Thursday, September 3, 2009

Apa Khabar Puasa Anda?

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Alhamdulillah, selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad SAW dan keluarga serta seluruh para sahabat baginda SAW.

Alhamdulillah, hari ini dah masuk hari ke 13 umat islam berpuasa, terasa macam baru semalam kita mula berpuasa. Adakah kita berkesempatan untuk puasa penuh selama 30 hari? Adakah hari ini adalah puasa kita yang terakhir? Wallahua'alam Allah Maha Mengetahui.

Mudahan kita semua masih diberi kesempatan oleh Allah SWT untuk terus memperbaiki diri kita dalam melaksanakan rukun islam yg ke 3 ini. Ameen

Apa Khabar puasa kita hari ini? Adakah masih di tingkat puasa awam atau sudah melepasi tingkat yang seterusnya? Tepuk dada tanyalah iman.

Sedar atau tidak, pernah tak kita menetapkan target bila kita berpuasa? Pernah tak kita fikirkan apakah pencapaian kita selepas sempurnanya 30 hari berpuasa? Apakah mission statement kita berpuasa? Cuba kita fahamkan apakah yang dimaksudkan dengan ayat di bawah ini?

"Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana yang diwajibkan ke atas orang-orang yang terdahulu, supaya kamu bertaqwa" QS2:183

Rasanya pasti semua familiar dengan ayat diatas tapi pernah tak kita mengerti maksud yang Allah SWT ingin sampaikan. Iaitu menjadi orang bertaqwa. Dan bagaimana untuk mendapat taqwa tersebut? Itulah Misi dan Visi kita. KPI kita.

Sebenarnya di dalam ibadah puasa ini Allah SWT telah mengajar kita bagaimana untuk kita mencapai target kita iaitu menjadi orang2 bertaqwa melalui modul2 yang telah diatur olehNYA dengan begitu cantik sekali. Bermula dengan niat, apa saja yang kita ingin lakukan mesti diduhulukan dengan niat, jika niat kita sendiri tak betul bagaimana kita boleh mencapai sasaran tersebut. Kemudian disusuli dengan puasa itu sendiri yakni mengawal nafsu dan segala yang boleh membatalkan puasa kita. Dimanakah kita ingin perolehi taqwa itu? Sudah tentu dirumah-rumah Allah, takkan kita nak dapat taqwa ini di hotel2 atau shopping kompleks. Itulah Solat Sunat Terawih yang Allah SWT anjurkan kepada umat islam, setiap malam kita berulang alik ke surau atau masjid untuk mencari rahmat dan redhanya. Bayangkan dalam masa setahun bilakah surau dan masjid ni penuh dengan umat islam? Sudah tentu pada bulan Ramadan. Sedangkan kalau kita lihat Solat Terawih ni sunat je, sepatutnya kita memenuhi surau masjid pada setiap kali solat fardhu. Ini dah jadi terbalik kod. Yang sunat didahulukan. Jadi cuba kita bayangkan jika setiap hari kita berjinak2 dengan surau dan masjid insyaallah kepada yang memang inginkan taqwa itu pasti akan mendapatnya. Kemudian Allah adakan pulak makan sahur, kalau ikutkan bukan makan tu yang diberi keutamaan tetapi bangun awal pagi itu yang penting. Sebab tu kalau kita lihat sunat dilambatkan makan sahur, sebab Allah SWT nak kita dahulukan solat sunat di waktu2 tersebut. Orang yang bertaqwa senantiasa bangun di sepertiga malam untuk munajat kepada Allah SWT. Itulah pengajaran kepada bangun sahur iaitu melatih diri kita untuk bangun awal pagi bermunajat kepada Allah SWT.

Inilah madrasah ramadan yang telah diajarkan di dalam islam dan selalu disebut oleh kebanyakan ahli yang pakar dalam agama. Malah setiap tahu kita pasti mendengar ungkapan ini. Bezanya sama ada kita mahu ataupun tidak akan pengajaran ini.

Kesimpulannya yang dapat diambil disini, perlu ada pada setiap insan yang berugama islam pelan tindakan untuk mencapai ketaqwaan ini. Tidak perlu bersusah payah kecuali ikutilah apa yang dianjurkan oleh islam yang telah diajarkan oleh Allah SWT melalui Rasulullah SAW. Modul2 untuk pelaksanaan pelan tindakan telah terhidang, sama ada kita mahu atau tidak terpulanglah pada iman masing2, tepuklah dada. Bayangkanlah jika selepas ramadan semua umat islam menjadi orang2 yang bertaqwa yang meletakkan islam di atas sekali. Adakah akan ada lagi perkara2 mungkar yang akan dilakukan oleh umat islam di sini? Masih berleluasakan maksiat di sini? Berpecah belah lagikah umat islam? Fikir-fikirkanlah.

Ini baru soal puasa yang menjadi salah satu action kearah menuju sasaran menjadi orang yang bertaqwa, belum bab zakat, haji yang semuanya berkait antara satu dengan yang lain. 5 action yg perlu kita laksanakan dimana, pertama adalah penyataan misi kita iaitu menjadi saksi bahawa tiada tuhan yang disembah melainkan Allah dan Nabi Muhammad itu pesuruh Allah. Kedua adalah solat, dimana dengan solat membentuk peribadi yang tangguh pada diri ini. Kegagalan menjadi seorang insan yang berperibadi baik bertitik tolak kepada sempurna atau tidak solat kita. dan sekarang kita berpuasa agar kita dapat membentuk diri bagaimana untuk mengawal diri daripada nafsu serakah yang boleh merosakkan iman. Dan kemudian kita keluarkan segala fitrah yang baik yang ada dalam diri kita untuk menuju kearah ketaqwaan itu. Akhirnya kita mengadap Allah dengan menjadi tetamuNya untuk kita persembahkan nilai taqwa yang ada dalam diri ini. Itulah 5 islam yang setiap umat islam wajib percaya. Insyaallah jika kita semua menghayati islam ini dengan sebaik-baiknya. Pasti akan bangkit satu umat yang tunduk dan patuh pada Allah SWT dan mengangkat tamadun islam ditempat yang tertinggi. Persoalannya dimanakah kita sekarang?

Abu Hurairah r.a. meriwayatkan, bahawa Rasulullah SAW telah bersabda:

“Islam bermula sebagai sesuatu yang dianggap asing dan ganjil. Dan ia akan kembali sebagaimana permulaannya, dianggap asing dan ganjil. Maka, beruntunglah orang-orang yang ganjil”
[Hadith Muslim no. 145]

Yang baik hanya dari Allah SWT dan yang tidak baik atas kelemahan hamba yang hina ini.

Wallahua'alam

No comments: