بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيم
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
Segala puji-pujian hanya untuk ALLAH tuhan sekelian alam.
Selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad SAW keluarga dan para sahabat baginda SAW.
Salam,

Bila melihat saja tajuk pasti ramai yang tertanya-tanya, dan apakah yang aku ingin sampaikan disini. Bukan soal bisnes, bukan soal aku dapat durian runtuh atau apa sajalah yang bermain difikiran anda sekarang. Sebut saja
DUIT pasti semua akan memikirkan tentang kemewahan dan keseronokan. Ada
DUIT semua jalan, Tiada
DUIT macam-macamlah jadinya.
Soalnya sekarang, apa yang ingin diutarakan disini ialah apakah yang dikatakan
D.U.I.T itu. Mari kita bermain dengan perkataan
DUIT itu, dari mana datangnya
DUIT ini dan bagaimana? Of course la
DUIT itu semua adalah rezeki dari Allah SWT tapi dari mana dan bagaimana timbulnya perkataan duit itu. Disinilah aku ingin huraikan serba sedikit tentang
DUIT betul atau salah terpulanglah pada andaian masing-masing.
D - Setiap pagi sebelum memulakan sesuatu kerja, kita sebagai orang islam akan bangun solat subuh dan ber
DOA, di dalam
DOA tersebut sudah pasti kita tidak akan terlepas untuk memohon dimurahkan rezeki dan diberikan keberkatan ke atas rezeki itu.
U - Kemudian seusai tanggungjawab sebagai muslim yang telah kita laksanakan, maka kita pun akan bergegas untuk melaksanakan tanggungjawab kita sebagi pekerja. Itulah
USAHA kita dalam meraih pendapatan samada untuk individu ataupun keluarga. Yang mana semuanya menjadi rutin ataupun
USAHA sehari-harian kita yang bekerja. Ada yang
USAHA nya lebih maka dapatnya pun pasti lumayan, tapi ada yang
USAHA nya biasa-biasa saja, maka dapatnya pun biasa-biasa juga. Semua
USAHA bergantung pada individu itu sendiri.
I - Selepas berpenat lelah berusaha dan bekerja demi untuk diri, isteri dan anak-anak dan semua yang kita lakukan tidak pernah ada rasa putus asa dan itulah
ISTIQAMAHnya kita dengan pekerjaan yang dilakukan. Walaupun mulut kekadang merungut keletihan tetapi disebabkan komitmen dan semangat untuk membantu keluarga melebihi segalanya maka kita tetap
ISTIQAMAH terhadap kerja yang dilakukan membuat kita terus bekerja dan bekerja.
T - Akhirnya selepas semuanya dilakukan dengan penuh semangat dan dedikasi, kita
TAWAKAL kepada Allah SWT atas semua yang telah kita lakukan. Mudah-mudahan segala
DOA,
USAHA,
ISTIQAMAH dan
TAWAKAL kita tanpa ada rasa jemu akan memberikan rezeki yang berkat untuk diri kita dan keluarga. Semoga
D.U.I.T yang diterima setiap bulan mendapat keberkatan dari Allah SWT hendaknya.
Kesimpulannya, ber
DOAlah sebelum memulakan sesuatu yakni dengan menyebut nama Allah, kemudian berusahalah agar setiap
USAHA kita diberikan dengan rezeki yang melimpah, dan kemudian
ISTIQAMAHlah dengan setiap apa yang kita usaha dan lakukan dan akhirnya ber
TAWAKALlah hanya kepada Allah SWT, sesungguhnya DIAlah Yaa Rozzaq yang memberi rezeki kepada seluruh makhluk dimuka bumi ini.
Itulah
D.U.I.T yang kita terima setiap bulan, banyak dan sedikit bergantung kepada berapa banyak amal ibadah, usaha dan keihklasan kita bekerja. Janganlah kita merungut disebabkan sikitnya gaji kita kerana itulah rezeki kita, dan bersyukurlah kepadaNYA jika kita dilimpahi dengan rezeki yang banyak dan jangan kita jadi kufur atas nikmat yang telah diberikanNYA.
Sesungguhnya yang baik adalah daripada Allah SWT dan yang tidak baik adalah atas kelemahan diri hambamu yang hina ini.
Wallahua'alam