Thursday, January 29, 2009

Al Fatihah

Salam 165,

سُوۡرَةُ الفَاتِحَة
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ (١)
ٱلۡحَمۡدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلۡعَـٰلَمِينَ (٢) ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ (٣) مَـٰلِكِ يَوۡمِ ٱلدِّينِ (٤) إِيَّاكَ نَعۡبُدُ وَإِيَّاكَ نَسۡتَعِينُ (٥) ٱهۡدِنَا ٱلصِّرَٲطَ ٱلۡمُسۡتَقِيمَ (٦) صِرَٲطَ ٱلَّذِينَ أَنۡعَمۡتَ عَلَيۡهِمۡ غَيۡرِ ٱلۡمَغۡضُوبِ عَلَيۡهِمۡ وَلَا ٱلضَّآلِّينَ (٧)

"Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Segala puji bagi Allah tuhan semesta alam
Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Yang menguasai Hari Pembalasan
Hanya Engkaulah yang kami sembah dan hanya kepada Engkaulah kami memohon pertolongan
Tunjukilah kami jalan yang lurus
Iaitu jalan orang-orang yang Engkau kurniakan nikmat kepada mereka, bukan jalan mereka yang Engkau murkai dan bukan jalan mereka yang sesat"

Amin Ya Allah

Sambung balik entry semalam yg tertangguh dek kerana kesempitan masa yang berlalu amat pantas sekali, pejam celik pejam celik dah nak habis dah bulan january. umur pun dah makin meningkat, rumah kata pergi kubur kata mari, tapi ilmu di dada untuk bekalan Hari akhirat masih lagi kurang. "

Ya Allah terangkanlah hatiku, permudahkanlah segala urusan pembelajaranku agar aku dapat manfaatkan ilmu untuk ugama, keluarga, syarikat dan tanahairku"

Berbalik pada tajuk asal entry ini, apa yang aku ingin kupaskan disini berkaitan pengalamanku berkaitan dengan surah Al Fatihah. Secara jujurnya dulu ketika membaca Al Fatihah langsung tidak mengerti akan maksudnya jauh sekali mahu memahami apa yang aku baca. Alhamdulillah beberapa bulan yg lalu ada rakan sekerja memperkenalkan satu training sumber manusia, melalui training inilah aku mula mengenal kebaikan dan kelebihan surah Al Fatihah, walaupun training ini tidak menceritakan secara mendalam tapi sedikit sebanyak dapat membantu dalam proses pembelajaranku.

Sungguh aku bukan org yg sesuai utk mengupas persoalan Al Fatihah ini sebab aku bukan ahli dalam ilmu agama, mohon maaf jika terdapat kekurangan atau sedikit tersasar dari apa yg ingin diutarakan.

Inilah dia Surah Al Fatihah yang sentiasa diulang2 sebanyak 17 kali dalam solat kita seharian sepertimana Allah berfirman dalam QS Al Hijr 15:87 "Dan sesungguhnya Kami telah berikan kepadamu tujuh ayat yang dibaca berulang-ulang dan Al Quran yang agung"
Mahu tidak mahu kita kena membacanya kerana membaca Al Fatihah merupakan rukun didalam solat, jika kita tertinggal Al Fatihah bermakna rosaklah solat kita.
Jika solat kita rosak bermakna runtuh la agama, kerana solat adalah tiang agama.

Sedikit pengenalan tentang Al Fatihah

Surah ini diturunkan di Mekah, kerana solat difardhukan sejak di Mekah lagi. Al Fatihah bermakna "pembuka" kerana surah ini merupakan permulaan dari Al Quran secara tulisan. Ia mengandungi 7 ayat dan merupakan surah ke-5 yang diturunkan

Nabi S.A.W pernah bersabda pada salah seorang sahabatnya
"Pastinya aku ingin mengajarkanmu surah yang paling agung dalam Al Quran"
Bertanya sahabat Nabi S.A.W "Apakah dia wahai Rasulullah"
"Lalu baginda Rasulullah membaca surah ini"

Surah ini juga dikenali dengan nama lain Ummul Kitab kerana seluruh Al Quran berkisar pada apa yg terkandung di dalamnya.

Al Fatihah juga ada nama2 yang pelbagai iaitu:

As Sab'ul Masaani - sering diulang2 dalam solat
Al Waafiah - tidak boleh dipisahkan antara satu ayat dengan ayat yang lain
Al Kaafiah - tidak berhajat kepada yang lain. Selain ia adalah Nur yang menyelubungi kehidupan orang mukmin, ia juga merupakan anugerah Ilahi yang telah menutup segala pintu kekacauan dan membuka segala pintu rahmat kepada mereka.
As Shalaah - merupakan rukun solat, tidak sah solat tanpanya.
As Shifaa' - Ubat kepada 2 jenis penyakit zahir mahupun batin


Prinsip asas didalam surah AL Fatihah

1. Segala pujian hanya milik Allah S.W.T - kerana Allahlah yang layak dipuji, diagungkan dan dibesar2kan mengatasi segala sesuatu.
2. Keihklasan dalam beribadah, tidak boleh menyekutukanNya dan tidak boleh untuk meminta pertolongan dari yang lain selain Allah.
3. Menjauhkan diri dari tergolong dalam golongan yang dikeji oleh Allah seperti 2 golongan yang disebut dalam ayat ke 7.
4. Nama2 Allah yang baik, asal terciptanya hubungan antara Tuhan dengan hambanya adalah melalui rahmat yang disebut sebanyak 2 kali.
5. Istiqamah dalam meniti jalan menuju Allah - perihal akhirat dan persediaan menghadapinya.
6. Beradab dengan Allah S.W.T. Kepentingan berdoa dan adab untuk berdoa kerana surah ini diakhiri dengan doa.
7. Maka surah ini mengajarkan cara2 berkomunikasi dengan Allah bermula daripada pujian keatasNya (kemudia selawat ke atas Nabi S.A.W) dan berdoalah apa yg dikehendaki kerana sesungguhnya doa itu akan dikabulkan oleh Allah dengan izinNya.


Dinamakan dengan Al Fatihah ada 2 makna:-

1. Makna yang lebih dekat, iaitu pembuka kepada mushaf Al Quran.
2. Makna yang lebih jauh iaitu anak kunci Al Quran (merangkumi sudut makna dalam Al Quran) jika kamu fahami makna dalam Al Fatihah, maka kamu akan fahami kesemua surah selepasnya.

Antara keajaiban surah Al Fatihah ialah ia berhubungkait dengan semua surah dari sudut makna, tujuan dan konsep Al Quran diturunkan. Sebab itu apabila kita memulakan solat dengan surah Al Fatihah, kemudian disusuli pula dengan membaca surah lain, pasti maknanya tetap bersambung dengan surah tersebut.

Untuk Pengetahuan anda semua, setiap Al fatihah yang dibaca akan dijawab oleh Allah berdasarkan Hadis Qudsi yang bermaksud:-

Bila hamba menyebut: Alhamdulillaahi rabbill 'aalamiin
Jawapan Allah: hambaKu memujiKu
Bila hamba menyebut: Arrahmaanir rahiim
Jawapan Allah: hambaKu memuji keatasKu
Bila hamba menyebut: Maaliki yaumiddiin
Jawapan Allah: hambaKu membesarkanKu
Bila hamba menyebut: Iyyaaka na'budu wa iyyaaka nasta'iin
Jawapan Allah: Ini adalah antara Aku dengan hambaKu
Bila hamba menyebut: Ihdinas shiraatal mustaqiim, shiraatallaziina an'amta 'alaihim ghairil maghdhuubi 'alaihim walad dhaalliin
Jawapan Allah: Ini antara hambaku dengan Aku setengah2, dan bagi hambaKu itu mengikut apa yang dia minta

Maka setiap kali engkau membaca Al Fatihah, ketahuilah sesungguhnya Allah amat mencintai engkau. Hadis di atas menunjukkan satu kemuliaan yang Allah berikan kepada hambaNya yang selalu menyebut dengan mengingatiNya dan mengabdikan diri semata-mata keran
aNya.

