Wednesday, July 22, 2009

Save Palestine

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad SAW dan keluarga serta para sahabat baginda Rasulullah SAW.

Tanpa kita sedari masyarakat Islam semakin hari semakin melupakan kesengsaraan saudara Islam kita di Palestine. Malah kempen boikot Israel/Yahudi pun semakin kurang kedengaran disana sini kecuali daripada golongan yang benar2 memperjuangkan Islam. Restoran makanan segera seperti McDonald mula dipenuhi masyarakat Islam. Tiada istiqamah dalam memboikot barangan keluaran yahudi dan sekutunya. Persoalannya adakah kita sudah lupa atau buat buat lupa. Tepuk dada tanya iman. Apa yang ingin dikongsikan disini hanya untuk kita refresh balik segala kekejaman pihak yahudi laknatullah itu, dan marilah sama2 kembali memboikot barangan mereka dan sekutunya. Semoga dengan jihad ekonomi ini sedikit sebanyak dapat membantu saudara Islam kita di Palestine.

Baru-baru ini dengar ceramah yang disampaikan oleh bekas pengerusi Mercy Malaysia Dr Azhar (kalau x silap la), beliau baru pulang daripada Gaza menceritakan betapa orang Islam Palestine disana begitu tertekan sekali dengan tekanan dari pihak yahudi zionis ini yang nak digelarkan apa kepada mereka ini pun tidak tahulah, mereka ini seumpama iblis dan setan yang bertopeng manusia langsung tidak punya rasa belas dan ihsan. Hidup dan mati orang Islam Palestine hanya Allah SWT sahaja Yang Maha Mengetahui. Setiap hari ada saja jet pejuang auto pilot yang dikendalikan oleh komputer berlegar diatas kepala. Bayangkan jet tersebut boleh terbang sejauh 20,000km dari aras bumi dan boleh memfokus hatta pen sekalipun yang diselit pada baju. Tu dia canggih sungguh persenjataan mereka. Tapi sayang kepakaran ini digunakan untuk menghancurkan sesama manusia. Orang Islam Palestine amat terdedah sekali dengan tembakan2 tepat dari jet ini. Nyawa mereka ibarat telur dihujung tanduk, tapi kekuatan orang Islam Palestine ini ialah semangat jihad yang meresap dalam tubuh mereka, sejak dilahirkan mereka didedahkan dengan senjata dan perang semata-mata.

Dalam ceramah beliau memaparkan beberapa gambar untuk tontonan para hadirin, Masyaallah tidak tergamak untuk diceritakan disini, tapi beliau berkata percayalah orang Islam Palestine disana begitu kuat sekali semangat mereka. Berapa banyak bangunan runtuh pasti mereka bina kembali. Kepakaran orang Palestine juga hebat sepertimana yang kita ketahui. Cuma yang membataskan mereka daripada maju adalah kekurangan dana. Mereka akan menggunakan apa saja untuk survive hatta mengorek terowong menggunakan tangan pun mereka sanggup asalkan mereka boleh terus berjuang mempertahankan tanahair mereka. Begitulah hebat sekali orang Islam Palestine. Amat malang sekali disekeliling mereka adalah negara2 arab yang kaya tapi sejauh mana mereka membantu saudara seislam mereka, ini yang amat dikesalkan. Menurut Dr itu lagi hanya negara Turki yang boleh dikatakan banyak membantu, dan yang lain hanya NGO sahajalah yang berjuang untuk membantu orang islam Palestine termasuklah dari Malaysia.

Pernah sekali salah seorang menteri dari HAMAS datang ke Malaysia meminta bantuan dana agar mereka dapat membeli senjata untuk menentang yahudi zionis. Beliau berkata "Palestine serahkan kepada kami, cuma apa yang beliau harapkan adalah bantuan dana dari anda semua. Beliau berkata lagi Insyaallah jika beliau syahid, beliau akan tuntut depan Allah SWT apa yang anda semua telah infaqkan kepada pembebasan Palestine". Subhanallah, menitis airmata aku mendengarkan kata2 dari beliau.

Percayalah saudara saudari semua, kemenangan Palestine itu pasti, cuma masa saja yang menentukan, apa yang diceritakan disini bukan ingin mengajak anda semua berjihad atau pergi berperang, memang kita tidak mampu pun dari segi ilmu ketenteraan. Apa yang diharapkan sumbanglah apa yang termampu walaupun hanya sekadar doa. Mudah2an ini semua menjadi amal jariah dan pengorbanan kita kelak yang akan dibentangkan di hadapan Allah SWT nanti.



Apa lagi yang tinggal di sini semuanya hancur

Wallahua'alam

Monday, July 20, 2009

Ni yang kata takdak penyakit cari penyakit

Salam,

Sedikit nukilan rasa yang ingin dicoretkan disini hanya ingin berkongsi apa yang dirasakan. Tidak ada hubungkait dengan sesiapapun sama ada yang masih hidup ataupun yang telah mati. Hanya sekadar luahan hati yang tertunduk lesu tiada bermaya.

Hari ini aku serius tidak ada mood nak buat keje, bukan pasai apa pun, nak kata stress pun tak jugak. Semalam berlangsungnya "Karnival Sukan MIMOS" untuk acara badminton. Aku pun yang dah lama tak main, bagilah nama untuk join my deparment for this games. Sanggup berkorban daripada jadi ATS untuk training ESQ MCB6 di Flamingo Hotel, Ampang pada sabtu dan ahad lepas semata-mata untuk berbakti pada negara kununnya. Kununnya nak tunjuk skill la, alhmadulillah skill masih ada tapi stamina saja yg tiada. Hari ini bangun tidoq habis sakit satu badan sampaikan nak pegang mouse pun dah terketaq2 tangan apatah lagi nak buat benda yang berat2. (menari capoure pun takla rasa sampai macam ni sekali...adusss)

Nak jadi cerita hari ini ada bowling selection untuk games bowling, dah la sakit badan tak habis lagi dok pi tambah ngan main bowling apalagi, balik tadi terus flet, tangkap habis semua pinggang. Dok rasa diri muda lagi padahal "tua sebelum usia" (pinjam kata2 haruman mawar). Padahnya tanggung sendiri la.


Pergh juping smash yang tak berapa nak tinggi pun ala2 taufik gitu. Skill masih ada, cuma faktor usia dan stamina mengatasi segalanya.

Tengok gaya smash dah ala2 taufik dah...huhuhu. Tapi lepas smash mulalah nak terkeluar semua isi perut. Tu la orang tua2 pesan jgn dok cari penyakit tapi ketegaq jugak tu lah akibatnya.


Baru lepaih habis games, termenung panjang keletihan dalam hati dok meyesal tak sudah "kalau la aku tau nak letih macam ni, dok rumah tido lagi baguih"

Anyway, pengorbanan aku tak sia-sia la malah berbaloi-baloi lagi....sakit pun sakit la....setelah berpenat lelah, bak kata orang usaha tangga kejayaan, akhirnya kemenangan jua menjadi milik pasukan aku. Menjadi juara mengalahkan team favourite yang lain. Terima kasih juga pada kengkawan yang berhabis-habisan walaupun ada yang injured. Tapi semangat Malaysia Boleh!!!! melebihi segalanya. Semuanya juga dengan izin ALLAH SWT. Tanpa izinNYA pasti tidak apa yang boleh dibanggakan.

Sekian Wassalam

Wednesday, July 8, 2009

Apa Ku Rasa

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad SAW serta keluarga dan para sahabat baginda SAW.

Salam,

Sedar atau tidak lately ni, masyarakat selalu dihidangkan dengan rancangan TV yang ceritanya berbaur seram. Bermula daripada puaka niang rapik, klewoon, jangan pandang belakang, cheplos, toyol dan beberapa lagi yang aku tak berapa nak ingat.

Inilah rupanya puaka niang rapik, bukan saja budak2 yg takut, mak bapak pun bisa terkezut juga
Persoalan yang ingin diutarakan disini sejauh mana keberkesanan cerita yang dipaparkan itu dapat memberi impak yang positif kepada masyarakat terutamanya golongan kanak-kanak?

Rasanya tiada satupun yang memberi kebaikan kepada masyarakat melainkan hanya hiburan semata-mata. Dan yang lebih memeritkan lagi anak-anak menjadi semakin takut, takut dan takut. Yang peliknya, anak-anak ini walau takut macamana sekalipun tetapi rancangan inilah yang menjadi perhatian mereka. Hairan bin ajaib. Rancangan yang tengah hot sekarang ni e.toyol.com (best kat mana cerita ni.. aku pun tak tau...hanya jauhari saja yang kenal manikam)

Kita bimbang sedikit sebanyak pengaruh daripada cerita sebegini akan merosakkan pemikiran anak-anak. Realitinya anak-anak kecil memang mudah menerima apa yang dilihatnya dan jika tiada tunjuk ajar dari ibubapa pasti mereka akan mempercayai perkara yang mengarut ini. Kemudian mulalah menanyakan kepada ibubapa soalan-soalan cepumas yang kekadang kita ni sebagai ibubapa pun letih nak menjawabnya. Kalau boleh jawab tak mengapa, tapi bagaimana kalau kita sendiri tidak dapat memberi jawapan yang tepat. Pikiaq sendiri la kan apa akibatnya.

