Salam,
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang
Segala puji dan puja hanya untuk Allah s.w.t, Tuhan semesta alam.
Selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad SAW dan seluruh keluarga dan para sahabat baginda SAW.
Sedar atau tidak, syawal telah pergi meninggalkan kita, Entah bertemu atau tidak lagi pada tahun hadapan, hanya Allah Maha Mengetahui. Insyaallah sekarang kita di dalam musim haji iaitu bulan zulkaedah dan zulhijjah dimana haji adalah "kemuncak ibadat" diantara semua ibadat.
Alhamdulillah ada antara ahli keluarga aku yang akan berangkat ke Tanah Suci Mekah. Mudah2an mereka dianugerahi haji yang mabrur oleh Allah s.w.t dan bukannya haji yang mardud. Insyaallah
Sedikit ringkasan berkaitan dengan ibadat haji semoga menjadi pembelajaran dan peringatan buat diriku dan anda semua yang membaca.
Islam adalah agama yang lengkap, terdapat 3 rukun agama iaitu Islam, Iman dan Ihsan. Rukun Islam adalah pecahan dari rukun agama dan haji adalah salah satu rukun Islam yang lima.
Rukun Islam
1. Syahadah - Perjanjian untuk taat kepada perintah Allah dan mengikuti segala syariat Rasulullah SAW
2. Solat - gambaran hubungan baik kita manusia dengan Allah yang membawa jasad dan hati
3. Puasa - gambaran kita menguasai nafsu supaya baik hubungan kita dengan Allah dan sesama manusia serta bukan manusia
4. Zakat - gambaran hubungan baik kita dengan manusia dengan harta
5. Haji - kita kena bawa semua ibadat di atas sama ada harta, jasad dan hati
Jika dilihat, setiap rukun Islam saling lengkap melengkapi dan berkait antara satu dengan yang lain. Bermula dengan dua kalimah syahadah yang mana syahadah bermaksud satu perisytiharan dan perjanjian untuk taat kepada Allah dan mengikut syariat Rasulullah SAW, kemudian ketaatan itu dibuktikan dengan menunaikan solat, berpuasa, zakat dan haji.
Untuk bacaan lanjut sila klik disini
Wallahua'alam
No comments:
Post a Comment