بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha PenyayangSelawat dan salam buat junjungan besar kita Nabi Muhammad SAW dan keluarga serta seluruh sahabat baginda SAW
Teringatkan suatu kisah berkenaan kejayaan seseorang itu yang dikupas begitu cantik oleh seorang ustaz (x ingat plak nama ustaz tu) di surau taman rumah aku. Ustaz tersebut menceritakan apakah kejayaan yang paling bermakna sekali dalam kehidupan kita ini. Entah macamana terlintas nak letak entry ini untuk tatapan anda semua sebagai teladan dan panduan kita semua (kepada yg suka baca blog ini la). Wallahua'alam
Berbalik kepada kejayaan seseorang itu. Apakah yang dikatakan berjaya itu? Biasalah kita ini sebagai hamba Allah, bila berbicara bab kejayaan mesti akan ingatkan tentang kemewahan dan kesenangan yang dikecapi, baik kemewahan harta benda atau kesenangan dengan pangkat dan jawatan. Tetapi kita lupa adakah kejayaan itu semua membawa kepada kejayaan kita di akhirat kelak, yang mana kejayaan diakhiratlah kejayaan yang mutlak buat diri kita ini sebagai hamba Allah. Pernah tak kita memikirkan persoalan yang sedemikian. Persoalannya:
Berjayakah kita jika kita mempunyai pangkat yang tinggi?
Berjayakah kita jika kita punya rumah yang besar?
Berjayakah kita jika kita punya harta yang bertimbun?
Berjayakah kita jika kita punya perniagaan yang berkembang maju?
Berjayakah kita jika punya kereta mewah yang pelbagai?
Berjayakah kita jika kita lulus peperiksaan dengan cemerlang
Berjayakah kita jika punya anak yang ramai?
Berjayakah kita jika kita punya keluarga yang bahagia?
Jawapannya memang kita berjaya, dan itulah yang kita kejar selama ini. Tetapi harus diingat adakah itu kejayaan yang hakiki. Ternyata apa yang disebut di atas adalah kejayaan dunia semata-mata. Lalu apakah jawapan kepada kejayaan tersebut? Jawapannya terletak diatas diri kita sendiri sebagai hamba Allah yang tunduk patuh kepadaNya.
Semua orang ingin berjaya, tetapi biarlah semua kejayaan kita membawa kepada kejayaan kita di akhirat.
Kita berjaya sebagai seorang pekerja yang mempunyai pangkat yang tinggi tapi biarlah kejayaan kita ini membawa kita kepada Syurga Allah SWT. Barulah kita beroleh kejayaan yang mutlak.
Mahukah kita punya pangkat tinggi, harta banyak dan pelbagai lagi tetapi akhirnya kita tidak selamat dengan neraka Allah SWT.
Mahukah kita punya keluarga yang bahagia dan akhirnya keluarga itu juga yang mengheret kita ke neraka Allah SWT.
Mahukah kita jadi seorang yang cemerlang sama ada sebagai pelajar ataupun pekerja dan akhirnya kita kembali kepada Allah SWT dalam keadaan yang kufur.
Nauzubillah himinzalik. Fikirkanlah!!!
Kejayaan yang paling tinggi adalah:
1. kita berjaya didunia dengan menjawat jawatan yang tinggi, dihormati, punya harta serta keluarga yang saling menyayangi, suami/isteri yang kacak/cantik, anak yang berjaya didalam pelajaran dan pelbagai lagi dan akhirnya kita kembali kepada Al Khaliq Yang Maha Pencipta sebagai hamba yang beriman dan taqwa yang dijanjikan Allah SWT Syurga yang mengalir sungai2 didalamnya. Subhanallah semoga itulah kejayaan yang kita impikan iaitu kejayaan di dunia dan akhirat.
2. Kita di dunia hidup sebagai insan yang biasa2 saja tetapi kita tunduk dan patuh pada perintah Allah SWT. Hidup serba sederhana tidak pernah ada rasa dengki atas kejayaan orang lain, tiada rasa dendam mendendami, kerana itulah saja rezeki kita walaupun telah berusaha sekuatnya dan akhirnya kita kembali mengadap Ilahi dengan nikmat syurga yang abadi yang Allah SWT telah janjikan. Itu juga adalah kejayaan kita sebagai hamba Allah SWT. Kita tidak berapa berjaya di dunia tetapi kita berjaya di akhirat. Sesungguhnya kejayaan diakhiratlah kejayaan yang abadi.
Dan kejayaan yang paling malang bagi kita adalah:
1. Kita berjaya di dunia dengan pelbagai kemewahan dan kesenangan yang kita kecapi, tetapi di akhirnya kita kembali mengadap Allah SWT dalam keadaan tidak selamat dengan neraka Allah SWT. Kita berjaya di dunia tetapi kita gagal di akhirat.
2. Di Dunia ini kita tidak pernah berjaya malah hidup dalam kesusahan dan dikeji masyarakat setempat, tidak mampu menerima takdir Allah SWT sehingga tidak mampu menempuh dugaan yang dihamparkan dan amat malang sekali kita jadi kufur kepada Allah SWT dan akhirnya kita kembali kepada Allah SWT dalam keadaan yang paling hina. Inilah kerugian yang nyata kerana kita gagal di dunia dan gagal diakhirat. Nauzubillah
Kesimpulannya, kejarlah dan carilah dunia selagi hayat masih ada, selagi kudrat masih kuat, tetapi biarlah hasil yang kita kecapi membuatkan kita lebih patuh dan taat kepada Allah SWT. Menjadikan kita lebih mensyukuri akan nikmat Allah SWT. Jadilah sebagai hamba yang sentiasa berfikir dan berzikir atas nikmat yang Allah SWT berikan. Semoga kejayaan kita di dunia membawa kepada kejayaan kita di akhirat nanti. Sepertimana yang selalu didoakan oleh semua muslimin dan muslimat "Ya Allah berikanlah kami kebahagian di dunia dan kebahagiaan di akhirat. Dan jauhilah kami daripada azab api neraka". Ameen.
Semua yang baik dari Allah SWT dan yang buruk atas kelemahan hamba yang hina ini.
Wallahua'alam
No comments:
Post a Comment