Friday, November 20, 2009

Nur Kasih

Salam,

Dengar dari tajuk diatas pasti anda semua dapat membayangkan apakah itu "Nur Kasih". Itulah lagu yang dipopularkan oleh Yasin yang juga menjadi tajuk kepada drama yang begitu mendapat sambutan menggalakkan sekali daripada peminat drama melayu masa kini. Entah apa yang menarik tentang drama ini aku pun tak pasti tetapi aku antara yang tidak mis untuk menontonnya....Hahaha. Layan beb jangan tak layan. Ntah apa yang telah merasuk aku pun tak tau la sehinggakan aku jadi minat plak nonton drama2 melayu ni, bukan drama melayu je, drama cina ke, indonesia ke, omputih ke semua aku layan kalau kena jalan ceritanya.

Dulu aku tak berapa layan pun drama ni, tengok sekali lalu je...tak berapa nak ambil tau pun pasal jalan ceritanya. Entah macamana bila aku balik kampung, dok tengok anak-anak buah begitu taksub dan khusyuk sekali dok melayan drama ni. Jangan haraplah nak kalih pi channel lain. Aku pun dok sekali la ngan depa2 tu layan drama ni, Pertama kali tengok, aku pun tanya la kat anak buah aku, apa yang bestnya citer ni? Jawapannya Besttttt. Aku pun layan la sampai habis drama ni. At last aku pun tanpa sedar terus tangkap syahdu beb nengok drama ni. Huh..best jugak drama ni...ada la unsur keagamaan skit. Masa tu kalau tak silap dah 5 - 6 episod dah drama ni dimainkan. Aku pun tak tau hujung pangkal...jenuh la anak buah aku dok flashback balik dari episod pertama. So, bila dah faham duduk jalan cerita ni, baru la sedap skit melayan drama ni. Tak payah la aku nak cerita balik perihal drama ni, hangpa layan sendiri la...ataupun search la mana2 website yang menceritakan pasal drama ni. Banyak juga peminat drama ni sampai ada yang sanggup buat blog khusus untuk drama tu je. Rating untuk drama ni jer rasanya dah mencecah jutaan penonton setiap kali ditayangkan. Huh.. buat filem boleh box office ni.

Pejam celik dah masuk episod ke 25 dah untuk tayangan malam ini. Dah nak habis dah citer ni. Tengok pada sinopsis cerita dah nak masuk ke satu ending yang mendebarkan. Ramai juga yang tertanya2, Adam (pelakon utama drama) tu masih hidup ke? Ni yang buat suspen ni. Kepada yang belum menontonnya, pastikan anda menonton episod mendebarkan malam ini. Pasti ramai yang akan tertunggu detik mendebarkan malam ini untuk memastikan sama ada Adam masih hidup ataupun tidak. Termasuklah aku ni yang dalam dilema, ikut plan nak bertolak balik kampung petang ni selepas kerja sebab esok ada majlis kenduri kahwin sepupu, tapi disebabkan nak tengok drama ni, aku terpaksa decide balik selepas drama ni la jawabnya. Semoga Allah mengizinkan segala apa yang telah dirancangkan ini. Insyaallah Ameen

Minggu depan adalah final episod yang akan merungkaikan segala kekusutan kepada penonton. Dengarnya, Nur dan Adam bersatu kembali semasa Nur dalam perjalanan, ketika itu Nur dalam perjalanan menaiki keretapi, ketika itu jugalah Adam menyapa Nur yang sedang mengenangkan nasib dirinya. Nur dalam perjalanan kemana? Anda saksikanlah sendiri endingnya pada episod ke 26 nanti. Tak pastilah pulak minggu depan ada ke tak drama ni, sebab minggu depan kan raya haji yang jatuh pada hari jumaat. Apapun kita tunggu dan lihat je la.


Selamat Menonton

5 comments:

irbas said...

aku pun layan cerita ni.....hehehheh

Kash said...

layan pok sab jgn tak layan, dah nak abis ni.

NAZRI AHMAD said...

hehehe cayalah!entry yang sangat jujur..
drama ni mmg kasik banyak impak
dr kalangan photographer plak masing2 rekemen sgt2 drama ni sbg drama terbaik dr segi lighting dan angle/videography

thumbs up Nur Kasih!

Insyirah said...

tapi kan, as for me de juga babak yang mcm tak logik. hehe... cthnye Catrina, slps pakai purdah duduk dalam rumah pun kalut duk pakai purdah, padahal Adam jer yang ada, nak pula Adam tu suami dia. Hoho, tak pueh hati.

pastu si Aidil lak, dah tahu yang Nur tu adik ipar dia, bleh pula ada babak sembang berdua wpun duduk dalam rumah kan, tapi dah Aliya ada dlm rumah sama, why not Aliya duduk sekali. Haiyo, nak islamic pun tapi sebagai watak yg ngaji agama ni... patut kene la alert juga, babak2 yg mengundang fitnah. Kalau nak islamic, biar betul2 islamic.

wpun layan gak citer ni tp mengomen pun banyak juga... huhuuuuu *_*

Kash said...

Hah, yang tu kena tanya kabir batia la.