Ini satu lagi drama yang paling mangkaq sekali, macamana bulih pikiaq buat drama ni pun tak tau la

Seingat aku, dulu Kementerian Penerangan begitu ketat sekali penguatkuasaan mereka terhadap filem atau drama yang berunsur tahyul ini, tapi sejak kebelakangan ini, makin menjadi-jadi pulak rancangan yang berbentuk sedemikian malah film production berlumba-lumba mengeluarkan filem atau drama berunsur seram ni. Agaknya selepas tempias dari kejayaan filem Jangan Pandang Belakang, maka bermulalah episod filem atau drama seram bermaharajalela di stesen TV baik stesen TV kerajaan mahupun swasta, semuanya berlumba-lumba menayangkan cerita yang berbentuk seperti itu. Selepas sambutan hangat drama Puaka Niang Rapik, dengar kata ada pulak Niang Rapik The Movie. Ghaplah jingga betui la.

Tidak menjadi kesalahan kepada pengeluar filem/drama untuk mengeluarkan cerita sebegini, kerana kita faham itulah bisnes mereka, cuma yang dikesalkan, jalan cerita yang melampaui batas sehingga anak-anak mudah percaya dengan perkara2 tahyul ini. Ini yang membimbangkan. Sememangnya menjadi tanggungjawab ibubapa untuk memantau anak-anak, tapi sejauh mana kemampuan ibubapa kalau tiap2 minggu disogokkan dengan cerita sebegini. Kekadang ibubapa juga tidak mampu berbuat apa jika anak-anak sendiri excited nak menontonnya sehinggakan menangis-menangis bebudak tu jika ibubapa sendiri mengalih rancangan TV ke siaran lain. Tak pasal2 gaduh mak bapa ngan anak-anak di rumah kerana berebut nak nonton TV. Apa punya haru pun tak tau la.

Apa yang dapat disimpulkan disini, selagi tiada halangan daripada pihak berwajib, maka kepada semua ibubapa diluar sana pantaulah dengan sebaiknya apa yang anak-anak kita lakukan. Kelak jika dibiarkan pasti mengundang perkara yang tidak diingini. Sedikit sebanyak mungkin menjejaskan pembelajaran mereka. Kita nak menyekat anak-anak dari menonton TV pun tak adil juga buat mereka. Mahu atau tidak kenalah hadapi dengan penuh kesabaran dan bijaksana.

Sekadar luahan rasa daripada apa yang dirasakan. Yang baik itu dari Allah, yang tidak baik itu atas kelemahan diri hamba yang hina ini.

Wallahua'alam

Tuesday, July 7, 2009

Makna Dalam Solat

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Selawat dan salam buat insan utama Nabi Muhammad SAW, keluarga serta para sahabat.

Semoga dalam kita memahami makna bacaan di dalam solat akan membuatkan kita lebih khusyuk di dalam solat.
Takbiratulihram
Allahuakbar
Allah Maha Besar

Doa Iftitah
Allah Maha Besar dan segala puji bagi Allah dengan banyaknya.
Maha suci Allah sepanjang pagi dan petang
Aku hadapkan wajahku bagi Tuhan yang menciptakan langit dan bumi, dengan suasana lurus dan berserah diri dan aku bukan dari golongan musyrik.
Sesungguhnya solatku, ibadatku, hidupku dan matiku hanya untuk Allah, Tuhan sekelian alam.
Tidak ada sekutu bagiNya dan kepadaku diperintahkan untuk tidak menyekutukan bagiNya dan aku dari golongan orang islam.

Al Fatihah
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam.
Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Yang menguasai hari pembalasan.
Hanya Engkaulah ynag kami sembah dan hanya kepada Engkaulah kami memohon pertolongan.
Tunjukilah kami jalan yang lurus.
Iaitu jalan orang-orang yang Engkau kurniakan nikmat kepada mereka, bukan jalan mereka yang Engkau murkai dan bukan jalan mereka yang sesat.

Bacaan ketika Rukuk
Maha Suci Allah Yang Maha Mulia dan dengan segala puji-pujiannya.

Bacaan ketika bangun dari rukuk
Allah mendengar pujian orang yang memujinya.

Bacaan ketika iktidal
Wahai Tuhan kami, bagi Engkaulah segala pujian.

