Wednesday, September 16, 2009

Selamat Hari Raya

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Segala puji dan puja hanya untuk Allah SWT, Selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad SAW, keluarga dan seluruh para sahabat baginda SAW.

"Allahuakbar Allahuakbar Allahuakbar Lailahillallah huwallahu akbar Allahuakbar walillah ilham"

Sayu sendu hati dijiwa tatkala takbir bergema menusuk ke kalbu, merenung jauh dalam diri. Adakah ini kemenangan sejati yang diimpikan oleh setiap umat islam.

Alhamdulillah, umat islam bakal menyambut syawal tak beberapa hari sahaja lagi, kemenangan umat islam seluruh dunia setelah 30 hari beribadah penuh tawaduk dalam mencari keredhaan Allah SWT dalam menuju sebagai insan yang bertaqwa. Adakah puasa kita diterima oleh Allah SWT? Hanya Allah sahaja Yang Maha Mengetahui. Mudahan Allah SWT menerima ibadah puasa kita ini. Ameen

Bermacam perasaan bercampur baur dalam menanti syawal ini. Ada yang gembira dan ada yang berduka. Bagi yang sentiasa istiqamah dalam beribadat kepada Allah SWT pasti rasa sedih untuk meninggalkan ramadan, yang belum pasti kita dapat bertemu lagi. Adakah ini ramadan yang terakhir? Wallahua'alam hanya Allah SWT Yang Maha Mengetahui. Semoga kita dapat bertemu kembali dengan ramadan yang pasti akan kita rindui pada tahun depan. Insyaallah. Ameen

Di Kesempatan ini, saya bagi pihak keluarga menyusun sepuluh jari, ingin memohon ampun dan maaf jika selama bersiaran dilaman sesawang ini terdapat tutur kata yang salah, sama ada sedar atau tidak, yang nyata atau tersembunyi, yang telah berlaku atau yang akan berlaku di kemudian hari, yang telah menyinggung hati dan perasaan anda semua. Saya dan keluarga dengan rasa rendah diri memohon jutaan ampun dan maaf. Semoga ramadan yang akan meninggalkan kita dan syawal yang bakal menjelma lebih bererti dalam kehidupan kita pada kali ini. Juga tidak lupa ingin mengucapkan:




Kepada yang akan melakukan perjalanan yang jauh, pandulah dengan berhemah semoga perjalanan kita semua akan dirahmati, dilindungi dan dipelihara oleh Allah SWT hendaknya. Semoga kita semua selamat pulang ke kampung dan selamat kembali. Ameen

Wassalam.

No comments: