Friday, December 3, 2010

Cepat Benar Masa Berlalu

Salam,

Segala puji dan puja hanya untuk Allah pemilik sekelian alam. Selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad SAW, keluarga dan seluruh sahabat baginda SAW.

Sungguh masa itu emas, bila sudah terlepas takkan dapat diundurkan kembali. Cepat benar masa berlalu, dah menghampiri ke tahun baru. Umur makin menginjak dari usia muda ke usia tua. Beban kerja semakin hari semakin bertambah. Komitmen terhadap keluarga juga semakin besar. Persoalannya adakah bekalan untuk menghadap Ilahi cukup untuk dibawa di hari pembalasan nanti??? Tepuk dada tanyalah iman.

Ramai orang bila bercakap tak pernah nak hubungkan dengan akhirat, semua bercakap soal dunia semata2, seolah2 dunia tidak akan hancur atau manusia tidak akan mati. Malah mereka2 ini merasakan mampu untuk menongkat langit. Itulah manusia, bilamana Iman, Islam dan Ihsan tidak lagi bertakhta dihati, maka iblis dan syaitanlah yang menjadi raja dalam diri yang akhirnya akan merosakkan diri mereka itu sendiri.

Dunia ini sudah semakin tua, kiamat semakin hari semakin menghampiri. Hanya Allah sahaja Yang Maha Mengetahui bila waktu dan ketikanya. Tetapi ramai manusia makin lalai dalam menjalankan kewajipan mereka kepada Allah. Maksiat semakin berleluasa, malah tiada rasa takut dengan azab Allah. Itulah bila hati semakin hari semakin menghitam, sinar hidayah semakin jauh.

Coretan ini hanya peringatan buat diri ini, agar sentiasa muhasabah diri agar tidak jauh dengan Allah, kita tidak tahu adakah amalan kita diterima Allah atau tidak, kita tidak tahu adakah pengakhiran kita baik atau tidak. Semuanya terletak didalam kekuasaan Allah. Kita sebagai hamba hanya mampu untuk menuruti perintahNya agar segala amalan dan perbuatan baik diterima oleh Allah. Mudahan kita semua tergolong dalam golongan ahli Syurga. Insyaallah

Wassalam

Thursday, November 4, 2010

Cuti Yang Panjang

Salam,

Alhamdulillah segala puja dan puji hanya untuk Allah, selawat dan salam buat junjungan kita Nabi Muhammad SAW, keluarga dan seluruh sahabat baginda SAW.

Minggu ini hanya sempat bekerja hanya pada hari isnin sahaja itupun separuh hari, dan hari2 berikutnya dihabiskan dirumah tidur, tidur dan tidur. Kenapa? Cuti sakit la apa lagi. Nampak gayanya aku cuti raya hindu awal kali ini mengalahkan orang2 India yang menyambutnya.

Kali ini kena demam panas yang teruk melarat sehingga muntah2 dan cirit birit, selera makan putus sama sekali dan hanya makan sedikit biskut dan roti untuk tenaga itupun disebabkan terpaksa makan ubat . Pagi semalam pergi ambil darah dan Alhamdulillah Doktor telefon petang hari berikutnya mengatakan bahawa darah OK. Takut juga kalau2 terkena demam2 yang tak perlu la disebutkan disini.

Apapun hari ini demam beransur baik dan badan dah mula berpeluh, cuma badan masih lemah dan kepala masih terasa pening2 malah masih tiada selera makan. Walaupun dah beransur baik demam ini tetapi hari ini kedua-dua anak aku pula yang demam, Itulah peraturan Allah diberinya cuti untuk aku berpeluang menjaga anak2 yang demam pulak. Walaupun dalam kepala otak ini sentiasa berlegar berkenaan kerja-kerja di ofis yang banyak tertangguh. Minggu depan masuk ofis masaklah aku dengan kerja2 yang tiada kesudahan ini.

Almaklum la bila demam ni mulut dan lidah tak teringin pun nak disumbatkan dengan makanan yang lazat, walaupun dalam kepala otak teringinkan itu ini. Dalam pengiraan rasanya dah masuk hari ke-3 aku tak menjamah nasi. Alhamdulillah diet yang paling berkesan, paling tidak biskut kering dan roti sahaja. Itulah nikmat yang Allah tarik sekejap untuk hambaMu yang daif ini. Mudahan sakit ini sebagai penyucian kepada dosa2 kecil dalam diri hamba yang hina ini.

Demam teruk aku kali ini, tak pasti sama ada bera disebabkan sakit lutut atau terlalu banyak berfikir atau stress dengan kerja2 seharian. Wallahua'alam Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk hambaNya. apaun aku redha dengan ketentuanNya. Dan aku panjatkan doa semoga tiadalah kesukaran di tempat kerja dengan ketiadaan aku ini. Semoga Allah permudahkan segalanya buat rakan2 yang mengambil alih tugasan aku.

Berhenti disini dulu, kepala dah mula rasa "high" semacam je ni..nak baring2 dulu sementara menantikan moi siap untuk sarapan anak2 aku ni.

Wassalam

Saturday, October 23, 2010

Kepala Serabut Sungguh

Salam,

Sebulan dua ni serabut sungguh kepala dengan kerja yang ntah apa-apa bak kata orang ghaplah jingga, baru je nak habis satu keje datang pulak keje yang baru. Baru je selesai ISO audit datang plak customer audit. Alhamdulillah ISO audit berjalan dengan lancar. Hari isnin ini bermula plak episod yang lebih mencabar minda dan skill dalam menjawab soalan iaitulah customer audit dan ianya bakal menjadi penentu ukuran KPI pada tahun ini, kalau x berjaya habisss...kalau berjaya Alhamdulillah.

Apapun sebagai hamba Allah yang semuanya didalam ketentuannya, aku berserah segalanya pada Allah Swt. Usaha telah dilakukan, kerja keras juga telah dijalankan walaupun tak la sekeras mana pun tapi pengakhirannya semua ini berbalik kepada Allah. Sungguhnya Allah sahajalah Yang Maha Mengetahui apa yang hambamu ini tidak ketahui.

