Friday, December 3, 2010

Cepat Benar Masa Berlalu

Salam,

Segala puji dan puja hanya untuk Allah pemilik sekelian alam. Selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad SAW, keluarga dan seluruh sahabat baginda SAW.

Sungguh masa itu emas, bila sudah terlepas takkan dapat diundurkan kembali. Cepat benar masa berlalu, dah menghampiri ke tahun baru. Umur makin menginjak dari usia muda ke usia tua. Beban kerja semakin hari semakin bertambah. Komitmen terhadap keluarga juga semakin besar. Persoalannya adakah bekalan untuk menghadap Ilahi cukup untuk dibawa di hari pembalasan nanti??? Tepuk dada tanyalah iman.

Ramai orang bila bercakap tak pernah nak hubungkan dengan akhirat, semua bercakap soal dunia semata2, seolah2 dunia tidak akan hancur atau manusia tidak akan mati. Malah mereka2 ini merasakan mampu untuk menongkat langit. Itulah manusia, bilamana Iman, Islam dan Ihsan tidak lagi bertakhta dihati, maka iblis dan syaitanlah yang menjadi raja dalam diri yang akhirnya akan merosakkan diri mereka itu sendiri.

Dunia ini sudah semakin tua, kiamat semakin hari semakin menghampiri. Hanya Allah sahaja Yang Maha Mengetahui bila waktu dan ketikanya. Tetapi ramai manusia makin lalai dalam menjalankan kewajipan mereka kepada Allah. Maksiat semakin berleluasa, malah tiada rasa takut dengan azab Allah. Itulah bila hati semakin hari semakin menghitam, sinar hidayah semakin jauh.

Coretan ini hanya peringatan buat diri ini, agar sentiasa muhasabah diri agar tidak jauh dengan Allah, kita tidak tahu adakah amalan kita diterima Allah atau tidak, kita tidak tahu adakah pengakhiran kita baik atau tidak. Semuanya terletak didalam kekuasaan Allah. Kita sebagai hamba hanya mampu untuk menuruti perintahNya agar segala amalan dan perbuatan baik diterima oleh Allah. Mudahan kita semua tergolong dalam golongan ahli Syurga. Insyaallah

Wassalam