Wednesday, May 13, 2009

Alhamdulillah.....Hujan Akhirnya



Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Segala puji hanya untuk Allah SWT Tuhan semesta alam, selawat dan salam buat insan utama Nabi Muhammad SAW dan keluarga serta seluruh sahabat baginda Rasulullah SAW.

Semalam semasa nak tidoq, dalam hati dok merungut awat la panaih sangat ni...kalih kut sini tak kena kalih kut sana tak kena. Sat aku turun bawah pekena ais (tengah2 malam dok balun ais)....dok kat bawah hangat...naik atas pun hangat, kiranya malam tadi sungguh hangat dan panaih sekali. Dalam kepala dok pikiaq ni baru panaih dunia, dok merungut dah. Kalau neraka macamana nauzubillah "Ya Allah jauhilah aku dari azab neraka" Amin.

Bayangkan bangun pagi pun berpeluh, lepas mandi berpeluh, itu waktu pagi...dok persiap nak pi gheja, keluaq masuk rumah angkat beg sekolah anak pun berpeluh-peluh. Pagi2 masuk kereta dah nak kena pasang aircond, tu dia bala daripada Allah SWT. Allah SWT baru bagi panaih skit dah tak keruan dah, nanti di Padang Masyar macamana la keadaannya. Hanya Allah SWT Yang Maha Mengetahui.

Di tempat gheja semua pakat dok cerita perihal cuaca di sini (KL la) yang tidak berapa menentu sejak akhir2 ni. Dengaq kata dari ramalan cuaca, cuaca panas akan berlarutan sehingga bulan September, maka ramai la rakan sekerja dok kecoh, tentu bulan Puasa yang akan disambut pada Ogos dan September ini akan mencabar keimanan kita. Wallahua'alam Allah SWT yang lebih mengetahui.



Sesungguhnya Allah Taala Maha Pengasih lagi Maha Penyayang ke atas hamba2Nya. Dialah Ar Rahmaan Dialah Ar Rahim. Dalam hamba2Nya dok mengeluh dan merungut pasai panaih ni, dengan tak semena-mena langit berdentum dentam dan hujan turun mencurah dengan lebat sekali di KL. Alhamdulillaahi Raabil 'alamin syukur ke hadratMu Ya Allah, sungguh besar rahmat yang Engkau berikan kepada hamba2Mu, tetapi kebanyakan mereka tidak mensyukurinya. Astargfirullahal'aziim.

"Tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan hanya Engkaulah Ya Allah, Maha Suci Engkau, sesungguhnya aku adalah termasuk orang-orang yang zalim".


Kesimpulannya, biar apa pun musibah atau bala yang melanda janganlah kita asyik merungut saja, yang pasti setiap yang berlaku ada hikmah disebaliknya, cuma manusia saja yang tidak mengetahuinya. Maha Benar Allah dengan setiap apa yang berlaku semua didalam ketentuan dan pengetahuanNya. Bersabarlah menghadapi apa jua ujian yang melanda dan bersyukurlah dengan rahmatNya.

Wallahua'alam

No comments: