Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Salam Ramadhan Eid Mubarak,
Hari ini masuk kerja langsung takdak mood
(fikiran masih melayang di kampung teringatkan ibu yang sedang sakit), bila tengok keje bertimbun nak kena siap, email berjela punya banyak, itu baru email ofis belum lagi email personal, lepaih habis meeting pagi, bos tepon suruh naik jumpa dia jap. Masalah betul bila bos dok ataih, satu hal nak kena panjat tangga bila nak mengadap. Dah nak kena settle follow up action management review meeting yang lepaih
(dlm hati nak tanya: pasai apa plak aku yg nak kena settle sedangkan itu department lain punya...ntah la tak faham aku ngan bos ni...sib baik bulan posa malaih nak bertekak...so, layan je la), due date khamis ni mesti kena submit...Adoyai. Minggu depan dah nak kena audit by 3rd party. Harapnya 0 NC and 0 observation la. Ada 2 report tak submit lagi...hmmm ntah la sempat ke tak....
(ada plak yang gatai mulut tanya: update blog sempat plak yer.....ada la yg nak kena maki ni, aku jawab balik: itu len....itu keje kasi release skit itu stress).
Maunya tak banyak keje, minggu lepaih balik kampung awal sebab ada emergency, ibu tersayang gering. Alhamdulillah dah beransur sihat. Takut jugalah kalau2 ibu tak sempat sambut syawal, apapun ini semua kerja Allah swt, kita sebagai hambaNya kena redhalah walau apapun yang berlaku. Semoga ibu diberikan kesihatan dan kekuatan dalam menjalani kehidupan seharian dan dapat menunaikan ibadat dengan sempurna kepada Allah swt.
Ameen"Sesungguhnya kami kepunyaan Allah, kepada Allah jualah kami kembali"Plan memang nak balik kampung tapi pada hari jumaat, lepaih keje la, ditakdirkan Allah, kami sekeluarga dapat berkumpul semua pada pagi khamis. Alhamdulillah semuanya telah tertulis kami balik lebih awal dari dijadualkan. Itulah kita merancang Allah jua merancang sesungguhnya perancangan Allah lah yang terbaik. Dapat panggilan dari kakak yang tinggal di Sg Buluh dalam pukul 530am waktu sahur, simple dialog kak aku:
"mak sakit, kalau nak balik..balik la, kalau tak mau terpulang". Memang aku nak balik tapi bukan sekarang la,
(dlm hati rasa serba salah, nak balik ke tak ni? Ada keje yang nak kena submit hari tu..dan keje tu pulak melibatkan appraisal 1/2 tahun staff aku. Pening kepala dibuat). Kemudian azan subuh berkumandang, dan aku tanpa buang masa bergegas ke surau yang memang dekat sangat dengan rumah. Seusai solat subuh, dalam perjalanan masih memikirkan nak balik ke tak? Disana ibu tersayang sedang bertarung nyawa, dan disini tanggungjawab aku kepada majikan yang harus diselesaikan. Aku ambil keputusan menelefon kakak aku sorang lagi yang tinggal dengan ibuku dikampung. Tanya kakak:
"Mak macamana"? Kakak tak boleh jawab dan kemudian
"menangis", dia bagi tepon dekat anak menakan aku, aku tidak mendapat jawapan dari soalan yang ditanya tapi hanya,
"esak tangisan". Kemudian dia bagi kat adik aku yang setia menemani keluarga dari awal pagi, tanya dia:
"Macamana mak"? Bukan jawapan yang aku terima, tapi
"esak tangisan". Malah lebih kuat dari kakak dan anak menakan aku. Aku pun apa lagi,tak tahan mendengar tangisan mereka dan tanpa sedar aku turut menangis sama. Aku pun tanpa berlengah terus kejut orang rumah ajak balik sekarang
(masa tu pukul 0700am). Nasib baik dah pesan kat orang rumah suruh packing barang sebelum aku pegi solat subuh tadi, bukannya apa standby takut2 ada emergency call lagi.
"ibu adalah ibu yang terbaik buat anak-anak, kami semua sayangkan ibu lebih dari kami sayang nyawa kami sendiri, biarlah sayang anak-anak membawa kebahagiaan ibu diakhirat nanti, semoga ibu senantiasa diberikan kesihatan yang baik oleh Allah SWT" Al Fatihah buat ibu. Ameen.Terus SMS bos minta tolong settlekan keje yang tak settle, call staff bagitau dia apa yg perlu dibuat masa ketiadaan aku. Settle semuanya tentang keje, angkat anak yg masih tidur ke dalam kete terus drive ambil 2 orang anak menakan lagi di Sg Buluh, yang mana depa ni pun plan x mau balik hari tu tapi nak balik pada hari jumaat. Tapi takdir telah tertulis kami balik awal sehari.
Nak tau berapa kelajuan aku drive pagi tu, nasib la kalau nak kena speed trap. Aku drive 160 - 170mk/j. bertolak dari Sg Buluh dalam pukul 0900 am sampai kampung 1145am. Alhamdulillah selamat sampai dikampung. Semuanya dengan izin Allah swt.
Sesampainya dirumah aku lihat ibu sedang berbual bersama dengan kakak aku. Ehh.. dalam hati aku,
(tadi kata teruk sangat tapi tengok OK je). Tapi lepas tu ibu kembali tak sedarkan diri. Barulah aku faham situasi ibu masa tu, memang ibu sakit
(maafkan saya ibu). Aku dapat rasakan ibu kuat dengan amalan zikir yang selalu diamalkannya dan kuat dengan anak2 yang ikhlas mendoakan untuk ibu.
Dipendekkan cerita, pada pagi jumaat ibu kembali tidak bermaya, seolah2 ajal hampir tiba. Abang siap ajarkan talkin untuk ibu. Kami adik beradik terus istiqamah membaca surah Yasin dan selawat shifa'. Alhamdulillah dengan izin Allah swt selepas itu ibu kembali pulih. Berdasarkan pengalaman abang aku yang pernah pengsan di tempat kejenya, dia buat andaian ini mesti kurang gula. Kami pun adik beradik decide panggil doktor datang rumah sebab ibu taknak pegi hospital. Selepas doktor merawat ibu, confirm ibu kekurangan gula dalam badan
(3.3). Satu bacaan yang tidak normal untuk orang tua yang berumur 70 thn. Apalagi doktor pun suggest untuk bawa pegi hospital untuk stabilkan balik kandungan gula dalam badan ibu. Tapi biasalah orang tua kalau boleh tak mau pegi hospital dan kami adik beradik faham dengan situasi ibu dan tak nak memaksa ibu dalam keadaan seperti ini. Kemudian diberikan glukos pada ibu, buah kurma bersama air zam zam dan coklat untuk pulihkan tenaga ibu. Alhamdulillah keadaan ibu semakin pulih. Semoga ibu kembali sihat seperti sediakala. Ibu pun dah boleh solat dengan sempurna cuma kena pantau selalu oleh anak-anak. Terima kasih buat kakak2 dan abangku yang berada dikampung yang tidak jemu2 membantu ibu. Semoga Allah swt membalas segala amal bakti kalian semua untuk ibu dan menjadi amal ibadah yang diterima oleh Allah swt.
AmeenHikmah yang dapat diambil dari keadaan ini, dalam keadaan kita perut kosong, untuk memulihkan kembali tenaga adalah disunatkan mengambil buah2an, minuman atau manisan yang manis. Subhanallah, islam telah mengajar semua ini, rupanya penawar bagi penyakit kencing manis yang kronik adalah gula itu sendiri, cuma janganlah kita mengambil gula yang berlebihan. Salah satu untuk mengurang kandungan gula dalam badan adalah berpuasa. Subhanallah, Allah swt telah mengatur semuanya pada manusia yang dicptakanNya dengan cantik sekali. Kita manusia sahaja yang tidak mahu berfikir.
Syukur ke hadratmu Ya Allah, Engkaulah Yang Maha Pengasih, Engkaulah Yang Maha Pemurah dan Engkaulah Yang Maha Penyayang. Tiada nikmat yang lebih baik melainkan redhamu Ya Allah. Maha Suci Engkau, Engkaulah Yang Maha berkuasa menghidupkan dan mematikan ke atas segalanya.
Ameen Walluha'alam