Salam,
Aku nak cerita skit perihal anak2 ramadan ni, alhamdulillah yang sulung (Danish) dah mahu berpuasa, tak pastilah dia puasa kerana aku janjikan duit raya (aku janji kat dia kalau puasa penuh, aku bagi RM30) ataupun pasai dia nak puasa. Apapun ini semua exercise untuk dia la mudah2an terus lekat dihati ingin berpuasa setiap kali tibanya ramadan.
Minggu ni cuti sekolah, dulu selalu hantaq kat pengasuh. Tapi sejak Aniq ngan Afiq dah tak hantaq ke rumah pengasuh (la hantaq pi tadika), So, Danish kena duduk rumah la sorang2 bila cuti sekolah. Tak tau la macamana dia dok sorang2, dah lah penakut. Dia dok sorang2 mengelat puasa atau tidak hanya Allah sajalah Yang Maha Mengetahui. Semoga dia x menipu dirinya sendirilah. Harapan aku semoga semua di dalam perlindungan Allah lah hendaknya.
Depa ni cukup suka la kalau bergambaq. Mengalahkan orang dewasa lagaknya
Berbahagialah mereka bersama "Bidaman" dan "Transformer". Anak lelaki ini lah saja yang depa suka. Takkan nak beli "Barbie" plak
Aniq pun sejak hantaq pi tadika, dah boleh bawa diri sendiri dah, siap bagitau kat cikgu: "Aniq nak puasa tapi aniq nak makan" apa punya dialoq ni, cikgu dia la bagitau pagi tadi masa hantaq depa dua. Afiq ni kiranya dia kuat dengan aniq la, kalau takdak aniq, maunya nak pegi tadika tu jangan harap la. Selalu bila menangis dia akan cari abang dia aniq, aniq la jadi tempat dia bermanja. Padahal aniq ni pun orang yang jaga. Itulah kadang keadaan sekelliling mematangkan diri kita ini.
Ishh awat tau, bulan puasa ni idea tak berapa nak mari la, ayat pun macam tunggang langgang je. Lantak le janji blog di update seperti selalu daripada dok berabuk sapa pun tak teringin nak mai jenguk.
OK gua chow dululah, idea tak berapa nak mari. Nanti kita sembang lain.
Wassalam
5 comments:
Salam'alaikum :)
Suka la pic no 2 tapi napa danish macam muka tak berdaya je? Senyuman afiq menggoda sungguh, lebar semacam je. hehehe... weekend ni balik penaga tak? insya Allah kami sume nak balik penaga... :P Yeay, buka posa dengan tok!
Danish penakut eh? Lorh, duk rumah sendirian, tak pe mudah-mudahan mendidik danish untuk BERDIKARI dan lama-lama hilang ar takut. Insya Allah. Awat sekarang makcik tak update blog lagi? Buat la second id, satu Kash satu MrS Kash.. hehehe, new id tapi guna blog yang sama je. So, bila makcik update, keluar nama makcik takyah makcik tulis "Mrs Satria" macam dedulu...(ewah ske hati suh orang update blog) err... bagi semangat je, semangat ramadhan :P
1st time tengok afiq senyuman sampai ke telingaaa... hoho, kene save gambar (second) buat hilang2 stress... (huhu macam la tadbir negara je nak stress) :P
salam
insyaAllah, balik. So kita jumpa sana. la ni lebih suka baca blog org ja....kurang kerajinan untuk bercakap2...hehe...apa pun trima kasih atas dorongan.....mkin lepas ni rajin sket...
Afiq mmg camtu...begitu expressive sekali.....
muka danish mmg tak daya..muka budak2 puasa mmg camtu..sepesen ja.. teringat zaman dulu2 masa zaman kanak2 selalu mintak nak buka puasa.. ayat glemer.. nak makan sebab rasa dah nak mati dah.. hehehe..berpuasa makan tak sampai 24jam mana boleh mati..lawak tul..
Post a Comment