Ketika Saidina Umar Abd Aziz ditanya sebab beliau berdiam ketika menyelangi setiap ayat dalam surah Al Fatihah, beliau berkata: "Pasti aku dapat merasakan nikmat kelazatan dengan sebab Tuhanku menjawab setiap bacaanku".

Jikalau hati seseorang dapat merasai bahawa Tuhan menjawab setiap ayat yang dibaca dari surah Al Fatihah, Pasti dia merasai kegembiraan yang tiada tolok bandingnya.

Huraian berkenaan surah Al Fatihah di atas adalah ringkasan dari beberapa sumber yang aku linkkan disini untuk kita lebih mudah memahami.
Yang baik adalah dari Allah dari yang tidak baik adalah dari hambamu yang hina dina ini

Untuk lebih lanjut klik disini dan disini


Wallahua'alam

Intifada

Salam 165

Last Sunday 25/1/09, TV9 ada siarkan Program Halaqah dengan tajuk untuk minggu tu..INTIFADAH......Panelis adalah Uztaz Zawawi dan Ustaz Shahrin

Ingin berkongsi sedikit intipatinya...

1. Kaum Yahudi hanya berjumlah 14 juta. Dibandingkan dengan kaum muslimin 1+ billion. Nisbah kaum muslimin dengan yahudi adalah 1:100. Satu yahudi bersamaan dengan 100 muslim. Cuba bayangkan, sepatutnya physically yahudi dengan mudah kita kalahkan......satu yahudi nak lawan dengan 100 muslim.....ikut logik akal, dah kembik dah yahudi tu kita kerjakan....tapi hakikatnya?tepuk dada tanya iman

2. Yahudi telah sekian lama menyusun strategi untuk melemahkan pihak lawan. Antaranya: menguasai ilmu, menguasai ekonomi, dan menguasai politik. Lihat saja dalam kabinet US, Multinational Companies (MNC), big industries etc, siapa di dalamnya.....ada terselit yahudi ...bukan kat bottom/operational level, tapi nun at the top/strategic levels. Dengan kuasa dan pengaruh, they rule the world. UStaz Zawawi ada listed down few companies (Levis, Google (so lepas ni kalau nak pakai search engine, seboleh mungkin kena avoid guna google..wait...mmm..it seems that the blogspot ada connection ngan google?) Bila check2 balik....byk tul product & services monopolized by Yahudi...apa pun kita tetap akan berusaha untuk pecahkan monopoli ini.......kejayaan mungkin tak dikecapi hari ini...tapi esok lusa....insyaAllah...yang penting istiqamah dan berdoa......

3. So, apa strategi kita? Setakat berdemo? Setakat boikot? Setakat perjanjian damai? Dah tentu lebih dari itu.....meminjam kata2 Ustaz Hasrizal (saifulislam.com) .."Apa khabar akal, hati dan nafsu?" Apa yang penting.....setiap dari kita (terutama pesanan untuk diri sendiri), ini adalah masa untuk muhasabah diri dan perbetulkan diri.....masa untuk kita sebagai umat Islam untuk bersatu hati, bersatu dalam tindakan......Tindakan apa? Persiapkan diri, persiapkan anak-anak, persiapkan generasi masa depan agar kuat IQ, EQ, SQ......siapkan mereka untuk jadi scientists, economists, technologists, kuasai pelbagai ilmu, astronauts, doctors.......kuatkan fizikal mereka,......latih mereka berenang, berkuda, memanah, seni mempertahankan diri......Ya Allah....berikanlah kekuatan kepada kami untuk melakukan ini semua.....satukan hati kami, satukan hati pemimpin-pemimpin kami.....CABARAN AMAT BESAR untuk kita hari ini dan esok....pulang ke pangkal, pelajari dari Rasulullah SAW......bagaimana baginda mentadbir negara, menjadi panglima perang.....menjadi ketua keluarga......sedar tak sedar.....kaum Yahudi terlebih dahulu mencontohi strategi Nabi Muhammad...namun bukan untuk kebaikan....tapi untuk memerangi Islam.....

AYUH!!....

"seharusnya kaum Muslimin lebih tahu dan lebih faham tentang ilmu dan kepandaian yang berhubungan dengan hidup dan kehidupan manusia dan kemajuan umat, supaya dapat mereka menghadapi musuh dengan pengetahuan, bukan dengan kebodohan." (Keterangan ayat 65 - 66 Surah Al Anfaal - dipetik dari Tafsir Quran Karim tulisan Prof Dr H. Mahmud Yunus)

By

Puan Satria 165

Friday, January 23, 2009

Kejadian Semalam

Salam 165

Fuhhh...kejadian semalam betul2 menginsafkan.....mula2 memang terkejut tul dengan penulisan one of the blogger....aliran pemikiran yang totally different with what we've agreed towards boycott issue.....Tapi takpa......Al Fatihah untuk diri sendiri, si penulis blog dan kita semua.........Namun apa pun isunya....pengalaman ini benar2 mencetuskan muhasabah di dalam diri ini.....

Diri ini belum tentu lebih baik dari yang lainnya.......hari ini saya begini.....esok adakah saya akan menjadi lebih baik?..atau hari ini dah cukup baikkah untuk menjadi lebih baik pada keesokan harinya?.......adakah menjadi lebih buruk? Nauzubillah.........Orang lain, hari ini begitu pemikirannya........esok adakah masih begitu pendiriannya? Semuanya atas kuasa Allah Yang Maha Menentukan...Maha Berkuasa atas segalanya......

Ingin berkongsi firman Allah agar kita terutamanya saya sendiri dapat terus bermuhasabah diri:

"DIA menjadikan kamu dari tanah ketika kamu masih janin dalam perut ibumu. Maka janganlah kamu menganggap dirimu suci. DIA mengetahui tentang org yang bertaqwa."(Surah An-Najm : 32)

"Janganlah engkau memalingkan muka dari para manusia sebab kesombangan dan janganlah berjalan di bumi dengan takabbur, sesungguhnya Allah itu tidak suka kepada setiap orang yang sombong dan membanggakan diri."(Surah Luqman: 18)

Apa yang perlu dikejarkan di dalam hidup ini? Untuk menjadi lebih baik dari yang lain? Mengkagumi kelebihan yang ada pada orang lain? Sehingga melupakan siapa yang memberi kehebatan yang dimiliki oleh orang itu? Perlu marah pada kelemahan dan keburukan orang lain? Sudah tentu tidak........

Visi hidup hanya satu, untuk mati dan bertemu dengan Allah. Bagaimana nak bertemu dengan Allah? Perlu memperoleh redha Allah....

Satu pertanyaan untuk diri sendiri.....Pandai pulak menjawab soalan, namun sudah mampu dipraktiskan kah? masih alpakah saya?

By

Puan Satria 165

Thursday, January 22, 2009

Bacalah dengan nama Tuhanmu



Salam Ihsan, Iman dan Islam.

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Baca petikan di atas yang diambil dari blog anak menakanku teringatkan satu SMS yang memetik kata2 seperti diatas yang aku dapat tidak berapa lama dulu.

Alkisah munculnya SMS ini, ketika berlakunya satu peristiwa perampokan atau ragut yang melibatkan seseorang yang aku kenali. Pada masa inilah seorang ustaz mengirimkan SMS yang mengandungi kata2 yang indah ini untuk menenangkan si mangsa.

Jika kita perhalusi tiap perkataan yang dipaparkan, sungguh mendalam sekali maknanya. Sesungguhnya tiap dugaan dan musibah yang menimpa diri kita menunjukkan bahawa Allah sayang dan cinta pada kita, cuma kita manusia selalu lalai dan alpa dalam mengingati dan mencintaiNya.

Mana mungkin Allah sengaja menimpakan musibah kepada kita melainkan untuk kita agar senantiasa muhasabah diri. Dengan itu barulah manusia akan lebih dekat padaNya. Setiap keburukan yang berlaku pada diri kita sesungguhnya ada kebaikan didalamnya. Allah Ya Alim Maha Mengetahui akan apa yang dilakukannya malah daun yang jatuh ke bumi pun Allah mengetahuinya. Inikan pulak diri kita.

Oleh itu, sentiasalah muhasabah diri jika diri kita ini selalu ditimpa musibah, insyaallah kita akan lebih mengerti apa yang ingin Allah sampaikan. Sesungguhnya itulah peringatan dari Allah Taala kepada hambaNya.

Wassalam

Tuesday, January 20, 2009

20 Januari 2009


Salam 165

Pejam celik, pejam celik, dah 20 hari di dalam tahun 2009. Apa yang dah dicapai?Hari ni lebih baik dari semalam ka?Kena muhasabah hari2....supaya sentiasa ingat apa tanggungjawab dan hakikat hidup ini...

Tadi pagi mai opis naik lrt......Satria 165 ada training....berkejar ke opis...tak sempat nak hantar sampai KJ......bagus jugak sekali sekala naik public transport.....sekurang2nya dapat jugak sambung baca buku yang dah dibeli beberapa bulan yang lalu...'Muhammad S.A.W: Insan Teladan Sepanjang Masa' hasil tulisan Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat terbitan Anbakri Publika Sdn Bhd.

tadi sempat habis baca Bab Perang Khandaq.

"Perang Khandaq terjadi berikutan daripada pengkhianatan Yahudi Bani Quraizah yang tidak setia dan telah mengkhianati perjanjian yang dimeterai bersama Rasulullah SAW. Mereka berpaling tadah dan dalam senyap-senyap merancang bersama kaum musyrikin Quraisy Mekah dan beberapa kabilah Arab yang lain, membentuk barisan al-Ahzab, bagi menentang Rasulullah SAW dan kaum muslimin seluruhnya."

Peperangan di antara barisan al-Ahzab yang seramai 10,000 menentang 3000 kaum muslimin. Akhirnya barisan al-Ahzab kalah di tangan tentera kaum Muslimin.

Faktor kemenangan tentera kaum Muslimin pimpinan Rasulullah SAW:

1. Pembinaan al-khandaq (parit) yang besar dan dalam yang tidak dapat dilalui oleh barisan al-Ahzab. Menyebabkan mereka terpaksa berkhemah di tebing parit untuk menjalankan usaha menyeberangi parit namun gagal (strategi perang)

2. Pertolongan Allah SWT yang menghancurkan tentera lawan dengan mendatangkan angin taufan yang meleburkan semua persiapan pihak musuh.

3. Penglibatan seorang kaum Musyrikin Madinah bernama Nu'eim bin Mas'ud daripada keturunan Asyja'ei. Dengan takdir Allah, Nu'eim telah memeluk Islam dan dihantar oleh Rasulullah SAW untuk menjadi gunting dalam lipatan bagi memecah belah kerjasama antara Yahudi Bani Quraizah dan pihak Quraisy (PERANG SARAF)

Peristiwa Perang Khandaq ini menunjukkan bahawa Rasulullah SAW, ketika berdepan dengan musuh, bukan sahaja baginda melakukan segala ikhtiar secara zahir, seperti membina parit sebagai kubu pertahanan, sebaliknya baginda mendampingkan diri kepada Allah SWT dengan merendah diri berdoa memohon pertolongan daripadaNya melalui solat hajat. Sesungguhnya yang akan memberi kemenangan bukan kerana kekuatan pasukan perang tetapi Allah SWT yang menentukan siapakah yang akan menang.

Bila membaca kisah ini, terlintas di fikiran, apa yang berlaku di antara kaum Yahudi dan Umat Islam sekarang. Rupanya kaum yahudi ni dok aplikasikan strategi yang telah digunapakai di zaman Rasulullah......mereka ini kuantiti sikit...tapi pengaruh cukup besar.

Apa yang kita kena perbuat dalam isu Palestin ni? Salah satu usaha ialah untuk memboikot produk yahudi dan US yang telah menyalurkan dana untuk yahudi ni. Boikot ni pulak...kita kena istiqamah...jangan bermusim......selamanya harus boikot...walaupun Israel dah mengisytiharkan gencatan senjata....boikot kita tidak harus berhenti.......

Doakan kesejahteraan untuk muslimin seluruhnya....

By

Puan Satria 165

Monday, January 19, 2009

Sharing ESQ

Teringat aku ketika menghadiri training ESQ sama ada di KL atau Penang sama ada sebagai alumni ataupun alumni training support (ATS - sekarang dikenali sbg advance training ntah aku pun x berapa nak ingat...nanti aku check balik). Ada satu materi yang dikenali sebagai KARTASIS iaitu dalam bahasa mudahnya mengenali siapa diri kita dan apa yang kita mahu.

Aku dulu masa jadi peserta, materi ni tak berapa nak fokus sangat, x tau la kenapa? Hinggakan di satu ketika aku berfikir.. apa la depa ni nak buat?

2 Soalan yang selalu ditanya kepada kita adalah:

"Siapa Kamu?
"Apa yang kamu mahu?

Selalunya secara spontan kita akan menjawab:

Aku adalah seorang Manager
Aku adalah seorang Datuk
Aku adalah dan macam-macam lagilah

Aku inginkan hartaku
Aku mahu isteriku
Aku mahu anakku
Aku mahu kekayaan
Aku mahu pangkat

Inilah jawapan yang diberikan oleh peserta dan sampai satu ketika kita sendiri tak dapat menjawab persoalan tersebut.

Percayalah inilah jawapan yang selalu kita fikirkan sebelum kita menghadiri training ini, kita hanya fikirkan dunia, dunia dan dunia, jauh sekali untuk kita mengingati mati, ingatkan hari pembalasan dan ingatkan kepada hari akhirat.

Berbalik kepada materi tadi dan diakhirnya para trainer akan memberi jawapan yang kita sendiri tidak menyangka akan jawapan tersebut.

Sesungguhnya siapa kita? Apa yang sebenarnya kita mahu? Kita sebenarlah adalah hamba Allah yang diciptakan untuk mengabdikan diri hanya kepadaNya.

Tuhanmu bukan wangmu
Tuhanmu bukan hartamu
Tuhanmu bukan pangkatmu
Tuhanmu bukanlah keluargamu

Tuhan mu adalah Allah

Apa yang kita mahu sesungguhnya? Sesungguhnya apa yang kita mahu adalah Lailahaillallah "Tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah". Pernah tak kita mengerti sesungguhnya setiap apa yang kita kerjakan di muka bumi ini adalah pengabdian diri kita kepada Allah. Sungguh besar pengertian kalimah Lailahaillallah. Inilah kalimah tauhid yang begitu mendalam maksudnya.

Sesungguhnya bukan matamu yang buta tetapi yang buta adalah hati yang ada didalam dada.

Tiap kerja yang kita lakukan jika kita niatkan hanya untuk Allah nescaya kita akan sentiasa dirahmati oleh Allah S.W.T

Dan Akhirnya kita semua akan dikembalikan kepadaNya untuk pembalasan, jika didunia kita beramal dengan suruhanNya Insyaallah baiklah balasannya, tapi jika kemungkaran yang kita lakukan semasa didunia maka buruklah balasannya. Nauzubillahiminzalik.

Ingatlah sesungguhnya akhirat itu adalah abadi. Jika syurga balasannya, Alhamdulillah kita kekal bahagia untuk selamanya. Tapi jika neraka balasannya, kita akan diazab untuk selamanya, Ya Allah jauhilah aku dan seluruh keluargaku dari azab api neraka. Ameen

Mudah2an kita semua sentiasa berada dilandasan yang betul dan dirahmati oleh Allah S.W.T

Sekadar Luahan Rasa

Salam165,

PAGI!!!!

Hari ini 19/01/09 adalah hari yang sungguh memenatkan aku, mana taknya esok aku ada organized satu training "ISO 9001:2008 Internal Audit". So, kena la aku set up bilik training yang baru siap renovate, memandangkan training room yang lain dah fully booked, so aku xdak pilihan lain melainkan terpaksa la aku kena prepared bilik training baru tu. Bos aku pagi2 lagi dah call tanya "semuanya dah ready ka?" Aku jawap "belum lagi", apa lagi mengelabah bewak la dia.

So, apa lagi aku dengan pantasnya pi cari staf Facility yg incharge bhg bangunan untuk arrangekan pekerja untuk susun kerusi, meja, skrin, projector dan lain2 yg seumpamanya. Perghhh kena plak bilik tu x cuci lagi dah kena cari cleaner plak utk mop lantai. Esok training dah nak start dah, harap2 semuanya berjalan dengan lancar.

Itu la sedikit sebanyak tugasan ku hari ini, kerja lain x tengok lagi ni, nak merehatkan kepala otak masuk jap blog, sempat lagi updated...bukan apa kasi release skit, esok confirm x bleh updatednya sebab training satu hari suntuk.

Cleaner sedang bertungkus lumus mengemop lantai, terima kasih la pada cleaner, depa ni kalau xdak masalah jugak

Cleaner sedang bertungkus lumus mencuci bahagian koridor yang berlemoih dengan pasiaq


Inilah ropenye training room, kira OK la nampak selesa la jugak, boleh la muat dalam 30 org participant.

Alhamdulillah semuanya udah selesai, syukur kehadrat Allah S.W.T segala puji hanya untukNya. Sesungguhnya kita merancang Allah jua merancang dan perancangan Allah lah yang terbaik. Tanpa izinNya training ini tak akan dapat berjalan dengan sempurna, mohon doa kalian semua agar training dapat berjalan dengan lancar. Al Fatihah

Friday, January 16, 2009

10 Perkara Yang Memeranjatkan Dalam Perkahwinan

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Bacalah, Dengan nama Tuhanmu yang menciptakan.

Untuk renungan kepada yang dah berkahwin dan yang akan melangsungkan perkahwinan semoga sedikit sebanyak memberi manfaat kepada anda semua.

*************************************************************************************

Bila wujud perkahwinan, tidak semesti semuanya ok dan bahagia. Ada banyak perkara yang boleh mengubah tanggapan kita dan kita perlu banyak bersabar. Di bawah ini ada beberapa perkara melalui pengalaman masyarakat kita dan tanggapan mengenai perkahwinan dan pengalamannya selepas berkahwin.

1. Berkahwin tidak bermakna anda tidak akan keseorangan lagi.

“Saya dan suami baru sahaja mengikuti kaunseling. Tiada apa-apa yang drastik cuma kami dapat rasakan bahawa kami semakin berjauhan dari segi emosi dan fizikal. Jiwa semakin terasa keseorangan. Nasib baik kami berdua cepat sedar dan sanggup mendapatkan bantuan daripada mengambil tindakan yang bertentangan.”

2. Berkahwin tidak bermakna anda akan berasa menyintai atau dicintai setiap hari.

“Kebahagiaan dalam perkahwinan tidak berlaku sekelip mata kerana masalah tentu akan timbul. Ada masalah besar dan ada yang kecil. Kadangkala anda akan merasakan diri sudah tidak dicintai.” Amat penting bagi masing-masing mengucapkan perasaan cinta dan mencintai.

3. Anda masih perlu menghangatkan suasana.

“Kami suami isteri mempunyai kerjaya yang sangat sibuk dan jarang dapat meluangkan masa bersama. Untuk mengelakkan perasaan seperti teman sebilik sahaja, kami cuba terapkan kebiasaan untuk memeluk antara satu sama lain dan bercerita setiap malam sebelum melelapkan mata.”

4. Perkahwinan adalah sesuatu yang menyeronokkan.

“Saya dan isteri amat menyenangi kehadiran masing-masing. Kami gemar bergelak ketawa bersama, bergurau dan mengusik. Setiap hari ada sahaja SMS yang dihantar… kadang kala lawak jenaka dan ada juga mesej berunsur seks nakal.”

5. Lazimnya salah seorang akan lebih banyak berkorban.

“Mana ada yang seratus peratus adil pembahagiannya. Selalunya isteri akan lebih banyak berkorban terutamanya dari segi kerjaya. Kadang-kala ada yang terpaksa melepaskan kenaikan pangkat kerana tidak ingin rumahtangga kucar-kacir.”

6. Pasangan anda akan berubah mengikut masa.

Anda harus menerima kenyataan bahawa masing-masing akan berubah mengikut masa. Kadang-kalanya dari segi perangai, rupa paras , bentuk badan dan hobi. Tiada orang yang akan kekal sama seperti mana mula-mula berkenalan dahulu.

7. Anda tidak semestinya akan bersetuju dalam semua perkara.

Suami akan tetap mahu menggunakan wang bonus untuk membesarkan garaj manakala isteri inginkan sofa baru. Terimalah hakikat bahawa masing-masing ada keinginan yang berbeza. Yang penting tolak ansur-mungkin bonus tahun ini mengikut kehendak isteri manakala bonus tahun depan untuk suami pula.

8. Semakin lama berkahwin semakin bahagia.

Pasangan yang memahami kehendak masing-masing dan mengamalkan tolak ansur dalam kebanyakan perkara sepanjang mereka berkahwin, lazimnya akan berjaya melawan badai atau apa-apa masalah. Mereka inilah yang dapat menikmati kemanisan berumahtangga. Sememangnya pasangan ini adalah “soulmate” masing-masing.

9. Hubungan seks ada turun naiknya.

Kadang kala sangat berkesan dan ada kalanya tidak begitu memberansangkan. Masing-masing seharusnya menerima bahawa ianya bergantung kepada “mood” dan keadaan sekeliling.

10. Perasaan Ego yang berlebihan adalah amat berbahaya.

Apabila perselisihan terjadi, masing-masing menjadi begitu sensitif dan mementingkan ego. Jika terlampau mengikut ego, anda mungkin akan memanjangkan masalah yang kecil. Elakkan daripada menyimpan perasaan marah terlalu lama kerana pasangan anda mungkin akan berubah hati.

Wednesday, January 14, 2009

Untaian Mutiara 165


****************************************************************

" JADILAH CAHAYA YANG MENYINARI SIAPA PUN TANPA PILIH KASIH, KERANA ENGKAU TERCIPTA DARI CAHAYA ATAS CAHAYA"


*********************************************************************************

Dr Ary Ginanjar Agustian
Pengasas Model Pembinaan Karakter
The ESQ Way 165

Tuesday, January 13, 2009

Perkhabaran gembira dari Penang

Salam Ihsan, Iman dan Islam

PAGI!!!

Pada 10 dan 11 January 2009 telah berlangsungnya training ESQ In House MAIPP di Dewan Milineum. Apa yang ingin dikongsikan disini adalah satu berita yang sangat menggembirakan buat seluruh umat islam tentang pengISLAMan saudara baru kita oleh seorang Ustaz yang juga merupakan alumni ESQ. TAKBIR ALLAHUAKBAR.

