Wednesday, September 9, 2009

Tahukah Anda?

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Segala puji hanya untuk Allah SWT, tuhan sekelian alam, Selawat dan salam buat Nabi Muhammad SAW dan keluarga serta seluruh para sahabat baginda SAW.

Salam.

Apa khabar Iman, Islam dan Ihsan anda? Mudah2an dalam menuju ke fasa ke3 ramadan kita telah mendapat rahmat dan keampunan dari Allah SWT dan dijauhkan dari azab api neraka. Ameen

Sekadar ingin berkongsi bersama pembaca sekelian. Fikirkan sejenak soalan dan jawapan di bawah ini.

Jika:

A B C D E F G H I J K L M N O P Q R S T U V W X Y Z
=
1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 21 22 23 24 25 26

maka,

Hardwork = H+A+R+D+W+O+R+K = 8+1+18+4+23+15+18+11 = 98% jer... 2% lagi ilang ke mana?

Knowledge = K+N+O+W+L+E+D+G+E = 11+14+15+23+12+5+4+7+5 = 96% jer??

Luck = L+U+C+K = 12+21+3+11 = 47% (Kekadang org pikir nih yg penting)

Abis?! apa yang boleh buat 100%? kekayaan? pangkat? ...tidak sama sekali... setiap soalan mesti ada jawapannya... untuk mencapai kecemerlangan,kita hanya perlu maju selangkah lagi...ianya adalah...

Attitude = A+T+T+I+T+U+D+E = 1+20+20+9+20+21+4+5 = 100%


Kalau dalam sains, yangg diatas tadi berhubung rapat dengan IQ, EQ dan SQ. Kalau dilihat "hardwork" + "knowledge" + "luck" berkait dengan IQ dan EQ iaitu "Intellectual" dan "Emotional". Persoalannya mana pergi SQ? Sebab itu jawapan dari "hardwork", "knowledge" dan "luck" = <100%.

Kenapa kurang? Jawapannya ada pada diri kita sendiri, semuanya datang dari hati kita yang mana itulah SQ = Spiritual. Kerana IQ dan EQ kita terpisah dari SQ, seharusnya ada kebersamaan dan cantuman antara ketiga-tiga kercerdasan ini.

Jika dilihat Attitude memberi jawapan 100%, dari mana datangnya attitude yang baik itu, itulah SQ iaitu spiritual, yang mana attitude yang baik datang dari hati yang suci dan bersih, niat dari hati sampai ke otak yang menggerakkan perilaku kita sama ada baik atau buruk bergantung pada niat yang dikirimkan ke otak tadi.

Jika kesemua ini digabungkan maka terhasillah kita sebagai manusia yang hebat dari segi karakter yang mempunyai pengetahuan yang ampuh lagi tangguh.

Jika berlaku split antara kesemua diatas maka terhasillah manusia yang pelbagai ragamnya samada bijak tapi perilaku hodoh atau perilaku baik tapi pengetahuan yang lemah. Atau bijak dan baik perilaku tetapi sering dipengaruhi emaosi yang merosakkan kedua2nya.

Wallahua'alam

Semua yang baik dari Allah SWT dan tidak baik atas kelemahan hambamu yang hina ini.

Diambil dari sumber: Bila Pena Mula Menari, Tinta yang bisu akan berkata-kata

No comments: