Friday, March 20, 2009

Akhirnya.......Alhamdulillah



Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Alhamdulillah segala puji hanya untuk Allah S.W.T

Semalam 19 Mac 2009 telah berakhir satu penantian yang begitu mendebarkan buat aku dan staff2 yang lain dalam menghadapi ISO audit 9001:2008. Setelah bertungkus lumus selama beberapa bulan mengemaskini segala dokumen dan rekod yang berkaitan, akhirnya penat lelah aku dan rakan2 yang lain telah membuahkan hasilnya dan jabatan aku telah dianugerahkan dengan sijil ISO 9001:2008 tanpa ada noncomformance dan observation.

Hari ini sempat aku luangkan dan mencuri sedikit masa sambil mereleasekan kepala otak yang berserabut selama beberapa minggu untuk aku mengemaskini blog aku yang dah bersawang ni.

Aku paparkan sedikit info dan cerita tentang kerja aku disini hanya sekadar meluahkan rasa syukur aku kehadrat Allah S.W.T dengan limpah kurniaNya, tanpa izin dari Allah S.W.T segala apa yang dirancang pasti tidak akan berjaya. Sesungguhnya perancangan Allah lah yang terbaik.

Berakhirnya ISO audit ini bermakna berakhir la juga khidmat aku sebagai Quality Exec. di Quality Deparment dan selepas ini aku akan berhijrah ke satu lagi Department dengan izin Allah S.W.T, yang bakal menguji kekuatan aku pula dari segi teknikal iaitu sebagai Process Eng. Mudah2an Allah S.W.T mempermudahkan segala urusan kerja aku dan memberkati segala apa yang aku lakukan.

Tidak ada apa yang mampu kuucapkan selain hanya rasa syukur yang tidak terhingga kepada Allah S.W.T atas limpahan nikmat kurniaanNya. Dan jutaan terima kasih tidak terhingga kepada rakan2 sekerja/auditor yang membantu melancarkan segala perjalanan ISO audit ini. Semoga Allah sahajalah yang dapat membalas atas segala bantuan yang mereka berikan. Amin

Sesungguhnya yang baik adalah dari Allah S.W.T dan yang tidak baik atas kelemahan diri hambamu yang lemah ini.



Wassalam.

5 comments:

Kash said...

Syukran,

Congratulations....keep up the good work

Puan Satria 165

Kash said...

Thank you

Am said...

Tahniah Abg Kasyah..Semoga rezeki makin bertambah..amin

Kash said...

semuanya dari Allah, syukur alhamdulillah

Sh!MaZaWaRi said...

abg kash,

congratulations...

-shimah-