Inilah perkhabaran gembira yang tidak dapat diucapkan dengan kata2. Allah Maha Besar. Alangkah gembiranya jika aku dapat bersama-sama mereka didalam saat2 yang indah ini. Subhanallah

Inilah Baitul Atiq yang didirikan oleh Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail
Inilah bahtera besar yang dibina oleh Nabi Nuh
Inilah Darus Salam yang dibina oleh Nabi Muhammad SAW.
Selamat memasuki Baitul Atiq dan Darus Salam.
(Kata-kata yang selalu dilaungkan oleh trainer ketika training)

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

"Apabila telah datang pertolongan Allah dan kemenangan. dan kamu lihat manusia masuk ke agama Allah dengan berbondong-bondong, maka bertasbihlah memuji Tuhanmu dan mohon ampunlah kepadaNya. Sesungguhnya Dialah Yang Maha Penerima Taubat"

QA An Nashr 110:1 - 3


Para ATS sedang bersalam semut tanda kegembiraan atas kejayaan dan hidayah yang Allah Taala berikan.

Sumber: Kembara Hati Insan Mencari Rabbnya

Monday, January 12, 2009

Sumbangan anda diperlukan

Muslim Care : RHB 26-2120-0000- 4747 (resit akan dikeluarkan bagi yang memerlukan).

atau

Lajnah Antarabangsa : Maybank 5640-7070-3248 (Pasti Islam SeMalaysia), di bawah kelolaan Al-Quds Institute Malaysia Chapter.

BOIKOT ISRAEL + USA

Salam165,

Semalam menonton Halaqah TV9 bertajuk Al Aqsa sungguh menarik kupasan dari ahli panel yang telah dijemput. Sungguh tersentuh hati mengenang nasib saudara seugama dan rakyat di Palestin. Inilah dugaan dan peringatan dari Allah kepada seluruh umat islam. Selagi umat islam di seluruh dunia tidak bersatu dan berpegang teguh dengan ajaran islam dengan sepenuh hati jangan kita bermimpi isu palestin akan ada titik noktah.

**********************************************************************************

Petikan khutbah yang diambil dari saifulislam.com

Al-Quran menjelaskan bahawa orang-orang Mukmin itu bersaudara. Al-Quran juga menjelaskan bahawa orang Mukmin itu saling menjadi pembantu kepada Mukmin yang lain. Orang Mukmin bersatu padu berpegang dengan tali Allah, mereka tidak berpecah belah ketika mendirikan agama, mereka pengasih sesama mereka dan keras terhadap Kuffar dan pelbagai lagi senarai ciri Mukmin yang diterangkan oleh al-Quran.

Namun, perhatikanlah realiti umat Islam hari ini. Berapakah jarak di antara diri idaman mereka seperti yang digambarkan al-Quran, dengan diri sebenar mereka di dalam realiti kehidupan?

Muslim ilusi berdepan dengan Nasrani realiti.

Muslim ilusi berdepan dengan Yahudi realiti.

Realiti sentiasa mengalahkan ilusi.

Ramainya kita hanyalah sebuah ilusi. Hakikatnya kita sedikit, dan jumlah itu semakin sedikit apabila saudara-saudara kita berbondong-bondong murtad meninggalkan kita.

Kayanya kita hanyalah sebuah ilusi. Hakikatnya kita miskin. Kita miskin jiwa, miskin daya juang dan kemiskinan itu semakin miskin apabila saudara-saudara kita tidak mampu mengawal jual beli harta mereka sendiri yang selama ini mengkayakan musuh.

Cerdiknya kita hanyalah sebuah ilusi. Hakikatnya kita bodoh. Kita masih dibelenggu oleh persoalan-persoalan yang bodoh dan tidak langsung menghasilkan sebarang hasil. Kebodohan kita menjadi semakin bodoh apabila kita tenggelam dalam tajuk-tajuk debat sesama kita yang langsung tidak menggambarkan yang kita sedang berada di medan perang.

Bersatunya kita hanyalah sebuah ilusi. Hakikatnya kita berpecah. Hati-hati kita terlalu mudah untuk diungkaikan ikatannya. Penyakit hati kita sangat menjijikkan. Berpecah belah hanya kerana secawan kopi. Pecah belah rumahtangga, pecah belah jiran tetangga, pecah belah masyarakat sedesa, pecah belah antara negara, perpecahan kita dari hujung daun hingga ke akar umbi.

Ya, jika al-Quran yang menjadi pengukurnya, maka Yahudi di Palestin itu adalah realiti. Nasrani di Rumah Putih itu adalah realiti. Namun umat Islam yang mengelilingi Rumah Hitam di Masjidil Haram itu hanyalah ilusi. Dan ilusi akan terus dikalahkan oleh realiti.

Selagi kita tidak berusaha untuk membentuk diri menjadi Mukmin sejati, selagi itulah kita tidak akan diizinkan oleh Allah untuk melihat pembebasan Palestin dan Masjidil Aqsa.

Tragedi di Gaza adalah seruan Allah untuk kita kembali kepada Islam.

Islam yang tulen.


Menjadi kewajipan dan tanggungjawab kita semua umat islam untuk membebaskan Masjid Al Aqsa yang merupakan masjid suci umat islam yang ketiga selepas Masjidil Haram dan Masjid Nabawi. Kupasan dalam Halaqah juga menyentuh mengenai Palestin yang merupakan bumi para anbiya' dan juga tempat persinggahan Nabi Muhammad S.A.W sebelum dimikrajkan ke langit.

Seperti dalam fiman Allah S.W.T dalam Al Quran

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

"Maha Suci Allah yang telah memperjalankan hambaNya pada satu malam dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa yang Kami berkahi (berkati) sekelilingnya agar Kami memperlihatkan kepadanya sebahagian tanda-tanda (kebesaran) Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat".

QS Al Israa' 17:1

Ayuh bangunlah semua umat islam, buat la apa yang termampu oleh kita, sama ada berdoa, bantuan kewangan, berjihad dan apa saja yang membolehkan yahudi laknat dan sekutunya dihancurkan.

Allah S.W.T berfirman dalam Al Quran

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

"Kamu beriman kepada Allah dan RasulNya dan berjihad di jalan Allah dengan harta dan jiwamu. Itulah lebih baik bagi kamu jika kamu mengetahuinya".

QS As Shaff 61:10

*********************************************************************************

Salah satu yang kita boleh ambil seperti apa yang dicakapkan oleh panelis Halaqah semalam, permulaan walaupun nampak kecil tapi jika kita semua istiqamah melakukannya insyallah pasti akan berjaya. Marilah kita sama2 memboikot barangan keluaran yahudi laknat dan sekutunya Amerika. Mudah2an usaha kita yang kecil ini mendapat keredhaan dari Allah S.W.T. Insyaallah







Friday, January 9, 2009

Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI)

Salam 165

Ini salah satu isu yang semua orang kena lebih sensitif. Personally, I do not agree with that. Insyaallah, kalau ada kelapangan dan peluang......memang nak pi join ja perhimpunan 100,000 yang bakal dianjurkan GAPENA and NGOs. My reservations:

1. Tak boleh nafikan kepentingan dan kelebihan bahasa inggeris, tapi jangan sampai sacrifice penguasaan ilmu matematik dan sains semata2 nak students kuasai bahasa inggeris.....cabaran students skang, nak faham bahasa lagi, nak faham ilmu maths dan sains lagi dalam masa yang sama......

2. Tak boleh generalize. Mungkin budak sekolah bandar tak ada masalah....sbb ada sesetengahnya mother tongue depa english. Tapi kalau sekolah luar bandar, yang sesetengahnya mother tongue students tu in bm, would be challenging for them untuk belajar. Patutnya skang kena put first things first.....nak elakkan berlaku keciciran subjek maths dan sains, mansuhkan PPSMI.