Bacaan ketika sujud
Maha Suci Allah Yang Maha Tinggi dan dengan segala puji-pujiannya.

Bacaan ketika duduk diantara dua sujud
Ya Allah, ampunilah daku,
Rahmatilah daku,
Kayakan daku,
Angkatlah darjatku,
Rezekikan daku,
Berilah aku hidayah,
Sihatkanlah daku dan
Maafkanlah akan daku.

Bacaan Ketika Tahiyyat Awal
Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah.
Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya.
Sejahtera ke atas kami dan ke atas hamba-hamba Allah yang soleh.
Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah.
Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad.

Bacaan ketika Tahiyyat Akhir
Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah.
Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya.
Sejahtera ke atas kami dan ke atas hamba-hamba Allah yang soleh.
Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah.
Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya.
Sebagaimana Engkau selawatkan ke atas Nabi Ibrahim dan ke atas keluarganya.
Berkatilah ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya, sebagaimana Engkau berkati ke atas Nabi Ibrahim dan ke atas keluarga Ibrahim di dalam alam ini.
Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Agung.

Doa Qunut
Ya Allah, berilah aku petunjuk sebagaimana orang-orang yang telah Engkau tunjuki.
Sejahterakanlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau sejahterakan.
Pimpinlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau pimpin.
Berkatilah hendaknya untukku apa-apa yang telah Engkau tetapkan.
Sesungguhnya hanya Engkau sahajalah yang menetapkan, dan tidak sesiapapun ynah berkuasa menetapkan sesuatu selain daripada Engkau.
Sesungguhnya tidak terhina orang yang memperolehi pimpinanMu.
Dan tidak mulia orang-orang yang Engkau musuhi.
Telah memberi berkat Engkau, Ya Tuhan kami dan Maha Tinggi Engkau.
Hanya untuk Engkau sahajalah segala puji terhadap apa yang telah Engkau tetapkan.
Dan aku mohon ampun dan bertaubat kepada Engkau.
Dan Allah rahmatilah Muhammad, Nabi yang ummi dan sejahtera ke atas keluarganya dan para sahabatnya.
Ya Allah, aku tidak layak ke syurgaMu, namun aku tidak pula sanggup ke nerakaMu. Kamilah hamba yang mengharap belas dariMu. Ya Allah jadikanlah kami hamba-hambu Mu yang bertaqwa, ampunilah dosa-dosa kami, dosa kedua ibubapa kami, dosa semua umat islam yang masih hidup mahupun yang telah meninggal dunia. Ameen Ya Rabbal alamin.

Friday, July 3, 2009

Dulu dan Sekarang

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Salam,

Alhamdulillah syukur kehadrat Allah SWT diatas limpah karunianya yang tidak terhingga.

Pejam celik, pejam celik dah hampir 12 tahun aku bekerja di KL ni. Disini aku nak cerita serba sedikit pengalaman dan bagaimana aku boleh bekerja di KL ni.

Dulu aku study di KL juga, selepas habisnya kuliah aku yang terakhir, aku tanpa membuang masa terus mengemas barang dan ingin terus pulang ke kampung, sampaikan kawan2 pun dah tak sempat nak jumpa untuk ucap selamat. Yang mana kawan senegeri bolehlah jumpa balik di kampung tapi kawan yang lain memang lost contact la (Alhamdulillah masa keje kat KL ni dah jumpa balik kawan lama masa study dulu). Punya terujanya aku masa tu untuk balik ke kampung untuk bersama keluarga dan rakan taulan di kampung. Dulu mana boleh balik kampung kerap2 macam sekarang ni. Dulu naik bas pun maunya 8 jam, highway plus mana siap sepenuhnya. Time semester breaklah baru boleh balik kampung pun (sekarang ni tiap2 minggu pun boleh balik).

Aku memang dari dulu aku takdak hati langsung nak kerja kat KL ni. Sampaikan masa on the way nak balik kampung, ketika bas baru bertolak meninggalkan Puduraya dalam hati aku berbisik "aku tak mau dah jejak kaki di KL ni", tudia sampai macam tu sekali punya prejudisnya aku kat KL ni. Dengaq KL ni kira semak perut la. Dengan jemnya, dengan ramai orangnya. Ntahlah kenapa aku begitu tak sukanya tinggai di KL ni. Paling tak suka sekali bila time nak balik raya. Dulu nak pegi manapun kira ghabat bas la, mana ada motor dan kereta macam budak2 la ni.

Puduraya yang meninggalkan banyak nostalgia kepada aku.

