Begitu lah suasana training ESQ yang diadakan dan rasailah pengalamannya, dengan high impact multimedia, powerful sound technology and giant screen presentation.
Untuk lihat gambar yang lain sila layari Website bintang biru165
What Do I Think? What Do I Feel? Who am I?
Sesungguhnya tidak ada sehelai pun daun yang jatuh ke bumi ini melainkan itu semua berada dalam pengetahuan ALLAH jua.
Bukankah dia Al Qawiy?
Katakanlah: "Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah,ikutilah aku (Nabi Muhammad) niscaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu."Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.
Mari kita sama2 tgk pesan ALLAH dalam Surah Al Hujurat :-Wahai orang-orang yang beriman!
Janganlah sesuatu puak (dari kaum lelaki) mencemuh dan merendah-rendahkan puak lelaki yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka dan janganlah pula sesuatu puak dari kaum perempuan mencemuh dan merendah-rendahkan puak perempuan yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka dan janganlah setengah kamu menyatakan keaiban setengahnya yang lain dan janganlah pula kamu panggil-memanggil antara satu dengan yang lain dengan gelaran yang buruk.
(Larangan-larangan yang tersebut menyebabkan orang yang melakukannya menjadi fasik, maka) amatlah buruknya sebutan nama fasik (kepada seseorang) sesudah dia beriman dan (ingatlah), sesiapa yang tidak bertaubat (daripada perbuatan fasiknya) maka merekalah orang-orang yang zalim. (11)
Wahai orang-orang yang beriman!
Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain.
Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya.
(Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertakwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani. (12)
Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain).
Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih takwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu). (13)
Orang-orang "A`raab" berkata: Kami telah beriman. Katakanlah (wahai Muhammad): Kamu belum beriman, (janganlah berkata demikian), tetapi sementara iman belum lagi meresap masuk ke dalam hati kamu berkatalah sahaja:
Kami telah Islam dan (ingatlah), jika kamu taat kepada Allah RasulNya (zahir dan batin), Allah tidak akan mengurangkan sedikitpun dari pahala amal-amal kamu, kerana sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. (14)
Sesungguhnya orang-orang yang sebenar-benarnya beriman hanyalah orang-orang yang percaya kepada Allah dan RasulNya, kemudian mereka (terus percaya dengan) tidak ragu-ragu lagi, serta mereka berjuang dengan harta benda dan jiwa mereka pada jalan Allah; mereka itulah orang-orang yang benar (pengakuan imannya).(15)
Katakanlah (kepada orang-orang "A`raab" itu wahai Muhammad): Patutkah kamu hendak memberitahu kepada Allah tentang agama kamu (dengan berkata: Kami telah beriman)? Padahal Allah mengetahui segala yang ada di langit dan yang ada di bumi dan Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.(16)
Yg baik dari ALLAH.
Yg kurang baik dari ana sendiri, disebabkan kelemahan saya
Wallahu a’lam
(petikan dari group Alumni_ESQ165)
Ya Allah... takutnyer... bacelah sampai habis.. skjap jer..
x smp 5 minit..pun!! !
YA ALLAH YA RAHMAN YA RAHIM, lindunglilah dan peliharakanlah kami, kedua ibubapa kami, isteri kami, anak-anak kami, kaum keluarga kami & semua orang Islam dari azab seksa api nerakaMu YA ALLAH.
Sesungguhnya kami tidak layak untuk menduduki syurgaMu YA ALLAH, namun tidak pula kami sanggup untuk ke nerakaMu YA ALLAH.
Ampunilah dosa-dosa kami, terimalah taubat kami dan terimalah segala ibadah dan amalan kami dengan RAHMATMU YA ALLAH......AMIN. ....
.: Luasnya Neraka :.
Yazid Arraqqasyi dari Anas bin Malik ra. berkata: Jibrail datang kepada Nabi saw pada waktu yg ia tidak biasa datang dalam keadaan berubah mukanya,
maka ditanya oleh nabi s.a.w.: 'Mengapa aku melihat kau berubah muka?'
Jawabnya: 'Ya Muhammad, aku datang kepadamu di saat Allah menyuruh supaya dikobarkan penyalaan api neraka, maka tidak layak bagi orang yg mengetahui bahawa neraka Jahannam itu benar, dan siksa kubur itu benar, dan siksa Allah itu terbesar untuk bersuka-suka sebelum ia merasa aman dari padanya.'
Lalu nabi s.a.w. bersabda: 'Ya Jibrail, jelaskan padaku sifat Jahannam.'
Jawabnya: 'Ya. Ketika Allah menjadikan Jahannam, maka dinyalakan selama seribu tahun, sehingga merah, kemudian dilanjutkan seribu tahun sehingga putih, kemudian seribu tahun sehingga hitam, maka ia hitam gelap, tidak pernah padam nyala dan baranya. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan terbuka sebesar lubang jarum nescaya akan dapat membakar penduduk dunia semuanya kerana panasnya.
Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan satu baju ahli neraka itu digantung di antara langit dan bumi nescaya akan mati penduduk bumi kerana panas dan basinya.
Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan satu pergelangan dari rantai yg disebut dalam Al-Quran itu diletakkan di atas bukit, nescaya akan cair sampai ke bawah bumi yg ke tujuh.
Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan seorang di hujung barat tersiksa, nescaya akan terbakar orang-orang yang di hujung timur kerana sangat panasnya, Jahannam itu sangat dalam dan perhiasannya besi dan minumannya air panas campur nanah dan pakaiannya potongan-potongan api.
Api neraka itu ada tujuh pintu, tiap-tiap pintu ada bahagiannya yang tertentu dari orang laki-laki dan perempuan.'
Nabi s.a.w. bertanya: 'Apakah pintu-pintunya bagaikan pintu-pintu rumah kami?'
Jawabnya: 'Tidak, tetapi selalu terbuka, setengahnya di bawah dari lainnya, dari pintu ke pintu jarak perjalanan 70,000 tahun, tiap pintu lebih panas dari yang lain 70 kali ganda..' (nota kefahaman: iaitu yg lebih bawah lebih panas)
Tanya Rasulullah s.a.w.: 'Siapakah penduduk masing-masing pintu?'
Jawab Jibrail:
'Pintu yg terbawah untuk orang-orang munafik, dan orang-orang yg kafir setelah diturunkan hidangan mukjizat nabi Isa a.s. serta keluarga Fir'aun sedang namanya Al-Hawiyah.
Pintu kedua tempat orang-orang musyrikin bernama Jahim,
Pintu ketiga tempat orang shobi'in bernama Saqar.
Pintu ke empat tempat Iblis dan pengikutnya dari kaum majusi bernama Ladha,
Pintu kelima orang yahudi bernama Huthomah.
Pintu keenam tempat orang nasara bernama Sa'eir.'
Kemudian Jibrail diam segan pada Rasulullah s.a.w. sehingga ditanya: 'Mengapa tidak kau terangkan penduduk pintu ke tujuh?'
Jawabnya: 'Di dalamnya orang-orang yg berdosa besar dari ummatmu yg sampai mati belum sempat bertaubat.'
Maka nabi s.a.w. jatuh pingsan ketika mendengar keterangan itu, sehingga Jibrail meletakkan kepala nabi s.a.w. di pangkuannya sehingga sedar kembali dan
sesudah sadar nabi saw bersabda: 'Ya Jibrail, sungguh besar kerisauanku dan sangat sedihku, apakah ada seorang dari ummat ku yang akan masuk ke dalam neraka?'
Jawabnya: 'Ya, iaitu orang yg berdosa besar dari ummatmu.'
Kemudian nabi s.a.w. menangis, Jibrail juga menangis, kemudian nabi s.a.w. masuk ke dalam rumahnya dan tidak keluar kecuali untuk sembahyang kemudian kembali dan tidak berbicara dengan orang dan bila sembahyang selalu menangis dan minta kepada Allah.(dipetik dari kitab 'Peringatan Bagi Yg Lalai')
Dari Hadith Qudsi: Bagaimana kamu masih boleh melakukan maksiat sedangkan kamu tak dapat bertahan dengan panasnya terik matahari Ku.
Tahukah kamu bahawa neraka jahanamKu itu:
1. Neraka Jahanam itu mempunyai 7 tingkat
2. Setiap tingkat mempunyai 70,000 daerah
3. Setiap daerah mempunyai 70,000 kampung
4. Setiap kampung mempunyai 70,000 rumah
5. Setiap rumah mempunyai 70,000 bilik
6. Setiap bilik mempunyai 70,000 kotak
7. Setiap kotak mempunyai 70,000 batang pokok zarqum
8. Di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 ekor ular
9. Di dalam mulut setiap ular yang panjang 70 hasta mengandungi lautan racun yang hitam pekat.
10. Juga di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 rantai
11. Setiap rantai diseret oleh 70,000 malaikat
Mudah-mudahan ini dapat menimbulkan keinsafan kepada kita semua.....Wallahua' lam.
Al-Quran Surah Al- Baqarah Ayat 159
Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa yang telah Kami turunkan dari keterangan-keterang an dan petunjuk hidayat, sesudah Kami terangkannya kepada manusia di dalam Kitab Suci, mereka itu dilaknat oleh Allah dan dilaknat oleh sekalian makhluk..
Dari Abdullah bin 'Amr R.A,
Rasulullah S.A.W bersabda:' Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat..
SEPULUH ORANG YANG MAYATNYA TIDAK BUSUK DAN TIDAK REPUT DI HARI QIAMAT KELAK!!!
Disebutkan di dalam satu riwayat, bahawasanya apabila para makhluk dibangkitkan dari kubur, mereka semuanya berdiri tegak di kubur masing-masing selama 44 tahun UMUR AKHIRAT dalam keadaan TIDAK MAKAN dan TIDAK MINUM, TIDAK DUDUK dan TIDAKBERCAKAP.
Bertanya orang kepada Rasulullah saw : 'Bagaimana kita dapat mengenali ORANG-ORANG MUKMIN kelak di hari qiamat?'
Maka jawabnya Rasulullah saw 'Umatku dikenali kerana WAJAH mereka putih disebabkan oleh WUDHU'.' Bila qiamat datang maka malaikat datang ke kubur orang mukmin sambil membersihkan debu di badan mereka KECUALI pada tempat sujud. Bekas SUJUD tidak dihilangkan.
Maka memanggillah dari zat yang memanggil. Bukanlah debu 'itu dari debu kubur mereka, akan tetapi debu itu ialah debu KEIMANAN' mereka. Oleh itu tinggallah debu itu sehingga mereka melalui titian' Siratul Mustaqim dan memasuki Alam SYURGA, sehingga setiap orang melihat para mukmin itu mengetahui bahawa mereka adalah pelayan Ku dan hamba-hamba Ku.
Disebutkan oleh hadith Rasulullah saw bahawa sepuluh orang yang mayatnya TIDAK BUSUK dan TIDAK REPUT dan akan bangkit dalam tubuh asal diwaktu mati :-
1. Para Nabi
2 ParaAhli Jihad
3. ParaAlim Ulama
4. ParaSyuhada
5. ParaPenghafal Al Quran
6. Imam atau Pemimpin yang Adil
7. Tukang Azan
8. Wanita yang mati kelahiran/beranak
9. Orang mati dibunuh atau dianiaya
10. Orang yang mati di siang hari atau di malam Jumaat jika mereka itu dari kalangan orang yang beriman.
Didalam satu riwayat yang lain dari Jabir bin Abdullah ra sabda Rasulullah saw: Apabila datang hari QIAMAT dan orang-orang yang berada di dalam kubur dibangkitkan maka Allah swt memberi wahyu kepada Malaikat Ridhwan:
' Wahai Ridhwan, sesungguhnya Aku telah mengeluarkan hamba-hamba Ku berpuasa ( Ahli Puasa ) dari kubur mereka di dalam keadaan letih dan dahaga. Maka ambillah dan berikan mereka segala makanan yang digoreng dan buah-buahan SYURGA. '
Maka Malaikat Ridhwan menyeru, wahai sekelian kawan-kawan dan semua anak-anak yang belum baligh, lalu mereka semua datang dengan membawa dulang dari nur dan berhimpun dekat Malaikat Ridhwan bersama dulang yang penuh dengan buahan dan minuman yang lazat dari syurga dengan sangat banyak melebihi daun-daun kayu di bumi.
Jika Malaikat Ridhwan berjumpa mukmin maka dia memberi makanan itu kepada mereka sambil mengucap sebagaimana yang difirman oleh Allah swt di dalam Surah Al-Haqqah bermaksud :
'Makan dan minumlah dengan sedap disebabkan AMAL yang telah kamu kerjakan pada HARI yang telah LALU itu.'
* Tolong sebarkan kisah ini kepada saudara Islam yang lain.
Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang mengajarnya meskipun dia sudah mati. ' Dan ( ingatlah ) Allah sentiasa mengetahui dengan mendalam akan apa jua yang kamu lakukan.' Surah Al-Baqarah : 237
Untuk renungan dan amalan bersama ..
DOA NABI YUNUS A.S KETIKA DIDALAM PERUT IKAN NUN
============
'LAA ILAHA ILLA ANTA SUBHANAKA INNI KUNTU MINALZHAALIMIIN'
TEORI Big Bang (Letupan Besar) adalah satu usaha untuk menjelaskan apa yang berlaku semasa permulaan terbentuknya alam semesta ini.
Penemuan dalam kajian astronomi dan fizik menunjukkan tanpa sebarang keraguan bahawa asal-usul alam semesta sama seperti objek-objek lain.
Teori Letupan besar adalah salah satu usaha untuk menerangkan apa yang terjadi semasa dan selepasnya.
Berdasarkan teori biasa, alam semesta mula muncul sebagai persamaan sekitar 13.7 bilion tahun lalu.
