Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.
Segala puji hanya untuk Allah tuhan semesta alam, selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad SAW dan keluarga serta sahabat Rasulullah SAW.
"Sesungguhnya Allah hanya mengharamkan bagimu bangkai, darah, daging babi dan binatang yang (ketika disembelih) disebut (nama) selain Allah. Tetapi barang siapa dalam keadaan terpaksa (memakannya) sedang ia tidak menginginkannya dan tidak (pula) melampaui batas, maka tidak ada dosa baginya. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang" (QS Al Baqarah 2:173)
Semalam menonton Halaqah bertajuk "Selsema Babi". Subhanallah cantik sungguh kupasan ahli panel yang terdiri daripada Ustaz Farid Ravi dan Dr Danial Zainal Abidin.
Apa yang ingin dikongsikan adalah berkaitan tips yang diberikan oleh Dr Danial iaitu berkenaan kita hendaklah membasuh tangan selalu sepertimana yang disarankan oleh WHO. Rupanya dalam sedar tak sedar kita umat islam yang selalu menunaikan solat secara tak langsung akan sentiasa membasuh tangan 5 kali sehari melalui wuduk. Subhanallah, Allah SWT telah mengajarkan manusia cara menyuci dan membersihkan diri melalui wuduk.
"WHO mengeluarkan panduan, supaya sentiasa membasuh tangan. Bagi kita ini bukan sesuatu yang baru, malah kita sentiasa berwuduk untuk solat dan mambasuh tangan sebelum makan,"katanya yang turut menyarankan agar mengikuti saranan Nabi Muhammad s.a.w sewaktu bersin.
Ketika bersin, Nabi menutup tangan dan adakalanya menggunakan kain dan ini seperti yang dinasihatkan Kementerian Kesihatan Malaysia baru-baru ini. (petikan dari Harakahdaily)
Lagi Dr Danial menyarankan memakan buah2an dan sayur2an agar badan sentiasa sihat, dan menurut Dr Danial semua ini jika dilihat adalah bertepatan dengan sunnah Nabi SAW yang sentiasa makan buah2an seperti kurma.
Allah SWT Maha Mengetahui tiap apa yang diciptakannya. Allah tidak menciptakan sesuatu dengan sia-sia melainkan menjadi pengajaran dan peringatan kepada manusia. Manusia sahaja yang tidak mahu berfikir.
Wallahua'alam
No comments:
Post a Comment