3. Kalau nak improve english, improve pendekatan pembelajaran bahasa inggeris, jangan touch subject lain.

Tahun lepas ada went thru exam paper maths danish, rupanya la ni terbahagi kepada 2 papers. Paper 1 dan Paper 2. Paper 1 objektif, paper 2 subjektif. matematik la ni banyak ayat plak...bukan nak suruh students darjah satu straight forward perform calculations ....tapi cam nak test pemahaman students towards instructions yang tricky. takkan maths skang dah jadik camni.....

Sekian......Yang baik dari Allah, yang salah...dari diri saya yang penuh dengan kelemahan.

Semoga perjuangan GAPENA, NGOs untuk mansuhkan PPSMI memperoleh kejayaan..Aminn...

By

Puan Satria 165

5 hari persekolahan Danish

Salam 165

PAGIII..........

First day, kira ok la...sbb pi hantar dan ambil dari sekolah.....masuk hari kedua, kira first day naik van gi sekolah......balik tu tertinggal van.....camna ntah bleh tertinggal van, dia dok tunggu kat kantin sampai kul 7. Sesi persekolahan habis kul 6.30pm, 30 minit jugakla dok tunggu. Yang mama dia plak dok optimis....ingat ok ja la tadika tu manage, so selamba dok balik cam biasa. Tup2 kul 7 cikgu danish called, terkejut gak......danish cakap dia tertinggal van....suara cam sedih la....rupanya baru lepas menangis...alhamdulillah...cikgu dan hubby dia offer nak tolong hantarkan......terima kasih laa cikgu atas pertolongan....moga kebaikan cikgu dan husband mendapat balasan baik dari Allah...AMINN.....pas tu apa lagi....husband pecut gak la......sampai rumah pi cari dia kat rumah jiran.......alhamdulillah..Allah Maha Pengasih lagi Maha Penyayang...setiap dugaan diiringNya dengan kemudahan......ada jiran yang memang sentiasa prihatin.....tolong tumpangkan kat rumah....pastu terus pi tadika untuk ambik baju dan beg KAFA. Takpa...ada hikmah di sebalik semuanya...tak la salahkan sepenuhnya kat pakcik van tu......ramai gak budak pakcik tu nak kena jaga......mungkin juga miscommunication.....tambah danish first time....walaupun dah dibagitahu awal2 utk tunggu kat mana, mungkin dia tak tau cara yang buatkan dia bleh tertinggal van......

Third day onwards, dah ok.......dah cekap....

sekolah petang ni ada dua waktu solat yang dia kena jaga.......mula2 kat sekolah.....zohor tinggal.....tanya dia sekolah ada surau tak...dia taktau...mmm...takpa.....pesan dia kang tanya kat cikgu.......pastu semalam tanya la dia ....solat dak........dia cakap solat.....hahhh.....sejuk terus perut ni.......tanya dia pi ngan sapa.....dia cakap pi ngan kawan....alhamdulillah....dah mula pandai bawak diri.....moga kekal sampai bila2.......

Malam tadi buat sesi pengukuhan solat ngan dia...sebab tengok dia solat cepat2 sangat.......suruh dia baca kuat-kuat nak dengar apa yang dibaca......berdiri ja....terus nak tergelak.......*danish malula*.......hehe....lawak pulak budak ni......*mama jangan la tengok danish*.....*ok...mama tak tengok, mama tunduk*......haa....baru la mula baca......mmmm.....alhamdulillah....bacaan ok.......ada sikit2 yang kena diperbetulkan.......terima kasih kat ustaz ustazah yang telah membimbing danish selama ni.......moga Allah balas dengan kebaikan.....

By

Puan Satria 165

Renungan Jumaat

Salam Ihsan, Iman dan Amal

Buat renungan semua

"Sesiapa yang menyumbang kepada orang yang berjuang di jalan Allah, maka sesungguhnya dia telah ikut sama berjuang dan sesiapa yang mengurusi keluarga yang ditinggalkan orang yang pergi berjuang, maka ia juga telah ikut berjuang".

HR Bukhari & Muslim

Marilah kita doakan kejayaan & menyumbang dengan ikhlas kepada perjuangan jihad Hamas Palestin. Mudah-mudahan kita tergolong dalam orang-orang yang telah turut sama berjuang.

Firman Allah SWT dalam QS 61Ash Shaff ayat 10 -11:-

يَـٰٓأَيُّہَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ هَلۡ أَدُلُّكُمۡ عَلَىٰ تِجَـٰرَةٍ۬ تُنجِيكُم مِّنۡ عَذَابٍ أَلِيمٍ۬ (١٠) تُؤۡمِنُونَ بِٱللَّهِ وَرَسُولِهِۦ وَتُجَـٰهِدُونَ فِى سَبِيلِ ٱللَّهِ بِأَمۡوَٲلِكُمۡ وَأَنفُسِكُمۡ‌ۚ ذَٲلِكُمۡ خَيۡرٌ۬ لَّكُمۡ إِن كُنتُمۡ تَعۡلَمُونَ (١١)

Maksudnya:

"Wahai orang yang beriman, sukakah kamu diberitahu satu perniagaan yang dapat menyelamatkan kamu dari seksa api neraka iaitu kamu beriman dengan Allah dan RasulNya, dan berjihad pada jalanNya dengan harta-harta kamu dan jiwa raga kamu. Itulah yang baik bagi kamu jika kamu mengetahui".

Palestin

Salam,

13 people from the same family killed by israel army in Gaza


Al Fatihah untuk keluarga mangsa, semoga Allah S.W.T menempatkan mereka di syurga bersama2 orang yang syahid. Amin







Thursday, January 8, 2009

Surat Al Humazah (Pengumpat)

Diturunkan di Makkah

Untuk renungan dan peringatan diri sendiri dan para pembaca budiman.


Dengan Nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

1. Celakalah (azablah) untuk tiap-tiap orang pengumpat dan pencela

2. Yang mengumpulkan harta benda dan menghitung-hitungnya

3. Ia mengira, bahawa hartanya itu akan mengekalkannya (buat hidup di dunia)

4. Tidak, sekali-kali tidak, sesungguhnya dia akan dilemparkan ke dalam neraka (hutamah)

5. Tahukah engkau apakah neraka hutamah itu?

6. (Yaitu) api Allah yang bernyala-nyala

7. Yang membakar sampai ke hati (manusia)

8. Sesungguhnya api itu ditutupkan atas mereka

9. Sedang mereka itu (diikatkan) pada tiang yang panjang.

By:

Puan Satria 165

Kita dan Palestin

Salam Perdamaian

J
ika anda berniat mendermakan sebahagian daripada wang anda untuk Palestin, anda sebenarnya masih tak faham-faham isu Palestin. Palestin bukan soal derma dan sedekah. Palestin adalah jihad dan kewajipan. Tuhan kita berkata, berjihadlah dengan harta dan nyawa kamu..

Wang, bahkan nyawa setiap umat Islam adalah tagihan Allah untuk bumi yang disucikanNya itu. Tiada muslim yang tidak mengambil bahagian di dalam jihad Palestin sepanjang zaman kecuali tuahnya pasti direntap bumi suci itu di akhirat nanti.

Palestin adalah ujian Allah


Palestin adalah sebahagian ujian Allah ke atas umat nabi Muhammad sallaLlahu alaihi wasallam. Dari tiga bumi suciNya ( tanah haram ) itu, Allah memberi keamanan untuk Makkah dan Madinah, tetapi tidak untuk Palestin. Palestin sentiasa berdarah dan jika ia aman seketika atau lebih lama daripada itu, di sekelilingnya adalah penuh dengan komplot dan konspirasi musuh untuk merampas dan menghancurkannya kembali.

Ia menjadi rebutan sepanjang zaman untuk umat tiga agama langit yang memiliki kitab samawi masing - masing yang mendakwa sejarah pendudukan dan pemerintahan di situ. Jika tidak kerana Allah menghukum dan memutuskan bahawa bumi haramNya itu adalah milik hambaNya yang bertaqwa yang berada di atas jalanNya yang lurus, iaitu Islam, agama tauhid nabi Ibrahim al hanif alaihissalam, iaitu datuk kepada ketiga - tiga umat tersebut, maka tiadalah umat Islam memiliki hujjah mutlak untuk memilikinya.