Ya Allah permudahkanlah segala urusan hambamu ini, agar semuanya berjalan dengan lancar dan jayanya. Insyaallah

Thursday, September 23, 2010

Sekolah Harapan???

http://niqobgirl.blogspot.com/2010/09/sekolah-harapan-di-melaka.html

Salam,

Membaca artikel diatas membuatkan aku terpanggil untuk mengulas. Walaupun kesibukan aku mengatasi segalanya, tetapi dalam hal ini tergerak hati ingin melontarkan sedikit pandangan.

Alhamdulillah, Ramadhan baru saja berlalu dan walaupun syawal sudah masuk minggu kedua tapi mood raya masih lagi terasa buat setengah orang yang benar2 menjiwainya. Dalam bulan Ramadhan yang lepas banyak tazkirah yang telah diadakan, malah boleh dikatakan setiap masjid atau surau mengadakan tazkirah2 ringkas ini. Dan didalam banyak tazkirah adalah terselit satu dua pandangan dari ustaz dan cerdik pandai ugama dalam isu "sekolah harapan" ini. Boleh dikatakan semuanya memberi pandangan yang sama iaitu "tidak setuju" diadakan "sekolah harapan" ini. Atas alasan menggalakkan lagi perlakuan zina di luar sana kerana kaedah untuk menutupi pelaku zina ini sudah tersedia.

Banyak orang punya pandangan yang berbeza2, malah bila membaca cadangan kepada pembinaan sekolah ini adalah untuk membantu pelaku zina dan anak yang tidak berdosa ini kembali ke jalan yang lurus patutlah dibanggakan. Malah memberi satu kaedah penyelesaian buat ibubapa yang malu atas pelakuan anak mereka dengan menghantar ke sekolah tersebut. Bunyi macam menarik dan indah sekali langkah penyelesaian yang diambil. Tapi pernah tak kita berfikir akan berlaku lagi perkara2 ini berulang-ulang kali. Dan akhirnya kaedah yang digunakan ini hanyalah bersifat sementara semata-mata. Kalau ikut kaedah sistem pengurusan kualiti (QMS), hanyalah tindakan segera sahaja berbanding pencegahan. Malah dalam QMS, tindakan yang diambil boleh diabaikan sahaja kerana tidak efektif kerana berlaku pengulangan kepada permasalahan itu, dan perlu kepada tindakan pencegahan yang baru.

Berbalik kepada isu di atas, dimanakah silapnya sistem di Malaysia ini? Kalau tengok kepada masalah kemalangan jalanraya ketika musim perayaan, statistik kematian akibat kemalangan tidak pernah berubah malah semakin meningkat dari sehari ke sehari. Buatlah ops sikap 1000 kali pun, tapi jika sistem itu sendiri bermasalah sampai kiamat pun tak akan selesai. Sama jugalah kesnya dengan "sekolah harapan" ini.

Tindakan yang diambil oleh kerajaan Melaka ini kalau difikir dengan lojik akal nampak bagus sekali tetapi kaedah penyelesaian hanya bersifat sementara. Lalu apakah kaedah yang terbaik? Tepuk dada tanyalah iman. Jika kita rasa diri kita seorang muslim yang beriman, tak payah dok pening kepala, balik saja kepada islam yang dibawa oleh Rasullullah SAW. Allah SWT menciptakan manusia dan DIA Maha Mengetahui apa yang DIA kehendaki. Dikurniakan kepada Nabi Muhammad SAW Al Quran yang merupakan mukjizat yang tidak perlu disanggah lagi. Untuk apa? Itulah didalamnya terkandung sistem yang perlu kita umat manusia ikuti disamping Hadis Rasulullah yang mengajarkan tentang kehidupan dalam islam itu sendiri.

Lalu kenapa kita dok pening2 kepala nak memikirkan kaedah yang terbaik untuk mengatasi masalah yang diatas tu. Allah SWT telah membuat satu sistem yang terbaik untuk hambaNya, Hairan kenapa manusia masih tak mahu mengambilnya sebagai jalan hidup manusia itu sendiri.

Tanya balik diri kita, Siapa diri kita? Untuk apa kita diciptakan? Dan mahu ke mana kita akhirnya? Kenapalah manusia begitu sombong sangat dengan Allah.

Berbalik kepada sistem, jika sistem saja baik tapi masih ada yang tidak memahaminya dan tidak diamalkan, sistem hanya tinggal sistem yang hanya menjadi hiasan semata2. Lalu apakah yang perlu dilakukan untuk memastikan sistem dapat berjalan. Inilah persoalannya? Banyak kaedah penyampaian yang digunakan untuk menyampaikan perkara yang baik ini. Cuma persoalannya, adakah sampai ataupun tidak kepada golongan sasaran? Inilah peri pentingnya dakwah dalam masyarakat, jika berkesan insyaallah ramailah yang akan ikut jalan yang lurus, dan sebaliknya jika tak berkesan jadilah orang yang mendengar hanya masuk telinga kanan keluar telinga kiri.
Dan akhirnya permasalahan ini hanya menjadi beban kepada pendakwah untuk menyedarkan manusia.

Kesimpulannya, pendapat aku sebagai hamba yang hina ini, yang banyak kekurangan dalam ilmu Allah ini. Jika air laut digunakan sebagai tinta untuk menulis ilmu Allah ternyata tidak cukup untuk menulisnya. kefahaman terhadap islam itu amat penting. Kita boleh ajak orang kepada kebaikan tetapi jika orang itu sendiri tidak memahami untuk apa kebaikan itu, sia2lah ajakan kita. Tapi jika ia faham kebaikan akan membawa kita ke mana, Insyaallah kebaikan itu akan berbalik kepada diri orang itu sendiri.

Yang baik datangnya dari Allah, yang tidak baik adalah atas kelemahan hamba yang hina ini.

Wallahua'alam

Monday, August 23, 2010

Raya Datang Lagi....

Bismillahirrahmaanirrahiim,

Salam to All.

Huh raya lambat lagi dah nak tulis pasai raya...hehe, hari ini entah kenapa, perasaan rindu pada kampung halaman begitu membuak-buak sekali, teringatkan ibu dikampung dan adik-beradik yang lain. Padahal bukannya lama tak balik kampung pun malah boleh dikatakan tiap 1 - 2 bulan sekali pasti balik kampung.

