikungunya yg semakin hebat sekarang nie, yang mana masyarakat kita tak ambil pusing pun. Nak habaq mai, la dah merebak pi Kedah satgi singgah la kat Penang.

Demam ni symptom lebih kurang mcm kena denggi, dia attack sendi sampai nak berjln pun x buleh pastu kira dok pi ambil darah ja, sebab nak check platelet darah kita jatuh ke tak. Staff aku sorang dah kena, lembik teruih MC sampai seminggu lebih.

So, kepada yg belum kena hati2lah cegah sebelum parah. Kalau rasa sakit2 badan tu pi la beli 100 plus buang sekatun ka, langgah la ayaq tu insyaallah dpt menghindarkan penyakit demam tu dengan izin Allah la. Kalau nak kena, kena juga la.

Sekadar ingat mengingati, untuk lebih info click sini

Wallahuaalam

ALLAH MAHA BESAR

Kajian di buat ke atas al-Qur'an..

Angka-angka Menakjubkan dari Beberapa Kata dalam Al Qur’an


Beberapa kata lain yang menarik dari tabel tersebut adalah kata “syahr (bulan)” yang disebutkan sebanyak 12 kali yang menunjukkan bahwa jumlah bulan dalam setahun adalah 12, dan kata “yaum (hari)” yang disebutkan sebanyak 365 kali yang menunjukkan jumlah hari dalam setahun adalah 365 hari

Untuk lebih lanjut sila layari di sini

ZMP - POWER (Kisah Nabi Musa A.S)

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

"Dan (ingatlah), ketika kami belah laut untukmu, lalu kami selamatkan kamu dan kami tenggelamkan (Fir’aun) dan pengikut-pengikutnya sedang kamu sendiri menyaksikan".

(QS 2 Al Baqarah: ayat 50)

"Dan kami memungkinkan Bani Israil melintasi laut, lalu mereka diikuti oleh Fir’aun dan bala tentaranya, Karena hendak menganiaya dan menindas (mereka); hingga bila Fir’aun itu Telah hampir tenggelam berkatalah dia: “Saya percaya bahwa tidak ada Tuhan melainkan Tuhan yang dipercayai oleh Bani Israil, dan saya termasuk orang-orang yang berserah diri (kepada Allah)”

(QS 10 Yunus: ayat 90)

"Dan Sesungguhnya Telah kami wahyukan kepada Musa: “Pergilah kamu dengan hamba-hamba-Ku (Bani Israil) di malam hari, Maka buatlah untuk mereka jalan yang kering dilaut itu[933], kamu tak usah khawatir akan tersusul dan tidak usah takut (akan tenggelam)”. Maka Fir’aun dengan bala tentaranya mengejar mereka, lalu mereka ditutup oleh laut yang menenggelamkan mereka".

(QS 20 Thahaa: ayat 77 - 78)

"Maka Firaun dan bala tenterannya dapat menyusuli mereka di waktu matahari terbit. Maka setelah kedua golongan itu saling melihat. Berkatalah pengikut Musa. "Sesungguhnya kita benar-benar akan tersusul". Musa menjawab "sekali-kali tidak akan tersusul, sesungguhnya Tuhanku besertaku. Kelak Dia akan memberikan petunjuk kepadaku. Lalu Kami wahyukan kepada Musa: “Pukullah lautan itu dengan tongkatmu”. Maka terbelahlah lautan itu dan tiap-tiap belahan adalah seperti gunung yang besar". Dan disanalah Kami dekatkan golongan yang lain. Dab Kami selamatkan Musa dan orang-orang beserta semuanya. Dan Kami tenggelamkan golongan yang lain itu. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar merupakan satu tanda yang besar (mukjizat) dan tetapi adalah kebanyakan mereka tidak beriman. Dan sesungguhnya Tuhanmu benar-benar Dialah Yang Maha Perkasa lagi Maha Penyayang"

(QS 26 Asy-Syu'araa': ayat 60 - 68)

Anda mungkin masih ingat dengan kisah Nabi Musa yang bersama kaumnya diperintahkan oleh Allah untuk meninggalkan Mesir. Ketika telah sampai di tepi Laut Merah, Allah memerintahkan Nabi Musa untuk memukulkan tongkatnya hingga laut luas yang berada di hadapan mereka terbelah membentuk jalan dengan dua dinding air yang tinggi. Pernahkah anda membayangkan betapa dahsyatnya kejadian tersebut?