Seksa tak seksa masa nak balik beraya ke kampung, hari ini umum esok posa, maka keesokannya berjuanglah warga kota untuk mendapatkan tiket bas. Dulu bas ekspress tak banyak. Yang ada yang masih dalam ingatan aku, antara yang popularnya tentulah ekspress Nasional, Ebban, Ekora, Silver, Sinar Johan, Jasaramai, Panther dan ada la dua tiga lagi. Jadual bas pun tak sekerap sekarang ni. Memang tension waktu tu. Tu belum naik bas tambahan lagi ataupun keretapi Mel, lagi la teruk. keretapi Mel ni umpama naik keretapi kat India la cuma bezanya takdak la sampai naik atas bumbung. Tapi aku pernah naik mel berdiri dari KL sampai Penang lebih dari 8 jam bayangkan time tu punya sesak sampai nak kalih kiri kanan pun tak boleh, nak tido pun berdiri la jawabnya. Tu dia dulu punya cerita.

Kota yang tidak pernah tidur dalam menemani sang warganya

Apapun kini aku kembali menjadi warga kota, kota kosmopolitan yang menyimpan berbagai rahsia didalamnya sama ada baik atau tidak, semuanya ada disini. Jika kita tak kuat menghadapi dugaan dan godaan hidup dikota ini pasti akan hanyut dibuai dengan dosa dan noda yang tak pernah lupa untuk mengejar sang manusia yang dahagakan kehidupan yang penuh cabaran ini.

Aku tinggalkan KL ni ketika tahun 1993, dan aku datang balik ke KL ni Oct 1997. Ketika itu aku ditawarkan bekerja di MIMOS Berhad sampai la sekarang. Lebih kurang 4 tahun lebih mencari rezeki di tempat sendiri di Penang. Masa tu kerja kilang la, kerja kilang time tu kira glamor la lebih2 lagi kalau kerja di kilang Sony. Time tu Sony kira top la. Sapa tak kenai dengan uniform mereka yang berbatik2 tu dan kain yang tak cukup benang. Habis terbelah sana terbelah sini yang membuatkan kaum Adam terbeliak biji mata dan berlumba2 untuk bekerja disana termasuk la aku. Orang laki dulu kira susah juga nak dapat kerja. Sampai satu tahap terpaksa jadi general worker saja itupun sebagai pekerja kontrak.

Pengalaman kerja dikilang kat Penang adalah lebih 4 tahun. Kalau tak silap 3 kilang jugak la aku pernah kerja. Dulu suka lompat sebab nak mengejar gaji yang tinggi, sapa ada pengalaman kerja time tu kira memang boleh demand la. Dan kilang terakhir aku adalah Acer terletak di Seberang Jaya (Acer pun dah bungkuih, dah tukaq nama dah apanama BenQ), 2 tahun juga la aku bertahan kat situ. Akhirnya aku mengalah pada tekanan, biasalah kerja ngan cha ya alif nun ni, kalau tak tahan maunya angkat kaki. Begitulah aku.

Selepas itu, bermulalah episod aku berhijrah ke KL atas alasan untuk membina karier yang lebih cemerlang di dalam kehidupan yang lebih mencabar. Akhirnya tanggal 21 Oct 97 aku memulakan kerjaya aku di KL ini yang selama ini begitu membelenggu diri aku. Alhamdulillah semuanya telah tertulis rezeki aku disini. Aku pasrah dengan ketentuanNya. Di KL inilah aku memulakan kehidupan, disini jugalah aku bertemu jodoh (ngan orang kampung pulak tu, senang skit nak balik raya takyah gaduh2), hidup berkeluarga dan punya kehidupan berumahtangga seperti orang lain. Sampai bila? Allah saja Yang Maha Mengetahui.

Akhirnya, kata2 aku yang pernah aku luahkan dulu harus aku telan. Anyway, aku bersyukur atas apa yang aku ada sekarang ni.

Kesimpulannya, jika kita tidak suka dengan sesuatu janganlah kita sebutkan atau terlintas untuk menyebutnya kerana sesungguhnya perkara yang tidak disukai itulah akan menjadi teman kita. Kita hanya merancang, Allah juga merancang sesungguhnya perancangan Allahlah yang terbaik. Yang penting berdoalah kepada Allah SWT mintalah hanya kepadaNya, mudahan kita dapat apa yang kita inginkan. Janganlah kita membebel dan memaki hamun dengan apa yang kita tidak suka itu, tanpa disedari kepada siapa sebenarnya kita memaki hamun itu. Nauzibillah himin zalik.

Wallahua'alam