Cinta Palestin tanda iman dan taqwa

Mencintai Palestin adalah tanda iman dan taqwa. Kita mesti mencintainya melebihi kecintaan kita kepada tanah air sendiri.

Roda zaman yang berpusing menentukan bahawa bangsa Yahudi telah berjaya merampas dan mendudukinya kini selepas perjuangan lama mereka untuk menguasainya semenjak ribuan tahun dahulu. Selepas mereka menguasainya, impian dan angan - angan mereka begitu memuncak bahawa merekalah anak - anak tuhan yang diberkati segala tindakan mereka.

Hanyalah yang menghantui keyakinan mereka adalah pengetahuan tersembunyi mereka bahawa Palestin ini sebenarnya dan kesudahannya adalah milik umat yang menjadi musuh nombor satu mereka. Mereka tahu Palestin adalah untuk umat Islam.

Hari ini, saat kita dan seluruh umat Islam cuba membina keyakinan dan azam baru di awal tahun baru hijrah, Palestin dibedil dan dibakar oleh Yahudi, musuh Allah, malaikat, manusia dan seluruh makhluk kecuali syaitan daripada kalangan jin dan manusia.

Negara Israel hari ini yang menghimpunkan bangsa Yahudi sedunia itu tahu bahawa mereka tidak boleh hidup dengan hidupnya Islam. Justeru harapan, azam, keyakinan dan masa depan umatnya harus sentiasa dilumpuhkan dan dipadamkan dengan apa jua senjata dan peralatan. Umat Islam mesti kekal putus asa, putus harapan dan putus hubungan dengan tuhannya.

Membunuh umat Islam adalah ibadah dan persembahan mereka kepada tuhan mereka yang mereka ciptakan sendiri.

Cerita yang panjang


Palestin ceritanya panjang dan akan terus memanjang sehingga kiamat. Bermula keamanan dunia adalah dengan amannya Palestin dan bermula kecelakaan dunia adalah dengan celakanya keadaan di bumi Palestin. Begitulah Allah menetapkan sunnahNya bahawa Palestin adalah ujian kehidupan manusiawi.

Anda mesti tahu dan mesti akur bahawa lecehnya pengetahuan anda tentang Palestin adalah petanda lecehnya anda di sisi perjuangan Islam.

Jangan harapkan negara-negara Arab untuk mengembalikan Palestin. Sehingga semalam pun, mereka tidak mampu menyapu dan membersihkan diri daripada tohmahan bahawa mereka adalah sebahagian konspirasi pengeboman di Genting Gaza. Mereka membisu seperti bisu anak dara yang melakukan zina. Negara Arab yang berzina dengan Israel! Ah, sejak bila mereka menerima kehadiran HAMAS? Apatah mengiktiraf mereka sebagai rakan hidup dan mati? Sedangkan mereka tahu bahawa HAMASlah nyawa dan nadi umat Islam Palestin hari ini.

Anda hanya perlu meneka, siapakah yang lebih takutkan HAMAS? Israel atau Arab nasionalis syirik itu sendiri?

Jangan pula mengharapkan negara kita. Negara kita tidak akan menyokong HAMAS sebab HAMAS adalah saudara PAS. Mengharap pemerintah negara bertindak untuk Islam di Palestin adalah seperti mengharapkan perempuan mandul melahirkan anak atau seperti mengharap lelaki yang telah dikasi untuk mensyahwati perempuan.

Dalam dunia yang penuh nifaq dan kekufuran, harapan adalah terletak di atas bahu sekelompok umat Islam yang berjuang untuk kembali kepada Islam yang sebenar. Harapan dan keyakinan masa depan adalah daripada umat yang bersedia menghidupkan kewajiban berjihad fi sabiliLlah.

Setiap kita mestilah mengambil bahagian melaksanakan kewajiban membebaskan bumi suci Palestin.

Jika 10,000 umat Islam di Malaysia menyimpan RM100.00 setahun untuk perjuangan membebaskan al Masjidil Aqsa daripada cengkaman zionis Yahudi, maka wakil pejuang Islam Palestin yang datang ke negara kita akan pulang ke medan jihad dengan RM1 juta dari rakannya di Malaysia.

Allah terima taqwa di dalam dada

RM1 juta itu banyak tetapi ia adalah terlalu kerdil di hadapan bilionan dolar yang dibelanjakan oleh Yahudi dan sekutu Amerikanya untuk menjajah tanah suci itu. RM1 juta itu banyak, tetapi ia adalah sedikit di banding 15 juta umat Islam di negara kita. Atas nama kewajiban ugama, umat Islam di Malaysia semestinya mengeluarkan puluhan juta ringgit untuk perjuangan suci ini.

Sekali lagi, usah mengharap dan berangan wang saku kerajaan nasionalis Melayu akan tumpah walau setitik ke Palestin. Jika ia menitik, ia akan jatuh ke anak mata buat mengaburi pandangan mata. Pemimpin nasionalis Melayu ini pula, bila masa mereka cukup duit? Mata mereka tidak melihat kecuali duit.

Allah tidak menerima RM100.00 yang kita keluarkan itu. Allah menerima taqwa di dada kita. Taqwa kitalah yang akan menggapai Tuhan dan ridhaNya. Ertinya, bukanlah RM1 juta yang perlu kita kumpulkan daripada 10,000 umat Islam di Malaysia, bahkan kita memerlukan sejumlah hambaNya yang bertaqwa yang berjuang di atas jalanNya yang benar. Apabila ada taqwa, adalah wang yang dikeluarkan atas nama kewajiban dan jihad.

100 orang kaya di negara kita yang bertaqwa sudah cukup untuk menghantar RM1 juta atau lebih ke Palestin. 1000 umat Islam daripada masyarakat bandar pertengahan yang bertaqwa sudah cukup untuk menghasilkan RM1 juta untuk Palestin.

Jika setiap kita bertekad untuk menggabungkan diri dalam 10,000 umat Islam negara yang tidur bangunnya adalah untuk Palestin dengan berazam menjadikan perjuangan membebaskan bumi suci itu sebagai sebahagian amal jihadnya di hadapan Allah di padang mahsyar kelak, pastinya kita mampu saja menghantar RM10 juta setiap tahun ke sana.

Ia adalah jumlah yang sedikit. Tetapi bayangkan betapa gembiranya rakyat Palestin, terutama para pejuangnya apabila mendengar jumlah wang sebanyak itu datang daripada saudara mereka di Malaysia yang menyokong perjuangan mereka. Bayangkan betapa roh jihad mereka akan semakin panas dan membara buat membakar Yahudi laknatuLlah itu.

Saya membubuh angka agar anda tahu bahawa Allah mengurniakan pahalanya dengan angka dan juga berat. Dua rakaat masing - masing di Masjid Nabawy, di Masjidil Haram dan di Masjidil Aqsa adalah bersamaan lebih ratusan ribu rakaat berbanding dua rakaat dan sujud anda di masjid Putra Jaya atau di balaisah di hadapan rumah anda.

Bukan negara - negara umat Islam yang hidup penuh dayus dan nifaq hari ini yang akan membebaskan bumi Palestin daripada penjajahan. Mereka adalah bagai buih - buih yang dilambung ombak tanpa perlu dihirau hitung berapa beratnya.

Sudikah setiap kita untuk mendaftar diri sebagai pejuang Islam untuk pembebasan Palestin?

GAZA is burning

Salam Perdamaian buat semua muslimin dan muslimat sekalian.

