Wednesday, February 25, 2009

Khusyuk Dalam Solat



Salam Ihsan, Iman dan Islam,

Nak menceritakan sedikit berkenaan khusyuk di dalam solat. Baru2 ini aku ada membaca satu buku berkenaan khusyuk di dalam solat, selepas membacanya aku terfikir sejenak, isk betapa selama ini solatku hanya sekadar melepaskan tanggungjawab sahaja tanpa memikirkan solat kita ini betul atau tidak, tak payah cerita la pasal khusyuk, confirm la tak khusyuk. Terfikir dalam benak kepala ini, patut la solatku selama ini tidak dapat membentuk watak dalam kehidupan seharian aku.

betapa malu dan hinanya aku selama ini apabila bertemu Allah 5 waktu sehari semalam. Solatku hanya seumpama melepaskan batuk ditangga sahaja, lebih teruk lagi seperti patuk ayam gayanya. Malunya aku pada Allah. "Ya Allah ampunilah dosa hambamu yang hina dina ini".

Berbalik kepada buku tadi, aku cuba mempraktikkan bagaimana rasanya khusyuk dalam solat, memang godaan syaitan sungguh kuat, lagi kita cuba membetulkan solat kita lagi kuat dugaannya sampaikan boleh terlupa rakaat, tu dia yang kata syaitan ni, sampai kiamat syaitan berusaha nak sesatkan kaum Adam A.S ni.

Pengajaran yang aku boleh kongsikan disini, jika kita ikhlas solat kerana Allah, insyaallah kita ketemu dengan apa yang kita inginkan. Di sini ingin aku ceritakan bagaimana satu hari selepas balik dari jogging lutut aku sakit sangat hinggakan nak berjalan pun tak berapa nak buleh, dalam hati dok ingat ni mesti nak kena ghout ni, dok pikiaq agaknya org sakit lutut rasa mcm ni ka?

Kemudian semasa solat aku cuba praktikkan sepertimana apa yang dibaca dalam buku tu, iaitu tentang pergerakan2 dalam solat, khusyuk di dalam pergerakan solat, khusyuk dalam rukun2 solat seperti rukuk, iktidal, sujud, duduk antara dua sujud, tasyahud dll sehinggakan lutut yang sakit nie berbunyi umpama tulang bertemu tulang sakit jangan cakap la. Subhanallah Maha Suci Allah Yang Maha Berkuasa atas segala-galanya, keesokan harinya ketika bangun subuh, lutut yang berkrup krap bunyi dah tak sakit malah aku buleh jalan seperti sediakala.




Inilah hikmah solat, selain dari membentuk watak kita, juga sebagai senaman dan terapi untuk kesihatan diri manusia juga.

Disini aku linkkan buku yang aku baca tempohari. Download, baca dan fahamilah insyaallah anda semua akan mendapat jawapannya.

Semua yang baik datangnya dari Allah S.W.T

Wallahua'alam

Monday, February 23, 2009

Bangunlah - Lir Ilir

Salam165,

Kepada yang pernah attend training lanjutan ESQ Mission Statement and Character Building, pasti akan mengingati lagu ini, lagu ini kedengaran biasa-biasa aja, tapi jika diamati pasti akan lahir satu semangat yang luarbiasa. Subhanallah

Lir-ilir, Ilir- ilir - Bangunlah, bangunlah

Tandhure wus sumilir - Tanaman sudah bersemi

Tak idjo royo-royo - Tampak menghijau

Tak sengguh pengantin anyar (2x) - Umpama Pengantin baru (2x)


Bocah angon...bocah angon - Wahai para penggembala

Penekno blimbing kuwi - Panjatlah Pohon Belimbing itu

Lunyu-lunyu penekno - Biarpun licin panjatlah terus

Kanggo mbasuh dodotiro ( 2x) - Untuk mencuci pakaianmu (yang kotor) (2x)


Dodotiro...dodotiro - Lihatlah pakaian-pakaian itu

Kumitir bedah ing pinggir - Terkoyak dan sobek di tepinya, Jahit dan perbaikilah

Kanggo sebo mengko sore (2x) - Agar engkau memiliki bekalan untuk menghadap masa senja (2x)


Mumpung padang rembulane - Sementara sang rembulan masih bersinar

Mumpung jembar kalangane - Sementara peluang masih terbuka luas

Yo surak o surak iyo - Ucapkanlah syukur dengan suka cita


Shalaatullah salaamullah

Alaa thaaha rasuulillah

Shalaatullah salaamullah

Alaa yaasin habiibillah 2x


Tawassalna bi bismillah

Wa billhaadii rasuulillah

Wa kulli mujahidin lillah

Bi ahlilbadri yaa Allah 2x


Ilahi sallimil ummah

minal afaati wannikmah

wa min hammiw wamin ghummah

bi ahlillbadri yaa Allah 2x

Lihat sini

Lagu ini adalah ciptaan Sunan Kalijaga salah seorang 9 Wali Songo yang menyebarkan islam di Tanah Jawa melalui kebudayaan yang membangkit semangat orang islam pada ketika itu. Lihat di sini

