Thursday, February 12, 2009

Janji-Janji Allah



"Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang"

[4]
Dan Kami menyatakan kepada Bani Israil dalam Kitab itu: Sesungguhnya kamu akan melakukan kerosakan di bumi (Palestin) dua kali dan sesungguhnya kamu akan berlaku sombong angkuh dengan melampau.

[5] Maka apabila sampai masa janji (membalas kederhakaan kamu) kali yang pertama dari dua (kederhakaan) itu, Kami datangkan kepada kamu hamba-hamba Kami yang kuat gagah dan amat ganas serangannya lalu mereka menjelajah di segala ceruk rantau (membunuh dan membinasakan kamu) dan (sebenarnya peristiwa itu) adalah satu janji yang tetap berlaku.

[6] Kemudian (setelah kamu bertaubat), Kami kembalikan kepada kamu kekuasaan untuk mengalahkan mereka dan Kami beri kepada kamu dengan banyaknya harta kekayaan dan anak pinak, serta Kami jadikan kamu kaum yang lebih ramai pasukannya.

[7] Jika kamu berbuat kebaikan, (maka faedah) kebaikan yang kamu lakukan adalah untuk diri kamu dan jika kamu berbuat kejahatan, maka (kesannya yang buruk) berbalik kepada diri kamu juga. Oleh itu, apabila sampai masa janji (membalas perbuatan derhaka kamu) kali kedua, (Kami datangkan musuh-musuh kamu) untuk memuramkan muka kamu (dengan penghinaan dan keganasannya) dan untuk memasuki masjid (BaitulMaqdis) sebagaimana mereka telah memasukinya pada kali yang pertama dan untuk menghancurkan apa sahaja yang mereka telah kuasai, dengan sehancur-hancurnya.

QS Al Israa' 17:4 - 7

4 comments:

Am said...

Jika kamu berbuat kebaikan, (maka faedah) kebaikan yang kamu lakukan adalah untuk diri kamu dan jika kamu berbuat kejahatan, maka (kesannya yang buruk) berbalik kepada diri kamu ....Makna Ayat ini kalau direnung,dihayati dan difahami..tentu boleh menyedarkan kita..amie dulu pernah diketawakan kerana imej yg konon agak melampau (pakai sarung lengan,sarung kaki)..hiba jugakla..rasa terhina jugak time tu..tp bilamana suami memberi kata semangat,ceramah yg panjang lebar..terus semangat dan kekuatan luar biasa utk melakukan peruabahan.Moga Allah memberkati..amin..mula berfikir...Aku takkan mati dek dikeji dan dihina oleh manusia..so teruskan berhijrah dgn sokongan padu suami tercinta..

Kash said...

Alhamdulillah, semua kebaikan datang dari Allah. Biasalah Amie, diakhir zaman ini akan berlaku banyak fitnah dunia. Sentiasalah mohon petunjuk dari Allah. Semoga kita tidak tergolong dari golongan yang sesat.

Kash said...

Apa yg berlaku di Palestin merupakan satu peringatan dari Allah untuk menyeru kita kembali kepada agama Allah dan bangkit menentang mereka-mereka yang mencabuli perjanjian damai dan menginginkan peperangan.

Insyirah said...

Isu Palestin ni memang takkan abis, nak buat gimana deh pakcik.. Semua pemuda berlumba nak jadi FAHRI, sapa lak yang nak jadi SALEHUDDIN AL-AYUBI.. ROh tarbiyyah dah tak de... :'(