Menurut sejarah, peristiwa itu terjadi sekitar 3500 tahun yang lalu. Ada beberapa pakar yang telah mencoba untuk meneliti kembali peristiwa ini berdasarkan bukti-bukti ilmiah yang ada dan menerbitkannya dalam bentuk buku dan DVD (seperti yang dapat anda lihat di sini).

Baiklah, sekarang mari kita cuba untuk melihat lebih jauh ke lokasi tempat Nabi Musa dan para pengikutnya menyeberang menurut para ahli tersebut. Lokasi penyeberangan diperkirakan berada di Teluk Aqaba di Nuwaybi. Kedalaman maksimum perairan di sekitar lokasi penyeberangan adalah 800 meter di sisi ke arah Mesir dan 900 meter di sisi ke arah Arab. Sementara itu di sisi utara dan selatan lintasan penyeberangan (garis merah) kedalamannya mencapai 1500 meter. Kemiringan laut dari Nuwaybi ke arah Teluk Aqaba sekitar 1/14 atau 4 derajat, sementara itu dari Teluk Nuwaybi ke arah daratan Arab sekitar 1/10 atau 6 derajat. Jarak antara Nuwaybi ke Arab sekitar 1800 meter (menurut peta dari MSN Encarta bahkan sekitar 10 km). Lebar lintasan dimana laut terbelah diperkirakan 900 meter.

Dapatkah anda membayangkan berapa gaya yang diperlukan untuk dapat menyibakkan air laut hingga memiliki lebar lintasan 900 meter dengan jarak 1800 meter pada kedalaman perairan yang rata-rata mencapai ratusan meter untuk waktu yang cukup lama mengingat pengikut Nabi Musa yang menurut sejarah berjumlah ribuan? (menurut tulisan lain diperkirakan jaraknya mencapai 7 km, dengan jumlah pengikut Nabi Musa sekitar 600.000 orang dan waktu yang ditempuh untuk menyeberang sekitar 4 jam).

Menurut sebuah perhitungan diperkirakan diperlukan tekanan (gaya per satuan luas) sebesar 2.800.000 Newton/m2 atau setara dengan tekanan yang kita terima jika menyelam di laut hingga kedalaman 280 meter. Atau jika kita kaitkan dengan kecepatan angin, maka akan melebihi kecepatan angin pada saat terjadi Hurikan. Atau jika mengacu kepada perhitungan seorang pakar dari Rusia yang bernama Volzinger, diperlukan hembusan angin dengan kecepatan konstan 30 meter/detik (108 km/jam) sepanjang malam. Sungguh dahsyat bukan? Allah Maha Besar.

Sumber: http://syafii.wordpress.com/2007/03/30/kisah-nabi-musa-terbelahnya-laut-merah/

AYAT AYAT CINTA


Salam 165

Memetik lagu nyanyian Rossa. Lagu yang cukup indah. Cuba hayati liriknya. Bukan kisah cinta sesama manusia, tetapi cinta kepada Allah Maha Pencipta. Bukan sekadar lagunya, rupanya cerpennya juga memutar kisah yang cukup indah untuk kita hayati dan ambil iktibar.

desir pasir di padang tandus
segersang pemikiran hati
terkisah ku di antara cinta yang rumit
bila keyakinanku datang

kasih bukan sekadar cinta
pengorbanan cinta yang agung ku pertaruhkan

reff:
maafkan bila ku tak sempurna
cinta ini tak mungkin ku cegah
ayat
ayat cinta bercerita
cintaku padamu
bila bahagia mulai menyentuh
seakan ku bisa hidup lebih lama
namun harus ku tinggalkan cinta
ketika ku bersujud
bila keyakinanku datang

kasih bukan sekedar cinta
pengorbanan cinta yang agung ku pertaruhkan

repeat reff
ketika ku bersujud


Posted by: Hafiza (mewakili Satria 165)

Peringatan dari Allah S.W.T







Salam Ihsan, Iman dan Islam.

Sekadar ingat mengingati sesama manusia. Sesungguhnya Allah menciptakan manusia untuk mengabdikan diri kepadaNya. Inilah akibatnya apabila manusia itu sendiri yang ingkar dengan perintah Allah. Bencana yang berlaku tempohari di Bukit Antarabangsa adalah satu daripada kesombongan manusia kepada Yang Maha Pencipta. Allah memberi peringatan agar manusia tidak lalai dari mengingatiNya. Sesungguhnya Dialah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Setiap apa yang berlaku adalah peringatan daripada Allah agar manusia tidak lalai daripada tanggungjawab kepada Allah. Peringatan yang datang dari Allah tidak mengenal usia, batas agama, pangkat serta kedudukan, semuanya tidak akan terlepas dari menerima dugaanNya . Setinggi mana kedudukannya, setinggi mana pangkatnya akhirnya semuanya akan kembali mengadap Allah S.W.T.

Alangkah bahagia jika kita bertemu dengan Allah sebagai seorang islam yang berpegang teguh dengan perintahNya. Alhamdulillah.
Alangkah ruginya jika kita bertemu dengan Allah dalam keadaan kufur. Nauzubillah.


"Tunjukilah kami jalan yang lurus"

QS Al Fatihah ayat 6

Jadi renung2kanlah untuk apa kita diciptakan Allah di mukabumi ini.

" Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu Yang menciptakan, Dia telah menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah, dan Tuhanmulah Yang Maha Pemurah, Yang mengajar (manusia) dengan perantaraan kalam. Dia mengajarkan kepada manusia apa yang tidak diketahuinya. Ketahuilah! Sesungguhnya manusia benar-benar melampaui batas, karena dia melihat dirinya serba cukup. Sesungguhnya hanya kepada Tuhanmulah kembali (mu) ".

QS Al Alaq ayat 1 - 8

Wednesday, December 17, 2008

ESQ Teens 13 - 14 December 2008

Salam 165

ESQ Teens berlangsung di Dewan Millenium Kepala Batas S.Perai P.Pinang, disertai seramai 560 peserta. Teens ni berumur antara 13 - 17 tahun.

Kami berkesempatan jadi ATS (Alumni Training Support). Kali ni lebih kepada peranan sebagai Ayah dan Umi.

Alhamdulillah, sekian lama hidup hanya berkisarkan famili dan kerjaya sendiri, kini turun padang untuk satu program remaja. Membawa mereka ke satu matlamat hidup yang lebih jelas dan abadi.

Perasaan sungguh luar biasa: gembira, sedih, terharu, berbaur2. Melihatkan remaja yang datang dari pelbagai latar belakang dapat duduk bersama2 di dalam dewan. Antara pengalamannya, bersama2 melalui perjalanan ke angkasa lepas, ke dalam jiwa, menyelami kisah pencarian Nabi Musa a.s, mengimbas sejarah hidup Nabi Ibrahim a.s dan Nabi Muhammad SAW.

Hari pertama, kami melalui perjalanan yang panjang. Bermula 8.45 pagi hingga 9.30 malam. Bunyinya macam meletihkan, but we really had fun there.

Masuk hari ke dua....perjalanan menjadi lebih menarik dan menyeronokkan. Wajah masing2 makin bertambah ceria dan penuh semangat. Belenggu yang pada mulanya melingkari hati, kini dah berjaya dipecahkan. Kini mereka bersedia untuk melangkah keluar dari dewan beserta dengan kekuatan hati dan jiwa.

Ya Allah, pelihara lah mereka, dekatkan mereka dengan petunjukMu, lembutkan hati ibu bapa mereka untuk terus menyokong anak-anak amanahMu Ya Allah.
Semoga anak-anak remaja ini akan berjaya di dalam training yang sebenar di luar sana.

Hafiza

17 December 2008

Salam 165

setelah sekian lama blog ni senyap sunyi sebab tuan punya tak berkesempatan nak update......I'm on his behalf....nak tolong update.....at least ada new post yang boleh keep the blog alive.

Ingin dikongsi kalimah Allah SWT : Surah Al Anfaal : Ayat 9 - 11

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

"Ketika kamu minta pertolongan kepada Tuhanmu, lalu diperkenanNya permintaanmu: Sesungguhnya Aku menolong kamu dengan seribu malaikat yang beriring2an".

Allah tiada menjadikan demikian itu melainkan untuk kabar gembira dan supaya tenteram hatimu. Dan tiada kemenangan, melainkan dari sisi Allah. Sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.

Ketika kamu sangat mengantuk sebagai keamanan daripada Allah, dan diturunkanNya air dari langit (hujan), supaya dibersihkanNya kamu dengan dia, dan dihapuskanNya daripadamu was-was syaitan dan supaya dikuatkanNya hatimu dan ditetapkanNya telapak kakimu.

Allah Maha Besar. Hujan yang diturunkanNya penuh dengan rahmat. Bukan hanya menyuci bumi yang kita pijak. Tapi juga untuk menyuci hamba-hambaNya dari dosa dan godaan syaitan, menguatkan hati dan telapak kaki hamba-hambaNya.

Hafiza: On behalf of Satria 165

Friday, December 12, 2008

Detik-detik terakhir Rasullullah S.A.W

Kisah ini diambil dari email yang dihantar oleh Al Furqani

Detik-detik Rasulullah SAW Menghadapi Sakaratul Maut. Ada sebuah kisah tentang cinta yang sebenar-benar cinta yang dicontohkan Allah melalui kehidupan Rasul-Nya.

Pagi itu, walaupun langit telah mulai menguning, burung-burung gurun enggan mengepakkan sayap. Pagi itu, Rasulullah dengan suara terbatas memberikan kutbah,"Wahai umatku, kita semua ada dalam kekuasaan Allah dan cinta kasih-Nya. Maka taati dan bertakwalah kepada-Nya. Kuwariskan dua perkara pada kalian,Al Qur'an dan sunnahku.

Barang siapa mencintai sunnahku, bererti mencintai aku dan kelak orang-orang yang mencintaiku, akan masuk syurga bersama-sama aku."Khutbah singkat itu diakhiri dengan pandangan mata Rasulullah yang tenang dan penuh minat menatap sahabatnya satu persatu.

Abu Bakar menatap mata itu dengan berkaca-kaca, Umar dadanya naik turun menahan nafas dan tangisnya. Usman menghela nafas panjang dan Ali menundukkan kepalanya dalam-dalam. Isyarat itu telah datang, saatnya sudah tiba.

"Rasulullah akan meninggalkan kita semua,"keluh hati semua sahabat kala itu. Manusia tercinta itu, hampir selesai menunaikan tugasnya di dunia.Tanda-tanda itu semakin kuat, tatkala Ali dan Fadhal dengan cergas menangkap Rasulullah yang berkeadaan lemah dan goyah ketika turun dari mimbar. Disaat itu, kalau mampu, seluruh sahabat yang hadir di sana pasti akan menahan detik-detik berlalu. Matahari kian tinggi, tapi pintu rumah Rasulullah masih tertutup. Sedang di dalamnya, Rasulullah sedang terbaring lemah dengan keningnya yang berkeringat dan membasahi pelepah kurma yang menjadi alas tidurnya.

