Wednesday, August 26, 2009

Anak-Anak Ramadan

Salam,

Aku nak cerita skit perihal anak2 ramadan ni, alhamdulillah yang sulung (Danish) dah mahu berpuasa, tak pastilah dia puasa kerana aku janjikan duit raya (aku janji kat dia kalau puasa penuh, aku bagi RM30) ataupun pasai dia nak puasa. Apapun ini semua exercise untuk dia la mudah2an terus lekat dihati ingin berpuasa setiap kali tibanya ramadan.

Minggu ni cuti sekolah, dulu selalu hantaq kat pengasuh. Tapi sejak Aniq ngan Afiq dah tak hantaq ke rumah pengasuh (la hantaq pi tadika), So, Danish kena duduk rumah la sorang2 bila cuti sekolah. Tak tau la macamana dia dok sorang2, dah lah penakut. Dia dok sorang2 mengelat puasa atau tidak hanya Allah sajalah Yang Maha Mengetahui. Semoga dia x menipu dirinya sendirilah. Harapan aku semoga semua di dalam perlindungan Allah lah hendaknya.

Depa ni cukup suka la kalau bergambaq. Mengalahkan orang dewasa lagaknya

Berbahagialah mereka bersama "Bidaman" dan "Transformer". Anak lelaki ini lah saja yang depa suka. Takkan nak beli "Barbie" plak

Aniq pun sejak hantaq pi tadika, dah boleh bawa diri sendiri dah, siap bagitau kat cikgu: "Aniq nak puasa tapi aniq nak makan" apa punya dialoq ni, cikgu dia la bagitau pagi tadi masa hantaq depa dua. Afiq ni kiranya dia kuat dengan aniq la, kalau takdak aniq, maunya nak pegi tadika tu jangan harap la. Selalu bila menangis dia akan cari abang dia aniq, aniq la jadi tempat dia bermanja. Padahal aniq ni pun orang yang jaga. Itulah kadang keadaan sekelliling mematangkan diri kita ini.

Ishh awat tau, bulan puasa ni idea tak berapa nak mari la, ayat pun macam tunggang langgang je. Lantak le janji blog di update seperti selalu daripada dok berabuk sapa pun tak teringin nak mai jenguk.

OK gua chow dululah, idea tak berapa nak mari. Nanti kita sembang lain.

Wassalam

Monday, August 24, 2009

Marhaban Ya Ramadhan

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Segala pujian hanya milik Allah SWT tuhan semesta alam, selawat dan salam buat insan utama Nabi Muhammad SAW, keluarga dan para sahabat baginda SAW.

Alhamdulillah, syukur kehadrat Allah SWT dipanjangkan umur, diberikan kesihatan yang baik dan dapat bertemu kembali dengan ramadhan yang aku rindui selama ini. Pejam celik dah masuk hari ke 3 kita berpuasa. Baru semalam berbuka di Penang, hari ini dah dok kat KL dah. Masa berlalu begitu cepat, sempat atau tidak untuk mencari keredhaan dan keampunan Allah SWT. Hanya DIAlah yang Maha Mengetahui.

First day terawih di surau Taman Bangi 3, Subhanallah ramai sekali manusia. Alhamdulillah sudah ada kesedaran dikalangan masyarakat islam sekarang ini. Harapannya, biarlah surau/masjid penuh berterusan sehingga ke minggu2 terakhir Ramadan. Selalunya fenomena ini bertahan hanya dua minggu sahaja lepas tu mulalah beransur kurang. Satu lagi penyakit terawih ni, yang ramai2 datang ni hanya istiqamah lapan rakaat sahaja pastu daripada penuh tinggal la separuh saja....last sekali tinggal la tok imam ngan tok bilal. Harapnya tahun ini taklah jadi macam yang lepas2.

Nak ambil kesempatan untuk ucapkan "Selamat Berpuasa" dan "Maaf Zahir Batin" kepada seluruh umat islam tak kiralah kat mana dok. Semoga Ramadhan kali ini lebih bermakna kepada kita semua dan menjadi titik permulaan kepada perubahan dalam mencari redha Allah SWT.

Wassalam

Wednesday, August 19, 2009

Penangan Raja Buah

Salam,

Tengahari tadi dok tak dok gua teringin sangat nak makan buah degheian (bahasa org utara) (dah lama dah teringin tapi tak berkesempatan), (sori la gua guna bahasa hilang punca sat....sat sepit ka sat kelawaq?...apa yg gua dok merepek ni) apa lagi lepas je makan je nasi kat kedai bawah pokok (ada orang panggey kedai tabligh...mana2 je la), lalu gua bagi la suggestion kat member gua, gua cakap la "perut ni dah kenyang tapi rasa cam nak kunyah ja...apa kata kita pi pekena degheian" tanpa membuang masa, kawan aku sorang ni dengan pantasnya menjawab: "jom la aku pun dok kebuluq degheian ni". Lambat lepa org nak belanja kawan gua sorang ni.

Maka gua ngan kawan gua pun dengan pantas la pi cari gerai jual degheian, mujuq la kat tepi jalan saja jual deghian ni, pada masa sama ada satu gerombolan dari mana mai pun gua tak tau la, punya la cempera siap posing2 ngan buah degheian lagi, gua ingat ini bukan malaysia punya orang la (sayang xdak gambaq nak boh sini..kalau tidak hangpa buleh bayang la macamana ghaplahnya puak2 ni). Gua ngan member buat dek saja la ngan puak2 ni, gua suruh tokey kupas sebiji, siap suruh tokey tu cari hat betui2 rasa degheian punya: "tokey lu buka itu degheian yang rasa degheian tau...kalau takdak rasa deghian lu angkat balik la itu degheian", tu dia cantiknya bahasa gua, tokey tu pandang semacam ja kat gua. Lepas tokey tu kupas sebiji, gua tengok isinya perghhh... ini memang kampung punya, letak je kat lidah huh..memang degheian la. kena plak belah pangsa kucing tidoq nuu.....memang terangkat la. Harimau pun buleh menangis woo.



Gua tanya tokey, mana punya degheian ni, dia jawab: "ini Cameron Highland punya", tercengang gua bila dengaq Cameron Highland, selalu dok balun degheian Pahang ataupun degheian Hulu Langat. Tapi hat ni lain punya mari. Patut la sedap...degheian tanah tinggi rupanya. Lepaih tu tanya kat tokey tu lagi: "Sapa depa ni yang ramai2 ni?", mcm bukan orang Malaysia ja. Tokey tu jawab: "China mari". Ohh rupanya depa ni mai dari nun China nuu, patut la nampak cempera saja macam x pernah jumpa degheian, memang depa tak pernah tengok degheian pun. Tengok daripada depa bergambaq ngan buah degheian ni....memang dok pikiaq bukan orang sini pun. Macam kita pi tempat orang juga la. Cempera lagu tu juga la.

Gua ngan kawan gua makan tak banyak pun dalam 3 biji ja (masing2 tengah dok melingkaq kekenyangan lagi ni lepaih makan tengahari tadi), gua ngan 2 org member gua ja yang dok balun pulun degheian ni, hat sorang lagi tak berapa nak pi, dalam 2 - 3 ulas ja. Pekena 3 biji teruih sengkak perut, mana taknya sebelum pekena degheian baguihnya punya dok pulun nasi. Apa lagi balik opis belahak bau degheian la satu opis, aircond plak tu, member lain punya hingaq tak hingat punya. Tapi tak le teruk sangat baunya. (apa pun degheian Cameron ni memang terangkat habis). Memang betui rasa degheian, gua tak tau nak cakap la macamana yang kata rasa degheian ni, makan sendiri baru tau.

Ok la bro semua, gua chow dulu la...saja ja boh entry ni nak memeriahkan blog ni ja. Angin dok keluaq ataih bawah ni.

Chow Cin Cau Ayaq lengkong

Monday, August 17, 2009

Lagi H1N1

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Segala puji pujian hanya milik Allah tuhan semesta alam, selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad SAW, keluarga serta seluruh sahabat baginda SAW.

Sambungan dari siri H1N1 sekadar copy and paste yang diambil dari Group Alumni_ESQ165 untuk tatapan pembaca sekelian, sekadar peringatan buat diri saya dan anda semua dalam menghadapi wabak H1N1 yang semakin menggila ini. Baca dalam laman sesawang ibnuyaacob ada yang kata wabak ini konspirasi jahat dari pihak tertentu. Betui ke tidak. Wallahua'alam. (hangpa pikiaq sendiri la). Tapi yang pasti semua ini adalah bala dan peringatan dari Allah SWT.

Selamat membaca

Apa itu H1N1?

Viral Novel Influenza type A H1N1. Ianya berasal dari Virus Avian Flu (Selsema Burung H5N1) yang telah menjangkiti itik @ Khinzir dan telah bergabung dengan Swine Flu (yang sepatutnya hanya menjangkiti ternakan itik sahaja) dan telah evaluasi (Mutasi) untuk penyesuaian diri di dalam 'host' yang lebih tinggi didalam rantaian makanan @ manusia Dan semasa didalam badan manusia, sekali lagi ia berevolusi supaya ia menjadi 'air born' dan menjangkit dari manusia kepada manusia.

Jangka Hayat Virus

Oleh kerana ia adalah Virus yang 'air born', ia hanya boleh bertahan di udara selama 2 hingga 8 jam sahaja. Jika selepas tempoh tersebut ia tidak mendapat perumah @ host( badan manusia) ia akan mati. Maka bilik yang dibiarkan selama 24 jam dengan air ventilation yg baik....akan 'bersih' dr virus tersebut.

Apa Yang Perlu Tahu

Asal virus ini:

Sebenarnya telah terdapat outbrake di US sebelum terjadi outbrake di Mexico tapi tidak dilaporkan kepada WHO. Kemungkinan outbrake ini telah dikesan dan US mahu 'baling batu sembunyi tangan' lalu tercetus la outbrake di Mexico.

Virologi Virus H1N1

Incubation Period yang singkat pada purata 2 hari dengan julat 1 - 4 hari
ini bermakna ia cepat menyerang badan manusia setelah ia menjangkiti pesakit
pesakit akan menunjukkan simptom selepas 1 hari dijangkiti paling cepat dan selewat-lewatnya hari ke - 4
H1N1 sebenarnya adalah Selsema Biasa namun kepada pesakit yang berisiko, ia dapat membunuh. Jika pesakit adalah seorang yg normal, ia hanya akan memberi kesan seperti demam selsema biasa dan batuk.

Cara Serangan

Virus ini boleh disebarkan melalui batuk, bersin dan percakapan.Virus ini akan menyerang sistem pernafasan (seperti selsema burung dan SARS) peringkat awal, ia hanya pada 'trakea' jika tidak mendapat rawatan awal, ia akan menyerang paru-paru dan boleh menyebabkan kematian akibat 'lung collapse' ia amat merbahaya kepada golongan yangg berisiko tinggi.

Siapa yang berisiko:

1. Orang yg ada masaalah 'obesiti' @ gemuk

2. Perempuan yg mengandung

3. Orang yg ada astmatic

4. Orang-orang yang bermasalah dengan sistem imunisasi ( menjalani 'operation yg besar', kanak2 yg belum cukup
suntikan imunisasi, golongan2 yg rendah tahap imuniti eg. HIV ext.)

*kematian yg telah dilaporkan terdiri drpd golongan-golongan di atas.


Simptom-Simptom
day 1 - rasa kurang sihat, tak bermaya
day 2 - selsema, batuk dan demam yg kekal ( demam tidak turun walaupun telah makan ubat demam)
day 3 - rasa kurang selesa di bahagian dada dan sesak nafas
day 4 - sakit dada yg teruk jumpa doktor dengan segera
day 5 - and above lung collapse @ koma

Langkah-langakah kawalan

1. Golongan-golongan yang berisiko, elakkan daripada kesesakan ( kawasan yg padat dgn orang ramai)

2. Menjaga kebersihan diri, basuh tangan selalu dan dgn betul, jaga kebersihan rumah dan persekitaran .

3. Elakkan diri jika terdapat 'orang batuk, bersin dan kurang sihat' .

4. Jika kurang sihat, elakan diri dr beraktiviti (sosial dan berkumpulan)

5. Jika kurang sihat dan ada ILI( influenza light illness @ selsema biasa) jgn hadirkan diri di kawasan orang ramai.
jika terpaksa, pakai 'mask' (sekurang2 nya 3 ply mask)

6. Untuk orang yang sihat, elakkan dari kawasan yang padat.

7. Jika ada tanda2 simptom diatas, segera ke hospital untuk pemeriksaan dan rawatan

8. Jika sihat, jgn ke hospital atau klinik utk 'checkup' kerana di kawasan tersebut mengandungi bnyk virus.

9. Tak perlu ambil anti-viral @ apa2 ubt influenza!!! !!!!!!!. jika sihat dan mengambilnya, akn mengakibatkan resistan kpd
vaksin @ ubt2 untuk merawat jika terkena jangkitan. ini adalah kerana berlakunya resistansi virus terhadap persekitaran
badan yg telah mengambil ubat-ubat tersebut terlebih awal.

10. Vaksin hanya akan 'wujud' seawal2nya pada oktober dan hanya utk 'frontliner' shj. dan utk awam selewat2nya pada
2010.

11. Untuk makluman, influenza test hanya dijalankan di 2 makmal shj di malaysia. mengambil masa 6 jam utk run test kpd 1
batch sample. jika klinik menyatakan mereka boleh jlnkan ujian, itu tidak betul. tak perlu ambil suntikan seasonal
influenza kerana ia tidak berkaitan.

12. Tahap kesedaran dan pengetahuan yg tinggi amat perlu utk kita sama2 menghadapi outbrake ini. sama2lah kita berdoa kpd ALLAH s.w.t agar bala ini cepat berlalu.

Amin.

Ini adalah sumber dari taklimat H1N1 oleh pengarah kawalan penyakit berjangkit dari Kem. Kesihatan Malaysia
di Pan Pasific KLIA pada 01.08.2009.

Thursday, August 13, 2009

H1N1

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Segala puji pujian hanya untuk Allah, tuhan sekelian alam. Selawat dan salam buat insan utama Nabi Muhammad SAW dan keluarga serta seluruh sahabat baginda SAW.

"Sesungguhnya Allah hanya mengharamkan bagimu bangkai, darah, daging babi dan binatang (ketika disembelih) disebut (nama) selain Allah. Tetapi sesiapa dalam keadaan terpaksa (memakannya) sedangkan ia tidak menginginkannya dan tidak pula melampaui batas, maka tidak ada dosa baginya. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang."

QS Al Baqarah 2:173

Sedar atau tidak, kita semua walau dimana kita berada pasti tidak akan terlepas dengan wabak influenza A H1N1. Inilah bala atau peringatan daripada Allah SWT atas kemungkaran manusia yang masih lagi berdegil dengan firmanNya.

Menurut Dr Danial Zainal Abidin, pada 1918 pernah terjadi wabak selsema babi yang telah mengorbankan angka seramai 20 - 40 juta orang di seluruh dunia. Hari ini wabak yang sama seperti wabak pada 1918 datang lagi. Amat malang, kita manusia tak pernah nak ambil iktibar dari peringatan Allah SWT ini.