Alam semesta dikatakan bermula sebagai persamaan kecil, tiada batas panas, tiada batas tumpat - sesuatu persamaan.
Daripada mana ia muncul? Tiada siapa yang tahu. Dan bagaimana ia terjadi, juga tiada siapa yang tahu.
Selepas kemunculannya, ia mengembang dan membesar (Big Bang) dan menyejuk sebelum beralih daripada teramat kecil dan teramat panas kepada saiz dan suhu alam semesta yang ada pada masa ini.
Ia akan terus membesar dan menyejuk sehingga kini dengan manusia di dalamnya yang tinggal di planet, mengelilingi bintang-bintang, berkumpul bersama-sama dengan beratus-ratus bilion bintang lain dalam galaksi.
Semuanya berada dalam alam semesta yang membesar dan bermula sebagai sesuatu yang unik dan muncul entah dari mana.
Terdapat beberapa tanggapan salah yang menyelubungi teori tersebut.
Sebagai contoh, biasanya ia membayangkan letupan yang amat besar.
Bagaimanapun terdapat juga pendapat pakar yang menyatakan bahawa sebenarnya tidak berlaku letupan tetapi hanya proses pembesaran yang berterusan.
Selain membayangkan belon meletup dan membebaskan kandungannya, bayangkan belon yang berkembang daripada saiz yang kecil kepada saiz alam semesta sekarang.
Lagi satu tanggapan silap adalah membayangkan persamaan sebagai bola api yang kecil dan muncul di angkasa.
Berdasarkan kepada pakar, angkasa tidak wujud sebelum berlakunya Letupan Besar.
Mengimbas kembali pada akhir tahun 60-an dan awal 70-an apabila manusia mula menjejaki bulan, tiga ahli astrofizik Britain, Stephen Hawking, George Ellis dan Roger Penrose mengalih pandangan kepada Teori Relativiti dan implikasinya terhadap tanggapan awal ketika itu.
Pada 1968 dan 1970, mereka menerbitkan hasil kajian di mana mereka membincangkan mengenai Teori Relativiti Am Einstein bagi menambahkan ukuran ruang dan masa.
Berdasarkan kepada pengiraan mereka, masa dan ruang mempunyai permulaan yang terbatas bermula yang sepadan dengan asal bahan dan tenaga.
Keunikannya tidak muncul dalam ruang tetapi ruang bermula dalam keunikan berkenaan.
Sebelum keunikan berkenaan, tiada apa yang wujud, tiada ruang, masa, jisim atau tenaga - tiada apa.
Bukti teori Big Bang
Apakah bukti utama yang menyokong teori Big Bang?
1. Apa yang pasti, semua orang percaya setiap sesuatu pasti ada permulaan.
2. Galaksi kelihatan seperti bergerak jauh daripada kita pada kelajuan mengikut jarak. Ini dinamakan Hukum Hubble yang dinamakan selepas Edwin Hubble (1889-1953) yang menemui fenomena berkenaan pada 1929.
Pemerhatian berkenaan menyokong pembesaran alam semesta dan mencadangkan bahawa satu masa dulu alam semesta adalah padat.
3. Jika alam semesta terlalu panas seperti cadangan Big Bang, tentu terdapat sisa-sisa haba berkenaan.
Pada 1965, Radioastronomers Arno Penzias dan Robert Wilson menemui -270.425 darjah Celcius (C) radiasi Cosmic Microwave Background (CMB) yang merebak kepada alam semesta.
Ini mungkin sisa yang dicari-cari oleh saintis. Akhirnya timbunan elemen cahaya hidrogen dan helium ditemui dalam alam semesta yang diperhatikan dan didakwa dapat menyokong asal usul model Big Bang.
Teori Big Bang - teori yang munasabah
Adakah teori Big Bang yang standard adalah model konsisten dengan bukti berkenaan?
Tidak, ia hanyalah teori yang popular.
Ahli astrofizik terkenal George F. R. Ellis menerangkan, manusia perlu sedar terdapat beberapa model yang boleh menerangkan mengenai pemerhatian berkenaan.
Dalam pada itu, beberapa tokoh turut tidak ketinggalan dalam mengkaji teori ini termasuk pemenang anugerah Hadiah Nobel Dr. Hannes Alfvén, Profesor Geoffrey Burbidge, Dr. Halton Arp dan juga angkasawan British, Sir Fred Hoyle.
Georges Lemaître pula mencadangkan teori yang menceritakan asal usul semesta itu sebagai Teori Big Bang.
Bagaimanapun, ia masih tetap berpegang kepada Teori Relativiti Einstein tersebut.
Namun Hoyle dinyatakan sebagai orang yang mencipta istilah Big Bang pada 1949.