Thursday, May 28, 2009

Kerenah Anak-Anakku

Salam,

Hari ni aku xde byk keje sgt, jadi aku curi2 sedikit masa untuk updated blog sambil layan facebook. Kekadang rasa bersalah jugak menggunakan waktu keje untuk perkara peribadi. Apa boleh buat di rumah xde PC/laptop. Tu kadang dpt gaji je duit tak pernah cukup (x berkat le tu).

Kali ni nak citer skit perihal anak2 aku yang 3 orang tu (semuanya hero). Weekend kalau x pi mana2, anak2 aku ni selalunya layan TV la, apa lagi kalau bukan katun favourite depa "Won the pat" (betui ke aku eja ni). lepas satu katun ke satu katun (tu kadang malaih nak buh astro) ni lah akibatnya. Aku ngan bini. memang siang tu tak dak kesempatan nak tengok TV la jawabnye.


Ni time aliff, Farhana, dan Aina mai umah....tgh layan TV la tu

lepaih layan katun, depa ni selalu main la, baik yg sulung sampai ke hat kecik kira main saja. Depa ni kalau tak pi mana-mana asal celik mata dari tido terus saja ON TV dan main main dan main. Mula main ok je, lepaih tu mulalah bunyi sana bunyi sini dok berebut mainan, hat abang kata kat adik, hat adik dok ejek abang, last sekali pakat dok lawan mengejek. Bayangkanlah dalam rumah tu dengaq suara depa saja. Pastu apa lagi gaduh la, yang suka mengigit tu kira nak gigit la, yang abang sulung kira buh penumbuk la, yang si no. 2 suka mengejek no.3, yang no 3 pulak jenis suka gheyau pasai x tahan kena ejek ngan abang. Hari-hari macam tu la. Dalam nak tido pun dan lagi nak berbunyi-bunyian. Tu yang dikatakan budak-budak tu, kalau takde benda ni bukan budak2 la namanya. Sebab tu org tua2 gaduh orang akan kata mcm budak2. Rumah lintang pukang jangan cakap la, habis mainan dicamuknya. Pastu bermulalah episod mamanya membebel pot pet pot pet (jgn mare ye mama anak2ku).

Aniq ngan Afiq suka tengok abang depa lukis, agaknya hobi depa sama kut

Yang sulung ni kurang la skit, pasai dia dah besaq (thn 2 dah pun). Tak tahannya hat No2 dan No3, No 2 suka mengusik adiknya, adik ni plak jenis suka nak bunyi, x boleh silap skit. Pastu mulalah dok main aci ligan, hat adik ligan abang. abang ligan adik. Maka bermulalah episod yang tidak menyenangkan hasil campur tangan aku.

Ni lah rupanya hat kuat gheyau ni (afiq). Suara dia boleh tahan jugak.

Tahap kesabaran pun mula la goyah, dan aku pulak bukannya jenis yang penyabar, kiranya As Shobur ni takde la dekat ngan aku. Kena banyak ishgtifar ni. Bini aku ni penyabar la juga orangnya, ye la kalau dua2 tak sabar, jenuh la anak2 kena balun. Allah tu Maha Adil. Tapi kekadang mai naik syeikh bini aku nie, habis satu jalan kat tmn rumah aku dengaq suara dia. Bingit juga telinga dibuatnya.

Tu belum bawa pi jenjalan ke makan ke, bawa gi jenjalan pun depa asyik nak gaduh saja, dalam kereta gaduh, tera nak sampai destinasi tu kira kita ni habis sabaq la. Ish pening kepala dibuatnya. Itu kadang malas nak gi jalan mana2 bila dok pikiaq kerenah anak2. Tak bawa kesian plak, dah bawa lain plak jadinya. Anak2 ni bila bawa gi mana2 kompleks biasalah, adalah buah tangan yang hendak dibawa baliknya (mainan le tu). Kalau x bagi satgi kita pulak hangin satu badan. Tu yang kat umah sampai dua container tu, tu pun ada yg dah buang separuh. Kalau tak buang maunya kena beli almari nak simpan benda alah tu je.

Bab bawa gi makan pun satu hal jugak, nak makan yang tu, tapi bila dah order tak mau pulak, dok syok nak makan hat kita pulak. Last kita pulak dok tukang perabih hat belen anak2 punya. Ustaz kata tak elok makan bekas anak, tapi apa bleh buat daripada membazir. Balun je la , tu la ni badan makin tembun (tembam). (Sori la guna bahasa daerah campuq -campuq, sapa faham, faham la...x faham nasib la ye)

Itulah asam garam kehidupan berumahtangga, kalau takde kisah anak-anak macam ni terasa sunyi jugak rumahtangga ni. Apapun anak anak ini semuanya anugerah Allah SWT, baik buruk semuanya dalam pengetahuanNYA. Kepada yang punya anak bersyukurlah dan kepada yang tidak punya anak bersabarlah. Tiap yang berlaku ada hikmah disebaliknya. Kekadang Allah SWT uji kita melalui anak2. Hanya kita manusia yang tidak menyedarinya.

Pesanan untuk semua, didiklah anak-anak agar mereka semua menjadi insan yang bertaqwa didunia sebagai bekalan untuk menuju akhirat. Mudah2an anak-anak yang bertaqwa inilah dapat memberi syafaat kepada ibubapa di akhirat kelak. Jangan sampai anak-anak pula mengheret ibubapa ke dalam azab seksa api neraka. Nauzibillah himin zalik.

Sesungguhnya apa yang diceritakan disini hanyalah untuk berkongsi keseronokan sebagai ibubapa kepada anak-anak, dan tiada maksud atau niat yang lain. Tanpa kerenah dari anak-anak, tiadalah kemanisan hidup berumahtangga ini. Jadi, hargailah anugerah dari Allah SWT ini. Sesungguhnya anak2 adalah anugerah yang tiada nilainya.

Yang baik adalah dari Allah SWT, dan yang tidak baik adalah atas kelemahan hamba yang fakir ini.

Wallahua'alam

Muhammad Al Fatih: Bagaimana Baginda Terbentuk?

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang


Hari ini, 546 tahun yang silam, Muhammad bin Murad melukir satu sejarah dengan menawan kota yang sangat kuat pertahanannya - Constantinople.

Tulisan ini cuba melihat bagaimana seorang pemimpin seperti Muhamad Murad yang kemudiannya diberikan gelaran Muhammad Al Fatih, telah berjaya dilahirkan. Adakah di sana satu metod tertentu untuk mencetak pemimpin seperti beliau dan bagaimanakah cara untuk berbuat demikian.

Peribadi dan kepimpinan Muhammad Al Fatih menunjukkan beliau mempunyai ciri berikut;

a. Asuhan dan disiplin Islam yang kuat.
b. Mempunyai matlamat hidup yang ingin dijayakan
c. Kehendak yang kuat
d. Sabar dan ketahanan ruhani yang kuat
e. Pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan untuk misinya, atau mendapatkan bantuan pakar dalam bidang masing-masing bagi tujuan melengkapkan skil berkenaan
f. Ibadah dan pergantungan yang kuat dengan Pencipta

Sebelum isu ini dikupas lebih lanjut, kita tinjau dulu bentuk pertahanan Kota Konstantinapole itu sendiri yang sangat menakjubkan;


Kota ini berbentuk tiga segi. Dua bahagian kota menghadap laut iaitu Selat Bosporus dan Laut Marmara. Bahagian daratan dilingkungi oleh sebuah benteng yang sangat kukuh;

a. Bahagian luar kota dilingkungi oleh sebuah parit besar. Dalamnya 10 meter dan lebarnya 60 meter.
b. Ada dua tembok iaitu tembok luar dan tembok dalam. Tembok luar sahaja setinggi 25 kaki dan setebal 10 meter.
c. Tembok dalam pula setinggi 40 kaki tinggi dan 15 meter tebel.
d. Terdapat menara kawalan sepanjang tembok dalam dengan ketinggian 60 meter!
e. Terdapat 400 battalion tentera terlatih mengawal tembok ini sepanjang masa.

Dengan kedudukan pertahanan seperti itu, hampir mustahil untuk tembok ini dicerobohi.

Di bahagian laut pula, terdapat rintangan rantai besi yang kuat di letakkan di Selat Bosporus yang digunakan untuk menghalang kapal-kapal melepasinya.

Konstantinapole telah menjadi ibu kota Empayar Bizantin untuk berkurun-kurun dan dikenali sebagai kota yang paling makmur dan terkaya di Eropah. Ia terletak di pertemuan antara Asia dan Eropah dan Laut Mediterranean dan Laut Hitam. Justeru, ia sangat strategik baik dari segi perdagangan mahupun geo politik.

Sejak Rasulullah s.a.w mengungkapkan bahawa nanti Kota penting ini akhirnya akan jatuh di tangan seorang pemerentah yang terbaik, memimpin tentera yang terbaik sepanjang zaman, telah banyak percubaan dibuat untuk menawan kota ini, namun tidak berjaya. Sahabat seperti Abu Ayub Al Ansari juga telah berusaha dan mereka telah mengepung kota ini selama tujuh tahun, tetapi masih gagal.

Hanya 800 tahun selepas sabda Nabi yang Mulia itu, sabda yang menakjubkan ini menjadi kenyataan. Sultan Muhammad bin Murad yang kemudian lebih masyhur dengan gelaran Sultan Muhammad Al Fatih telah memulakan pengepungan ke atas Konstantinapole pada hari Khamis, 5 April 1453 dan berjaya membuka kota ini pada 29 Mei 1453, hari tulisan ini dipostkan.

Sungguhpun pengepungan ini berlangsung selama hampir dua bulan sahaja, program penaklukan ini telah berjalan lama!

Ia bermula apabila bapa Sultan Muhammad Al Fatih, Sultan Murad memilih guru-guru yang terpilih untuk mendidik anak raja ini, yang waktu itu, se orang anak yang nakal.

Sejak berumur sembilan tahun, Sultan Muhammad telah mengalami pendidikan disiplin yang ketat. Rasa bebas dan nakal sebagai anak raja yang masih kecil mula berakhir apabila bapa baginda memberikan kebebasan kepada guru-guru beliau untuk membentuk dan mendidik Muhammad.

Rotan turut digunakan oleh gurunya untuk mendisiplinkan anak ini. Dalam satu kejadian, Muhammad telah sengaja dirotan dengan teruknya tanpa sebarang kesalahan yang dilakukan oleh beliau. Tujuan guru beliau berbuat demikian ialah untuk membentuk perasaan belas kasihan dan sikap adil dan saksama dalam jiwa bakal Sultan ini. Supaya nanti baginda dapat mengambil keputusan berpaksikan keadilan dan memahami perasaan orang-orang yang tidak diperlakukan dengan adil!

Sultan Muhammad dibimbing untuk menghafal Al Qur'an. Dilatih untuk sembahyang malam. Dibentuk menjadi wara' dan zuhud. Diasuh mencintai ilmu dan ulama'. Mempunyai budi pekerti yang baik dan perasaan yang halus. Keunggulan pendidikan keruhanian Sultan Muhammad ternyata apabila baginda akan dilantik menggantikan bapanya secara rasmi sebagai pemerentah Kesultanan Uthmaniah, beliau menangis teresak-esak. Gurunya lah yang telah mengarahkan beliau menerima tanggungjawab itu atas hujjah bahawa se orang berkaliber seperti beliau wajib memikul amanah ummah dan itu jihad dan ibadah yang lebih besar.

Pendidikan Sultan Muhammad di istana baginda hampir komprehensif. Sebagai bakal raja dalam persekitaran Eropah dan pusat perdagangan dan diplomatik, baginda dapat berbahasa lebih dari lima bahasa. Sudah tentu baginda fasih dalam bahasa Arab.

Baginda juga diajar matapelajaran sejarah, geografi dan astronomi. Pakar ketenteraan juga diundang untuk memberikan pendedahan ketenteraan kepada beliau.

Lama sebelum program pembebasan Konstantinapole dimulakan, Muhammad Al Fateh telah berbincang dengan pakar sejarah dan ketenteraan mengenai sebab-sebab kegagalan ekpedisi penawanan Konstantinapole sebelum ini. Apa rahsia kekuatan pertahanan kota itu dianalisa. Bagaimanakah caranya untuk mengatasi halangan-halangan itu juga dibincangkan.

Dari perbincangan itu, antara lain mereka mengenal pasti hal berikut;

a. Dinding tembok itu terlalu tebal dan pada waktu itu belum ada teknologi yang boleh meruntuhkannya. Sultan Muhammad telah mengarahkan dicari satu teknologi yang boleh meruntuhkan tembok itu.

Tentera baginda akhirnya berjaya mencipta meriam yang paling canggih dengan bantuan seorang pakar senjata bangsa Hungary yang telah diculik dari kurungan dalam penjara Konstantinapol dengan mengorek lubang bawah tanah yang dalam dan panjang!.

Berat setiap meriam ciptaan baru ini ialah 700 pauns! Ia perlu ditarik oleh 100 ekor kuda dan seratus orang tentera. Bila diletupkan, bunyinya boleh didengar sejauh 13 batu! Setiap tembakannya akan menyebabkan tembok yang kuat berlubang seluas enam kaki. Nah! Benteng besar itu sekarang telah menemui ruasnya.

b. Rantai besi yang kuat yang dirintangi menghalang laluan kapal. Ia menghalang bantuan dan pergerakan melalui laut.

Sultan Muhammad telah mencipta satu plan luar biasa mengatasi halangan ini. Ia adalah antara rekod sejarah yang menakjubkan dari segi kreativiti dan kekuatan keinginan seorang pemimpin. Baginda mengarahkan pembinaan kapal di daratan. Dibuat pada sebelah malam supaya tidak disedari oleh musuh. Mesti disiapkan dalam masa yang singkat. Kapal ini diluncurkan dari daratan sejauh 5km ke lautan dengan meletakkannya tergelunsur di atas batang-batang kayu yang telah diatur dan telah diminyakkan untuk melicinkan perjalanan kapal-kapal itu.

Pada masa yang telah ditetapkan, kapal-kapal ini dilancarkan dari daratan dan muncul di depan Kota Konstantinapole sebelah lautan dengan melepasi rantai besi yang telah terpasang! Ia memeranjatkan tentera musuh. 400 kapal musuh terbakar dan serangan dari lautan berjalan serentak dengan pengepungan sebelah daratan.

c. Lazimnya bila tentera sampai di pantai menghadap Kota ini, mereka terdedah kepada serangan musuh kerana kawasan yang terbuka dan jika sekiranya satu benteng pertahanan mengelakkan serangan hendak dibina, ia memakan masa selama setahun.

Sultan Muhammad telah mengarahkan benteng pertahanan menghadap tembok kota Konstantinapole itu dibina dalam masa tiga bulan dengan menggunakan segala teknik pembinaan semasa yang canggih. Benteng Rumeli Hissari dibina di tebing sebelah Eropah, lebih kurang 5 batu dari Kota Konstantinople di mana Selat Bosphorus adalah yang paling sempit. Ia dibina bertentangan dengan Benteng Anadolu Hisar di tebing sebelah Asia yang telah dibina oleh Sultan Bayazid Yildirim dahulu.Ia memang berjaya disiapkan seperti direncanakan.

Dari mana kekuatan keinginan seorang pemimpin ini diperolehi oleh Sultan Muhammad? Gurunya bukan sekadar menyuntikkan kekuatan ruhani kepada bakal Sultan in, tetapi juga telah menyuntik sikap terbuka terhadap teknik dan teknologi baru yang diperlukan untuk misi mereka. Mereka juga menyuntik sikap berminda strategik dan kreatif.

Sultan Muhammad dapat menganalisa dengan tepat permasaalahan dan mencari jalan penyelesaian terhadap setiap permasalahan itu secara praktikal sebelum melancarkan misinya.

Tetapi yang paling penting, sejak kecil lagi guru-guru baginda telah membentuk minda baginda untuk merasakan dirinya lah yang disebutkan oleh Rasulullah s.a.w sebagai raja terbaik yang memimpin tentera terbaik yang akan dapat membebaskan Konstantinbapole. Sasaran, visi dan misi yang jelas, yang disuntikkan ke dalam minda banginda ternyata berkesan. Dari kecil, Sultan Muhammad mengimpikan bagindalah pembebas itu!

Baginda bergerak selari dengan impian ini. Akhirnya, ia adalah sebuah kenyataan.

Dari sudut kepimpinan, bapa baginda seorang yang berpandangan jauh. Sejak umur 14 tahun, Muhammad telah diminta menguruskan empayar dengan alasan, bapanya ingin menumpukan kepada ibadah. Namun, dalam dua keadaan kritikal, bapa baginda pulang semula untuk memimpin Kerajaan Uthmaniah. Selepas ancaman kritikal itu diatasi, Muhammad diberikan peluang untuk menguruskan semula empayar yang sedang berkembang itu. Melalui pendedahan berbentuk bimbingan ini, Muhammad terlatih menjadi pemimpin yang berkualiti. Ditambah, sepanjang hayat baginda, guru-guru baginda yang menjadi rujukan keruhanian dan kebijaksanaan, sentiasa bersama baginda. Hatta, ketika pengepungan kota itu berlangsung, gurunya mengimamkan solat hajat semua tentera Sultan Muhammad.

Melihat 150,000 tentera Islam berbaris rapi untuk bersolat di luar kota itu, cukup untuk menakutkan musuh yang sedang berkawal dalam kota!

Pada hari pembukaan Kota Kontantinapole yang bersejarah itu, Sultan Muhammad bersujud syukur. Sepanjang kempen, baginda tidak putus-putus mengarahkan tenteranya bertakbir dan melaungkan slogan-slogan bersemangat, termasuk motivasi berasaskan hadis Nabi bahawa Konstantinapole akan dibebaskan oleh tentera yang terbaik dan merekalah tentera terbaik yang dijanjikan oleh Nabi itu.

Pada kali pertama solat Jumaat hendak didirikan di dalam Kota Konstantinapole yang baru sahaja dibebaskan, timbul pertanyaan siapa yang layak menjadi imam solat Jumaat yang pertama itu. Baginda memerintahkan kesemua tenteranya termasuk dirinya berdiri dan diikuti pertanyaan: “Siapa di antara kita sejak baligh hingga sekarang pernah meninggalkan solat fardhu walau sekali sila duduk!”. Tiada seorang pun yang duduk, kerana tidak seorang pun di antara mereka pernah meninggalkan solat fardhu.
Pertanyaan seterusnya, “Siapa di antara kita yang sejak baligh hingga kini pernah meninggalkan solat sunat rawatib sila duduk!”. Sebahagian daripada tenteranya duduk.
Kemudian Baginda bertitah, “Siapa di antara kamu sejak baligh hingga ke saat ini pernah meninggalkan solat tahajjud walaupun satu malam, sila duduk!”. Kali ini semuanya duduk, kecuali Sbaginda sendiri sahaja yang tetap berdiri! Subhaanallah! Baginda tidak pernah meninggalkan solat fardhu, Solat Sunat Rawatib dan Solat Tahajjud sejak baligh. Tepatlah janji Rasulullah s.a.w dan kota ini kemudian bertukar nama kepada Instanbul.

Sekarang, marilah kita mengenali secara ringkas guru-guru yang berjasa besar membentuk Sultan Muhammad.

Pertama, Ahmad 'ibn Ismail Al-Kori:
Guru istimewa ini menunjukkan role model kepada Sultan Muhammad. Seorang yang wara', tidak menyembah Sultan sama seperti orang lain memberikan tunduk hormat, memanggil nama Sultan dan kerabat mereka dengan nama mereka masing-masing tanpa sebarang panggilan gelaran, Bersalaman dengan mereka tanpa mencium tangan mereka.
Sepanjang Ramadhan, Sultan Muhammad menghadhiri kelas mentafsir ayat-ayat Al Qur'an yang diadakan di istana baginda selepas solat zuhur, dengan guru-guru yang bersilih ganti.

Ahmad ibn Ismail lah yang mengajarkan Al Qur'an, hukum-hukum agama dan kepatuhan padanya. Ia juga membentuk rasa taqwa dalam jiwa Sultan Muhammad dengan berbagai cara, termasuk nasihat-nasihat yang berkaitan dengan tugas pemerentah.

Kedua ialah Sheikh Muhammad bin Hamzah al-Rrouhy, lebih dikenali sebagai Ba'q Shamsuddin. Beliau meninggalkan kesan yang sangat mendalam terhadap keperibadian Sultan Muhammad. Beliau telah menginspirasikan Sultan MUhammad meningkatn aktiviti dakwah dan keislaman di bawah Empayar Othmaniah sebagai satu cara memperkuatkan empayar tersebut.
Beliaulah yang paling giat meyakinkan Sultan Muhammad bahawa beliau adalah raja terpilih seperti yang dimaksudkan oleh Rasulullah s.a.w dalam sabdanya itu.
Selain mengajarkan teras-teras ilmu Islam, Shamsuddin juga bertanggungjawab mengajar sains, matematik, sejarah, strategi perang, astronomi dan lain-lain. Beliaulah yang telah merotan Muhammad di masa kecil tanpa sebab. Beliaulah yang mententeramkan Sultan Muhammad yang menangis kerana enggan menjadi raja. Beliaulah yang telah ditanya oleh Sultan Muhammad samada beliau boleh bersara selepas lama memerentah kerana ingin menumpukan kepada ibadah tetapi dijawab, ibadah sebagai Sultan yang adil adalah lebih berharga lagi. Shamsuddin meletakkan insipirasi dalam dada Sultan, memberikan baginda tujuan dan misi pemerentahan yang jelas dan bersama baginda sehingga cita-cita itu tercapai. Kerana itu lah, beliau dikenali sebagai Penakluk Ruhani Konstantinapole. Guru yang merancang lahirnya seorang pemimpin dan terukirnya sebuah sejarah. Insan pada sisi lain Sultan Muhammad Al Fatih.

Sumber: cetusan-hati

Friday, May 22, 2009

Selsema Babi

Salam,

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.
Segala puji hanya untuk Allah tuhan semesta alam, selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad SAW dan keluarga serta sahabat Rasulullah SAW.

"Sesungguhnya Allah hanya mengharamkan bagimu bangkai, darah, daging babi dan binatang yang (ketika disembelih) disebut (nama) selain Allah. Tetapi barang siapa dalam keadaan terpaksa (memakannya) sedang ia tidak menginginkannya dan tidak (pula) melampaui batas, maka tidak ada dosa baginya. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang" (QS Al Baqarah 2:173)

Semalam menonton Halaqah bertajuk "Selsema Babi". Subhanallah cantik sungguh kupasan ahli panel yang terdiri daripada Ustaz Farid Ravi dan Dr Danial Zainal Abidin.

Apa yang ingin dikongsikan adalah berkaitan tips yang diberikan oleh Dr Danial iaitu berkenaan kita hendaklah membasuh tangan selalu sepertimana yang disarankan oleh WHO. Rupanya dalam sedar tak sedar kita umat islam yang selalu menunaikan solat secara tak langsung akan sentiasa membasuh tangan 5 kali sehari melalui wuduk. Subhanallah, Allah SWT telah mengajarkan manusia cara menyuci dan membersihkan diri melalui wuduk.

"WHO mengeluarkan panduan, supaya sentiasa membasuh tangan. Bagi kita ini bukan sesuatu yang baru, malah kita sentiasa berwuduk untuk solat dan mambasuh tangan sebelum makan,"katanya yang turut menyarankan agar mengikuti saranan Nabi Muhammad s.a.w sewaktu bersin.

Ketika bersin, Nabi menutup tangan dan adakalanya menggunakan kain dan ini seperti yang dinasihatkan Kementerian Kesihatan Malaysia baru-baru ini. (petikan dari Harakahdaily)

Lagi Dr Danial menyarankan memakan buah2an dan sayur2an agar badan sentiasa sihat, dan menurut Dr Danial semua ini jika dilihat adalah bertepatan dengan sunnah Nabi SAW yang sentiasa makan buah2an seperti kurma.

Allah SWT Maha Mengetahui tiap apa yang diciptakannya. Allah tidak menciptakan sesuatu dengan sia-sia melainkan menjadi pengajaran dan peringatan kepada manusia. Manusia sahaja yang tidak mahu berfikir.

Wallahua'alam

Bacaan lanjut sila klik disini dan sini

Wednesday, May 13, 2009

Alhamdulillah.....Hujan Akhirnya



Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Segala puji hanya untuk Allah SWT Tuhan semesta alam, selawat dan salam buat insan utama Nabi Muhammad SAW dan keluarga serta seluruh sahabat baginda Rasulullah SAW.

Semalam semasa nak tidoq, dalam hati dok merungut awat la panaih sangat ni...kalih kut sini tak kena kalih kut sana tak kena. Sat aku turun bawah pekena ais (tengah2 malam dok balun ais)....dok kat bawah hangat...naik atas pun hangat, kiranya malam tadi sungguh hangat dan panaih sekali. Dalam kepala dok pikiaq ni baru panaih dunia, dok merungut dah. Kalau neraka macamana nauzubillah "Ya Allah jauhilah aku dari azab neraka" Amin.

Bayangkan bangun pagi pun berpeluh, lepas mandi berpeluh, itu waktu pagi...dok persiap nak pi gheja, keluaq masuk rumah angkat beg sekolah anak pun berpeluh-peluh. Pagi2 masuk kereta dah nak kena pasang aircond, tu dia bala daripada Allah SWT. Allah SWT baru bagi panaih skit dah tak keruan dah, nanti di Padang Masyar macamana la keadaannya. Hanya Allah SWT Yang Maha Mengetahui.

Di tempat gheja semua pakat dok cerita perihal cuaca di sini (KL la) yang tidak berapa menentu sejak akhir2 ni. Dengaq kata dari ramalan cuaca, cuaca panas akan berlarutan sehingga bulan September, maka ramai la rakan sekerja dok kecoh, tentu bulan Puasa yang akan disambut pada Ogos dan September ini akan mencabar keimanan kita. Wallahua'alam Allah SWT yang lebih mengetahui.



Sesungguhnya Allah Taala Maha Pengasih lagi Maha Penyayang ke atas hamba2Nya. Dialah Ar Rahmaan Dialah Ar Rahim. Dalam hamba2Nya dok mengeluh dan merungut pasai panaih ni, dengan tak semena-mena langit berdentum dentam dan hujan turun mencurah dengan lebat sekali di KL. Alhamdulillaahi Raabil 'alamin syukur ke hadratMu Ya Allah, sungguh besar rahmat yang Engkau berikan kepada hamba2Mu, tetapi kebanyakan mereka tidak mensyukurinya. Astargfirullahal'aziim.

"Tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan hanya Engkaulah Ya Allah, Maha Suci Engkau, sesungguhnya aku adalah termasuk orang-orang yang zalim".


Kesimpulannya, biar apa pun musibah atau bala yang melanda janganlah kita asyik merungut saja, yang pasti setiap yang berlaku ada hikmah disebaliknya, cuma manusia saja yang tidak mengetahuinya. Maha Benar Allah dengan setiap apa yang berlaku semua didalam ketentuan dan pengetahuanNya. Bersabarlah menghadapi apa jua ujian yang melanda dan bersyukurlah dengan rahmatNya.

Wallahua'alam

Friday, May 8, 2009

Taubat Yang Syaratnya Gagal Dipenuhi

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Segala puji hanya bagi Allah SWT tuhan semesta alam, selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad SAW dan keluarga serta seluruh sahabat Rasullullah SAW.

Bacalah dan ambillah pengajaran didalamnya.

Oleh: Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat

Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: "Barangsiapa yang beristighfar dengan sebanyak-banyaknya, Allah SWT akan bebaskan mereka daripada sebarang kesusahan, akan mendapat rezeki yang tidak diduga daripada sumber itu serta mendapat jalan penyelesaian daripada sebarang kerunsingan."

Orang yang tidak ditimpa runsing dalam kehidupannya, adalah merupakan suatu nikmat daripada Allah SWT.

Berapa ramai manusia yang memiliki harta kekayaan yang banyak tetapi tidak sunyi daripada dilanda runsing. Kekadang kehidupan seseorang sederhana sahaja tetapi mereka aman daripada sebarang kerunsingan jiwa dan fikirannya.

Jika berikhtiar menghilangkan kerunsingan dengan bukan jalan Allah SWT, seperti dengan berhibur yang melampau, maka usaha itu seperti menghilangkan gatal dengan menggaru akan hilang gatal sejenak. Dengan menggaru boleh menyebabkan calar berdarah bertukar jadi kudis.

Apabila kuman yang menyebabkan kegatalan aktif semula, maka gatal akan muncul kembali malah lebih parah lagi dengan munculnya kudis akibat luka digaru.

Fadilat beristighfar ialah Allah SWT akan memberi jalan penyelesaian daripada sebarang kesempitan, sama ada kesulitan hidup di dunia berbentuk kebendaan atau pemikiran dan perasaan.

Fadilatnya lagi ialah dikurniakan rezeki daripada sumber yang tidak diduga. Lebih istimewa lagi jika rezeki datang mecurah pada saat amat diperlukan.

Sabda Rasulullah s.a.w. lagi yang bermaksud: "Sesungguhnya aku seorang Nabi memohon ampun dosa (istighfar) kepada Allah SWT, setiap hari sebanyak 70 kali."

Meskipun Nabi s.a.w. maksum (dikawal) dosa oleh Allah SWT, namun baginda tetap memohon ampun sebanyak 70 kali saban hari.

Apakah tujuan Nabi s.a.w. mohon ampun kepada Allah SWT dalam keadaan maksum. Tujuannya ialah untuk mentarbiyah umatnya supaya tidak mengabaikan istighfar mohon supaya Tuhan ampuni dosanya.

Jika Nabi s.a.w. yang maksum beristighfar 70 kali, umatnya sebagai insan biasa yang bergelumang dosa, secara logiknya mestilah mohon ampun kepada Allah SWT setiap hari lebih daripada yang dilakukan oleh Nabi s.a.w. itu.

Bagi Nabi s.a.w. yang maksum beristighfar itu bukanlah untuk mohon ampun dosa, tetapi istighfar Nabi s.a.w. ialah mohon ampun daripada perkara yang dikira silap.

Ini kerana amalan baik bagi orang yang jujur (abrar) itu, masih dikira sesuatu yang buruk bagi golongan 'muqorrobin' seperti golongan para nabi itu.

Contohnya, jika melakukan solat fardu didahului dan diiringi dengan solat rawatib, juga mendirikan solat malam tahjud empat rakaat dan tiga rakaat witir, jika boleh kekalkan sudah dikira termasuk golongan 'abrar'.

Tetapi sekadar itu tidak layak bagi golongan para anbiya, ia dikira berdosa bagi golongan muqarrabin jika ibadatnya sekadar itu.

Adapun istighfar yang sering diucapkan oleh Nabi s.a.w. seperti berikut: "Allahummaghfirli ma qaddamtu wama akhkhartu wama asrartu wama a'alantu wama Anta a'alamu bihi minni wa Antal muqaddimu wa Antal muakhkhir wa Anta 'ala kulli syai-in qadir."

Ia bermaksud: "Wahai Tuhan, ampunilah dosaku yang terdahulu dan dosa kemudian yang belum dilakukan, dosa yang kulakukan secara sulit tersembunyi dan dosa yang kulakukan secara terbuka, sebanyak mana yang Engkau ketahui. Sesungguhnya atas Engkau Yang Berkuasa penuh atas segala sesuatu."

Seorang ulama bernama Fudhul bin Akhyar berkata mengenai istighfar katanya: "Bahawa minta ampun dalam keadaan tidak menghentikan daripada berbuat dosa itu adalah taubat seorang pendusta."

Apabila seseorang beristighfar bererti dia mohon ampun kepada Allah SWT, apa ertinya dia mohon ampun kalau terus melakukan dosa maksiat.

Sedangkan syarat taubat ialah insaf dan menyesal, bertekad untuk tidak melakukannya lagi. Sangat pembohong bagi seorang yang mohon ampun kepada Tuhan, tetapi tidak berhasrat uantuk meninggalkan dosa dan menyesalinya.

Perbuatan itu umpama orang solat dengan memakai kain yang tercemar dengan najis, setelah dia sedar lalu digantinya dengan kain baru, sayangnya kain baru itu adalah kain curi.

Dia tinggalkan dosa diganti dengan dosa yang lain pula. Apakah ertinya itu jika dia tidak sedar sedang menipu diri sendiri?

Seorang wali besar yang masyhur dalam sejarah Islam, seorang wanita bernama Rabi'ah Al-'Adawiyyah berkata: "Sesungguhnya minta ampun bukan sekadar kerana berdosa, tetapi istighfar kerana kesalahan minta ampun daripada taubat yang tidak memenuhi syarat taubat itu."

Ertinya adalah dianggap satu dosa bagi orang minta ampun (istighfar) dalam keadaan dia tetap melakukan dosa, kerana sepatutnya dia menyesal serta berazam untuk tidak lakukannya lagi.

Beristighfar dalam keadaan demikian bererti dia sedang berdusta, seolah-olah mempermain-main dengan Allah SWT dengan istilah taubat.

Bertaubat dalam suasana demikian lebih buruk daripada melakukan dosa yang sebenar, kerana taubat seperti itu merupakan suatu dosa yang perlu bertaubat semula kerana bertaubat yang menyalahi syarat taubat. Inilah taubat manusia pendusta terhadap Tuhan.


Sumber: Harakahdaily.net, ILuvislam

Wednesday, May 6, 2009

Buat Bonda Tersayang

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Segala puji hanya bagi Allah, Tuhan semesta alam, selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad SAW dan keluarga serta seluruh sahabat.

Agak lewat juga, untuk aku ucapkan "Selamat Hari Ibu" buat ibuku yang tersayang dan juga buat isteri yang tercinta yang menjadi ibu kepada anak2ku. Apapun aku ingin juga nukilkan disini buat tatapan dan kenang-kenangan untuk diriku di hari kemudian kelak agar mereka tahu aku sentiasa mengingati dan mendoakan mereka semua.

Al Fatihah buat semua kaum ibu semoga dirahmati oleh Allah selalu. Ameen.





Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Monday, May 4, 2009

Dil Hai Tumhara....Layaaannnnnnn

Salam,

Hari ni aku nak post entry lain skit, kali ni nak cerita pasai film hindustan. Ntah mcmana minggu lepaih tidoq lambat skit, pastu dok kalih channel kalih mai terbuka TV9 dekat dihati terlihatlah satu cerita yang aku pun x berapa nak ingat cerita apa....rasanya macam pernah tengok jer film ni, almaklum la dulu2 masa zaman bujang2 dan baru kawin rajin jugak la dok layan film hindustan ni. So sedikit sebanyak minat tu ada la juga tapi tak la sampai terguling2.



Dipendekkan cerita, tengok punya tengok sambil dok pikiaq cerita apa nie, aku pun ingat2 lupa tajuknya tapi bila tengok heroin dia Pretty Zinta dan Mahima Chaudry (cerita pasai adik dan kakak mak lain2 ni dok berebut sorang laki) teruih teringatkan adik ipaq aku (nama x payah mention la), dia ni bab film hindustan memang bagi kat dia la. Yang bulih dok ingat tu bukannya apa sebab teringat masa satu lagu tu dimainkan dia nie punya la sedey tak ingat...tu yang buat aku teringat balik pasai film ni. Puas jugak aku dok recall memori nak ingat jalan cerita nie.

So, aku pun dok tak dok, dah sekian lama tak layan film hindustan ni....apa lagi layan la sampai habis, sedaq2 tu dia pukui 2 30am...esok tu nak gheja plak...isk isk tu dia yang kata penangan film hindustan ni.

Kesimpulannya, sekali sekala layan film hindustan ni best la jugak, walaupun aku ni sebenaqnya dah tak dak hati dah ngan film-film yang melaghakan ni. Apa bulih buat godaan setan tu lebih kuat dari iman aku ni..terbabas la jugak dek penangan hindustan ni.

Ada beberapa ustaz pernah sebut, kita ni kalau banyak sangat dok tengok film hindustan akan menyebabkan kita jadi lalai dengan perintah Allah SWT. Wallahua'alam, tapi apa pun aku setuju dengan pendapat beberapa org ustaz ni. Memang film hindustan membuatkan kita jadi lalai apa tak nya, kalau dah tidoq pun lambat, subuh pun subuh gajah le. Astargfirullahalazim.

Kepada peminat film hindustan disini aku attachkan sebuah lagu yang pasti menusuk kalbu sapa yang mendengarkan....layaaaaannnnnnnnnnnnn!!!!!!