Semua sedia maklum bahawa rakyat Palestin sekarang sedang diserang dengan teruk oleh rejim yahudi laknatullah. Di bawah adalah sebahagian gambar hasil dari kekejaman puak yahudi laknatullah. Marilah sama2 kita solat hajat dan berdoa mudah2an Allah Taala memberi kekuatan kepada mereka dalam menentang puak yahudi laknat ini.






Sebagai saudara seugama marilah kita sama2 membaca doa qunut nazilah untuk seluruh rakyat palestin semoga semangat jihad terus membara dalam jiwa setiap rakyat palestin dalam menghadapi yahudi laknatullah.

Baca, fahami dan amalkan. Tolong fotokopi untuk imam-imam surau dan masjid. Berikut adalah cadangan Qunut Nazilah dengan baris yang telah saya usahakan barisnya dan ertinya, agar boleh dibaca oleh orang ramai.

اللّهُمَّ إِنّا نَسْتَعِينُكَ وَنُؤمِنُ بِكَ ، وَنَتَوَكَّلُ عَلَيْكَ وَنَثْنِيْ عَلَيْكَ الخَيْرَ وَلاَ نَكْفُرُكَ ، اللَّهُمَّ إيَّاكَ نَعْبُد ، وَلَكَ نُصَلِّي وَنَسْجُدُ ، وَإِليكَ نَسْعَى وَنَحْفُد ، نَرْجُو رَحْمَتَكَ وَنَخْشَى عَذَابَك ، إِنَّ عَذَابَكَ الجَدَّ بِالكُفَّار مُلْحَق ، اللهم عَذِّبَ الكَفَرَةَ وَأهْلَ الكِتَابِ الَّذِيْنَ يَصُدُّوْنَ عَنْ سَبِيْلِكَ
Maksudnya : "Ya Allah sesungguhnya kami memohon pertolongan dariMu dan kami beriman denganMu, dan kami bertawakkal kepada Mu, dan kami memuja Mu dengan kebaikan dan kami tidak mengkufuriMU, Ya Allah hanya engkau yang kami sembah dan kepada Mu kami menunaikan solat dan bersujud, kepadaMu kami berusaha, kami mengharapkan rahmatMu dan kami takutkan azabMu, sesungguhnya azabMu yang pedih akan dikenakan kepada orang-orang yang kafir, Ya Allah azablah orang-orag kafir Ahli kitab yang menghalang-halangi dari jalanMu."

اللّهمّ إِنَّا نَجْعَلُكَ فِي نُحُورِ أَعْدَائِنَا ، ونَعُوذُ بِكَ مِنْ شُرُوْرِهِمْ
اللّهمّ مُنْزِلَ الكِتَابِ، وَمُجْرِيَ السَّحَابِ، وَهَازِمَ الأَحْزَابِ، اِهْزِمْ اليَهُودَ الغَاصِبِيْنَ المحُتَلِّيْنَ، وَانْصُرْناَ عَلَيْهِمْ وَزَلْزِلْهُم. اللّهُمّ بَدِّدْ شَمْلَهُم وَفَرِّقْ جَمْعَهُمْ، و شَتِّتْ كَلِمَتَهُم , خَالِفْ بَيْنَ قُلُوبِهِم، ، وَزَلْزِلْ أَقْدَامَهُم , وَسَلِّطْ عَلَيْهِمْ كَلْباً مِنْ كِلاَبِكَ يا قهار , يا جبار و يا مُنْتَقِمَ , اللهم أَنْزِلِ بِهِم بَأْسَكَ الَّذِيْ لا يَرُدُّ عَنِ القَوْمِ المُجْرِمِين
.
Erti :Wahai Tuhan kami, sesungguhnya kami menjadikan-Mu sebagai pendinding (kepada musuh2) kami, dan kami berlindung dengan-Mu daripada kejahatan mereka.Wahai Tuhan kami, wahai Tuhan yang menurunkan al-Kitab (al-Quran), dan wahai yang menjalankan awan, dan wahai yang menghancurkan tentera al-Ahzab, hancurkanlah Yahudi perampas dan penjajah dan bantulah kami ke atas mereka dan goyankanlah mereka.

Wahai Tuhan kami, binasakanlah kesempurnaan mereka, dan pecah-belahkanlah jemaah/kesatuan mereka, dan gagapkanlah perkataan mereka (melalutkan kereka), pecah belahkanlah hati-hati mereka, goyahkanlah pendirian mereka, dan hantarkanlah anjing ke atas mereka dari anjing-anjing suruhanMu, wahai Tuhan Yang Maha Gagah Perkasa, wahai Tuhan Yang Maha Berani, wahai Tuhan Yang Maha Berdendam, wahai Allah tuhan kami, turunkanlah ke atas mereka kemarahan dan kesakitan dariMu yang tidak mampu ditolak oleh kaum yang berdosa.

اللهم اُنْصُرِ المُسْلِمِيْنَ وَالمُجَاهِدِينَ عَلىْ اليَهُود..اللّهم انْصُرْناَ عَلَيْهِم فِي كُلِّ مَكَانٍ..اللّهمّ أَرِناَ فِيْهِمْ عَجَائِبَ قُدْرَتِكَ .. اللّهمّ أًحْصِهِمْ عَدَداً وَاقْتُلْهُمْ بَدَداً وَلاَ تُغَادِرْ مِنْهُمْ أَحَداً..اللّهمّ اجْعَلْهُمْ غَنِيْمَةً لِلْمُسْلِمِيْن..اللّهمّ اجْعَلْ سِلاَحَهُمْ فِي صُدُوْرِهِمْ وَكَيْدِهِمْ فِي نُحُورِهِمْ وَتَدْبِيْرِهِمْ تَدْمِيْراً لهَمُ , اللّهمّ اْجْعَلْ الملائكةَ تُعِيْنُ المسلمين ..اللّهمّ سَدِّدْ رَمْيَهُمْ .. اللّهمّ سَدِّدْ رَصَاصَهُمْ
Erti : Ya Allah, bantulah muslimin dan pejuang Islam dalam petempurannya dengan Yahudi, Ya Allah bantulah kami untuk mengalahkan mereka di mana-mana sahaja, Ya Allah tunjukkanlah kepada mereka keajaiban kuasaMu, Ya Allah jadikanlah mereka boleh dibilang, dan bunuhlah mereka sebinasanya, dan janganlah engkau lepaskan mereka walau seorang. Ya Allah jadikanlah senjata dan harta mereka sebagai harta rampasan di tangan kaum Muslim, Ya Allah jadikanlah senjata mereka mengenai dada mereka sendiri, dan helah mereka mengenai tengkuk mereka, dan perancangan mereka penghancur mereka sendiri, Ya Allah jadikanlah para Malaikat membantu kaum Muslimin, Ya Allah tepatkanlah tembakan dan lontaran mereka

اللّهمّ أَهْلِكْهُمْ كَمَا أَهْلَكْتَ إِرَمَ وَعَاد ... اللّهمّ صُبَّ عَلَيْهِمْ سَوْطَ عَذَابِ فَإِنَّهُمْ أَفْسَدُوْا فِي البِلاَدِ وَقَتَلُوْا العِبَادَ , اللهم انصُرْ إِخْوَانَناَ فِي لُبْناَن وَفِلَسْطِين وَافغانستان والعراق وَجَمِيْعِ بِلاَدِ المسلمين
Erti : Ya Allah hancurkanlah mereka sebagaimana engkau mengahncur kaum Iram dan ‘Ad , Ya Allah palulah mereka dengan paluan azab kerana mereka telah melakukan kerosakan dalam negara dan membunuh para hambaMu. Ya Allah bantulah saudara kami di LUbnan, Palestin, Afghanistan, Iraq dan seluruh negara umat Islam.

Zaharuddin Abd Rahman
www.zaharuddin.net
6 Januari 2009
4.29 pagi (UK time)

Sumber: Yusof Embong