Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad SAW serta keluarga dan para sahabat baginda SAW.
Salam,
Sedar atau tidak lately ni, masyarakat selalu dihidangkan dengan rancangan TV yang ceritanya berbaur seram. Bermula daripada puaka niang rapik, klewoon, jangan pandang belakang, cheplos, toyol dan beberapa lagi yang aku tak berapa nak ingat.
Persoalan yang ingin diutarakan disini sejauh mana keberkesanan cerita yang dipaparkan itu dapat memberi impak yang positif kepada masyarakat terutamanya golongan kanak-kanak?
Rasanya tiada satupun yang memberi kebaikan kepada masyarakat melainkan hanya hiburan semata-mata. Dan yang lebih memeritkan lagi anak-anak menjadi semakin takut, takut dan takut. Yang peliknya, anak-anak ini walau takut macamana sekalipun tetapi rancangan inilah yang menjadi perhatian mereka. Hairan bin ajaib. Rancangan yang tengah hot sekarang ni e.toyol.com (best kat mana cerita ni.. aku pun tak tau...hanya jauhari saja yang kenal manikam)
Kita bimbang sedikit sebanyak pengaruh daripada cerita sebegini akan merosakkan pemikiran anak-anak. Realitinya anak-anak kecil memang mudah menerima apa yang dilihatnya dan jika tiada tunjuk ajar dari ibubapa pasti mereka akan mempercayai perkara yang mengarut ini. Kemudian mulalah menanyakan kepada ibubapa soalan-soalan cepumas yang kekadang kita ni sebagai ibubapa pun letih nak menjawabnya. Kalau boleh jawab tak mengapa, tapi bagaimana kalau kita sendiri tidak dapat memberi jawapan yang tepat. Pikiaq sendiri la kan apa akibatnya.
Ini satu lagi drama yang paling mangkaq sekali, macamana bulih pikiaq buat drama ni pun tak tau la
Seingat aku, dulu Kementerian Penerangan begitu ketat sekali penguatkuasaan mereka terhadap filem atau drama yang berunsur tahyul ini, tapi sejak kebelakangan ini, makin menjadi-jadi pulak rancangan yang berbentuk sedemikian malah film production berlumba-lumba mengeluarkan filem atau drama berunsur seram ni. Agaknya selepas tempias dari kejayaan filem Jangan Pandang Belakang, maka bermulalah episod filem atau drama seram bermaharajalela di stesen TV baik stesen TV kerajaan mahupun swasta, semuanya berlumba-lumba menayangkan cerita yang berbentuk seperti itu. Selepas sambutan hangat drama Puaka Niang Rapik, dengar kata ada pulak Niang Rapik The Movie. Ghaplah jingga betui la.
Tidak menjadi kesalahan kepada pengeluar filem/drama untuk mengeluarkan cerita sebegini, kerana kita faham itulah bisnes mereka, cuma yang dikesalkan, jalan cerita yang melampaui batas sehingga anak-anak mudah percaya dengan perkara2 tahyul ini. Ini yang membimbangkan. Sememangnya menjadi tanggungjawab ibubapa untuk memantau anak-anak, tapi sejauh mana kemampuan ibubapa kalau tiap2 minggu disogokkan dengan cerita sebegini. Kekadang ibubapa juga tidak mampu berbuat apa jika anak-anak sendiri excited nak menontonnya sehinggakan menangis-menangis bebudak tu jika ibubapa sendiri mengalih rancangan TV ke siaran lain. Tak pasal2 gaduh mak bapa ngan anak-anak di rumah kerana berebut nak nonton TV. Apa punya haru pun tak tau la.
Apa yang dapat disimpulkan disini, selagi tiada halangan daripada pihak berwajib, maka kepada semua ibubapa diluar sana pantaulah dengan sebaiknya apa yang anak-anak kita lakukan. Kelak jika dibiarkan pasti mengundang perkara yang tidak diingini. Sedikit sebanyak mungkin menjejaskan pembelajaran mereka. Kita nak menyekat anak-anak dari menonton TV pun tak adil juga buat mereka. Mahu atau tidak kenalah hadapi dengan penuh kesabaran dan bijaksana.
Sekadar luahan rasa daripada apa yang dirasakan. Yang baik itu dari Allah, yang tidak baik itu atas kelemahan diri hamba yang hina ini.
Wallahua'alam
No comments:
Post a Comment