Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Segala puji hanya bagi Allah, Tuhan semesta alam. Selawat dan salam buat Junjungan besar Rasulullah SAW, keluraga dan para sahabat.
Memang betullah kata orang anak umpama cermin yang menunjukkan siapa diri kita semasa kecil. Hari ini mood kira baik jugalah untuk aku luangkan sedikit masa menulis di laman ini, sambil menunggu waktu pulang. Alhamdulillah kerja banyak yang dah siap sambil menulis sedikit nota untuk kerja pada hari esoknya.
Berbalik kepada anak umpama cerminan diri sendiri, dulu masa kecil ayah aku selalu berletiaq kat anak2nya, antara dialog yang paling popular:
"Hangpa ni takdak qheja lain ka asyik mengadap TV, TV...TV saja. Cubalah pi masjid berjemaah. Ini tak asyik mengadap TV ja, TV tu bukan pi kemana pun bila2 pun boleh tengok"
Itulah dialog yang selalu dileterkan oleh ayah aku (dah arwah pun - Al Fatihah untuk ayahkku semoga rohnya bersama dengan orang yang bertaqwa dan orang2 yang soleh)
Ameen.
Satu lagi dialog yang selalu diulang siar oleh ayahku:
"Hangpa ni dok asyik tengok TV, tak ingat nak belajaq ka?"
Begitulah lebih kurang dialog yang masih terngiang2 di kepala walaupun ayatnya tak berapa nak tepat....apa yang aku ingat la.
Apa yang berlaku pada aku puluhan tahun yang lepas, hari ini berlaku pulak pada diriku dan anak sulung aku. Itulah dialog yang aku pulak ulang siar untuk didengari oleh anak sulung aku.
Aniq - peace
Awat la aku tak berleter macam tu, kalau cuti sekolah kalau tidak kemana-mana anak-anak aku ni kiranya dari pagi membawa ke malam asyik mengadap TV la. Dari satu siaran ke satu siaran.
Cuma yang membezakan disini ceritanya saja yang lain. Dulu masa zaman aku mana ada lagi Bidaman, Mr Bean, Power Rangers, Mask Riders, Wonder pets, Go Diego Go, Skinchan dan Doraemaon. Dulu kira layan Captain future, Thundercat, Gaban ataupun woody wood pecker (betui ke ejaan aku ni), ntah la aku pun dah tak ingat apa lagi ceritanya.
Itu baru bab tengok TV, belum lagi bab yang lain. Kalau nak cerita kat sini belum tentu habis. Banyak sangat persamaan. Kalau tak ikut maknya mesti ikut paknya. Jadi kalau nak tengok kita kecik2 macamana, tengok la anak2. Kalau anak2 kuat menangis renung2kanlah siapa disebalik tangisan kuat anak tu. Maknya ke atau Paknya???
Bila diingatkan balik, begitulah diri kita sebenarnya. Apa yang kita buat dulu kemungkinan akan dilakukan sama oleh anak-anak kita. Dan tidak mustahil anak-anak kita nanti bila dah dewasa dan punya anak sendiri, itulah juga yang akan dilakukan oleh mereka.
Subhanallah, begitulah sempurnanya ciptaan Allah SWT. Semua yang berlaku adalah di dalam pengetahuanNya.
Kesimpulannya, didiklah anak dengan penuh berhemah dan tanamkan diri mereka dengan ilmu Ihsan, Iman dan Islam. Tunjukilah teladan yang baik untuk anak-anak. Kerana setiap apa yang dilakukan kita akan menjadi ikutan oleh anak-anak kita kelak. Yang pasti perkara ini sedikit sebanyak dah terjadi padaku. Selagi anak2 masih boleh dilenturkan, lentuqlah dengan sebaik mungkin. Insyaallah ianya akan menjadi harta yang berguna yang akan kita tinggalkan kelak yang akan dipertanggungjawabkan di depan Allah SWT nanti dan mampu untuk mendoakan kita.
Wallahua'alam