Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
Alhamdulillah segala puji dan puja hanya milik Allah, Tuhan sekelian alam.
Selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad SAW, keluarga serta seluruh para sahabat baginda Rasulullah SAW.
Alhamdulillah, tanggal 23 dan 24 January yang lalu dengan izin dari Allah SWT sempat aku bersama isteri dan kakak aku menghadiri satu training yang pengisiannya Subhanallah memang begitu cantik sekali, rasa betapa kerdil dan kurangnya diri ini dengan ilmu Allah. Terasa amat luas sekali ilmu Allah sehinggakan terlalu jauh sekali akal kita yang waras ini untuk menjangkaunya, malah kalau aku ceritakan kat orang pasti orang kata aku ini banyak mengarut. Tapi begitulah, jika kita yakin akan kebesaran Allah Yang Maha Kaya dan Maha Luas Pengetahuannya pasti kita menyakini akan apa yang kita lihat dan dengar ini.
Training ini dikenali dengan nama "Rahsia Alam Diri". Pernahkah selama ini kita terfikir akan penciptaan manusia? Dari mana datangnya manusia ini? Bagaimana awal permulaan manusia ini? Bagaimanakah rupanya roh manusia? Adakah seperti jasad pada diri kita? Semuanya terjawab dalam training ini. Malah antara percaya dengan tidak, pernah tak kita terfikir akan peristiwa yang telah terjadi pernah kita lalui sebelum ini? Adakah roh ini telah ada lama dulu sebelum kita manusia diciptakan?
Aku mungkin bukan orang yang pakar untuk mengulas semua di atas, tetapi semua ini pasti terjawab jika anda menghadiri training ini. Bukan untuk mempromosikan training ini malah jauh sekali mengajak anda yang membaca blog ini untuk mengikutinya. Tapi percayalah bahawa ilmu Allah sungguh luas, tak habis manusia untuk mengkajinya.
Aku sering tertanya-tanya apakah maksud disebalik ayat dalam QS Al Anbiya 21:104
"(Ingatlah) hari Kami menggulung langit seperti menggulung lembaran surat catitan; sebagaimana kami mulakan wujudnya sesuatu kejadian, Kami ulangi wujudnya lagi; sebagai satu janji yang ditanggung oleh Kami; sesungguhnya Kami tetap melaksanakannya".
Ada sesiapa yang dapat memberikan huraian lebih detail mengenainya? Aku amat mengalu-alukannya.
Banyak lagi rahsia dalam diri ini yang terbongkar selepas habis sesi pertama training, dan aku pasti akan menunggu-nunggu sesi kedua pulak yang akan mendetailkan lagi apakah rahsia didalam diri ini. Apakah kejatuhan khalifah terakhir iaitu Khalifah Othmaniah bersamaan dengan jatuhnya kerajaan Kesultanan Melayu Melaka? Siapakah disebalik runtuhnya kerajaan Khalifah Islam ini? Dan itu jugalah titik tolak kepada kejatuhan kerajaan berasaskan kekhalifahan yang mula diperkenalkan sejak dari zaman para sahabat lagi selepas kewafatan baginda Nabi SAW dan merupakan titik tolak keruntuhan keagungan kerajaan Islam di dunia ini. Pernahkah kita terfikir dari manakah asal usul Melayu yang kita banggakan ini?
Sesungguhnya di dalam Islam itu sendiri terdapat banyak rahsia-rahsia yang umat islam sendiri tidak mengetahuinya. Alif Laam Min hanya Allah Sahaja Yang Maha Mengetahui. Begitulah indahnya Islam jika kita dapat merasai keindahannya. Selagi usia masih panjang, selagi roh masih didalam jasad badan kita ini, carilah sebanyak mungkin ilmu Allah dan beramallah sebaik mungkin, mudah-mudahan semuanya itu menjadi bekal kita untuk menuju kepada pertemuan kita dengan Allah di dalam Syurga di akhirat kelak. Insyaallah.
Semua yang baik datang dari Allah, dan yang tidak baik adalah atas kelemahan diri hamba yang hina ini.
Wallahua'alam
No comments:
Post a Comment