Salam165,
Alhamdulillah, pada 22/11 - 23/11 telah berlangsungnya ESQ training in house MAIPP dengan peserta lebih kurang 650 orang. Paling ramai sekali rasanya untuk tahun ini. Aku yang kebetulan berada di kampung alhamdulillah dapat menyumbangkan sedikit tenaga bagi menjayakan training tesebut.
Lebih bersejarah lagi aku dapat bersama-sama dengan bini aku, biras aku Amran dan Wan serta kakak dan adik iparku Kak Ani, Kak Liza dan Naemah dalam melaksanakan Total Action iaitu menjadi Alumni Training Support (ATS). Sesungguhnya Allah Maha berkuasa, selalu dok pi training ni kat KL tapi jadi ATS kat Penang. Dan paling membanggakan, adik-beradik sepupu sepapat aku yang lain pun dapat menjadi peserta kali ini. Terima Kasih pada Abg Wan dan Kak Liza atas usaha mereka. Semoga Allah membalas segala usaha dan penat lelah mereka selama ini. Amin.
Subhanallah, sesungguhnya pengalaman menjadi ATS amat bermakna sekali dalam diriku. Tidak dapat untuk aku gambarkan disini. Memang betul la apa yg rakan ATS di KL selalu cakap. Nak merasai nikmat dalam ESQ ni jadi la ATS.
Kepada adik beradik lain yang dah alumni cubalah merasai pengalaman ini. Pasti anda menemui sesuatu yang bermakna dan indah dalam diri anda. Insyaallah.
Kepada adik beradik, rakan dan taulan yang masih belum berkesempatan pergi dan merasai training ini, rebutlah peluang ini. Sesungguhnya training ini dapat memberikan sinar baru dalam kehidupan anda. Insyaallah.
Salam165 buat seluruh alumni ESQ, marilah kita semua berjuang untuk menegak 165 dibumi Allah ini. Pastikan setiap jengkal tanah dan jiwa ada 165.
p/s - NAE bila nak upload gambaq geng ATS ni.
2 comments:
1st time p sbg alumni mmg best .walaupun dh tau intipati training tp sikit pun tak boring.dok reyau camtu gak,huhu.tasha mmg dh siap entri pasai ESQ baru-baru ni tp tak publish sb dok tunggu gambaq dr nae gak. PC dia rosak , repair tak siap lg.niway tq a.kashah sb memperkenalkan ESQ ni kt kami smua.lanie dok promote kt kwn2 tp tue la susah nk convince org utk invest sejumlah wang..depa tatau duit tu bkn ukuran dgn ilmu & pengisian yg kita dpt dr ESQ 165.
p/s : nae kata dia pn tingin nk jd ATS.
xpa tssya yang penting kita bercakap tentang ESQ nie, mungkin satu hari nanti depa terbuka nak tau apa dia esq nie.
Yang penting kita dah berusaha sebarkan ESQ. Depa nak pi xpi itu semua kuasa Allah.
Jgn berterima kasih pada a.kashah. tapi bersyukurlah pada Allah yg membuka pintu hati kita semua utk pi training ni.
Post a Comment