Salam,
Aku mula bertugas hari ini setelah bercuti panjang sempena Raya Haji yang lepaih, semalam EL dek kerana letih bangat disebabkan perjalanan yang sungguh membosankan dari Penang ke KL pada hari ahad yang lepas. Bertolak dari Penang dalam pukul 0830 mlm, sampai di Bangi pukul 0430 am, hangpa bayangkanlah. Aku pun heran mai mana la kereta yang banyak2 ni. Ramai sangatkah warga utara yang bekerja di KL ni? Ataupun ada yang pergi bercuti di Penang. Selalu travel from Penang to KL ambil masa 3 jam setengah je. Kali ni maunya dekat 8 jam, padan muka aku. Punya la mengantuk bangat time tu..masa tu kira nak tido je...power root ke tongkat ali ke dah tak jalan dah...kira nak tido je jawabnya. Ada ke patut speed lebih kurang 20km/j jer...beli kete mahal2 bawa laju tu je. Pastu plak nak masuk R n R pun punyalah payah, kete punya la banyak. So, layan la sampai KL, aku tahan je la ngantuk tu. Tahan kencing jgn cakap la...hahaha. Bayangkanlah jammednye punya panjang start from Taiping sampailah ke Hentian R & R Sg Perak, nak menyesakkan lagi keadaan, ada plak pemandu agaknya dah tak leh tahan sabaq dah kot berenti ikut suka hati depa ja kat tepi2 highway tu sebab tak boleh nak masuk kat hentian tu. Tu yang membuatkan kereta tak boleh nak gerak ngan lancar. Polis ngan petugas PLUS pun dah tak boleh buat apa dah. Sampai je kat Ipoh dah pukul 0130am. Taiping ke Kuala Kangsar pun ambil masa dekat 4 jam, selalunya 30 minit je.
Alhamdulillah lepas hentian Sg Perak hingga ke terowong jalan dah clear, so, aku dengan yakinnya bersama kete2 yang lain mula la menunjukkan aksi Formula One, padahal jalan bengkang bengkok naik bukit turun bukit tu, kira lepas geram la katakan...aku balun speed 160km/j, time tu dlm kepala dok terpikir, ni kalau nak kena speed trap lantak la. Mana leh tahan, kalau bawa 120km/j bila nak sampai..maunya aku sampai time subuh.
Itulah penangan balik raya haji tahun ni, raya posa pun tak teruk mcm ni punya jammed. Memang satu perjalanan yang memenatkan, nasib baik anak2 semua tidur ngan nyenyak, kalau tak.. lagilah memeningkan kepala aku.
Cukuplah entry aku kali ini, saja nak melaporkan keadaan ketika pulang ke KL hari ahad yang lepas. Satu pengalaman yang indah dan memenatkan. Lepas ni kalau balik kampung kena ambil cuti extra la jawabnya. Syukur alhamdulillah aku ngan famili semuanya selamat sampai dirumah dengan izinNYA.
Sehingga jumpa lagi di lain entry.
Wassallam
9 comments:
Salaam. yihhaaa...
sama lah dengan kami. Tapi kami awal sikit, dr penang kul 7.47 pm. sampai cameron kul 3 am... wohaaa!
tapi tak tahan sangat, sampai KUala Kangsar, ikut jalan lama lorh. Boleh gak speed walaupun x berpa nak laju but much better dari PLUS. Masa di gopeng ke simpang pulai ke baru la masuk ke PLUS. Then sampai tapah... okeh la. kalau tak keluar di kuala kangsar agaknye tah kul berapa la nak sampai!
masa di susur keluar nak bayaq tol di kuala kangsar, ada 1 lori ni main belah je tak bayar tol. agaknye dia rasa tak berbaloi kot nak bayar tol, slow bangat!
tudiaaaaaaa baca entry ja pun dah cukup tension kepala otak ni hahaha
Syira, mmg ingat nak keluar kuala kangsar tapi tgk pada kete yg que nak keluar exit tu teruih tak jadi la, jam tu sebab sangkut di Hentian Sg Perak, tinggai satu lorong je pasai semua kete termasuk la lori dok berenti tepi highway sbb nak masuk hentian tak boleh.
Apapun mmg penat dan tensi
Nae, apa bleh buat layan je la..itulah asam garam hidup anak rantau ni...dok kl jammed, nak balik kl pun jammed.
huhu.. kat mana2 je jammed ari tu.. mmg sakit jiwa.. afad smpai tpaksa carik jln dalam lalu mn kampung ntah.. kalo x, jd cam abg kash. hehe..
hahh......nightmare btul...rasa cam terperangkap dlm gua tak boleh nak kluaq.......mengantuk pun tak boleh nak tidoq....tp terlelap2 gak la sekali sekala.....pastu dok ingat jam sampai KL dah...alhamdulillah jam takat sg perak ja...itu pun seksa jiwa raga......takmau dah balik time ramai2 camni......serikkkkkk......apa pun....really appreciate pengorbanan mr hubby..... bersengkang mata drive dr penang sampai bangi...tgk org lain cam dah berganti2 driver ja.....
Afad, mmg nak keluaq dah tapi memandangkan dkt susur keluaq pun beratuq pjg, mcmana la nak keluaq tu...rasanya sama je la.
Kash samalah....aku dari kampung jam 11 pagi
sampai rumah jam 11:30 malam
lagi lama
hahaha...nasib kita la poksab
Post a Comment