Wednesday, July 22, 2009

Save Palestine

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad SAW dan keluarga serta para sahabat baginda Rasulullah SAW.

Tanpa kita sedari masyarakat Islam semakin hari semakin melupakan kesengsaraan saudara Islam kita di Palestine. Malah kempen boikot Israel/Yahudi pun semakin kurang kedengaran disana sini kecuali daripada golongan yang benar2 memperjuangkan Islam. Restoran makanan segera seperti McDonald mula dipenuhi masyarakat Islam. Tiada istiqamah dalam memboikot barangan keluaran yahudi dan sekutunya. Persoalannya adakah kita sudah lupa atau buat buat lupa. Tepuk dada tanya iman. Apa yang ingin dikongsikan disini hanya untuk kita refresh balik segala kekejaman pihak yahudi laknatullah itu, dan marilah sama2 kembali memboikot barangan mereka dan sekutunya. Semoga dengan jihad ekonomi ini sedikit sebanyak dapat membantu saudara Islam kita di Palestine.

Baru-baru ini dengar ceramah yang disampaikan oleh bekas pengerusi Mercy Malaysia Dr Azhar (kalau x silap la), beliau baru pulang daripada Gaza menceritakan betapa orang Islam Palestine disana begitu tertekan sekali dengan tekanan dari pihak yahudi zionis ini yang nak digelarkan apa kepada mereka ini pun tidak tahulah, mereka ini seumpama iblis dan setan yang bertopeng manusia langsung tidak punya rasa belas dan ihsan. Hidup dan mati orang Islam Palestine hanya Allah SWT sahaja Yang Maha Mengetahui. Setiap hari ada saja jet pejuang auto pilot yang dikendalikan oleh komputer berlegar diatas kepala. Bayangkan jet tersebut boleh terbang sejauh 20,000km dari aras bumi dan boleh memfokus hatta pen sekalipun yang diselit pada baju. Tu dia canggih sungguh persenjataan mereka. Tapi sayang kepakaran ini digunakan untuk menghancurkan sesama manusia. Orang Islam Palestine amat terdedah sekali dengan tembakan2 tepat dari jet ini. Nyawa mereka ibarat telur dihujung tanduk, tapi kekuatan orang Islam Palestine ini ialah semangat jihad yang meresap dalam tubuh mereka, sejak dilahirkan mereka didedahkan dengan senjata dan perang semata-mata.

Dalam ceramah beliau memaparkan beberapa gambar untuk tontonan para hadirin, Masyaallah tidak tergamak untuk diceritakan disini, tapi beliau berkata percayalah orang Islam Palestine disana begitu kuat sekali semangat mereka. Berapa banyak bangunan runtuh pasti mereka bina kembali. Kepakaran orang Palestine juga hebat sepertimana yang kita ketahui. Cuma yang membataskan mereka daripada maju adalah kekurangan dana. Mereka akan menggunakan apa saja untuk survive hatta mengorek terowong menggunakan tangan pun mereka sanggup asalkan mereka boleh terus berjuang mempertahankan tanahair mereka. Begitulah hebat sekali orang Islam Palestine. Amat malang sekali disekeliling mereka adalah negara2 arab yang kaya tapi sejauh mana mereka membantu saudara seislam mereka, ini yang amat dikesalkan. Menurut Dr itu lagi hanya negara Turki yang boleh dikatakan banyak membantu, dan yang lain hanya NGO sahajalah yang berjuang untuk membantu orang islam Palestine termasuklah dari Malaysia.

Pernah sekali salah seorang menteri dari HAMAS datang ke Malaysia meminta bantuan dana agar mereka dapat membeli senjata untuk menentang yahudi zionis. Beliau berkata "Palestine serahkan kepada kami, cuma apa yang beliau harapkan adalah bantuan dana dari anda semua. Beliau berkata lagi Insyaallah jika beliau syahid, beliau akan tuntut depan Allah SWT apa yang anda semua telah infaqkan kepada pembebasan Palestine". Subhanallah, menitis airmata aku mendengarkan kata2 dari beliau.

Percayalah saudara saudari semua, kemenangan Palestine itu pasti, cuma masa saja yang menentukan, apa yang diceritakan disini bukan ingin mengajak anda semua berjihad atau pergi berperang, memang kita tidak mampu pun dari segi ilmu ketenteraan. Apa yang diharapkan sumbanglah apa yang termampu walaupun hanya sekadar doa. Mudah2an ini semua menjadi amal jariah dan pengorbanan kita kelak yang akan dibentangkan di hadapan Allah SWT nanti.



Apa lagi yang tinggal di sini semuanya hancur

Wallahua'alam

3 comments:

Am said...

betui tu ,,semakin lama semakin org lupa ttg boikot brg2 Israel... mmg melayu mudah lupa..smgt membara sekejap saja..seperti hangat2 tahi ayam...Mcd mula dipenuhi manusia2 yang kebulur seelah bebera[a bulan ikut memboikot tp tak memahami tujuan sebenar memboikot!!!

Am said...

betui tu ,,semakin lama semakin org lupa ttg boikot brg2 Israel... mmg melayu mudah lupa..smgt membara sekejap saja..seperti hangat2 tahi ayam...Mcd mula dipenuhi manusia2 yang kebulur seelah bebera[a bulan ikut memboikot tp tak memahami tujuan sebenar memboikot!!!

Kash said...

Anie, tu yg boh entry pasal palestine tu utk saling ingat mengingati.

Thanks for the comment.