Monday, July 27, 2009

D.U.I.T

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيم
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Segala puji-pujian hanya untuk ALLAH tuhan sekelian alam.
Selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad SAW keluarga dan para sahabat baginda SAW.

Salam,

Bila melihat saja tajuk pasti ramai yang tertanya-tanya, dan apakah yang aku ingin sampaikan disini. Bukan soal bisnes, bukan soal aku dapat durian runtuh atau apa sajalah yang bermain difikiran anda sekarang. Sebut saja DUIT pasti semua akan memikirkan tentang kemewahan dan keseronokan. Ada DUIT semua jalan, Tiada DUIT macam-macamlah jadinya.

Soalnya sekarang, apa yang ingin diutarakan disini ialah apakah yang dikatakan D.U.I.T itu. Mari kita bermain dengan perkataan DUIT itu, dari mana datangnya DUIT ini dan bagaimana? Of course la DUIT itu semua adalah rezeki dari Allah SWT tapi dari mana dan bagaimana timbulnya perkataan duit itu. Disinilah aku ingin huraikan serba sedikit tentang DUIT betul atau salah terpulanglah pada andaian masing-masing.

D - Setiap pagi sebelum memulakan sesuatu kerja, kita sebagai orang islam akan bangun solat subuh dan berDOA, di dalam DOA tersebut sudah pasti kita tidak akan terlepas untuk memohon dimurahkan rezeki dan diberikan keberkatan ke atas rezeki itu.

U - Kemudian seusai tanggungjawab sebagai muslim yang telah kita laksanakan, maka kita pun akan bergegas untuk melaksanakan tanggungjawab kita sebagi pekerja. Itulah USAHA kita dalam meraih pendapatan samada untuk individu ataupun keluarga. Yang mana semuanya menjadi rutin ataupun USAHA sehari-harian kita yang bekerja. Ada yang USAHA nya lebih maka dapatnya pun pasti lumayan, tapi ada yang USAHA nya biasa-biasa saja, maka dapatnya pun biasa-biasa juga. Semua USAHA bergantung pada individu itu sendiri.

I - Selepas berpenat lelah berusaha dan bekerja demi untuk diri, isteri dan anak-anak dan semua yang kita lakukan tidak pernah ada rasa putus asa dan itulah ISTIQAMAHnya kita dengan pekerjaan yang dilakukan. Walaupun mulut kekadang merungut keletihan tetapi disebabkan komitmen dan semangat untuk membantu keluarga melebihi segalanya maka kita tetap ISTIQAMAH terhadap kerja yang dilakukan membuat kita terus bekerja dan bekerja.

T - Akhirnya selepas semuanya dilakukan dengan penuh semangat dan dedikasi, kita TAWAKAL kepada Allah SWT atas semua yang telah kita lakukan. Mudah-mudahan segala DOA, USAHA, ISTIQAMAH dan TAWAKAL kita tanpa ada rasa jemu akan memberikan rezeki yang berkat untuk diri kita dan keluarga. Semoga D.U.I.T yang diterima setiap bulan mendapat keberkatan dari Allah SWT hendaknya.

Kesimpulannya, berDOAlah sebelum memulakan sesuatu yakni dengan menyebut nama Allah, kemudian berusahalah agar setiap USAHA kita diberikan dengan rezeki yang melimpah, dan kemudian ISTIQAMAHlah dengan setiap apa yang kita usaha dan lakukan dan akhirnya berTAWAKALlah hanya kepada Allah SWT, sesungguhnya DIAlah Yaa Rozzaq yang memberi rezeki kepada seluruh makhluk dimuka bumi ini.

Itulah D.U.I.T yang kita terima setiap bulan, banyak dan sedikit bergantung kepada berapa banyak amal ibadah, usaha dan keihklasan kita bekerja. Janganlah kita merungut disebabkan sikitnya gaji kita kerana itulah rezeki kita, dan bersyukurlah kepadaNYA jika kita dilimpahi dengan rezeki yang banyak dan jangan kita jadi kufur atas nikmat yang telah diberikanNYA.

Sesungguhnya yang baik adalah daripada Allah SWT dan yang tidak baik adalah atas kelemahan diri hambamu yang hina ini.

Wallahua'alam

Saturday, July 25, 2009

Eclipse

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Segala puji bagi Allah tuhan semesta alam.
Selawat dan salam buat insan utama Nabi Muhammad SAW, keluarga serta para sahabat baginda SAW.



"Sesungguhnya, dalam penciptaan langit dan bumi, dan penggantian malam dan siang, terdapat tanda-tanda (kebesaran Allah) bagi orang-orang yang berakal (berfikir)."

"Iaitu orang-orang yang mengingati Allah sambil berdiri, duduk atau berbaring, dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (seraya berkata), " Ya Tuhan kami, tidaklah Engkau menciptakan semua ini sia-sia, Maha Suci Engkau, lindungilah kami dari azab neraka."


QS Al Imran 3:190-191



Baru-baru ini berlaku gerhana matahari yang dapat dilihat di beberapa tempat. Subhanallah semua terjadi dengan keizinan dariNya. Walaupun tidak dapat melihatnya tetapi dari gambar yang boleh didapati dalam internet, Subhanallah indah sekali ciptaan Allah SWT. Maha Suci Allah, sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Pencipta.

Begitu cantik dan indah ciptaan Allah SWT, bagi manusia yang berfikir dan berzikir, mereka memikirkan semuanya adalah daripada Allah SWT. Ini semua menguatkan lagi keimanan dan ketaqwaan kita kepada Allah.

Bila pula akan berlaku gerhana sedemikian, semuanya adalah dalam pengetahuan Allah SWT jualah.

Gambar Ihsan dari Yusof Embong

Wallahua'alam

Thursday, July 23, 2009

Selamat Menyambut Syaaban

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang



Selamat Datang Syaaban


Selamat tinggal Rejab, semoga dipertemukan kembali di tahun hadapan

Ahlan Yaa Ramadhan, semoga umurku dipanjangkan agar dapat bertemu kembali dengan Ramadhan yang penuh barakah. Amin


Wassalam

Kewajipan Seorang Wanita

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Allah berfirman yang bermaksud:

Dan katakan kepada perempuan-perempuan yang beriman, supaya mereka menahan sebahagian penglihatan, memelihara kehormatannya dan tiada memperlihatkan perhiasannya (tubuhnya) selain dari yang nyata (mesti terbuka
terdiri dari bahagian badannya yang sangat perlu dalam pekerjaan sehari-hari, seperti mukanya dan tapak tangan). Dan hendaklah mereka sampaikan tudungnya ke leher (tutup kepalanya sampai ke leher dan dadanya), dan tiada memperlihatkan perhiasannya (tubuhnya), kecuali kepada suaminya, bapanya, bapa suaminya, anak-anaknya, anak-anak suaminya, saudara-saudaranya, anak-anak saudara lelaki, anak-anak saudara perempuannya, sesama perempuan Islam, hamba sahaya kepunyaannya, laki-laki yang menjalankan kewajibannya tetapi tidak mempunyai keinginan (terhadap perempuan - umpanya pelayan-pelayan lelaki yang sudah tua dan tiada lagi mempunyai keinginan kepada perempuan) dan kanak-kanak yang belum mempunyai pengertian kepada aurat perempuan.
Dan janganlah mereka pukulkan kakinya, supaya diketahui prang perhiasannya yang tersembunyi (misalannya melangkah dengan cara yang menyebabkan betisnya terbuka atau perhiasan seperti gelang/rantai kakinya nampak). Dan taubatlah kamu semuanya kepada Allah, hai orang-orang yang beriman, supaya kamu beruntung.
(surah An-Nur ayat 31)

Allah berfirman yang bermaksud:

Belum sampaikah lagi masanya bagi orang-orang yang beriman untuk khusyuk
(taat) hati mereka mematuhi peringatan dan pengajaran (suruhan dan larangan)
Allah serta (taat) mematuhi kebenaran (Al-Quran) yang diturunkan (kepada mereka)? Dan janganlah pula mereka menjadi seperti orang-orang yang telah diberi kitab sebelum mereka (Yahudi dan Nasrani), setelah orang-orang itu melalui masa yang lanjut (jauh dari zaman nabi mereka) maka hati mereka menjadi keras (dari mengikuti perintah/ajaran nabi mereka) dan banyak di antaranya orang-orang fasik.
(surah Al-Hadid ayat 16)

Bila ayat menutup aurat turun sahaja semua wanita ketika itu tidak kira dari
golongan Ansar mahupun Muhajirin dengan segera menutup aurat masing-
masing. Yang ada di pasar, yang ada di rumah, yang sedang dalam perjalanan capai apa sahaja untuk menutup aurat masing-masing dengan SEGERA dan bukannya NANTI DULU.

Yang tidak mendapat apa-apa mereka segera memalingkan muka menghadap dinding supaya tiada lelaki terpandang wajah mereka. Itulah kekuatan iman yang ada pada wanita-wanita ketika itu. Tetapi kini segala-galanya telah berubah makin jauh kita dari zaman Rasulullah makin kita jauh dari amalan agama.

Dalam ayat yang sama juga Allah menegur kita supaya tidak menjadi seperti ahli kitab sebelum kita (Yahudi dan Nasrani) di mana semakin mereka jauh dari
zaman nabi mereka maka semakin kurang mengamalkan agama. Itulah keadaan kita ketika ini.

Saudari-saudari seagama dengan kita bukan tidak tahu kewajiban menutup aurat, tetapi oleh kerana kelemahan iman serta sikap acuh tak acuh membuatkan
mereka lalai. Perkataan yang biasa kita dengar dari saudari-saudari kita
ialah "belum sampai seruan". Seruan apa yang ditunggunya atau seruan dari siapa yang sedang mereka tunggu? Bukankah Allah telah seru untuk menutup aurat sejak 14 abad dahulu lagi.

Tetapi kenapa masih tak tutup-tutup lagi?



Lihat lagi ayat di atas Allah berfirman "Katakan kepada orang-orang perempuan yang beriman" Allah dengan khusus gunakan perkataan "beriman" dan bukannya
"wahai manusia" kerana segala perintah hanya boleh didukung oleh orang-orang yang beriman sahaja.

Dalam ayat kedua pun sama yang ditujukan ayat-ayat ini adalah kepada orang-orang yang beriman. Kita kata kami beriman dengan Allah, Rasul-rasulNya dan,
Kitab-kitabNya tetapi apa yang kita ucapkan dan buat adalah sungguh
bertentangan.

Allah telah menggariskan peraturan dan rasul telah mengajarkannya dan
peraturan itu telah termaktub di dalam kalamNya. Tetapi kenapa masih leka? Kita
bimbang kalau-kalau kita dibungkus dengan kain putih sebelum kita sempat
menutup aurat.

Maka wahai saudari-saudari seagamaku (YANG BERIMAN), sebelum terlewat
rebutlah peluang yang ada jangan tunggu esok amalkan sekarang juga.
Bimbang "esok tiada bagimu". Gembirakanlah Allah dan rasulNya dengan mengikut perintah mereka supaya dikala kamu dirundung malang Allah dan rasulnya dapat menggembirakan kamu.

BIAR KAMU TIDAK CANTIK DI MATA PENDUDUK BUMI TETAPI NAMAMU MENJADI PERBUALAN PENDUDUK LANGIT

Article diambil dari ESQ YahooGroups

Wednesday, July 22, 2009

Save Palestine

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad SAW dan keluarga serta para sahabat baginda Rasulullah SAW.

Tanpa kita sedari masyarakat Islam semakin hari semakin melupakan kesengsaraan saudara Islam kita di Palestine. Malah kempen boikot Israel/Yahudi pun semakin kurang kedengaran disana sini kecuali daripada golongan yang benar2 memperjuangkan Islam. Restoran makanan segera seperti McDonald mula dipenuhi masyarakat Islam. Tiada istiqamah dalam memboikot barangan keluaran yahudi dan sekutunya. Persoalannya adakah kita sudah lupa atau buat buat lupa. Tepuk dada tanya iman. Apa yang ingin dikongsikan disini hanya untuk kita refresh balik segala kekejaman pihak yahudi laknatullah itu, dan marilah sama2 kembali memboikot barangan mereka dan sekutunya. Semoga dengan jihad ekonomi ini sedikit sebanyak dapat membantu saudara Islam kita di Palestine.

Baru-baru ini dengar ceramah yang disampaikan oleh bekas pengerusi Mercy Malaysia Dr Azhar (kalau x silap la), beliau baru pulang daripada Gaza menceritakan betapa orang Islam Palestine disana begitu tertekan sekali dengan tekanan dari pihak yahudi zionis ini yang nak digelarkan apa kepada mereka ini pun tidak tahulah, mereka ini seumpama iblis dan setan yang bertopeng manusia langsung tidak punya rasa belas dan ihsan. Hidup dan mati orang Islam Palestine hanya Allah SWT sahaja Yang Maha Mengetahui. Setiap hari ada saja jet pejuang auto pilot yang dikendalikan oleh komputer berlegar diatas kepala. Bayangkan jet tersebut boleh terbang sejauh 20,000km dari aras bumi dan boleh memfokus hatta pen sekalipun yang diselit pada baju. Tu dia canggih sungguh persenjataan mereka. Tapi sayang kepakaran ini digunakan untuk menghancurkan sesama manusia. Orang Islam Palestine amat terdedah sekali dengan tembakan2 tepat dari jet ini. Nyawa mereka ibarat telur dihujung tanduk, tapi kekuatan orang Islam Palestine ini ialah semangat jihad yang meresap dalam tubuh mereka, sejak dilahirkan mereka didedahkan dengan senjata dan perang semata-mata.

Dalam ceramah beliau memaparkan beberapa gambar untuk tontonan para hadirin, Masyaallah tidak tergamak untuk diceritakan disini, tapi beliau berkata percayalah orang Islam Palestine disana begitu kuat sekali semangat mereka. Berapa banyak bangunan runtuh pasti mereka bina kembali. Kepakaran orang Palestine juga hebat sepertimana yang kita ketahui. Cuma yang membataskan mereka daripada maju adalah kekurangan dana. Mereka akan menggunakan apa saja untuk survive hatta mengorek terowong menggunakan tangan pun mereka sanggup asalkan mereka boleh terus berjuang mempertahankan tanahair mereka. Begitulah hebat sekali orang Islam Palestine. Amat malang sekali disekeliling mereka adalah negara2 arab yang kaya tapi sejauh mana mereka membantu saudara seislam mereka, ini yang amat dikesalkan. Menurut Dr itu lagi hanya negara Turki yang boleh dikatakan banyak membantu, dan yang lain hanya NGO sahajalah yang berjuang untuk membantu orang islam Palestine termasuklah dari Malaysia.

Pernah sekali salah seorang menteri dari HAMAS datang ke Malaysia meminta bantuan dana agar mereka dapat membeli senjata untuk menentang yahudi zionis. Beliau berkata "Palestine serahkan kepada kami, cuma apa yang beliau harapkan adalah bantuan dana dari anda semua. Beliau berkata lagi Insyaallah jika beliau syahid, beliau akan tuntut depan Allah SWT apa yang anda semua telah infaqkan kepada pembebasan Palestine". Subhanallah, menitis airmata aku mendengarkan kata2 dari beliau.

Percayalah saudara saudari semua, kemenangan Palestine itu pasti, cuma masa saja yang menentukan, apa yang diceritakan disini bukan ingin mengajak anda semua berjihad atau pergi berperang, memang kita tidak mampu pun dari segi ilmu ketenteraan. Apa yang diharapkan sumbanglah apa yang termampu walaupun hanya sekadar doa. Mudah2an ini semua menjadi amal jariah dan pengorbanan kita kelak yang akan dibentangkan di hadapan Allah SWT nanti.



Apa lagi yang tinggal di sini semuanya hancur

Wallahua'alam