Lirik lagu diatas berdasarkan daripada surah Al Muddatstsir

Surat Al Muddatstsir terdiri atas 56 ayat, termasuk golongan surat-surat Makkiyyah, diturunkan sesudah surat Al Muzzammil. Dinamai "Al Muddatstsir" (orang yang berselimut) diambil dari perkataan "Al Muddatstsir" yang terdapat pada ayat pertama surat ini.

Ringkasan isinya:

Perintah untuk mulai berdakwah mengagungkan Allah, membersihkan pakaian, menjauhi maksiat, memberikan sesuatu dengan ikhlas dan bersabar dalam menjalankan perintah dan menjauhi larangan Allah; Allah akan mengazab orang-orang yang menentang Nabi Muhammad s.a.w. dan mendustakan Al Qur’an; tiap-tiap manusia terikat dengan apa yang telah ia usahakan.

AL MUDDATSTSIR (ORANG YANG BERSELIMUT)
Surat ke 74 : 56 ayat

Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

PERINTAH KEPADA NABI UNTUK BERDAKWAH.
Beberapa petunjuk dalam berdakwah.

1. Hai orang yang berselimut,

2. bangunlah, lalu berilah peringatan!

3. dan Tuhanmu agungkanlah,

4. dan pakaianmu bersihkanlah,

5. dan perbuatan dosa (menyembah berhala) tinggalkanlah,

6. dan janganlah kamu memberi (dengan maksud) memperoleh (balasan) yang lebih banyak.

7. Dan untuk (memenuhi perintah) Tuhanmu, bersabarlah.



Untuk lebih lanjut Klik disini

Friday, February 20, 2009

Cara Wuduk Zahir dan Batin

Article ini diambil dari group alumni_ESQ165 untuk tatapan anda agar mendapat manfaat dan peringatan untuk kita semua. Yang baik adalah daripada Allah S.W.T.

1. Ketika berkumur, berniatlah kamu dengan, "Ya Allah,ampunilah dosa mulut dan lidahku ini".

Penjelasan nombor 1 : Kita hari-hari bercakap benda-benda yang tak berfaedah.


2. Ketika membasuh muka, berniatlah kamu dengan, "Ya Allah, putihkanlah muka ku di akhirat kelak, Janganlah Kau hitamkan muka ku ini".

Penjelasan nombor 2 : Ahli syurga mukanya putih berseri-seri.

3. Ketika membasuh tangan kanan, berniatlah kamu dengan, "Ya Allah, berikanlah hisab-hisab ku ditangan kanan ku ini".
Penjelasan nombor 3 : Ahli syurga diberikanhisab- hisabnya di tangan kanan .

4. Ketika membasuh tangan kiri, berniatlah kamu dengan, "Ya Allah, janganlah Kau berikan hisab-hisab ku di tangan kiri ku ini".

Penjelasan nombor 4 : Ahli neraka diberikan hisab-hisabnya di tangan kiri .

5. Ketika membasuh kepala, berniatlah kamu dengan,"Ya Allah, lindunganlah daku dari terik matahari di padang Masyar dengan Arasy Mu".

Penjelasan nombor 5 : Panas di Padang Masyar macam matahari sejengkal di atas kepala.

6. Ketika membasuh telinga, berniatlah kamu dengan,"Ya Allah, ampunilah dosa telinga ku ini"

Penjelasan nombor 6 : Hari-hari mendengar orang mengumpat, memfitnah dll.

7. Ketika membasuh kaki kanan, berniatlah kamu dengan."Ya Allah, permudahkanlah aku melintasi titian Siratul Mustaqqim".

Penjelasan nombor 7 : Ahli syurga melintasi titian dengan pantas sekali.

8. Ketika membasuh kaki kiri, berniatlah kamu dengan,"Ya, Allah, bawakanlah daku pergi kemasjid-masjid, surau-surau dan bukan tempat- tempat maksiat"

Penjelasan nombor 8 : Qada' dan Qadar kita ditangan Allah.

Ramai di antara kita yang tidak sedar akan hakikat bahawa setiap yang dituntut dalam Islam mempunyai hikmah nya yang tersendiri.

Pernah kita terfikir mengapa kita mengambil wuduk sedemikian rupa?
Pernah kita terfikir segala hikmah yang kita perolehi dalam menghayati Islam?
Pernah kita terfikir mengapa Allah lahirkan kita sebagai umat Islam?
Bersyukurlah dan bertaubat selalu. Ikhlas kerana Allah.

Wednesday, February 18, 2009

Jaga 7 Sunnah Rasullullah S.A.W

"Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang"

"Cerdasnya orang yang beriman adalah, dia yang mampu mengolah hidupnya yang sesaat, yang sekejap untuk hidup yang panjang. Hidup bukan untuk hidup, tetapi hidup untuk Yang Maha Hidup. Hidup bukan untuk mati, tapi mati itulah untuk hidup.

Kita jangan takut mati, jangan mencari mati, jangan lupakan mati, tapi rindukan mati. Kerana, mati adalah pintu berjumpa dengan Allah SWT. Mati bukanlah cerita dalam akhir hidup, tapi mati adalah awal cerita sebenarnya, maka sambutlah kematian dengan penuh ketakwaan.

Hendaknya kita selalu menjaga tujuh sunnah Nabi setiap hari. Ketujuh sunnah Nabi SAW itu adalah:

Pertama: tahajjud, kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya.

Kedua: membaca Al-Qur'an sebelum terbit matahari Alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaiknya mata membaca Al-Qur'an terlebih dahulu dengan penuh pemahaman.

Ketiga: jangan tinggalkan masjid terutama di waktu shubuh. Sebelum melangkah kemana pun langkahkan kaki ke masjid, kerana masjid merupakan pusat keberkahan, bukan kerana panggilan muadzin tetapi panggilan Allah yang mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid Allah.

Keempat: jaga solat dhuha, kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha.

Kelima: jaga sedekah setiap hari. Allah menyukai orang yang suka bersedekah, dan malaikat Allah selalu mendoakan kepada orang yang bersedekah setiap hari.

Keenam: jaga wudhu terus menerus kerana Allah menyayangi hamba yang berwudhu. Kata khalifah Ali bin Abu Thalib, "Orang yang selalu berwudhu senantiasa ia akan merasa selalu solat walau ia sedang tidak solat, dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa, ampuni dosa dan sayangi dia ya Allah".

Ketujuh: amalkan istighfar setiap saat. Dengan istighfar masalah yang terjadi kerana dosa kita akan dijauhkan oleh Allah.

Zikir adalah bukti syukur kita kepada Allah. Bila kita kurang bersyukur, maka kita kurang berzikir pula, oleh kerana itu setiap waktu harus selalu ada penghayatan dalam melaksanakan ibadah ritual dan ibadah ajaran Islam lainnya. Zikir juga merupakan makanan rohani yang paling bergizi, dan dengan zikir berbagai kejahatan dapat ditangkal sehingga jauhlah umat manusia dari sifat-sifat yang berpangkal pada materialisme dan hedonisme.

Sumber: Alumni_ESQ165

Renung Sejenak

Salam165,

Aku jarang nak cerita perihal politik ni, tapi setelah baca beberapa berita dalam internet baik dari pihak kerajaan mahupun pembangkang, sedar tak sedar akan berlaku pertembungan dalam PRK antara 3 bukit yang mewakili tiga kaum iaitu Bukit Gantang (Melayu), Bukit Selambau (India) dan Bukit Lanjan (Cina).

Apakah ini kebetulan? tiada kebetulan di alam raya ini , daun yang jatuh ke bumi pun Allah S.W.T mengetahuinya, Allah S.W.T yang mengaturkan segala urusan langit dan bumi. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang tidak diketahui oleh manusia.

Wallahuala'alam

Thursday, February 12, 2009

Janji-Janji Allah



"Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang"

[4]
Dan Kami menyatakan kepada Bani Israil dalam Kitab itu: Sesungguhnya kamu akan melakukan kerosakan di bumi (Palestin) dua kali dan sesungguhnya kamu akan berlaku sombong angkuh dengan melampau.

[5] Maka apabila sampai masa janji (membalas kederhakaan kamu) kali yang pertama dari dua (kederhakaan) itu, Kami datangkan kepada kamu hamba-hamba Kami yang kuat gagah dan amat ganas serangannya lalu mereka menjelajah di segala ceruk rantau (membunuh dan membinasakan kamu) dan (sebenarnya peristiwa itu) adalah satu janji yang tetap berlaku.

[6] Kemudian (setelah kamu bertaubat), Kami kembalikan kepada kamu kekuasaan untuk mengalahkan mereka dan Kami beri kepada kamu dengan banyaknya harta kekayaan dan anak pinak, serta Kami jadikan kamu kaum yang lebih ramai pasukannya.

