Thursday, August 13, 2009

H1N1

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Segala puji pujian hanya untuk Allah, tuhan sekelian alam. Selawat dan salam buat insan utama Nabi Muhammad SAW dan keluarga serta seluruh sahabat baginda SAW.

"Sesungguhnya Allah hanya mengharamkan bagimu bangkai, darah, daging babi dan binatang (ketika disembelih) disebut (nama) selain Allah. Tetapi sesiapa dalam keadaan terpaksa (memakannya) sedangkan ia tidak menginginkannya dan tidak pula melampaui batas, maka tidak ada dosa baginya. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang."

QS Al Baqarah 2:173

Sedar atau tidak, kita semua walau dimana kita berada pasti tidak akan terlepas dengan wabak influenza A H1N1. Inilah bala atau peringatan daripada Allah SWT atas kemungkaran manusia yang masih lagi berdegil dengan firmanNya.

Menurut Dr Danial Zainal Abidin, pada 1918 pernah terjadi wabak selsema babi yang telah mengorbankan angka seramai 20 - 40 juta orang di seluruh dunia. Hari ini wabak yang sama seperti wabak pada 1918 datang lagi. Amat malang, kita manusia tak pernah nak ambil iktibar dari peringatan Allah SWT ini.

Pada awal wabak ini, kita langsung tidak bimbang malah prihatin terhadap kemunculan wabak ini, malah menganggap ianya adalah penyakit biasa. Kita rasakan tak akan adanya kes jangkitan di Malaysia ini, sebab kes pertama nun jauh beribu batu dari sini...Mexico nu. Tapi hakikatnya Allah Maha Berkuasa, jauh macamana sekalipun kalau itu adalah kehendakNYA, maka sampailah wabak ini dibumi Malaysia ni. Permulaan kes adalah kes import dan kemudian berlakulah penularan tempatan dan akhirnya melibatkan kehilangan jiwa. Semakin hari semakin meningkat jumlah kematian disebabkan wabak ini. Kalau dilihat jumlah yang terkena jangkitan ini amat tinggi dari sehari ke sehari. Semua orang dalam kebimbangan akan wabak ini. Wabak ni tak kira sapa dah...yang makan babi atau tidak semua terdedah. Inilah bala yang Allah Taala turunkan pada manusia yang engkar. Bala ni bila turun dia tak kira sapa dah, yang beriman atau tidak semuanya akan menanggung akibat. Sebagai peringatan untuk diri saya sendiri dan kepada pembaca sekelian, baliklah kepada fitrah asal kejadian manusia dan ikutlah segala perintahNYA. Selagi belum terlambat, kalau dah kena takde sapa dah boleh bantu kecuali berserahlah kepada Allah SWT. Mudah2an Allah memelihara kita semua daripada wabak ini. Amin

Tetapi yang menghairankan, penguatkuasaan dan keprihatinan masyarakat dalam menghadapi wabak ini, masih ditahap yang paling minumum, langsung tiada rasa takut, malah jika dilihat, jika kita pergi di tempat2 awam atau mana2 shopping kompleks masih lagi dapat dilihat sekonyong-konyong manusia tanpa rasa prihatin untuk memakai face mask seolah-olah seperti tiada apa-apa yang berlaku. Hairan bin ajib betul dengan sikap setengah manusia ini. Langsung tiada kesedaran dalam menghadapi situasi yang semakin hari semakin mencabar dan amat menekan ini. Seolah-olah dunia ni merekalah yang punya.

Aku tulis disini bukannya apa cuma sebagai peringatan untuk diriku, keluargaku dan saudara diluar sana, wabak ini dah memakan korban lebih 50 orang di Malaysia dan kita tidak tahu bilakah kesudahannya, sama ada semakin baik ataupun semakin teruk. Hari ini kita bebas dari sebarang jangkitan tetapi esok lusa apa nak jadi, tiada siapa yang tahu. Hanya Allah saja Yang Maha Mengetahui. Apakah kita mampu menghadapi wabak ini. Dengar cerita H1N1 ini amat menyakitkan. Wallahaua'alam

Lebih membimbangkan kepada penghidap asma dan ibu yang mengandung atau yang mempunyai masalah kesihatan, golongan ini lebih terdedah kepada jangkita H1N1 ini, berhati-hatilah dan jagalah kesihatan anda. Berbanyaklah berdoa kepada Allah SWT. Semoga Allah SWT sentiasa memelihara dan melindungi kita semua dari wabak H1N1 ini. Amin.

"Dengan nama Allah yang tiada dimudaratkan sesuatu apapun dengan namaNya sama ada dibumi dan dilangit, dan Dialah Maha Mendengar dan Maha Mengetahui". Amin

Untuk doa yang lain sila ke laman
Yusofembong

3 comments:

Nazri Ahmad said...

good writing!thumbs up!

* mohon dipanjangkan di blognazriahmad..

Kash said...

Silakan En Nazri. Thanks

naemahnajib said...

kt kulim sj dh ada 3 kematian...Allah dh turunkan bala tp msg2 lbh suka berbalah disbbkan benda yg remeh temeh..yg besar ni buat xtau ja...yg meninggalplk dikalanga org Islam dn byk budak2..akhir zaman hampir berlaku..Ya Allah Ampunkan lah dosa kami...