Tapi perasaan balik kampung ketika raya ni amat berlainan sekali dengan balik kampung masa bukan raya ni, kenapa ya? Mungkin ada lagu raya kot yang mengimbau nostalgia untuk balik ke kampung ni. Entah la kan, apapun aku memang dok membilang hari je untuk balik kampung ni.

Puas berfikir, sebenarnya kemeriahan balik kampung ketika musim raya ni adalah ramadhan itu sendiri, pendapat aku la. Kenapa aku kata begitu. Yelah, selama sebulan kita berjuang menahan makan minum di siang hari dan mengawal hawa nafsu, dan berjuang untuk satu perubahan dalam kehidupan kearah yang tak baik kepada baik, dari yang baik kepada yang lebih baik. Dan akhirnya Allah merewardkan kita dengan syawal, bukankah itu satu kemenangan yang dianugerahkan oleh Allah buat umat islam yang benar2 menghayati ramadhan.

Sebab itu kalau kita renungkan, jika kita benar2 menghayati ramadhan, hari raya bagi kita pasti amat bermakna sekali, walhal tiap2 tahun kita sambut hari raya ini tapi keindahan raya itu amat berbeza bagi mereka yang menghayati ramadhan. Lagu raya, baju raya, kuih raya , ketupat dan rendang itu hanyalah penyeri kepada sambutan raya itu sendiri agar raya nampak lebih berseri dan meriah. Padahal semua itu kita boleh perolehi di bulan2 yang lain. Tidak semestinya pada hari raya semata-mata. Tapi adakah semua ini kita boleh kecapi keseronokannya jika bukan di hari raya. Jawapannya pasti tidak, sebab aura benda yang disebut tadi tak sampai dalam diri kita ketika menikmatinya.

Itulah Allah Yang Maha Kaya menganugerahi Ramadhan kepada kita umat islam, Bayangkan hari raya kita tanpa Ramadhan, rasanya pasti raya akan menjadi hambar. Sepertimana raya haji, setengah orang langsung tak menyambutnya malah keinginan untuk balik ke kampung langsung tidak terasa. Kenapa jadi macam ni? Fikir dan carilah sendiri jawapannya.

Apa la yang aku dok repetkan ni ye, itulah bila hati dah ingatkan kampung halaman, itulah jadinya, bos datang pun tak perasan. Kerja berlambak tak siap ni, tapi ambil masa skit la berceloteh pasal raya ni sambil dengar2 lagu raya evergreen everlasting ni (huh dah dengar lagu raya dah ka..), untuk ambil semangat skit agar kerja yang tertangguh ni akan lebih lancar. apapun Ramadhan masih berbaki 17 hari, kita dah masuk ke fasa 2 iaitu mengharapkan pengampunan dariNYA, dan akhirnya kita semua akan terbebas dari azab api neraka. Insyaalah Ameen.

Sekarang ni, aku bukan la rajin sangat dok update blog ni. Almaklum la sejak ada buku muka ni, banyak masa terluang dok habis disitu je. Tumpang ada masa terluang ni dan mood nak menulis ni...ini la hasilnya. Lepas ni tak tau bila pulak nak update dalam blog ni.

Kepada semua "Selamat Berpuasa dan Selamat Menyambut Hari Lebaran"

Wallahua'alam

Friday, August 20, 2010

Ramadhan

Bismillahirrahmanirrahim,

"Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana yang diwajibkan ke atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertaqwa"

QS Al Baqarah 2:18

Ramadhan

"Awalnya rahmat
Pertengahannya maghfirah dan
Penghujungnya pembebasan dari api neraka"

Alhamdulillah, kita semakin mengakhiri fasa 1 bulan ramadhan iaitu rahmat dari Allah, Insyaallah kita akan menuju maghfirahNYA dan pengakhirannya pembebasan dari api neraka, mudahan kita tergolong dari kalangan orang-orang yang bertaqwa. Dibukanya pintu syurga dan ditutupnya pintu neraka.

Sekejap saja masa berlalu, terasa seperti baru sehari berpuasa, pejam celik dah masuk hari ke 10. Masyaallah semua ini dengan keizinan dariNYA. Adakah puasa selama 9 hari yang lalu adalah yang terbaik dan adakah baki 21 hari lagi akan lebih baik dari yang 9 hari itu. Renung2kanlah dalam diri kita ini. Perbanyakkanlah muhasabah dalam diri mudahan kita dapat bertemu dengan Lailatur Qadar. Pahala 1 malam yang bersamaan dengan pahala 1000 bulan. Subhanallah. Begitulah Allah Maha Pengasih dan Maha Penyayang begitu banyak rahmat yang Allah ingin berikan tapi sedikit sangat kita sebagai manusia ingin mensyukurinya.

Alhamdulillah, melihatkan kepada jumlah jemaah dari awal puasa sehingga ke hari ini, masih kekal dengan jumlah yang jauh berbeza dari sebelum datang Ramadhan. Adakah ini permulaan kepada kebangkitan dan kegemilangan Islam. Mudahan semangat Ramadhan akan terus berkekalan walaupun Syawal bakal menjengah.

Selamat berpuasa, semoga puasa kita pada kali ini lebih baik dari yang lepas.

Wallahua'alam

http://niqobgirl.blogspot.com/2010/08/pelihara-maruah-diri.html

Saturday, August 14, 2010

Monday, August 9, 2010

INGAT MENGINGATI SESAMA

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Cerdasnya orang yang beriman adalah, dia yang mampu mengolah hidupnya yang sesaat & yang sekejap untuk hidup yang panjang. Hidup bukan untuk hidup, tetapi hidup untuk Yang Maha Hidup. Hidup bukan untuk mati, tapi mati itulah untuk hidup. Kita jangan takut mati, jangan mencari mati, jangan lupakan mati, tapi rindukan mati. Karena, mati adalah pintu berjumpa dengan Allah SWT. Mati bukanlah akhir cerita dalam hidup, tapi mati adalah awal cerita sebenarnya, maka sambutlah kematian dengan penuh ketakwaan.