Pada awal wabak ini, kita langsung tidak bimbang malah prihatin terhadap kemunculan wabak ini, malah menganggap ianya adalah penyakit biasa. Kita rasakan tak akan adanya kes jangkitan di Malaysia ini, sebab kes pertama nun jauh beribu batu dari sini...Mexico nu. Tapi hakikatnya Allah Maha Berkuasa, jauh macamana sekalipun kalau itu adalah kehendakNYA, maka sampailah wabak ini dibumi Malaysia ni. Permulaan kes adalah kes import dan kemudian berlakulah penularan tempatan dan akhirnya melibatkan kehilangan jiwa. Semakin hari semakin meningkat jumlah kematian disebabkan wabak ini. Kalau dilihat jumlah yang terkena jangkitan ini amat tinggi dari sehari ke sehari. Semua orang dalam kebimbangan akan wabak ini. Wabak ni tak kira sapa dah...yang makan babi atau tidak semua terdedah. Inilah bala yang Allah Taala turunkan pada manusia yang engkar. Bala ni bila turun dia tak kira sapa dah, yang beriman atau tidak semuanya akan menanggung akibat. Sebagai peringatan untuk diri saya sendiri dan kepada pembaca sekelian, baliklah kepada fitrah asal kejadian manusia dan ikutlah segala perintahNYA. Selagi belum terlambat, kalau dah kena takde sapa dah boleh bantu kecuali berserahlah kepada Allah SWT. Mudah2an Allah memelihara kita semua daripada wabak ini. Amin

Tetapi yang menghairankan, penguatkuasaan dan keprihatinan masyarakat dalam menghadapi wabak ini, masih ditahap yang paling minumum, langsung tiada rasa takut, malah jika dilihat, jika kita pergi di tempat2 awam atau mana2 shopping kompleks masih lagi dapat dilihat sekonyong-konyong manusia tanpa rasa prihatin untuk memakai face mask seolah-olah seperti tiada apa-apa yang berlaku. Hairan bin ajib betul dengan sikap setengah manusia ini. Langsung tiada kesedaran dalam menghadapi situasi yang semakin hari semakin mencabar dan amat menekan ini. Seolah-olah dunia ni merekalah yang punya.

Aku tulis disini bukannya apa cuma sebagai peringatan untuk diriku, keluargaku dan saudara diluar sana, wabak ini dah memakan korban lebih 50 orang di Malaysia dan kita tidak tahu bilakah kesudahannya, sama ada semakin baik ataupun semakin teruk. Hari ini kita bebas dari sebarang jangkitan tetapi esok lusa apa nak jadi, tiada siapa yang tahu. Hanya Allah saja Yang Maha Mengetahui. Apakah kita mampu menghadapi wabak ini. Dengar cerita H1N1 ini amat menyakitkan. Wallahaua'alam

Lebih membimbangkan kepada penghidap asma dan ibu yang mengandung atau yang mempunyai masalah kesihatan, golongan ini lebih terdedah kepada jangkita H1N1 ini, berhati-hatilah dan jagalah kesihatan anda. Berbanyaklah berdoa kepada Allah SWT. Semoga Allah SWT sentiasa memelihara dan melindungi kita semua dari wabak H1N1 ini. Amin.

"Dengan nama Allah yang tiada dimudaratkan sesuatu apapun dengan namaNya sama ada dibumi dan dilangit, dan Dialah Maha Mendengar dan Maha Mengetahui". Amin

Untuk doa yang lain sila ke laman
Yusofembong

Friday, August 7, 2009

Berjayakah Kita?

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Selawat dan salam buat junjungan besar kita Nabi Muhammad SAW dan keluarga serta seluruh sahabat baginda SAW

Teringatkan suatu kisah berkenaan kejayaan seseorang itu yang dikupas begitu cantik oleh seorang ustaz (x ingat plak nama ustaz tu) di surau taman rumah aku. Ustaz tersebut menceritakan apakah kejayaan yang paling bermakna sekali dalam kehidupan kita ini. Entah macamana terlintas nak letak entry ini untuk tatapan anda semua sebagai teladan dan panduan kita semua (kepada yg suka baca blog ini la). Wallahua'alam

Berbalik kepada kejayaan seseorang itu. Apakah yang dikatakan berjaya itu? Biasalah kita ini sebagai hamba Allah, bila berbicara bab kejayaan mesti akan ingatkan tentang kemewahan dan kesenangan yang dikecapi, baik kemewahan harta benda atau kesenangan dengan pangkat dan jawatan. Tetapi kita lupa adakah kejayaan itu semua membawa kepada kejayaan kita di akhirat kelak, yang mana kejayaan diakhiratlah kejayaan yang mutlak buat diri kita ini sebagai hamba Allah. Pernah tak kita memikirkan persoalan yang sedemikian. Persoalannya:

Berjayakah kita jika kita mempunyai pangkat yang tinggi?
Berjayakah kita jika kita punya rumah yang besar?
Berjayakah kita jika kita punya harta yang bertimbun?
Berjayakah kita jika kita punya perniagaan yang berkembang maju?
Berjayakah kita jika punya kereta mewah yang pelbagai?
Berjayakah kita jika kita lulus peperiksaan dengan cemerlang
Berjayakah kita jika punya anak yang ramai?
Berjayakah kita jika kita punya keluarga yang bahagia?

Jawapannya memang kita berjaya, dan itulah yang kita kejar selama ini. Tetapi harus diingat adakah itu kejayaan yang hakiki. Ternyata apa yang disebut di atas adalah kejayaan dunia semata-mata. Lalu apakah jawapan kepada kejayaan tersebut? Jawapannya terletak diatas diri kita sendiri sebagai hamba Allah yang tunduk patuh kepadaNya.

Semua orang ingin berjaya, tetapi biarlah semua kejayaan kita membawa kepada kejayaan kita di akhirat.

Kita berjaya sebagai seorang pekerja yang mempunyai pangkat yang tinggi tapi biarlah kejayaan kita ini membawa kita kepada Syurga Allah SWT. Barulah kita beroleh kejayaan yang mutlak.

Mahukah kita punya pangkat tinggi, harta banyak dan pelbagai lagi tetapi akhirnya kita tidak selamat dengan neraka Allah SWT.
Mahukah kita punya keluarga yang bahagia dan akhirnya keluarga itu juga yang mengheret kita ke neraka Allah SWT.
Mahukah kita jadi seorang yang cemerlang sama ada sebagai pelajar ataupun pekerja dan akhirnya kita kembali kepada Allah SWT dalam keadaan yang kufur.

Nauzubillah himinzalik. Fikirkanlah!!!

Kejayaan yang paling tinggi adalah:

1. kita berjaya didunia dengan menjawat jawatan yang tinggi, dihormati, punya harta serta keluarga yang saling menyayangi, suami/isteri yang kacak/cantik, anak yang berjaya didalam pelajaran dan pelbagai lagi dan akhirnya kita kembali kepada Al Khaliq Yang Maha Pencipta sebagai hamba yang beriman dan taqwa yang dijanjikan Allah SWT Syurga yang mengalir sungai2 didalamnya. Subhanallah semoga itulah kejayaan yang kita impikan iaitu kejayaan di dunia dan akhirat.

2. Kita di dunia hidup sebagai insan yang biasa2 saja tetapi kita tunduk dan patuh pada perintah Allah SWT. Hidup serba sederhana tidak pernah ada rasa dengki atas kejayaan orang lain, tiada rasa dendam mendendami, kerana itulah saja rezeki kita walaupun telah berusaha sekuatnya dan akhirnya kita kembali mengadap Ilahi dengan nikmat syurga yang abadi yang Allah SWT telah janjikan. Itu juga adalah kejayaan kita sebagai hamba Allah SWT. Kita tidak berapa berjaya di dunia tetapi kita berjaya di akhirat. Sesungguhnya kejayaan diakhiratlah kejayaan yang abadi.

Dan kejayaan yang paling malang bagi kita adalah:

1. Kita berjaya di dunia dengan pelbagai kemewahan dan kesenangan yang kita kecapi, tetapi di akhirnya kita kembali mengadap Allah SWT dalam keadaan tidak selamat dengan neraka Allah SWT. Kita berjaya di dunia tetapi kita gagal di akhirat.

2. Di Dunia ini kita tidak pernah berjaya malah hidup dalam kesusahan dan dikeji masyarakat setempat, tidak mampu menerima takdir Allah SWT sehingga tidak mampu menempuh dugaan yang dihamparkan dan amat malang sekali kita jadi kufur kepada Allah SWT dan akhirnya kita kembali kepada Allah SWT dalam keadaan yang paling hina. Inilah kerugian yang nyata kerana kita gagal di dunia dan gagal diakhirat. Nauzubillah

Kesimpulannya, kejarlah dan carilah dunia selagi hayat masih ada, selagi kudrat masih kuat, tetapi biarlah hasil yang kita kecapi membuatkan kita lebih patuh dan taat kepada Allah SWT. Menjadikan kita lebih mensyukuri akan nikmat Allah SWT. Jadilah sebagai hamba yang sentiasa berfikir dan berzikir atas nikmat yang Allah SWT berikan. Semoga kejayaan kita di dunia membawa kepada kejayaan kita di akhirat nanti. Sepertimana yang selalu didoakan oleh semua muslimin dan muslimat "Ya Allah berikanlah kami kebahagian di dunia dan kebahagiaan di akhirat. Dan jauhilah kami daripada azab api neraka". Ameen.

Semua yang baik dari Allah SWT dan yang buruk atas kelemahan hamba yang hina ini.

Wallahua'alam

Wednesday, August 5, 2009

Pertunangan Along (Anak Menakanku)

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad SAW dan keluarga serta seluruh para sahabat baginda SAW.

Salam,

Alhamdulillah, selesai sudah satu bab, semuanya atas kehendakNYA. Pada hari Ahad yang lepas 2 Ogos 09, berlangsungnya pertunangan anak saudara aku, yakni anak kakak aku yang tinggal di Sg Buluh. Tiada apa yg nak diutarakan disini cuma sekadar ingin berkongsi sedikit kemeriahan semasa majlis berlangsung. Layaaaannnnnn

Ni lah merpati dua sejoli tu, yang laki tu bos kakak aku, emaknya yg si perempuan tu la. Kiranya lepas ni jadilah drama "BosKu MenantuKu". Apa boleh buat semuanya jodoh.


Yg ni plak time ni la dia jadi ghaplah jingga. Over acting la plak...tengok tu menjelingnya perggg maunya cair gadis yg melihatnya.


Yang ni bakal menantuku....depa dua bagaikan belangkas, afiq siap cakap: "abah, ayuni suka kat afiq la" ghaplah betoii la, kecik2 dah pandai. Untuk makluman ayuni adalah anak menakan aku la juga.

Yang ni takyah cakap la, senyum simetri lagi

Ni sorang lagi, kalau si abangnya senyum 2cm kanan 2cm kiri, cik adik mana mau kalah...heheh

Sukanya dia..."dlm hati huh letih tak hingat"

Sebahagian hantaran pertunangan, purple vs gold

Along@ ita: Congratulation, akhir tercapai jua impiannya

Apa yg diborakkan ngan mak andam x tau la

inilah kek hantaran sponsor by secret recipe

sebahagian lagi hantaran dari pihak perempuan

Manisnya anak menakanku ini: lepas make up tengok mcm aida aris skit2...ntahla aku la tengok..org lain aku tak tau la.

Semoga pertunangan mereka berakhir ke jinjang pelamin dan perkahwinan mereka kekal hingga ke akhir hayat. Ameen.

Lagi gambar boleh layari di Haruman Mawar

Wassalam.