Friday, July 3, 2009

Dulu dan Sekarang

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Salam,

Alhamdulillah syukur kehadrat Allah SWT diatas limpah karunianya yang tidak terhingga.

Pejam celik, pejam celik dah hampir 12 tahun aku bekerja di KL ni. Disini aku nak cerita serba sedikit pengalaman dan bagaimana aku boleh bekerja di KL ni.

Dulu aku study di KL juga, selepas habisnya kuliah aku yang terakhir, aku tanpa membuang masa terus mengemas barang dan ingin terus pulang ke kampung, sampaikan kawan2 pun dah tak sempat nak jumpa untuk ucap selamat. Yang mana kawan senegeri bolehlah jumpa balik di kampung tapi kawan yang lain memang lost contact la (Alhamdulillah masa keje kat KL ni dah jumpa balik kawan lama masa study dulu). Punya terujanya aku masa tu untuk balik ke kampung untuk bersama keluarga dan rakan taulan di kampung. Dulu mana boleh balik kampung kerap2 macam sekarang ni. Dulu naik bas pun maunya 8 jam, highway plus mana siap sepenuhnya. Time semester breaklah baru boleh balik kampung pun (sekarang ni tiap2 minggu pun boleh balik).

Aku memang dari dulu aku takdak hati langsung nak kerja kat KL ni. Sampaikan masa on the way nak balik kampung, ketika bas baru bertolak meninggalkan Puduraya dalam hati aku berbisik "aku tak mau dah jejak kaki di KL ni", tudia sampai macam tu sekali punya prejudisnya aku kat KL ni. Dengaq KL ni kira semak perut la. Dengan jemnya, dengan ramai orangnya. Ntahlah kenapa aku begitu tak sukanya tinggai di KL ni. Paling tak suka sekali bila time nak balik raya. Dulu nak pegi manapun kira ghabat bas la, mana ada motor dan kereta macam budak2 la ni.

Puduraya yang meninggalkan banyak nostalgia kepada aku.

Seksa tak seksa masa nak balik beraya ke kampung, hari ini umum esok posa, maka keesokannya berjuanglah warga kota untuk mendapatkan tiket bas. Dulu bas ekspress tak banyak. Yang ada yang masih dalam ingatan aku, antara yang popularnya tentulah ekspress Nasional, Ebban, Ekora, Silver, Sinar Johan, Jasaramai, Panther dan ada la dua tiga lagi. Jadual bas pun tak sekerap sekarang ni. Memang tension waktu tu. Tu belum naik bas tambahan lagi ataupun keretapi Mel, lagi la teruk. keretapi Mel ni umpama naik keretapi kat India la cuma bezanya takdak la sampai naik atas bumbung. Tapi aku pernah naik mel berdiri dari KL sampai Penang lebih dari 8 jam bayangkan time tu punya sesak sampai nak kalih kiri kanan pun tak boleh, nak tido pun berdiri la jawabnya. Tu dia dulu punya cerita.

Kota yang tidak pernah tidur dalam menemani sang warganya

Apapun kini aku kembali menjadi warga kota, kota kosmopolitan yang menyimpan berbagai rahsia didalamnya sama ada baik atau tidak, semuanya ada disini. Jika kita tak kuat menghadapi dugaan dan godaan hidup dikota ini pasti akan hanyut dibuai dengan dosa dan noda yang tak pernah lupa untuk mengejar sang manusia yang dahagakan kehidupan yang penuh cabaran ini.

Aku tinggalkan KL ni ketika tahun 1993, dan aku datang balik ke KL ni Oct 1997. Ketika itu aku ditawarkan bekerja di MIMOS Berhad sampai la sekarang. Lebih kurang 4 tahun lebih mencari rezeki di tempat sendiri di Penang. Masa tu kerja kilang la, kerja kilang time tu kira glamor la lebih2 lagi kalau kerja di kilang Sony. Time tu Sony kira top la. Sapa tak kenai dengan uniform mereka yang berbatik2 tu dan kain yang tak cukup benang. Habis terbelah sana terbelah sini yang membuatkan kaum Adam terbeliak biji mata dan berlumba2 untuk bekerja disana termasuk la aku. Orang laki dulu kira susah juga nak dapat kerja. Sampai satu tahap terpaksa jadi general worker saja itupun sebagai pekerja kontrak.

Pengalaman kerja dikilang kat Penang adalah lebih 4 tahun. Kalau tak silap 3 kilang jugak la aku pernah kerja. Dulu suka lompat sebab nak mengejar gaji yang tinggi, sapa ada pengalaman kerja time tu kira memang boleh demand la. Dan kilang terakhir aku adalah Acer terletak di Seberang Jaya (Acer pun dah bungkuih, dah tukaq nama dah apanama BenQ), 2 tahun juga la aku bertahan kat situ. Akhirnya aku mengalah pada tekanan, biasalah kerja ngan cha ya alif nun ni, kalau tak tahan maunya angkat kaki. Begitulah aku.

Selepas itu, bermulalah episod aku berhijrah ke KL atas alasan untuk membina karier yang lebih cemerlang di dalam kehidupan yang lebih mencabar. Akhirnya tanggal 21 Oct 97 aku memulakan kerjaya aku di KL ini yang selama ini begitu membelenggu diri aku. Alhamdulillah semuanya telah tertulis rezeki aku disini. Aku pasrah dengan ketentuanNya. Di KL inilah aku memulakan kehidupan, disini jugalah aku bertemu jodoh (ngan orang kampung pulak tu, senang skit nak balik raya takyah gaduh2), hidup berkeluarga dan punya kehidupan berumahtangga seperti orang lain. Sampai bila? Allah saja Yang Maha Mengetahui.

Akhirnya, kata2 aku yang pernah aku luahkan dulu harus aku telan. Anyway, aku bersyukur atas apa yang aku ada sekarang ni.

Kesimpulannya, jika kita tidak suka dengan sesuatu janganlah kita sebutkan atau terlintas untuk menyebutnya kerana sesungguhnya perkara yang tidak disukai itulah akan menjadi teman kita. Kita hanya merancang, Allah juga merancang sesungguhnya perancangan Allahlah yang terbaik. Yang penting berdoalah kepada Allah SWT mintalah hanya kepadaNya, mudahan kita dapat apa yang kita inginkan. Janganlah kita membebel dan memaki hamun dengan apa yang kita tidak suka itu, tanpa disedari kepada siapa sebenarnya kita memaki hamun itu. Nauzibillah himin zalik.

Wallahua'alam

2 comments:

Fiza said...

salam

Eh, baru perasan. Sejak bila tukar nickname ni....

Kash said...

hari jummat ari tu, dah boring pakai nama tu