Thursday, September 3, 2009

Apa Khabar Puasa Anda?

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Alhamdulillah, selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad SAW dan keluarga serta seluruh para sahabat baginda SAW.

Alhamdulillah, hari ini dah masuk hari ke 13 umat islam berpuasa, terasa macam baru semalam kita mula berpuasa. Adakah kita berkesempatan untuk puasa penuh selama 30 hari? Adakah hari ini adalah puasa kita yang terakhir? Wallahua'alam Allah Maha Mengetahui.

Mudahan kita semua masih diberi kesempatan oleh Allah SWT untuk terus memperbaiki diri kita dalam melaksanakan rukun islam yg ke 3 ini. Ameen

Apa Khabar puasa kita hari ini? Adakah masih di tingkat puasa awam atau sudah melepasi tingkat yang seterusnya? Tepuk dada tanyalah iman.

Sedar atau tidak, pernah tak kita menetapkan target bila kita berpuasa? Pernah tak kita fikirkan apakah pencapaian kita selepas sempurnanya 30 hari berpuasa? Apakah mission statement kita berpuasa? Cuba kita fahamkan apakah yang dimaksudkan dengan ayat di bawah ini?

"Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana yang diwajibkan ke atas orang-orang yang terdahulu, supaya kamu bertaqwa" QS2:183

Rasanya pasti semua familiar dengan ayat diatas tapi pernah tak kita mengerti maksud yang Allah SWT ingin sampaikan. Iaitu menjadi orang bertaqwa. Dan bagaimana untuk mendapat taqwa tersebut? Itulah Misi dan Visi kita. KPI kita.

Sebenarnya di dalam ibadah puasa ini Allah SWT telah mengajar kita bagaimana untuk kita mencapai target kita iaitu menjadi orang2 bertaqwa melalui modul2 yang telah diatur olehNYA dengan begitu cantik sekali. Bermula dengan niat, apa saja yang kita ingin lakukan mesti diduhulukan dengan niat, jika niat kita sendiri tak betul bagaimana kita boleh mencapai sasaran tersebut. Kemudian disusuli dengan puasa itu sendiri yakni mengawal nafsu dan segala yang boleh membatalkan puasa kita. Dimanakah kita ingin perolehi taqwa itu? Sudah tentu dirumah-rumah Allah, takkan kita nak dapat taqwa ini di hotel2 atau shopping kompleks. Itulah Solat Sunat Terawih yang Allah SWT anjurkan kepada umat islam, setiap malam kita berulang alik ke surau atau masjid untuk mencari rahmat dan redhanya. Bayangkan dalam masa setahun bilakah surau dan masjid ni penuh dengan umat islam? Sudah tentu pada bulan Ramadan. Sedangkan kalau kita lihat Solat Terawih ni sunat je, sepatutnya kita memenuhi surau masjid pada setiap kali solat fardhu. Ini dah jadi terbalik kod. Yang sunat didahulukan. Jadi cuba kita bayangkan jika setiap hari kita berjinak2 dengan surau dan masjid insyaallah kepada yang memang inginkan taqwa itu pasti akan mendapatnya. Kemudian Allah adakan pulak makan sahur, kalau ikutkan bukan makan tu yang diberi keutamaan tetapi bangun awal pagi itu yang penting. Sebab tu kalau kita lihat sunat dilambatkan makan sahur, sebab Allah SWT nak kita dahulukan solat sunat di waktu2 tersebut. Orang yang bertaqwa senantiasa bangun di sepertiga malam untuk munajat kepada Allah SWT. Itulah pengajaran kepada bangun sahur iaitu melatih diri kita untuk bangun awal pagi bermunajat kepada Allah SWT.

Inilah madrasah ramadan yang telah diajarkan di dalam islam dan selalu disebut oleh kebanyakan ahli yang pakar dalam agama. Malah setiap tahu kita pasti mendengar ungkapan ini. Bezanya sama ada kita mahu ataupun tidak akan pengajaran ini.

Kesimpulannya yang dapat diambil disini, perlu ada pada setiap insan yang berugama islam pelan tindakan untuk mencapai ketaqwaan ini. Tidak perlu bersusah payah kecuali ikutilah apa yang dianjurkan oleh islam yang telah diajarkan oleh Allah SWT melalui Rasulullah SAW. Modul2 untuk pelaksanaan pelan tindakan telah terhidang, sama ada kita mahu atau tidak terpulanglah pada iman masing2, tepuklah dada. Bayangkanlah jika selepas ramadan semua umat islam menjadi orang2 yang bertaqwa yang meletakkan islam di atas sekali. Adakah akan ada lagi perkara2 mungkar yang akan dilakukan oleh umat islam di sini? Masih berleluasakan maksiat di sini? Berpecah belah lagikah umat islam? Fikir-fikirkanlah.

Ini baru soal puasa yang menjadi salah satu action kearah menuju sasaran menjadi orang yang bertaqwa, belum bab zakat, haji yang semuanya berkait antara satu dengan yang lain. 5 action yg perlu kita laksanakan dimana, pertama adalah penyataan misi kita iaitu menjadi saksi bahawa tiada tuhan yang disembah melainkan Allah dan Nabi Muhammad itu pesuruh Allah. Kedua adalah solat, dimana dengan solat membentuk peribadi yang tangguh pada diri ini. Kegagalan menjadi seorang insan yang berperibadi baik bertitik tolak kepada sempurna atau tidak solat kita. dan sekarang kita berpuasa agar kita dapat membentuk diri bagaimana untuk mengawal diri daripada nafsu serakah yang boleh merosakkan iman. Dan kemudian kita keluarkan segala fitrah yang baik yang ada dalam diri kita untuk menuju kearah ketaqwaan itu. Akhirnya kita mengadap Allah dengan menjadi tetamuNya untuk kita persembahkan nilai taqwa yang ada dalam diri ini. Itulah 5 islam yang setiap umat islam wajib percaya. Insyaallah jika kita semua menghayati islam ini dengan sebaik-baiknya. Pasti akan bangkit satu umat yang tunduk dan patuh pada Allah SWT dan mengangkat tamadun islam ditempat yang tertinggi. Persoalannya dimanakah kita sekarang?

Abu Hurairah r.a. meriwayatkan, bahawa Rasulullah SAW telah bersabda:

“Islam bermula sebagai sesuatu yang dianggap asing dan ganjil. Dan ia akan kembali sebagaimana permulaannya, dianggap asing dan ganjil. Maka, beruntunglah orang-orang yang ganjil”
[Hadith Muslim no. 145]

Yang baik hanya dari Allah SWT dan yang tidak baik atas kelemahan hamba yang hina ini.

Wallahua'alam

Tuesday, September 1, 2009

Satu coretan anak buat ibu

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Salam Ramadhan Eid Mubarak,

Hari ini masuk kerja langsung takdak mood (fikiran masih melayang di kampung teringatkan ibu yang sedang sakit), bila tengok keje bertimbun nak kena siap, email berjela punya banyak, itu baru email ofis belum lagi email personal, lepaih habis meeting pagi, bos tepon suruh naik jumpa dia jap. Masalah betul bila bos dok ataih, satu hal nak kena panjat tangga bila nak mengadap. Dah nak kena settle follow up action management review meeting yang lepaih (dlm hati nak tanya: pasai apa plak aku yg nak kena settle sedangkan itu department lain punya...ntah la tak faham aku ngan bos ni...sib baik bulan posa malaih nak bertekak...so, layan je la), due date khamis ni mesti kena submit...Adoyai. Minggu depan dah nak kena audit by 3rd party. Harapnya 0 NC and 0 observation la. Ada 2 report tak submit lagi...hmmm ntah la sempat ke tak....(ada plak yang gatai mulut tanya: update blog sempat plak yer.....ada la yg nak kena maki ni, aku jawab balik: itu len....itu keje kasi release skit itu stress).

Maunya tak banyak keje, minggu lepaih balik kampung awal sebab ada emergency, ibu tersayang gering. Alhamdulillah dah beransur sihat. Takut jugalah kalau2 ibu tak sempat sambut syawal, apapun ini semua kerja Allah swt, kita sebagai hambaNya kena redhalah walau apapun yang berlaku. Semoga ibu diberikan kesihatan dan kekuatan dalam menjalani kehidupan seharian dan dapat menunaikan ibadat dengan sempurna kepada Allah swt. Ameen

"Sesungguhnya kami kepunyaan Allah, kepada Allah jualah kami kembali"

Plan memang nak balik kampung tapi pada hari jumaat, lepaih keje la, ditakdirkan Allah, kami sekeluarga dapat berkumpul semua pada pagi khamis. Alhamdulillah semuanya telah tertulis kami balik lebih awal dari dijadualkan. Itulah kita merancang Allah jua merancang sesungguhnya perancangan Allah lah yang terbaik. Dapat panggilan dari kakak yang tinggal di Sg Buluh dalam pukul 530am waktu sahur, simple dialog kak aku: "mak sakit, kalau nak balik..balik la, kalau tak mau terpulang". Memang aku nak balik tapi bukan sekarang la, (dlm hati rasa serba salah, nak balik ke tak ni? Ada keje yang nak kena submit hari tu..dan keje tu pulak melibatkan appraisal 1/2 tahun staff aku. Pening kepala dibuat). Kemudian azan subuh berkumandang, dan aku tanpa buang masa bergegas ke surau yang memang dekat sangat dengan rumah. Seusai solat subuh, dalam perjalanan masih memikirkan nak balik ke tak? Disana ibu tersayang sedang bertarung nyawa, dan disini tanggungjawab aku kepada majikan yang harus diselesaikan. Aku ambil keputusan menelefon kakak aku sorang lagi yang tinggal dengan ibuku dikampung. Tanya kakak: "Mak macamana"? Kakak tak boleh jawab dan kemudian "menangis", dia bagi tepon dekat anak menakan aku, aku tidak mendapat jawapan dari soalan yang ditanya tapi hanya, "esak tangisan". Kemudian dia bagi kat adik aku yang setia menemani keluarga dari awal pagi, tanya dia: "Macamana mak"? Bukan jawapan yang aku terima, tapi "esak tangisan". Malah lebih kuat dari kakak dan anak menakan aku. Aku pun apa lagi,tak tahan mendengar tangisan mereka dan tanpa sedar aku turut menangis sama. Aku pun tanpa berlengah terus kejut orang rumah ajak balik sekarang (masa tu pukul 0700am). Nasib baik dah pesan kat orang rumah suruh packing barang sebelum aku pegi solat subuh tadi, bukannya apa standby takut2 ada emergency call lagi.


"ibu adalah ibu yang terbaik buat anak-anak, kami semua sayangkan ibu lebih dari kami sayang nyawa kami sendiri, biarlah sayang anak-anak membawa kebahagiaan ibu diakhirat nanti, semoga ibu senantiasa diberikan kesihatan yang baik oleh Allah SWT" Al Fatihah buat ibu. Ameen.

Terus SMS bos minta tolong settlekan keje yang tak settle, call staff bagitau dia apa yg perlu dibuat masa ketiadaan aku. Settle semuanya tentang keje, angkat anak yg masih tidur ke dalam kete terus drive ambil 2 orang anak menakan lagi di Sg Buluh, yang mana depa ni pun plan x mau balik hari tu tapi nak balik pada hari jumaat. Tapi takdir telah tertulis kami balik awal sehari.

Nak tau berapa kelajuan aku drive pagi tu, nasib la kalau nak kena speed trap. Aku drive 160 - 170mk/j. bertolak dari Sg Buluh dalam pukul 0900 am sampai kampung 1145am. Alhamdulillah selamat sampai dikampung. Semuanya dengan izin Allah swt.

Sesampainya dirumah aku lihat ibu sedang berbual bersama dengan kakak aku. Ehh.. dalam hati aku, (tadi kata teruk sangat tapi tengok OK je). Tapi lepas tu ibu kembali tak sedarkan diri. Barulah aku faham situasi ibu masa tu, memang ibu sakit (maafkan saya ibu). Aku dapat rasakan ibu kuat dengan amalan zikir yang selalu diamalkannya dan kuat dengan anak2 yang ikhlas mendoakan untuk ibu.

Dipendekkan cerita, pada pagi jumaat ibu kembali tidak bermaya, seolah2 ajal hampir tiba. Abang siap ajarkan talkin untuk ibu. Kami adik beradik terus istiqamah membaca surah Yasin dan selawat shifa'. Alhamdulillah dengan izin Allah swt selepas itu ibu kembali pulih. Berdasarkan pengalaman abang aku yang pernah pengsan di tempat kejenya, dia buat andaian ini mesti kurang gula. Kami pun adik beradik decide panggil doktor datang rumah sebab ibu taknak pegi hospital. Selepas doktor merawat ibu, confirm ibu kekurangan gula dalam badan (3.3). Satu bacaan yang tidak normal untuk orang tua yang berumur 70 thn. Apalagi doktor pun suggest untuk bawa pegi hospital untuk stabilkan balik kandungan gula dalam badan ibu. Tapi biasalah orang tua kalau boleh tak mau pegi hospital dan kami adik beradik faham dengan situasi ibu dan tak nak memaksa ibu dalam keadaan seperti ini. Kemudian diberikan glukos pada ibu, buah kurma bersama air zam zam dan coklat untuk pulihkan tenaga ibu. Alhamdulillah keadaan ibu semakin pulih. Semoga ibu kembali sihat seperti sediakala. Ibu pun dah boleh solat dengan sempurna cuma kena pantau selalu oleh anak-anak. Terima kasih buat kakak2 dan abangku yang berada dikampung yang tidak jemu2 membantu ibu. Semoga Allah swt membalas segala amal bakti kalian semua untuk ibu dan menjadi amal ibadah yang diterima oleh Allah swt. Ameen

Hikmah yang dapat diambil dari keadaan ini, dalam keadaan kita perut kosong, untuk memulihkan kembali tenaga adalah disunatkan mengambil buah2an, minuman atau manisan yang manis. Subhanallah, islam telah mengajar semua ini, rupanya penawar bagi penyakit kencing manis yang kronik adalah gula itu sendiri, cuma janganlah kita mengambil gula yang berlebihan. Salah satu untuk mengurang kandungan gula dalam badan adalah berpuasa. Subhanallah, Allah swt telah mengatur semuanya pada manusia yang dicptakanNya dengan cantik sekali. Kita manusia sahaja yang tidak mahu berfikir.

Syukur ke hadratmu Ya Allah, Engkaulah Yang Maha Pengasih, Engkaulah Yang Maha Pemurah dan Engkaulah Yang Maha Penyayang. Tiada nikmat yang lebih baik melainkan redhamu Ya Allah. Maha Suci Engkau, Engkaulah Yang Maha berkuasa menghidupkan dan mematikan ke atas segalanya. Ameen

Walluha'alam

Wednesday, August 26, 2009

Anak-Anak Ramadan

Salam,

Aku nak cerita skit perihal anak2 ramadan ni, alhamdulillah yang sulung (Danish) dah mahu berpuasa, tak pastilah dia puasa kerana aku janjikan duit raya (aku janji kat dia kalau puasa penuh, aku bagi RM30) ataupun pasai dia nak puasa. Apapun ini semua exercise untuk dia la mudah2an terus lekat dihati ingin berpuasa setiap kali tibanya ramadan.

Minggu ni cuti sekolah, dulu selalu hantaq kat pengasuh. Tapi sejak Aniq ngan Afiq dah tak hantaq ke rumah pengasuh (la hantaq pi tadika), So, Danish kena duduk rumah la sorang2 bila cuti sekolah. Tak tau la macamana dia dok sorang2, dah lah penakut. Dia dok sorang2 mengelat puasa atau tidak hanya Allah sajalah Yang Maha Mengetahui. Semoga dia x menipu dirinya sendirilah. Harapan aku semoga semua di dalam perlindungan Allah lah hendaknya.

Depa ni cukup suka la kalau bergambaq. Mengalahkan orang dewasa lagaknya

Berbahagialah mereka bersama "Bidaman" dan "Transformer". Anak lelaki ini lah saja yang depa suka. Takkan nak beli "Barbie" plak

Aniq pun sejak hantaq pi tadika, dah boleh bawa diri sendiri dah, siap bagitau kat cikgu: "Aniq nak puasa tapi aniq nak makan" apa punya dialoq ni, cikgu dia la bagitau pagi tadi masa hantaq depa dua. Afiq ni kiranya dia kuat dengan aniq la, kalau takdak aniq, maunya nak pegi tadika tu jangan harap la. Selalu bila menangis dia akan cari abang dia aniq, aniq la jadi tempat dia bermanja. Padahal aniq ni pun orang yang jaga. Itulah kadang keadaan sekelliling mematangkan diri kita ini.

Ishh awat tau, bulan puasa ni idea tak berapa nak mari la, ayat pun macam tunggang langgang je. Lantak le janji blog di update seperti selalu daripada dok berabuk sapa pun tak teringin nak mai jenguk.

OK gua chow dululah, idea tak berapa nak mari. Nanti kita sembang lain.

Wassalam

Monday, August 24, 2009

Marhaban Ya Ramadhan

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Segala pujian hanya milik Allah SWT tuhan semesta alam, selawat dan salam buat insan utama Nabi Muhammad SAW, keluarga dan para sahabat baginda SAW.

Alhamdulillah, syukur kehadrat Allah SWT dipanjangkan umur, diberikan kesihatan yang baik dan dapat bertemu kembali dengan ramadhan yang aku rindui selama ini. Pejam celik dah masuk hari ke 3 kita berpuasa. Baru semalam berbuka di Penang, hari ini dah dok kat KL dah. Masa berlalu begitu cepat, sempat atau tidak untuk mencari keredhaan dan keampunan Allah SWT. Hanya DIAlah yang Maha Mengetahui.

First day terawih di surau Taman Bangi 3, Subhanallah ramai sekali manusia. Alhamdulillah sudah ada kesedaran dikalangan masyarakat islam sekarang ini. Harapannya, biarlah surau/masjid penuh berterusan sehingga ke minggu2 terakhir Ramadan. Selalunya fenomena ini bertahan hanya dua minggu sahaja lepas tu mulalah beransur kurang. Satu lagi penyakit terawih ni, yang ramai2 datang ni hanya istiqamah lapan rakaat sahaja pastu daripada penuh tinggal la separuh saja....last sekali tinggal la tok imam ngan tok bilal. Harapnya tahun ini taklah jadi macam yang lepas2.

Nak ambil kesempatan untuk ucapkan "Selamat Berpuasa" dan "Maaf Zahir Batin" kepada seluruh umat islam tak kiralah kat mana dok. Semoga Ramadhan kali ini lebih bermakna kepada kita semua dan menjadi titik permulaan kepada perubahan dalam mencari redha Allah SWT.

Wassalam

Wednesday, August 19, 2009

Penangan Raja Buah

Salam,

Tengahari tadi dok tak dok gua teringin sangat nak makan buah degheian (bahasa org utara) (dah lama dah teringin tapi tak berkesempatan), (sori la gua guna bahasa hilang punca sat....sat sepit ka sat kelawaq?...apa yg gua dok merepek ni) apa lagi lepas je makan je nasi kat kedai bawah pokok (ada orang panggey kedai tabligh...mana2 je la), lalu gua bagi la suggestion kat member gua, gua cakap la "perut ni dah kenyang tapi rasa cam nak kunyah ja...apa kata kita pi pekena degheian" tanpa membuang masa, kawan aku sorang ni dengan pantasnya menjawab: "jom la aku pun dok kebuluq degheian ni". Lambat lepa org nak belanja kawan gua sorang ni.

Maka gua ngan kawan gua pun dengan pantas la pi cari gerai jual degheian, mujuq la kat tepi jalan saja jual deghian ni, pada masa sama ada satu gerombolan dari mana mai pun gua tak tau la, punya la cempera siap posing2 ngan buah degheian lagi, gua ingat ini bukan malaysia punya orang la (sayang xdak gambaq nak boh sini..kalau tidak hangpa buleh bayang la macamana ghaplahnya puak2 ni). Gua ngan member buat dek saja la ngan puak2 ni, gua suruh tokey kupas sebiji, siap suruh tokey tu cari hat betui2 rasa degheian punya: "tokey lu buka itu degheian yang rasa degheian tau...kalau takdak rasa deghian lu angkat balik la itu degheian", tu dia cantiknya bahasa gua, tokey tu pandang semacam ja kat gua. Lepas tokey tu kupas sebiji, gua tengok isinya perghhh... ini memang kampung punya, letak je kat lidah huh..memang degheian la. kena plak belah pangsa kucing tidoq nuu.....memang terangkat la. Harimau pun buleh menangis woo.



Gua tanya tokey, mana punya degheian ni, dia jawab: "ini Cameron Highland punya", tercengang gua bila dengaq Cameron Highland, selalu dok balun degheian Pahang ataupun degheian Hulu Langat. Tapi hat ni lain punya mari. Patut la sedap...degheian tanah tinggi rupanya. Lepaih tu tanya kat tokey tu lagi: "Sapa depa ni yang ramai2 ni?", mcm bukan orang Malaysia ja. Tokey tu jawab: "China mari". Ohh rupanya depa ni mai dari nun China nuu, patut la nampak cempera saja macam x pernah jumpa degheian, memang depa tak pernah tengok degheian pun. Tengok daripada depa bergambaq ngan buah degheian ni....memang dok pikiaq bukan orang sini pun. Macam kita pi tempat orang juga la. Cempera lagu tu juga la.

Gua ngan kawan gua makan tak banyak pun dalam 3 biji ja (masing2 tengah dok melingkaq kekenyangan lagi ni lepaih makan tengahari tadi), gua ngan 2 org member gua ja yang dok balun pulun degheian ni, hat sorang lagi tak berapa nak pi, dalam 2 - 3 ulas ja. Pekena 3 biji teruih sengkak perut, mana taknya sebelum pekena degheian baguihnya punya dok pulun nasi. Apa lagi balik opis belahak bau degheian la satu opis, aircond plak tu, member lain punya hingaq tak hingat punya. Tapi tak le teruk sangat baunya. (apa pun degheian Cameron ni memang terangkat habis). Memang betui rasa degheian, gua tak tau nak cakap la macamana yang kata rasa degheian ni, makan sendiri baru tau.

Ok la bro semua, gua chow dulu la...saja ja boh entry ni nak memeriahkan blog ni ja. Angin dok keluaq ataih bawah ni.

Chow Cin Cau Ayaq lengkong