Tiba-tiba dari luar pintu terdengar seorang yang berseru mengucapkan salam. "Bolehkah saya masuk?" tanyanya. Tapi Fatimah tidak mengizinkannya masuk, "Maafkanlah, ayahku sedang demam," kata Fatimah yang membalikkan badan dan menutup pintu. Kemudian ia
kembali menemani ayahnya yang ternyata sudah membuka mata dan bertanya pada Fatimah, "Siapakah itu wahai anakku?" "Tak tahulah ayahku, orang sepertinya baru sekali ini aku melihatnya," tutur Fatimah lembut. Lalu, Rasulullah menatap puterinya itu dengan pandangan yang menggetarkan. Seolah-olah bahagian demi bahagian wajah anaknya itu hendak dikenang. "Ketahuilah, dialah yang menghapuskan kenikmatan sementara, dialah yang memisahkan pertemuan di dunia. Dialah malakul maut," kata Rasulullah, Fatimah pun menahan ledakkan tangisnya. Malaikat maut datang menghampiri, tapi Rasulullah menanyakan kenapa Jibril tidak
ikut sama menyertainya. Kemudian panggilah Jibril yang sebelumnya sudah bersiap diatas langit dunia menyambut ruh kekasih Allah dan penghulu dunia ini. "Jibril, jelaskan apa hakku nanti di hadapan Allah?" Tanya Rasululllah dengan suara yang amat lemah. "Pintu-pintu langit telah terbuka, para malaikat telah menanti ruhmu. Semua syurga terbuka lebar menanti kedatanganmu," kata Jibril. Tapi itu ternyata tidak membuatkan Rasulullah lega, matanya masih penuh kecemasan."Engkau tidak senang mendengar khabar ini?" Tanya Jibril lagi.
"Khabarkan kepadaku bagaimana nasib umatku kelak?" "Jangan khawatir, wahai Rasul Allah, aku pernah mendengar Allah berfirman kepadaku: 'Kuharamkan syurga bagi siapa saja, kecuali umat Muhammad telah berada di dalamnya," kata Jibril. Detik-detik semakin dekat, saatnya Izrail melakukan tugas. Perlahan ruh Rasulullah ditarik. Nampak seluruh tubuh Rasulullah
bersimbah peluh, urat-urat lehernya menegang. "Jibril, betapa sakit sakaratul maut ini." Perlahan Rasulullah mengaduh. Fatimah terpejam, Ali yang disampingnya menunduk semakin dalam dan Jibril memalingkan muka."Jijikkah kau melihatku, hingga kau palingkan wajahmu
Jibril?" Tanya Rasulullah pada Malaikat pengantar wahyu itu."Siapakah yang sanggup, melihat kekasih Allah direnggut ajal," kata Jibril. Sebentar kemudian terdengar Rasulullah memekik, kerana sakit yang tidak tertahankan lagi. "Ya Allah, dahsyat nian maut ini, timpakan saja semua
siksa maut ini kepadaku, jangan pada umatku."Badan Rasulullah mulai dingin, kaki dan dadanya sudah tidak bergerak lagi. Bibirnya bergetar seakan hendak membisikkan sesuatu, Ali segera mendekatkan telinganya."Uushiikum bis shalati, wa maa malakat aimanuku, peliharalah shalat dan peliharalah orang-orang lemah di antaramu." Di luar pintu tangis mulai terdengar bersahutan, sahabat saling berpelukan. Fatimah menutupkan tangan di wajahnya, dan Ali kembali mendekatkan telinganya ke bibir Rasulullah yang mulai kebiruan. "Ummatii, ummatii, ummatiii?" - "Umatku, umatku, umatku" Dan, berakhirlah hidup manusia mulia yang memberi sinaran itu. Kini, mampukah kita mencintai sepertinya?

Allahumma sholli 'ala Muhammad wa ala alihi Muhammad

Wednesday, December 10, 2008

Gambar pertunangan Waridah


Sambil dok tunggu bini yang tak kunjung tiba ptg2 nie , so aku masuk dlm blog NAE lantas ternampak satu gambaq yg aku amat kenal sekali. sapa lagi anak aku la ngan tunangannya Zariff. Aku apa lagi lantasnya dengan pantas rembat la gambar tu untuk aku letak dalam aku punya blog.

Masa pertunangan Waridah dan Zariff, aku n famili on the way from KL to Penang. Sampai di Penang dalam pukul 0300 ptg punya la jam, bertolak dalam pukul 0900 am, lebih kurang 6 jam juga la perjalanan aku. Selalu buat 4 jam ja.

Masa sampai tu org ramai tgh dok santap, langkah kanan aku masa tu, bila sampai terus capai pinggan, hmmm apalagi 2 pinggan la jawabnya, perut tgh dok lapaq apa lagi..rezeki jgn di tolak. kena pulak daging masak maggi, ntah la resipi sapa ni tapi mmg best. Pekena ngan nasi hangat2 perggghh terangkat.

Buat Waridah N Zariff (alumni ESQ165 tuu) selamat bertunang. Semoga cepat menikah dan dugaan yang mendatang hadapi dengan tabah, sentiasa berdoa pd Allah mudah2an Allah mempermudahkan segalanya. Ujian itu adalah tarbiyah dalam mematangkan diri kita dalam menghadapi hari mendatang.

Salam Ihsan, Iman dan Islam

Senyum Simetri 2cm kanan 2cm kiri


Alhamdulillah, akhirnya aku tersenyum riang sampai mata pun naik sepet setelah berhempas pulas menyelesaikan kerja yg tertangguh semasa aku bercuti 4 hari tempohari. Esok akan pasti lebih mencabar kewibawaan ku dalam menganjurkan in house training di tempat kerja ku. Mohon kalian doakan mudah2an Allah permudahkan segala urusan kerja ku.


Hampeh, dalam org dok sibuk buat gheja sempat lagi berposing 2 pasangan serindit ni.

Selamat Bekerja Kembali

Salam Ihsan, Iman dan Islam,

Hari ini aku dah start keje, masuk keje lambat la plak dalam kul 0900, sepatutnya kul 0830. Almaklum la semalam bertolak dari Penang dalam kul 0900 mlm sampai di Bangi dekat2 kul 0200 pagi. Angkat barang apa lagi tup tup kul 0230pgi baru tidoq, alamatnya kul 0700 aku bangun subuh Astargfirrullahhalazhim "Ya Allah ampunilah dosa hambumu ini".

Lepas subuh tidoq balik, punya mengantuk, jaga2 dah pukul 0815 apa lagi kelam kabut la. Hari ini mai gheja kepala dok biol lagi, satu mcm punya blur. Pastu rakan sejawat bagitau 3 lot customer scrap pasai equipment problem, lagi letih la aku nak buat report hantaq pi customer. Sebelum buat report nak kena meeting dulu cari root cause and corrective action pastu baru submit aduhai. Kalau ikut rasa mmg baloq abis ni, tapi aku kuatkan semangat demi semua kerana Allah.

Lepaih ni aku nak pi sambung buat gheja yang 4 hari aku tinggai, banyak betul la nak kena updated, apapun aku pasrah.

"Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung dengan Mu daripada duka dan kesedihan, dan aku berlindung dengan Mu daripada lemah dan malas, aku berlindung dengan Mu daripada pengecut dan bakhil, dan aku berlindung dengan Mu daripada dirundung hutang dan paksaan orang"

Amin Ya Rabbal Alamin

Tuesday, December 9, 2008

Percutian Di PD





Ini gambar permandangan yang diambil di bilik hotel semasa percutian keluarga aku di Le Paris PD. Actually PD ni byk gak tempat2 menarik untuk kita lawati dan dekat skit utk sapa2 yg malaih nak drive jauh2.
Percutian ni dah lama, masa cuti raya cina tahun ni jugak la. Masa dok guna laptop anak buah terjumpa gambaq ni, tengok menarik juga. Tu yang updated dlm blog aku nie. Dah xdak bahan nak boh almaklum la, aku sekarang masih lagi kat kampung balik cuti raya haji. So, 2 - 3 hari juga la blog x updated.
Salam Eidul Adha buat semua kaum muslimin dan muslimat semuanya.

Friday, December 5, 2008

Salam Eidul Adha



Di kesempatan ini saya dan keluarga mengambil kesempatan untuk mengucapkan "Selamat Hari Raya Aidil Adha" buat semua kaum muslimin dan muslimat di mana jua anda berada. mudah-mudahan hari raya korban pada tahun lebih bererti buat kita semua umat Nabi Muhammad S.A.W.

"Maaf Zahir dan Batin" jika ada terkasar bahasa dan terlanjur perbuatan, itu semua atas kelemahan diriku sendiri sebagai seorang hamba Allah. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana

Ambil teladan dari kisah bapa para nabi iaitu Nabi Ibrahim A.S atas pengorbanannya kepada Allah. Sesungguhnya janganlah engkau mencintai dunia melebihi dari cintakan kepada Allah. Sembelihlah, korbanlah cinta dunia kita semua demi cinta kita kepada Allah. Cinta dunia kita tidak kekal, tapi cinta kita kepada Allah pasti kekal abadi untuk selama-lamanya.

Ikhlas dari:

Ahmad Akashah
Hafiza Ahmad
Ahmad Danish
Ahmad Aniq
Ahmad Afiq