Hendaknya kita selalu menjaga tujuh sunnah Nabi setiap hari. Ketujuh sunnah Nabi saw itu adalah:

*Pertama, Tahajjud, karena kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya.

*Kedua, membaca Al-Qur’an sebelum terbit matahari. Alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaiknya mata membaca Al-Qur’an terlebih dahulu dengan penuh pemahaman.
*Ketiga, Jangan tinggalkan masjid terutama di waktu shubuh. Sebelum melangkah kemana pun langkahkan kaki ke masjid, karena masjid merupakan pusat keberkahan, bukan karena panggilan muadzin tetapi panggilan Allah yang mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid Allah.

*Keempat, Jaga shalat Dhuha, karena kunci rezeki terletak pada shalat dhuha.
*Kelima Jaga Sedekah setiap hari. Allah menyukai orang yang suka bersedekah, dan malaikat Allah selalu mendoakan kepada orang yang bersedekah setiap hari.

*Keenam Jaga wudhu terus menerus karena Allah menyayangi hamba yang berwudhu. Kata khalifah Ali bin Abu Thalib, “Orang yang selalu berwudhu senantiasa ia akan merasa selalu shalat walau ia sedang tidak shalat, dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa, ampuni dosa dan sayangi dia ya Allah”.

*Ketujuh Amalkan Istighfar setiap saat. Dengan istighfar, masalah yang terjadi kerana dosa kita, akan dijauhkan oleh Allah.

Friday, August 6, 2010

KLIUC

Tuesday, July 13, 2010

Sotong Oh Sotong

Musim bola jerat ramai Muslim percayakan tathayyur
Oleh Mohd Yaakub Mohd Yunus

2010/07/13

Keghairahan teka pemenang Piala Dunia berdasar gerakan binatang boleh jejas akidah

KEJAYAAN Sepanyol menjuarai Piala Dunia 2010 awal pagi kelmarin menjadikan sotong kurita bernama Paul semakin popular mengalahkan bintang bola sepak yang berjuang bermati-matian di padang untuk meraih kemenangan setiap perlawanan.

Sotong di Akuarium Sea Life di Oberhausen, selatan Jerman itu sebelum ini membuat ramalan mengenai perlawanan membabitkan pasukan Jerman yang kebetulan, ramalannya mengena.

Rentetan ramalan Paul yang mengena itu, ada pihak termasuk sesetengah umat Islam seakan-akan percaya sotong ini memiliki keajaiban untuk menentukan hala tuju sesuatu perlawanan.

Sungguh aneh, budaya yang begitu sebati dalam masyarakat Arab zaman jahiliah kini menular di kalangan peminat bola sepak pada zaman serba moden. Arab jahiliah dulu memang hidup mereka sentiasa dibayangi amalan syirik, tahyul dan khurafat.

Contohnya, jika mereka ingin memulakan sesuatu perjalanan, mereka akan melihat gerakan sesetengah jenis binatang seperti burung mahupun busur panah yang dilepaskan sama ada ke kiri atau ke kanan.

Mereka beranggapan arah gerakan itu boleh mempengaruhi keburukan atau kebaikan yang mungkin dihadapi dalam perjalanan nanti. Jika pergerakan itu dianggap menunjukkan alamat tidak baik, mereka akan membatalkan hasrat untuk meneruskan perjalanan.
Imam al-Syafi’i pernah berkata: “Dulu golongan jahiliah apabila ingin bermusafir akan mengambil burung dan melepaskannya ke udara. Jika ia terbang ke kanan maka mereka pun keluar atas tanggapan tuah itu. Jika ia terbang ke kiri atau ke belakang, maka mereka akan menganggap sial lalu berpatah balik. Maka apabila Nabi SAW diutuskan, Baginda menyeru orang ramai: Kekalkan burung pada sarangnya.” (Hadis riwayat Abu Nu’aim al-Asfahani dalam Hilyah al-Auliya’).

Perkara sebegini termasuk mempercayai ramalan ‘sang sotong Paul’ yang dinamakan tathayyur atau meramalkan sesuatu kejadian buruk atau baik disebabkan sesuatu perkara. Islam menyelar tathayyur dan menganggap ia mencemar kemurnian tauhid.

Islam meletakkan kejadian sesuatu perkara itu bergantung kepada kehendak dan kekuasaan Allah semata-mata.

Firman-Nya bermaksud: “Katakanlah (wahai Muhammad): Tidak sekali-kali akan menimpa kami sesuatu pun melainkan apa yang telah ditetapkan Allah bagi kami. Dialah Pelindung yang menyelamatkan kami, dan (dengan kepercayaan itu) maka kepada Allah jugalah hendaknya orang yang beriman bertawakal.” (Surah al-Taubah: 51).

Meramalkan sesuatu musibah bakal menimpa berdasarkan sesuatu perkara seperti gerakan binatang, kedudukan bintang, waktu atau masa yang tertentu dan lain-lain adalah perbuatan tercela kerana segala sesuatu itu ditetapkan Allah tanpa ada faktor lain mempengaruhi keputusan-Nya.

Firman Allah bermaksud: “Ketahuilah, sesungguhnya nahas dan malang mereka itu hanya ditetapkan di sisi Allah akan tetapi kebanyakan mereka tidak mengetahui.” (Surah al-A’raaf: 131).

Oleh itu, bagi sesiapa yang membuat sesuatu keputusan berdasarkan tathayyur maka dia terjebak dengan syirik.

Daripada Abdullah Ibn Umar, dia berkata, Rasulullah bersabda bermaksud: “Barang siapa yang menangguhkan hajatnya kerana al-Thayrah (ramalan buruk kerana sesuatu) maka dia telah berbuat syirik.” (Hadis riwayat Imam Ahmad)
Daripada Abdullah Ibn Mas’ud, Rasulullah bersabda bermaksud: “Al-Thiyarah (menyandarkan keburukan kepada sesuatu) itu syirik, al-Thiyarah itu syirik tiga kali. Dan tidak ada seorang pun dari kita, kecuali (telah terjadi dalam dirinya pengaruh al-Thiyarah) akan tetapi Allah menghilangkannya dengan tawakal.” (Hadis riwayat Imam Abu Dawud).

Setiap manusia akan berhadapan dengan perasaan tathayyur tetapi jika kita bertawakal kepada Allah dalam segala perkara yang mendatangkan manfaat dan menjauhi musibah, maka Allah menghilangkan perasaan itu daripada jiwa kita.

Oleh itu bagi yang sudah terpengaruh dengan keupayaan Paul dalam membuat ramalan, hendaklah membersihkan jiwa mereka daripada keyakinan sebegini. Paul cuma seekor binatang yang tidak dikurniakan akal. Tentu sekali ia langsung tidak mampu mengenali bendera sesebuah negara atau memahami fungsi kotak dalam akuariumnya.

Pergerakannya ke arah kotak dan bendera tertentu hanya kebetulan. Jika kita terjebak dalam perlakuan tathayyur, untuk menebusnya Rasulullah SAW mengajar kita untuk mengucapkan doa: “Ya Allah, tidak ada kebaikan kecuali kebaikan-Mu dan tidak ada kesialan kecuali kesialan daripada-Mu dan tidak ada Tuhan selain-Mu.” (Hadis riwayat Imam Ahmad).

Sumber:
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/MusimbolajeratramaiMuslimpercayakantathayyur/Article

Wednesday, July 7, 2010

Lintah Untuk Kecantikan dan Perubatan


SEBAHAGIAN daripada produk keluaran Arowana Vision.


KEPALA BATAS 25 Jun – Menggelikan. Itu pandangan biasa mengenai lintah lantaran keadaan fizikalnya yang licin berlendir, hitam, melekit selain sifatnya yang suka menghisap darah.

Lintah atau nama saintifiknya hirudo medicinalis tergolong dalam spesies cacing yang banyak terdapat di hutan hujan tropika dan dikenali sebagai haiwan kecil yang memiliki nilai terapeutik ke atas sistem perubatan sejak zaman kuno lagi.

Kajian-kajian perubatan yang dijalankan sebelum ini mengesahkan lintah mempunyai enzim yang dapat menahan darah daripada terus membeku semasa gigitannya sekali gus melancarkan peredaran darah.

Tidak hairanlah, haiwan yang juga dikenali sebagai ‘little drakula’ ini semakin popular di kalangan penternak haiwan ekoran permintaan tinggi lintah untuk kegunaan bahan asas produk kosmetik dan perubatan.

Menyedari hakikat itu, dua sahabat karib menubuhkan syarikat Arowana Vision Sdn. Bhd. yang mengusahakan perniagaan pembiakan lintah secara komersial di Jalan Bawah, Penaga di sini sejak empat tahun lalu.

Lebih menarik, pengalaman berharga sepanjang tempoh itu dijadikan panduan oleh Badrul Hisham Ramli, 41, dan rakannya, Muhamad Mohd. Ali, 40, untuk menghasilkan produk-produk kesihatan dan kecantikan berasaskan lintah.

‘‘Pada mulanya, kami menghasilkan produk berasaskan lintah dikenali minyak Stay D-Oil secara kecil-kecilan selain menjual benih-benih lintah kepada pengusaha-pengusaha baru.

‘‘Ekoran sambutan menggalakkan terutamanya oleh pengamal perubatan kepada produk Stay D-Oil, kami mengorak langkah untuk menghasilkan pula produk-produk kesihatan berasaskan lintah dengan campuran beberapa jenis herba,” kata Badrul Hisham ketika ditemui di sini baru-baru ini.

Badrul Hisham berkata, hasil kajian dengan pakar kesihatan dan herba, syarikatnya menghasilkan tiga produk kecantikan jenama Herbattus berasaskan lintah dan campuran herba.

Menurutnya, jenama Herbattus yang dihasilkan syarikat tersebut terdiri daripada tiga produk iaitu sabun, pembersih muka dan losyen badan.

Sabun Herbattus yang mengandungi hirudin daripada ekstrak lintah, limau purut, minyak zaitun dan mas cotek berkesan dalam menghilangkan bau badan, memulih dan memperbaiki tisu-tisu kulit selain menegangkan kulit.

Pembersih muka Herbattus pula katanya, diformulasikan berasaskan hirudin, habbatus sauda, madu lebah dan mas cotek bagi kegunaan pencerahan kulit, menambah kesegaran muka serta menghilangkan jerawat dan jeragat.

‘‘Losyen badan Herbattus yang turut mengandungi campuran ekstrak lintah dan enam jenis herba termasuk halia, mas cotek dan habbatus sauda pula dicipta bagi kegunaan menghilangkan sengal dan sakit otot, melancarkan perjalanan darah, sakit kepala, kembung perut, selulit, mengempiskan perut dan amat sesuai kepada ahli sukan,” tambahnya.

Badrul Hisham menambah, walaupun baru berada di pasaran selama tiga bulan, sambutan terhadap produk-produk baru syarikatnya sangat menggalakkan.

Menurutnya, syarikatnya sedang menjalankan kajian untuk menghasilkan beberapa lagi produk lain seperti syampu dan losyen muka tidak lama lagi.

Pada masa sama, Badrul Hisham dan Muhamad berhasrat untuk menaik taraf pusat operasi pengeluaran syarikat bagi meningkatkan kapasiti pengeluaran produk mereka pada masa depan.

‘‘Selain itu, pelbagai langkah juga diambil untuk meningkatkan penghasilan sendiri tanaman herba seperti mas cotek selain menambah jumlah ternakan lintah bagi meningkatkan keluaran produk.

‘‘Syarikat kami juga sedang mencari ejen-ejen yang berminat memasarkan produk Herbattus dalam usaha meluaskan pasaran produk kami di seluruh negara,” tambahnya.

Dalam pada itu, selain membantu usahawan-usahawan kecil untuk berkecimpung dalam ternakan lintah dan tanaman herba, Badrul Hisham dan Muhamad juga menyediakan kursus ternakan haiwan itu kepada mereka yang berminat.

Badrul Hisham berkata, mereka yang ingin mendapatkan maklumat mengenai produk-produk keluaran syarikat itu boleh menghubungi Arowana Vision di talian 016-4835469 dan 019-4737766 atau melayari laman web www.arowanavis.com.

Rujukan:

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0626&pub=utusan_malaysia&sec=Utara&pg=wu_01.htm&arc=hive

Wednesday, May 26, 2010

Monday, May 10, 2010

Bowling

Salam Semua,

Hari minggu yang lepas sempat bawa anak-anak pergi ke Bowling Tournament anjuran syarikat tempat aku bekerja di Bukit Jalil Golf Resort. Nampaknya anak-anak aku yang tiga orang ni berminat juga dengan sukan bowling ni. Almaklum la nak ikut jejak bapa depa la katakan. Habis saja games bowling dalam pukul 1200pm,
terus aku ambil satu lane untuk lepaskan gian anak aku untuk main bowling ni, mujuq ada kasut size budak2 ni, tapi anak aku yang sulung saja la yang boleh main yang kecik dua orang tu terpaksa tengok je la abang depa tu main. Ye la nak main apanya, kalau nak angkat bola bowling pun tak larat, bola yang ada pun paling ringan 8 paun, Anak aku yang sulung tu nak angkat pun terkial-kial inikan pula adik2 dia.

Apapun aku layan juga la anak aku yang sulung ni, walaupun baling bola asyik sapu longkang ja, yang penting dia boleh belajar dari situ. Mungkin bila besaq dia boleh jadi juara plak, sapa tau kan. Apapun layan la gambaq2 ni.





































































Thursday, May 6, 2010

SABUN, LOSYEN DAN MINYAK LINTAH

Salam to ALL.

Pasti ramai yang memandang sinis apabila memperkatakan tentang makhluk ciptaan Allah ini (lintah). Tetapi ramai yang tidak tahu betapa banyaknya khasiat yang dapat kita perolehinya jika kita benar-benar yakin akan ciptaan Allah ini.

"Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi, dan pada pertukaran malam dan siang, ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan dan rahmat Allah) bagi orang-orang yang berakal".

"Iaitu orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring, dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (seraya berkata). " Wahai Tuhan Kami!, tidaklah Engkau jadikan semua ini dengan sia-sia. Maha Suci Engkau, peliharalah kami dari azab neraka".
QS Al Imran 3:190-191

Alhamdulillah, berkat ilmu yang ada dalam diri seseorang itu, maka terciptalah satu produk yang lazimnya selalu diklasifikasikan untuk orang lelaki. Ternyata persepsi kita selalu silap untuk memikirkan tentang fitrah kejadian lintah itu sendiri. Dan ternyata khasiat pada lintah itu sendiri bukannya untuk orang lelaki sahaja tetapi sebenarnya ianya amat bagus sekali untuk semua peringkat umur baik lelaki mahupun wanita. Khasiat lintah itu sendiri bagus untuk peredaran darah dalam tubuh manusia. Hakikatnya jika perjalanan darah dalam diri seseorang itu bagus, secara tidak langsung kesihatan dalam diri kita juga bagus dan begitulah sebaliknya. Lintah sendiri mempunyai khasiat ke arah itu yang dikenali sebagai hirudin yang merupakan agen yang baik untuk pengaliran darah. Jadi kenapa kita tidak mahu menggunakannya sebagai ikhtiar kepada diri kita sendiri. Carilah ilmu hasil dari ciptaan Allah ini, Insyaallah kita akan ketemu dengan jawapannya.

Apapun ini semua ikhtiar dan usaha kita untuk kebaikan, yang menentukan baik dan buruknya hanyalah dengan keizinan daripada Allah jualah. Kita hanya merancang tetapi Allah jugalah yang menentukan. Wallahua'alam

DAPATKAN SEKARANG SELAGI STOK MASIH ADA. PRODUK TERBAIK MASA KINI. YAKIN SUCI DAN BERSIH SERTA SELAMAT DIGUNAKAN. INSYAALLAH

UNTUK KETERANGAN LANJUT SILA HUBUNGI

AKASHAH: 0194573733

Friday, April 23, 2010

Usang

Salam All,

Huh, agak lama tidak berblog ni, entah kenapa tak tau la....keinginan untuk menaip pun dah semakin kureng, apatah lagi membaca blog orang lain lagi la malaih. Banyak jugak update dari rakan blog yang terlepas untuk dibaca.

Apa lagi nak tulis ni, cukup la untuk setakat ni...lain kali update la.

Wednesday, March 24, 2010

Friday, March 12, 2010

Selingan



Video ehsan Diyana Tahir

Friday, March 5, 2010

Monday, February 22, 2010

Danish, Aniq dan Afiq




Afiq dan Aniq dalam kolam 5 kaki kat Primula Kuala terengganu. At last, mahu jugak masuk, jenuh pujuk. Tengok kaki tu, berdayung sakan.



Danish, bermula dengan kelas swimming yang tak sempat habis, sebab takut. Akhirnya peroleh kekuatan untuk berenang di kolam 5 kaki atas dorongan dan didikan paksu Ayie, abah dan sepupu2. Aniq dan Afiq, Legend Cherating (15 Februari 2010).....berposing sambil berpelukan.....bagus time ni tak bergaduh...ceria saja....bersiap-siap nak bertolak ke Kuala Terengganu.....













Friday, February 12, 2010

Huh...Lama x update blog ni


Salam,

Betul la apa orang kata masa itu emas, sekali dah berlalu takkan dapat dinikmati lagi melainkan hanya memori kenangan yang terindah saja untuk ingatan dan tatapan dikala sunyi. Sungguh masa itu adalah nikmat dari Allah, terasa hari berjalan semakin hari semakin pantas, usia pun semakin ke penghujung jalan. Adakah ini juga adalah tanda2 pengakhiran zaman?
Wallahua'alam Hanya Allah Maha Mengetahui akan apa yang hambaNya tidak ketahui.

Lama rasanya aku tidak berpeluang untuk mengupdatekan blog ini, bukan tidak mahu tapi masa amat mencemburui aku. Banyak sungguh kerja sejak kebelakangan ini. Sehinggakan nak membelek blog pun tak terlayan aku dibuatnya. Inikan pula hendak membaca, entah berapa banyak posting rakan2 yang aku sudah terlepas dari membacanya. Ini pun curi2 untuk update blog buat tatapan peminat...kununnya la, agar tidak sentiasa dibuai sunyi...eywah.

Masa begitu amat mencemburui aku, aku terpaksa mohon izin dulu, sehingga bertemu kembali di lain waktu.

Kepada yang bercuti "selamat bercuti" dan kepada yang memandu untuk pulang ke kampung "Selamat Memandu" berhati-hati di jalanraya, semoga perjalanan kita semua sentiasa dipelihara dan dilindungi oleh Allah SWT hendakNya. Amin

Wassalam

Wednesday, January 27, 2010

Rahsia Alam Diri

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Alhamdulillah segala puji dan puja hanya milik Allah, Tuhan sekelian alam.

Selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad SAW, keluarga serta seluruh para sahabat baginda Rasulullah SAW.

Alhamdulillah, tanggal 23 dan 24 January yang lalu dengan izin dari Allah SWT sempat aku bersama isteri dan kakak aku menghadiri satu training yang pengisiannya Subhanallah memang begitu cantik sekali, rasa betapa kerdil dan kurangnya diri ini dengan ilmu Allah. Terasa amat luas sekali ilmu Allah sehinggakan terlalu jauh sekali akal kita yang waras ini untuk menjangkaunya, malah kalau aku ceritakan kat orang pasti orang kata aku ini banyak mengarut. Tapi begitulah, jika kita yakin akan kebesaran Allah Yang Maha Kaya dan Maha Luas Pengetahuannya pasti kita menyakini akan apa yang kita lihat dan dengar ini.

Training ini dikenali dengan nama "Rahsia Alam Diri". Pernahkah selama ini kita terfikir akan penciptaan manusia? Dari mana datangnya manusia ini? Bagaimana awal permulaan manusia ini? Bagaimanakah rupanya roh manusia? Adakah seperti jasad pada diri kita? Semuanya terjawab dalam training ini. Malah antara percaya dengan tidak, pernah tak kita terfikir akan peristiwa yang telah terjadi pernah kita lalui sebelum ini? Adakah roh ini telah ada lama dulu sebelum kita manusia diciptakan?

Aku mungkin bukan orang yang pakar untuk mengulas semua di atas, tetapi semua ini pasti terjawab jika anda menghadiri training ini. Bukan untuk mempromosikan training ini malah jauh sekali mengajak anda yang membaca blog ini untuk mengikutinya. Tapi percayalah bahawa ilmu Allah sungguh luas, tak habis manusia untuk mengkajinya.

Aku sering tertanya-tanya apakah maksud disebalik ayat dalam QS Al Anbiya 21:104

"(Ingatlah) hari Kami menggulung langit seperti menggulung lembaran surat catitan; sebagaimana kami mulakan wujudnya sesuatu kejadian, Kami ulangi wujudnya lagi; sebagai satu janji yang ditanggung oleh Kami; sesungguhnya Kami tetap melaksanakannya".

Ada sesiapa yang dapat memberikan huraian lebih detail mengenainya? Aku amat mengalu-alukannya.

Banyak lagi rahsia dalam diri ini yang terbongkar selepas habis sesi pertama training, dan aku pasti akan menunggu-nunggu sesi kedua pulak yang akan mendetailkan lagi apakah rahsia didalam diri ini. Apakah kejatuhan khalifah terakhir iaitu Khalifah Othmaniah bersamaan dengan jatuhnya kerajaan Kesultanan Melayu Melaka? Siapakah disebalik runtuhnya kerajaan Khalifah Islam ini? Dan itu jugalah titik tolak kepada kejatuhan kerajaan berasaskan kekhalifahan yang mula diperkenalkan sejak dari zaman para sahabat lagi selepas kewafatan baginda Nabi SAW dan merupakan titik tolak keruntuhan keagungan kerajaan Islam di dunia ini. Pernahkah kita terfikir dari manakah asal usul Melayu yang kita banggakan ini?

Sesungguhnya di dalam Islam itu sendiri terdapat banyak rahsia-rahsia yang umat islam sendiri tidak mengetahuinya. Alif Laam Min hanya Allah Sahaja Yang Maha Mengetahui. Begitulah indahnya Islam jika kita dapat merasai keindahannya. Selagi usia masih panjang, selagi roh masih didalam jasad badan kita ini, carilah sebanyak mungkin ilmu Allah dan beramallah sebaik mungkin, mudah-mudahan semuanya itu menjadi bekal kita untuk menuju kepada pertemuan kita dengan Allah di dalam Syurga di akhirat kelak. Insyaallah.

Semua yang baik datang dari Allah, dan yang tidak baik adalah atas kelemahan diri hamba yang hina ini.

Wallahua'alam

Monday, January 25, 2010

Layannnn.....

Video Ehsan dari diyanatahir

Wednesday, January 6, 2010

Alahai Pemandu Malaysia Yang Sungguh Berhemah

Salam,

Aku ni actually malas nak post entry ni, tapi hati ni merkam ja bila terkenang2 sikap segelintir pemandu di Malaysia ni. Baik Cina ka, melayu ka India ka semua sama saja. Kekadang rasa segelintir masyarakat di Malaysia ni punya mentaliti kelas 3 saja. Nampak cerdik tapi bangang nak mampuih. Buat sesuatu hanya fikir kepentingan diri sahaja.

Kita selalu dok maki hamun orang cina bawa kereta ka, parking ka (parking la terutama sekali) selalu buat ikut suka hati depa ja...macam jalan tu mak bapak depa yang punya...tapi hakikatnya orang melayu pun sama saja mentalitinya.

Apa yang aku dok hangin ni pasai kena kat aku la, nuu kat Bangi nu, bukannya kat Balakong ka Sri Kembangan ka tapi Bangi, sekali lagi Bangi. Dengar nama Bangi ni semua orang tau majoriti penduduk adalah orang melayu, malah kebanyakan yang menghuni disitu adalah orang yang bijak pandai la, ramai yang bekerja sebagai lecturer, Cikgu, Ustaz, Jurutera, kontraktor semua kelas, ahli perniagaan dan termasuk la Datuk dan Datin ni. Malah yang berkopiah pun sama saja tingkah laku bila di jalanraya. Amat menyedihkan dengan sikap segelintir daripada mereka ini, kesedaran sivik amat kurang sekali. Walaupun aku tak pasti la depa ni ka yang punya kerja, tapi kalau tengok daripada kereta yang dipakai memang terdiri dari orang yang banyak duit la, orang banyak duit ni kira tergolong dalam golongan yang cerdik la. Kalau tak macamana nak cari duit kalau tak cerdik ataupun depa ni pinjam kete mak bapak depa ataupun depa ni kerja sebagai drebar. Kereta apa tak payah cerita kat sini la. Kalau nak dibandingkan dengan aku ni, aku pun bukanlah jenis pemandu yang berhemah sangat pun tapi sekurang2nya aku masih punya timbang rasa ke atas orang lain. Tengok tempat la kalau nak jadi kurang ajar sekalipun. Kalau nak kurang ajar sekalipun jangan lah sampai menyusahkan orang lain plak. Maaf lah ye kepada yang terasa hati, ini hanya luahan rasa ketidakpuasan hati aku sahaja.

Yang aku hangin sangat, kereta dah la berderet tengah queue ni, boleh plak ngan selamba muka toyanya dok pi parking sesuka hati, rasa macam nak turun boh penampaq saja, aku kenai mamat tu...orang kuat surau pun, tapi itulah...surau hari-hari tak pernah mis...tapi sikap tidak menunjukkan sepertimana pelakunya. Buat malu kaum saja. Adoyai apalah nasib orang melayu yang megah sangat dengan sopan dan santun tu. Nak menyenakkan perut pulak, ada pulak restoran ni bila malam biasalah buka meja kat atas jalan la, yang geng mat2 motor dok pi tambah tahil plak kot atas park motor ikut suka depa ja...satgi kita sound depa silap haribulan kita plak yang disoundnya...itu mujuq kalau kena sound ja..kalau dibalunnya kita ni...sudahnya masuk hospital la...itu kira OK la jugak...kalau mati? Sapa mau jawab.

Bila berlaku perkara sebegini, siapakah yang perlu disalahkan? Diri sendiri, orang lain, masyarakat setempat, pemimpin masyarakat, pendidik, ustaz, pihak berkuasa tempatan, kerajaan atau sistem yang digunapakai sekarang ini tidak efisyen. Tepuk dada tanyalah iman. Bagi aku, sistem baguih ke, kerajaan berkebajikan ke, mesra rakyat ke, selagi diri sendiri tidak menunjukkan karektor yang baik, buatlah macamana pun tetap perkara yang sama berulang. Itu baru bab pemanduan berhemah, belum ke isu vandalism, mat rempit atau yang sewaktu dengannya. Nak bincang kat sini sampai bila pun tak habis.

Sebab tu la ramai pemandu di Malaysia ni ramai yang dah jadi samseng jalanraya, bukan nak pun jadi camtu tapi terpaksa jadi, kerana sikap segelintir pemandu lain yang tiada hati perut inilah menyebabkan pemandu yang pada asalnya sungguh berhemah bertukar menjadi samseng jalanraya. KIta baguih punya dok ikut peraturan tetiba mai mamat ni baguih punya potong queue. Apakah perasaan anda ketika itu? Kena orang boleh sabaq, dia sabaq la. Kena yang jenis panas baran baru la bertemu buku ngan ruas. Aku ni kira jenis sabaq la tapi mulut tak boleh nak dok diam la...habis spiritual aku hilang kemana...hanya tinggai emosi saja la. Habis tak dak ayat la dok maki orang tu.

Kesimpulannya, bertimbang rasalah antara satu sama lain, tak kira la apa bangsa sekalipun, apa anutan ugama sekalipun. Masing2 punya hati dan perasaan, hari ini kita buat kat orang, esok lusa orang buat kat kita balik. So, berbuat baik lah sebanyak mungkin sesama insan dalam apa jua situasi pun. Mudahan kebaikan kita ini kelak akan dibalas oleh Allah SWT. Insyaallah

Wallahua'alam

Tuesday, January 5, 2010

2010

Salam,

Kedatangan tahun baru masihi ni ramailah yang suka dok berazam itu dan ini, malahan dah habis tahun pun azam hanya tinggal azam semata-mata. Yang kekal hanya orang bernama azam saja...hahaha

Apa yang aku nak kongsi kat sini adalah, perlu atau tidak kita berazam ini, kalau azam itu membawa kebaikan alhamdulillah tapi kalau azam semata-mata hanya dok menjadi pak turut kepada orang yang suka berazam, sia2lah azamnya tu...pasti tidak akan berjaya sebab niat kita sendiri dah tak betui.

Sedar atau tidak kita ni sebagai umat Islam, hari2 kita berazam. Kita selalu berazam 5 kali sehari setiap hari.."inna solaati, wanusukii, wamahyaaya, wamamaati, lillah hirobbil 'alamin-sesungguhnya solatku, 'ibadahku, kehidupanku dan kematianku semata-mata untuk ALLAH Tuhan sekelian 'alam". Itulah azam seorang Muslim tiap hari siang dan malam.

Tapi pernahkah kita mencapai azam yang kita buat 5 kali sehari tu? Tepuk dada tanyalah iman.
Ataupun azam itu hanya sekadar bacaan dalam solat semata-mata yang langsung tidak masuk ke dalam hati kita.

Kebetulan tahun baru masihi 01 Januari 2010 jatuh pada malam Jumaat 15 Muharram 1431. Malam itu sekali lagi negara telah dicemari dengan segala maksiat dan mungkar. Malam yang digilai ramai manusia gila..malam tahun baru!! Apa yang hebat sangat pada malam itu entahlah, hanya jauhari saja yang mengenal manikam.

Renung2kanlah dan fikir2kanlah.

Yang baik dari Allah SWT dan yang tidak baik adalah atas kelemahan diri hamba ini yang hina.

Wallahua'alam