[7] Jika kamu berbuat kebaikan, (maka faedah) kebaikan yang kamu lakukan adalah untuk diri kamu dan jika kamu berbuat kejahatan, maka (kesannya yang buruk) berbalik kepada diri kamu juga. Oleh itu, apabila sampai masa janji (membalas perbuatan derhaka kamu) kali kedua, (Kami datangkan musuh-musuh kamu) untuk memuramkan muka kamu (dengan penghinaan dan keganasannya) dan untuk memasuki masjid (BaitulMaqdis) sebagaimana mereka telah memasukinya pada kali yang pertama dan untuk menghancurkan apa sahaja yang mereka telah kuasai, dengan sehancur-hancurnya.

QS Al Israa' 17:4 - 7

Tuesday, February 10, 2009

Suara Hati

Salam Iman, Islam dan Ihsan,



"Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang"

"Carilah hatimu di tiga tempat, pertama ketika solat, kedua ketika membaca al quran dan ketiga ketika engkau mengingati kematian. Jika pada tiga tempat itu engkau tidak menemukan hatimu, maka mohonlah kepada Allah agar Ia memberimu hati kerana sesungguhnya engkau ketika itu tidak memiliki hati"

Al Imam Al Ghazali

Friday, February 6, 2009

Satria 165

Salam 165

Hari ini Satria 165 tak dapat update blog....So, tugas Puan Satria 165 untuk bercakap agar blog ni takla sunyi....Lagipun esok hingga Isnin, cuti.....3 hari blog ni akan sunyi dari posting baru......

Alhamdulillah, Satria 165 sedang berjuang menyebarkan 165 di Holiday Inn Glenmarie. Bertindak sebagai Alumni Training Support (ATS) untuk ESQ Training Angkatan 1 KOSAS. Bilangan peserta adalah seramai 104 orang. Training ini akan berlangsung selama tiga hari bermula hari ini, 6 Februari - 8 Februari 2009. Mohon sedekah Al Fatihah untuk semuanya.

Dalam masa yang sama, ESQ Executive (Public) sedang berlangsung di MATRADE Jalan Duta. Training ini juga memakan masa 3 hari sehingga Sabtu ini. InsyaAllah, kalau ada kelapangan, akan pi untuk sesi Renungan.....sesi Renungan bolehla nak bawa anak2.....

Puan Satria 165

Wednesday, February 4, 2009

Tuesday, February 3, 2009

Penyakit Hati = Belenggu + Persepsi

Salam Iman, Islam dan Ihsan,

سُوۡرَةُ الحَجّ

أَفَلَمۡ يَسِيرُواْ فِى ٱلۡأَرۡضِ فَتَكُونَ لَهُمۡ قُلُوبٌ۬ يَعۡقِلُونَ بِہَآ أَوۡ ءَاذَانٌ۬ يَسۡمَعُونَ بِہَا‌ۖ فَإِنَّہَا لَا تَعۡمَى ٱلۡأَبۡصَـٰرُ وَلَـٰكِن تَعۡمَى ٱلۡقُلُوبُ ٱلَّتِى فِى ٱلصُّدُورِ

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

"Maka apakah mereka tidak berjalan dimuka bumi, lalu mereka mempunyai hati yang dengan itu mereka tidak memahami dan mereka mempunyai telinga yang dengan itu mereka tidak mendengar? Sesungguhnya bukan matamu yang buta tetapi yang buta adalah hati yang ada di dalam dada"

QS Al Hajj 22:46


سُوۡرَةُ البَقَرَة

ثُمَّ قَسَتۡ قُلُوبُكُم مِّنۢ بَعۡدِ ذَٲلِكَ فَهِىَ كَٱلۡحِجَارَةِ أَوۡ أَشَدُّ قَسۡوَةً۬‌ۚ وَإِنَّ مِنَ ٱلۡحِجَارَةِ لَمَا يَتَفَجَّرُ مِنۡهُ ٱلۡأَنۡهَـٰرُ‌ۚ وَإِنَّ مِنۡہَا لَمَا يَشَّقَّقُ فَيَخۡرُجُ مِنۡهُ ٱلۡمَآءُ‌ۚ وَإِنَّ مِنۡہَا لَمَا يَہۡبِطُ مِنۡ خَشۡيَةِ ٱللَّهِ‌ۗ وَمَا ٱللَّهُ بِغَـٰفِلٍ عَمَّا تَعۡمَلُونَ

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

"Kemudian setelah itu hatimu menjadi keras seperti batu, bahkan lebih keras lagi. Padahal diantara batu-batu itu sungguh ada yang mengalir sungai-sungai daripadanya dan diantaranya sungguh ada yang terbelah lalu keluarlah mata air daripadanya dan diantaranya sungguh ada yang meluncur jatuh, kerana takut kepada Allah. Dan Allah sesekali tidak lengah atas apa yang kamu kerjakan"

QS Al Baqarah 2:74