Tuesday, January 20, 2009

20 Januari 2009


Salam 165

Pejam celik, pejam celik, dah 20 hari di dalam tahun 2009. Apa yang dah dicapai?Hari ni lebih baik dari semalam ka?Kena muhasabah hari2....supaya sentiasa ingat apa tanggungjawab dan hakikat hidup ini...

Tadi pagi mai opis naik lrt......Satria 165 ada training....berkejar ke opis...tak sempat nak hantar sampai KJ......bagus jugak sekali sekala naik public transport.....sekurang2nya dapat jugak sambung baca buku yang dah dibeli beberapa bulan yang lalu...'Muhammad S.A.W: Insan Teladan Sepanjang Masa' hasil tulisan Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat terbitan Anbakri Publika Sdn Bhd.

tadi sempat habis baca Bab Perang Khandaq.

"Perang Khandaq terjadi berikutan daripada pengkhianatan Yahudi Bani Quraizah yang tidak setia dan telah mengkhianati perjanjian yang dimeterai bersama Rasulullah SAW. Mereka berpaling tadah dan dalam senyap-senyap merancang bersama kaum musyrikin Quraisy Mekah dan beberapa kabilah Arab yang lain, membentuk barisan al-Ahzab, bagi menentang Rasulullah SAW dan kaum muslimin seluruhnya."

Peperangan di antara barisan al-Ahzab yang seramai 10,000 menentang 3000 kaum muslimin. Akhirnya barisan al-Ahzab kalah di tangan tentera kaum Muslimin.

Faktor kemenangan tentera kaum Muslimin pimpinan Rasulullah SAW:

1. Pembinaan al-khandaq (parit) yang besar dan dalam yang tidak dapat dilalui oleh barisan al-Ahzab. Menyebabkan mereka terpaksa berkhemah di tebing parit untuk menjalankan usaha menyeberangi parit namun gagal (strategi perang)

2. Pertolongan Allah SWT yang menghancurkan tentera lawan dengan mendatangkan angin taufan yang meleburkan semua persiapan pihak musuh.

3. Penglibatan seorang kaum Musyrikin Madinah bernama Nu'eim bin Mas'ud daripada keturunan Asyja'ei. Dengan takdir Allah, Nu'eim telah memeluk Islam dan dihantar oleh Rasulullah SAW untuk menjadi gunting dalam lipatan bagi memecah belah kerjasama antara Yahudi Bani Quraizah dan pihak Quraisy (PERANG SARAF)

Peristiwa Perang Khandaq ini menunjukkan bahawa Rasulullah SAW, ketika berdepan dengan musuh, bukan sahaja baginda melakukan segala ikhtiar secara zahir, seperti membina parit sebagai kubu pertahanan, sebaliknya baginda mendampingkan diri kepada Allah SWT dengan merendah diri berdoa memohon pertolongan daripadaNya melalui solat hajat. Sesungguhnya yang akan memberi kemenangan bukan kerana kekuatan pasukan perang tetapi Allah SWT yang menentukan siapakah yang akan menang.

Bila membaca kisah ini, terlintas di fikiran, apa yang berlaku di antara kaum Yahudi dan Umat Islam sekarang. Rupanya kaum yahudi ni dok aplikasikan strategi yang telah digunapakai di zaman Rasulullah......mereka ini kuantiti sikit...tapi pengaruh cukup besar.

Apa yang kita kena perbuat dalam isu Palestin ni? Salah satu usaha ialah untuk memboikot produk yahudi dan US yang telah menyalurkan dana untuk yahudi ni. Boikot ni pulak...kita kena istiqamah...jangan bermusim......selamanya harus boikot...walaupun Israel dah mengisytiharkan gencatan senjata....boikot kita tidak harus berhenti.......

Doakan kesejahteraan untuk muslimin seluruhnya....

By

Puan Satria 165

No comments: