Wednesday, November 25, 2009

Seniman Jalanan

Salam to all,

Malam tadi gua xde keje, ajak la bini gua gi jenjalan kat kompleks PKNS, Bangi (dekat ngan rumah gua je kompleks tu) bawa bersama anak2 gua yg kecik dua org tu. Saja je gi kompleks teman bini gua, sibuk nak beli tudung. Katanya: "lawa sangat tudung tu". Gua ni bab shopping2 ni memang malaih le. Tengok mood gak, tak kena gaya maunya gua hangin satu badan...hahaha.

Tapi alhamdulillah, semalam mood gua kira OK la, gua la yang ajak bini gua pegi situ, bukannya apa kesian plak nanti kempunan plak bini gua nak bertudung baru di pagi Aidil Adha..hehehe (bini gua kalau baca blog ni mesti hangin ngan gua). Takpe malam nanti gua ajak la gi Alamanda plak..pastu OK le tu....hehehe. Owang pompuan ni senang je pujuk, kena plak yang jenis suka pegi shopping ni.

Apa yang nak gua nak citer ni bukannya pasal bini gua ni, tapi ada seorang seniman jalanan merangkap DJ yg bertugas dalam kompleks tu. Masa bini gua dok sibuk pilih tudung, gua sama anak2 lepak la kat atas stage yang disediakan di situ. Budak2 bila naik atas stage mula menunjukkan aksi2 yang kita sendiri pun x leh nak pikir. Gua lepak je tengok aksi anak2 gua tu. Dalam masa yang sama ada lagi dua tiga bapak-bapak yang agak keboringan kot sedang menunggu bini2 mereka dok shopping le, depa mcm gua gak le lepak sama anak2 dan biarkan anak2 bermain atas stage tu. Disebelah stage tu adalah sorang mamat yang merangkap sebagai DJ tu, umuq lebih kurang 40 dah cecah 50 tahun la, agak gua la sebab tengok daripada stail dia yang ala2 penyanyi nasyid zaman Ahmadi Hasan tu.

Apa yang gua nak kongsi sini, masa gua dok boring2 lepak kat situ, tetiba mamat DJ tanpa segan silunya memulakan tugasnya mengalun beberapa buah lagu, kedengaran lagu mcm gua pernah dengar je lagu tu...sesekali toleh kat mamat DJ ni...perghhh suara boleh tahan gak, tak padan ngan usia. Lagu yang dinyanyikan pun boleh tahan...korang nak tau lagu apa mamat DJ ni nyanyi...kalau nak tau itulah lagu yang dipopularkan oleh bekas penyanyi rock kumpulan sayap, la dia dah resign dah dari group tu...bikin album solo plak...itu la Awie..sapa x kenai ngan awie ni...suara dia memang power. Tapi yang aku heran dan teruja sangat tu..mamat DJ ni boleh tarik sebijik cam Awie, tu yang gua respek gile ngan mamat DJ tu. Tengok gaya dressing ala2 penyanyi nasyid indon..nak compare usia dia jauh sekali nak buleh tarik lagu rock ni. Tapi sekali dia boh selagu..perghh rock gua cakap lu, cuma gua tak berapa hingat la apa tajuk lagu tu. Lu x caya lu datang sendiri la tengok di kompleks PKNS, Bangi tu, itu pun kalau mamat DJ tu ada lagi la. Anak gua yang kecik sekali tu punya la teruja sampai terus je dok kat sebelah mamat ni sambil dok tengok apa la mamat ni dok melalak....sori bro..tapi lu memang best giler la. Anak gua pun syiok tengok lu nyanyi.

Abis saja lagu tu, kedengaran ada plak orang dok tepuk tangan lagi tu, (dah macam tgk konsert jalanan la plak)....mamat DJ ni apa lagi, dia balun boh lagu slow rock la plak..kali ni omputih punya lagu beb...hangpa nak tau lagu apa...tu dia dia buh lagu "Soldier Of Fortune - Deep Purple". Dengar saja lagu ni, gua lepak lagi lama la...bini gua pun apa lagi..lagi lama la pilih tudung tu...hahahah. Memang mantap la suara mamat DJ ni, walaupun dah berusia beliau mampu mengalunkan lagu2 rock dengan baik. Mamat DJ ni kalau masuk AF pasti meletop-letop la gua rasa. Confirm menangnye. Punya sedap tak sedap suara dia, sampaikan ada satu famili Pak Arab begitu teruja dengar dia nyanyi..siap ambil gambar tuu. Lepas tu, mamat ni balun lagu dari kumpulan Loudness plak...pergh gua respek abis la ngan mamat ni...tajuk lagu kalau tak silap gua "Heavy Chain". Memang mantop la mamat ni, buleh dok tarik lagu dari kumpulan Loudness ni. Gua rasa, Ali Terra Rosa pun kalah beb ngan mamat ni...hahaha.

Abis dia dok pulun 3 lagu..pastu dia pun rehat...letih la gamaknya, lepas tu gua pun belah la sebab bini dah selesai...pastu tak tau la apa citer lagi mamat ni. Apapun gua enjoy la ngan mamat ni punya performance.....Thumbs up utk mamat DJ ni.

Itu je la coretan gua utk minggu ni, esok dah nak balik Penang. Kepada semua yang pulang ke kampung gua doakan semoga selamat pulang dan kembali dengan selamatnya. Dan selamat menyambut "Hari Raya Aidiladha". Semoga segala perngorbanan kita semua akan mendapat pembalasan dan keredhaan daripadaNYA. Insyaallah.

Wassalam


Friday, November 20, 2009

Nur Kasih

Salam,

Dengar dari tajuk diatas pasti anda semua dapat membayangkan apakah itu "Nur Kasih". Itulah lagu yang dipopularkan oleh Yasin yang juga menjadi tajuk kepada drama yang begitu mendapat sambutan menggalakkan sekali daripada peminat drama melayu masa kini. Entah apa yang menarik tentang drama ini aku pun tak pasti tetapi aku antara yang tidak mis untuk menontonnya....Hahaha. Layan beb jangan tak layan. Ntah apa yang telah merasuk aku pun tak tau la sehinggakan aku jadi minat plak nonton drama2 melayu ni, bukan drama melayu je, drama cina ke, indonesia ke, omputih ke semua aku layan kalau kena jalan ceritanya.

Dulu aku tak berapa layan pun drama ni, tengok sekali lalu je...tak berapa nak ambil tau pun pasal jalan ceritanya. Entah macamana bila aku balik kampung, dok tengok anak-anak buah begitu taksub dan khusyuk sekali dok melayan drama ni. Jangan haraplah nak kalih pi channel lain. Aku pun dok sekali la ngan depa2 tu layan drama ni, Pertama kali tengok, aku pun tanya la kat anak buah aku, apa yang bestnya citer ni? Jawapannya Besttttt. Aku pun layan la sampai habis drama ni. At last aku pun tanpa sedar terus tangkap syahdu beb nengok drama ni. Huh..best jugak drama ni...ada la unsur keagamaan skit. Masa tu kalau tak silap dah 5 - 6 episod dah drama ni dimainkan. Aku pun tak tau hujung pangkal...jenuh la anak buah aku dok flashback balik dari episod pertama. So, bila dah faham duduk jalan cerita ni, baru la sedap skit melayan drama ni. Tak payah la aku nak cerita balik perihal drama ni, hangpa layan sendiri la...ataupun search la mana2 website yang menceritakan pasal drama ni. Banyak juga peminat drama ni sampai ada yang sanggup buat blog khusus untuk drama tu je. Rating untuk drama ni jer rasanya dah mencecah jutaan penonton setiap kali ditayangkan. Huh.. buat filem boleh box office ni.

Pejam celik dah masuk episod ke 25 dah untuk tayangan malam ini. Dah nak habis dah citer ni. Tengok pada sinopsis cerita dah nak masuk ke satu ending yang mendebarkan. Ramai juga yang tertanya2, Adam (pelakon utama drama) tu masih hidup ke? Ni yang buat suspen ni. Kepada yang belum menontonnya, pastikan anda menonton episod mendebarkan malam ini. Pasti ramai yang akan tertunggu detik mendebarkan malam ini untuk memastikan sama ada Adam masih hidup ataupun tidak. Termasuklah aku ni yang dalam dilema, ikut plan nak bertolak balik kampung petang ni selepas kerja sebab esok ada majlis kenduri kahwin sepupu, tapi disebabkan nak tengok drama ni, aku terpaksa decide balik selepas drama ni la jawabnya. Semoga Allah mengizinkan segala apa yang telah dirancangkan ini. Insyaallah Ameen

Minggu depan adalah final episod yang akan merungkaikan segala kekusutan kepada penonton. Dengarnya, Nur dan Adam bersatu kembali semasa Nur dalam perjalanan, ketika itu Nur dalam perjalanan menaiki keretapi, ketika itu jugalah Adam menyapa Nur yang sedang mengenangkan nasib dirinya. Nur dalam perjalanan kemana? Anda saksikanlah sendiri endingnya pada episod ke 26 nanti. Tak pastilah pulak minggu depan ada ke tak drama ni, sebab minggu depan kan raya haji yang jatuh pada hari jumaat. Apapun kita tunggu dan lihat je la.


Selamat Menonton

Thursday, November 19, 2009

Takbir berkumandang

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Segala puji-pujian hanya untuk Allah, Tuhan seluruh alam.

Selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad SAW, keluarga serta seluruh para sahabat baginda SAW.

Alhamdulillah, minggu depan bersamaan 27 November 2009, umat islam akan menyambut Aidil Adha dan insyaallah para jemaah haji yang sekarang telah berada di tanah suci Mekah akan Wukuf pada hari khamis 26 November 2009 bersamaan 9 Zulhijjah 1430.

Allahuakbar Allahuakbar Allahuakbar Lailahaillallah Huallahuakbar
Allahuakbar Walillahilham.

Takbir berkumandang, 5000 tahun yang lalu Nabi Ibrahim A.S meletakkan Allah SWT tinggi dihatinya, menyembelih anaknya Nabi Ismail A.S dan meninggikan Kaabah sebagai lambang cintanya kepada Allah SWT. Bukan hanya kerana daging sembelihan dan darahnya, tapi cinta kepada Allah SWT yang ditinggikan didalam dada. Cintailah apapun tetapi janganlah sampai melebihi cinta kita kepada Allah Taala.

Sembelihlah korban bukan hanya kerana dagingnya, daging dan darah binatang korban itu tidak sekali-kali akan sampai kepada Allah, tetapi yang sampai kepada Allah adalah amal yang ikhlas berdasarkan ketaqwaan kita kepada Allah SWT. Sembelihlah cinta dunia. Sembelihlah cinta kepada wang ringgit, sembelihlah cinta kepada apapun didunia, jangan sampai cinta dunia kita melebihi cinta kita kepada Allah S.W.T. Allah tidak melarang hambanya menyintai dunia, tetapi biarlah cinta dunia itu membawa kita kepada pertemuan dengan Allah SWT di dalam SyurgaNya di Akhirat nanti. InsyaaAllah. Janganlah sampai cinta dunia ini membawa kita menjadi kufur kepada Allah SWT yang akhirnya menyebabkan diri kita ini dihumban ke dalam Neraka Jahannam. Nauzubillah himinzalik.

Sesungguhnya, korban dan perjuangan tidak dapat dipisahkan. Perkasakanlah Islam, tinggikanlah Iman dan zahirkan Ihsan. Ayuh bangun semua para kesatria, "Ya Aiyuhal Muddathir. Qum Faanzir" "Bangunlah serta berilah peringatan, dan TuhanMu Agungkanlah. Cucikanlah Pakaianmu yang sobek". Teruskan perjuangan, semoga Rasulullah SAW tersenyum melihat umatnya yang berjuang untuk ke jalan Allah SWT.

Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Adha. Semoga segala pengorbanan kita mendapat keredhaan daripada Allah SWT. InsyaaAllah

Wallahuaalam