Saturday, January 8, 2011

Entri pertama 2011

Assalamualaikum,

Alhamdulillah segala puji dan puja hanya untuk Allah SWT pemilik sekelian alam.
Selawat dan salam buat insan mulia Nabi Muhammad SAW, keluarga dan seluruh sahabat baginda SAW.

Lama benar rasanya tidak melayari blog ini. Tiada waktu terluang untuk terus melontarkan idea disini dek kerana kesibukan kerja dan kesempitan masa yang amat mencemburui aku. Baru hari ini berkesempatan itupun sekadar mencuri sedikit masa yang terluang di petang2 yang indah ini dengan cuaca yang amat baik sekali. Semuanya berlaku dengan seizin dariNYA.

Pejam celik dah nak masuk minggu kedua dalam tahun 2011 ini, padahal 2010 baru melabuhkan tirainya. Itulah fitrah alam, masa itu emas tak mungkin kita dapat undur kembali ke masa silam melainkan dengan keizinan dariNYA.

Apa ye nak dinukilkan disini buat tatapan pembaca setia blog ini. Memang aku amat ketandusan idea, tidak tahu apa yang ingin diketengahkan untuk tatapan anda. Ingin menulis soal politik, aku bukannnya penulis tentang politik. Ingin membicara soal agama, mana mampu aku melakukan dengan ilmu agama yang tidak seberapa. Malah dalam usia yang sudah menjangkau penghujung 30an, aku masih belajar dan terus belajar akan ilmu Allah ini.

So, jadilah entri ini sabagai satu santapan petang yang ringan. Ok lah kan daripada tiada apa2 untuk dibaca. Apapun 2011 pasti menjanjikan cabaran yang lebih hebat dari tahun2 yang lepas. Semoga Allah SWT permudahkan segala urusan. Ameen.

Sehingga ketemu lagi dilain masa dan ketika. Semoga anda sentiasa berada dalam keredhaan dan perlindungan Allah hendaknya. Ameen.

Wassalam.