Thursday, January 29, 2009

Al Fatihah

Salam 165,

سُوۡرَةُ الفَاتِحَة
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ (١)
ٱلۡحَمۡدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلۡعَـٰلَمِينَ (٢) ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ (٣) مَـٰلِكِ يَوۡمِ ٱلدِّينِ (٤) إِيَّاكَ نَعۡبُدُ وَإِيَّاكَ نَسۡتَعِينُ (٥) ٱهۡدِنَا ٱلصِّرَٲطَ ٱلۡمُسۡتَقِيمَ (٦) صِرَٲطَ ٱلَّذِينَ أَنۡعَمۡتَ عَلَيۡهِمۡ غَيۡرِ ٱلۡمَغۡضُوبِ عَلَيۡهِمۡ وَلَا ٱلضَّآلِّينَ (٧)

"Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Segala puji bagi Allah tuhan semesta alam
Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Yang menguasai Hari Pembalasan
Hanya Engkaulah yang kami sembah dan hanya kepada Engkaulah kami memohon pertolongan
Tunjukilah kami jalan yang lurus
Iaitu jalan orang-orang yang Engkau kurniakan nikmat kepada mereka, bukan jalan mereka yang Engkau murkai dan bukan jalan mereka yang sesat"

Amin Ya Allah

Sambung balik entry semalam yg tertangguh dek kerana kesempitan masa yang berlalu amat pantas sekali, pejam celik pejam celik dah nak habis dah bulan january. umur pun dah makin meningkat, rumah kata pergi kubur kata mari, tapi ilmu di dada untuk bekalan Hari akhirat masih lagi kurang. "

Ya Allah terangkanlah hatiku, permudahkanlah segala urusan pembelajaranku agar aku dapat manfaatkan ilmu untuk ugama, keluarga, syarikat dan tanahairku"

Berbalik pada tajuk asal entry ini, apa yang aku ingin kupaskan disini berkaitan pengalamanku berkaitan dengan surah Al Fatihah. Secara jujurnya dulu ketika membaca Al Fatihah langsung tidak mengerti akan maksudnya jauh sekali mahu memahami apa yang aku baca. Alhamdulillah beberapa bulan yg lalu ada rakan sekerja memperkenalkan satu training sumber manusia, melalui training inilah aku mula mengenal kebaikan dan kelebihan surah Al Fatihah, walaupun training ini tidak menceritakan secara mendalam tapi sedikit sebanyak dapat membantu dalam proses pembelajaranku.

Sungguh aku bukan org yg sesuai utk mengupas persoalan Al Fatihah ini sebab aku bukan ahli dalam ilmu agama, mohon maaf jika terdapat kekurangan atau sedikit tersasar dari apa yg ingin diutarakan.

Inilah dia Surah Al Fatihah yang sentiasa diulang2 sebanyak 17 kali dalam solat kita seharian sepertimana Allah berfirman dalam QS Al Hijr 15:87 "Dan sesungguhnya Kami telah berikan kepadamu tujuh ayat yang dibaca berulang-ulang dan Al Quran yang agung"
Mahu tidak mahu kita kena membacanya kerana membaca Al Fatihah merupakan rukun didalam solat, jika kita tertinggal Al Fatihah bermakna rosaklah solat kita.
Jika solat kita rosak bermakna runtuh la agama, kerana solat adalah tiang agama.

Sedikit pengenalan tentang Al Fatihah

Surah ini diturunkan di Mekah, kerana solat difardhukan sejak di Mekah lagi. Al Fatihah bermakna "pembuka" kerana surah ini merupakan permulaan dari Al Quran secara tulisan. Ia mengandungi 7 ayat dan merupakan surah ke-5 yang diturunkan

Nabi S.A.W pernah bersabda pada salah seorang sahabatnya
"Pastinya aku ingin mengajarkanmu surah yang paling agung dalam Al Quran"
Bertanya sahabat Nabi S.A.W "Apakah dia wahai Rasulullah"
"Lalu baginda Rasulullah membaca surah ini"

Surah ini juga dikenali dengan nama lain Ummul Kitab kerana seluruh Al Quran berkisar pada apa yg terkandung di dalamnya.

Al Fatihah juga ada nama2 yang pelbagai iaitu:

As Sab'ul Masaani - sering diulang2 dalam solat
Al Waafiah - tidak boleh dipisahkan antara satu ayat dengan ayat yang lain
Al Kaafiah - tidak berhajat kepada yang lain. Selain ia adalah Nur yang menyelubungi kehidupan orang mukmin, ia juga merupakan anugerah Ilahi yang telah menutup segala pintu kekacauan dan membuka segala pintu rahmat kepada mereka.
As Shalaah - merupakan rukun solat, tidak sah solat tanpanya.
As Shifaa' - Ubat kepada 2 jenis penyakit zahir mahupun batin


Prinsip asas didalam surah AL Fatihah

1. Segala pujian hanya milik Allah S.W.T - kerana Allahlah yang layak dipuji, diagungkan dan dibesar2kan mengatasi segala sesuatu.
2. Keihklasan dalam beribadah, tidak boleh menyekutukanNya dan tidak boleh untuk meminta pertolongan dari yang lain selain Allah.
3. Menjauhkan diri dari tergolong dalam golongan yang dikeji oleh Allah seperti 2 golongan yang disebut dalam ayat ke 7.
4. Nama2 Allah yang baik, asal terciptanya hubungan antara Tuhan dengan hambanya adalah melalui rahmat yang disebut sebanyak 2 kali.
5. Istiqamah dalam meniti jalan menuju Allah - perihal akhirat dan persediaan menghadapinya.
6. Beradab dengan Allah S.W.T. Kepentingan berdoa dan adab untuk berdoa kerana surah ini diakhiri dengan doa.
7. Maka surah ini mengajarkan cara2 berkomunikasi dengan Allah bermula daripada pujian keatasNya (kemudia selawat ke atas Nabi S.A.W) dan berdoalah apa yg dikehendaki kerana sesungguhnya doa itu akan dikabulkan oleh Allah dengan izinNya.


Dinamakan dengan Al Fatihah ada 2 makna:-

1. Makna yang lebih dekat, iaitu pembuka kepada mushaf Al Quran.
2. Makna yang lebih jauh iaitu anak kunci Al Quran (merangkumi sudut makna dalam Al Quran) jika kamu fahami makna dalam Al Fatihah, maka kamu akan fahami kesemua surah selepasnya.

Antara keajaiban surah Al Fatihah ialah ia berhubungkait dengan semua surah dari sudut makna, tujuan dan konsep Al Quran diturunkan. Sebab itu apabila kita memulakan solat dengan surah Al Fatihah, kemudian disusuli pula dengan membaca surah lain, pasti maknanya tetap bersambung dengan surah tersebut.

Untuk Pengetahuan anda semua, setiap Al fatihah yang dibaca akan dijawab oleh Allah berdasarkan Hadis Qudsi yang bermaksud:-

Bila hamba menyebut: Alhamdulillaahi rabbill 'aalamiin
Jawapan Allah: hambaKu memujiKu
Bila hamba menyebut: Arrahmaanir rahiim
Jawapan Allah: hambaKu memuji keatasKu
Bila hamba menyebut: Maaliki yaumiddiin
Jawapan Allah: hambaKu membesarkanKu
Bila hamba menyebut: Iyyaaka na'budu wa iyyaaka nasta'iin
Jawapan Allah: Ini adalah antara Aku dengan hambaKu
Bila hamba menyebut: Ihdinas shiraatal mustaqiim, shiraatallaziina an'amta 'alaihim ghairil maghdhuubi 'alaihim walad dhaalliin
Jawapan Allah: Ini antara hambaku dengan Aku setengah2, dan bagi hambaKu itu mengikut apa yang dia minta

Maka setiap kali engkau membaca Al Fatihah, ketahuilah sesungguhnya Allah amat mencintai engkau. Hadis di atas menunjukkan satu kemuliaan yang Allah berikan kepada hambaNya yang selalu menyebut dengan mengingatiNya dan mengabdikan diri semata-mata keran
aNya.

Ketika Saidina Umar Abd Aziz ditanya sebab beliau berdiam ketika menyelangi setiap ayat dalam surah Al Fatihah, beliau berkata: "Pasti aku dapat merasakan nikmat kelazatan dengan sebab Tuhanku menjawab setiap bacaanku".

Jikalau hati seseorang dapat merasai bahawa Tuhan menjawab setiap ayat yang dibaca dari surah Al Fatihah, Pasti dia merasai kegembiraan yang tiada tolok bandingnya.

Huraian berkenaan surah Al Fatihah di atas adalah ringkasan dari beberapa sumber yang aku linkkan disini untuk kita lebih mudah memahami.
Yang baik adalah dari Allah dari yang tidak baik adalah dari hambamu yang hina dina ini

Untuk lebih lanjut klik disini dan disini


Wallahua'alam

4 comments:

Kash said...

Menanti sambungannya....

Puan Satria 165

Aisyah Khadijah said...

Assalamu 'alaikum..

posting ini amat menarik dan bermanfaat..
justeru, saya minta izin tuan punya blog untuk copy entry ini dan diforwardkan pd kwn2 group 1 batch dgn saya..
bolehkah?
harap2 tuan punya blog bg.. please..

syukran jazeelan

Kash said...

silakan khaulah Al Azwar, yang baik dari Allah yang tidak baik dari hamba yang hina dina ini. Yang mana baik kita ambil, yg tidak jgn kita ikut.

madeeaziz said...

uish..dasat ni..boleh buat buku lah